Xplorace 2: Cheddar-Bath-Stonehenge
RAMALAN cuaca di kota London pada hari ahad lepas hujan. So camana nak bawak kak chik & kak cho berjalan ni? Nasib kat sini ramalan cuaca dia goes by hour, so bleh la tahu kul berapa ada matahari. Tengok2 kul 12 tengahari hujan naik ke utara so the best thing to do is to stay south. Sesudah Xplorace hari tu berjaya, kami buat Xplorace kali ke-2, begini programme nya: London ke Cheddar ke Bath ke Stonehenge ke London semula.
Memandangkan nak ke Cheddar tu mengambil masa hampir 3 jam, so kami pun bertolaklah sedikit awal sebelum pukul 9 pagi. Plan nya supaya sampai sana at least pukul 12tgh and by that time, matahari dah mancar since hujan naik ke utara, remember? Alhamdulillah plan kami menjadi. Mummy dah pack sandwich so singgah kat Service (R&R) pekena kopi dan belasah sandwich yg dibawa. Pukul 12.20 tgh kami sampai dan terus menuju ke Cheddar Village. Kami excited sama sebab kami sendiri pun belum penah sampai sini. Hujan masih turun, tapi halus2 sangat. Alhamdulillah boleh la meredah tempat ni... no hal punyer lah.
Landmark Cheddar Village, apa benda ni pun tatau. Kalau nampak benda ni kira dah sampai Cheddar Central lah.
Salah satu street di sini... batunya yg buruk itu menjadi tarikan pada pelancong.
Salah satu street di sini... batunya yg buruk itu menjadi tarikan pada pelancong.
Kat sini takde apa sangat lah. Cuma tengok bangunan dan seni bina rumah mereka yang agak lama. Itu sahaja. Tak payah singgah sini pun tak pe sebenarnya sebab seni bina Cheddar Village ni adalah pemandangan biasa.
Architecture begini biasa sahaja kan?
Kemudian kami ke Cheddar Gorge pula yg kurang 5 minit drive dr Cheddar Village tadi. Kat sini marvellous! Kawasan ini ada cave mungkin macam gua tempurung kot. Kami tak masuk sebab kalau masuk pun kena bayar full tapi stroller buleh sampai half way sahaja. Boring lah camtu. Lagi pulak nak tour cave tu mau amik masa 2 jam setengah kata tourist guide dia. Kami pulak ada lagi 2 destination, kang gagal pulak Xplorace kami ni, hahahaa. So kami decide legar2 kat situ ja. Kalau nak masuk bayaran dia £15 sorang tapi kalau tak masuk pun, worth coming here. Best.
Banyak tempat jual tiket masuk cave, ni salah satu dr nya... Kat Cheddar caves ni diorang ada jumpa skeleton manusia yg berusia 10-12,000 tahun lalu.
Salah satu kedai souvenir dia...
Salah satu kedai souvenir dia...
Kawasan luar dia cantik dengan kedai2 souvenir yg banyak. Korang tahukan Cheddar Cheese, ianya dtg dari kawasan Cheddar ini lah: Cheddar cheese is a fairly hard, pale yellow to orange, sharp tasting cheese originating from the English Village of Cheddar in Somerset ~Wikipedia. Kat sini buleh tengok cara2 dia buat cheese & buleh rasa setiap jenis cheese sebelum beli. Kalau tak mo beli macam kami pun tak pa, hahahaa... lagi pun baru je ari tu mummy beli cheese kat tesco, siap dah shred lagi. ahak! Lagi pulak aku bukan makan sangat cheese2 ni, aku makan belacan! Kat Cheddar ni pun terkenal ngan pickle dia. Yg ni pun boleh rasa sebelum beli. Sebab yg ni rasanya bess kami pun beli lah sebotol utk makan bersama dengan oat biscuit. Yummy, nak rasa, mai datang rumah!
Jom tengok cheddar cheese exclusively made in Cheddar. King Henry II declared Cheddar cheese to be the best in Britain... Dia king, sukati dia ja nak declare kan?
Bersama alat membuat cheese... Cheddar Gorge Cheese Co. ini adalah satu2nya pembuat cheddar cheese yang masih bernyawa di Cheddar ni.
Dah lama tak tengok air terjun. Kat sini ada yang buatan punya kot. Sebab dia ada sungai yg kecik, agak tak terjagalah sungai dia ni tapi satu kawasan sebelah restoran tu dia buat macam waterfall. Cantik pulak. Nyaman kena tempias air sungai. Terus teringat kawasan air terjun di chepor, sagil dan ulu yam, yg kat buntong pun apa kurangnya? ahak. Apa lagi acara berposing di teruskan lah memandangkan masa ni kak cho ngan kak chik lama beno bertapa dalam kedai teddy bear. Ntah diorang beli ke tak tatau lah.
Kat sini banyak tea-room, buleh rest dan panaskan badan dengan menghirup secawan teh pekat.
Kami silap spend lama kat Cheddar Village tadi, kalau tak buleh luangkan lebih masa di sini. Sebab nak kejar masa kami decide lunch kat Bath sahaja walau pun masa tu dah pukul 2.30 pm. So cepat2 kami bertolak. Pemandangan di kiri kanan sungguh mengasyikkan sebab kami ikut jalan dalam. Apatah lagi untuk melepasi Cheddar Gorge itu kami lalu dicelah gunung2/bukit2 batu. Ada pulak tour bas depan kami, lembab betol bas tu memanjat gunung. Cis terpaksa kami mengekor, arrrggghhh, tepi lah kami tengah xplorace ni!!! Bila dah sampai ke atas bukit tu buleh nampak sampai ke laut. Banyak kapal layar. Kalau byk masa tentu kami pi tempat kapal layar tu, sah banyak seafood kat sana. Kami jenguk dan enjoy the scenery sahaja.
Mendaki di celah celah bukit batu, tempat ni di panggil Mendip Hill. Bess pemandangan dia. Bas tu terhegeh2...
Yesss bas tu dah ghaib... boleh la pecut sikit... Bath, here we come!
Tiba sahaja di Bath terus kami cari kedai makan depan dengan Roman Bath. Org punya ramai lah masa ni. Suruh kak Cho & kak Chik masuk Roman Bath yg terkenal tu, tak mau pulak diorang. So just tangkap gambar dengan bangunan2 yang tak kurang cantiknya sambil menunggu order yang belum sampai. Kakak tertido. Adik ja lah join soroo... Bath ni kalau datang time fall better kot sbb pemandangan rumah2 dia yg seakan melekat kat bukit tu tak begitu visible skrg ni memandangkan pokok2 semua dah berdaun. Lama gak kami lepak kat sini. Bila tengok jam rasa macam tak sempat nak ke Stonehenge sebab dia tutup pukul 6.
Makan time...
Berlatar belakangkan Roman Bath...
So kami ingat balik sahaja lah, tapi masa nak balik tu rasa berbelah bahagi pulak. Ahhh... alang alang dah sampai, tak dapat masuk, bergambar dari luar pun jadilah. So kami teruskan plan asal dan aku pun cuba pecut untuk sampai kat Stonehenge sebelum pukul 6 petang. Jalan lengang, senang memandu...
Ini pose apa pulak ni... macam macam...
Close up gambo adik... Si-Lebo kata kak chik, hahahaa...
Sampai sampai je kat situ jam tepat menunjukkan pukul 6 petang. Mamat yg jaga parking dia pun dah letak kon kon kat kawasan entrance tak bagi kereta masuk. Tapi aku cilok pulak ikut pintu exit, hahahaaa... pastu mamat tu datang, aku cakap lah sorri (sorri naik lori!) & buat buat muka kompius, maklumlah aku ni kan muka tourist, ahak... last last dapat jugak aku parking dan buleh la kami tangkap gambar Stonehenge dr luar. Sian satu dua keta yg lain yang nak berenti masuk tapi jaga tu halau tak bagi, hehehee... kawasan tu kalau tak dapat parking kat situ memang takde harapan lah nak bergambar dr luar pun. Kami tumpang tuah kak cho ngan kak chik lah ni. Mummy pulak dah 2 kali datang dedua kali tak dapat masuk. Cian...
Dapat bergambar ngan signboard pun jadik lah ya adik ya...
Itu lah batu misteri... sampai la ni masih di ragui fungsi utama pembinaannya...
Kalau masuk pun bukan ada apa pun, sama je dengan apa yg kita tengok dr luar. Cumanya dia ada bagi macam walkie talkie yg kita buleh dengar explanation pasal batu batu tu dan kita buleh tengok dengan lebih dekat lagi. Itu sahaja.
Balik nanti org tanya ada pi Stonehenge? Adaaaaa.... masuk tak tu lain kira, ahak.
Dah habis tu, kami terus pecut semula ke London. Ingat nak singgah ke Avebury pulak yg ada macam batu Stonehenge ni tapi nampaknya cuma driver ja yg masih bersemangat waja. Ahli ahli xplorace yg lain semua dah melepek. Dah tak larat nak kuar masuk keta kata dema, hahahaaa... So tak pi. Kiranya success lah Xplorace ke-2 kami ni walaupun cek point terakhir tu tersasar dalam 5 menet. Janji semua puas hati. Wokeh, jumpa lagi...
.
Chiow Chin Chauu....
..
**** ** ****
**** ** ****
5 Comments:
Sebut je cheddar, aku mula-mula musti teringatkan cheese. OK smile.... say cheeese. Tapi tu tak poplar. Satu filem lakonan Julia Robert yang tukar, say sex, seeexxxx!!
Kalu banyak makan belacan boleh rongak hidung ooo... tu orang kita la selalu cakap. Ada kajian saintifik ke kata makan belacan boleh rongak idung???
Sebut cheese lagi, tingat aku pada McDonald. Sebut ni dalam 4 saat.
"For all 2 beef patties special sauce lettuce cheese pickle onion on the sesame seed bun"
Ko boleh dapat satu Big Mac free.
suka gambar kakak sorang kt tp jln tu..mcm apa erk..hmmm*garu2 dagu*
suka gambar kakak sorang kt tp jln tu..mcm apa erk..hmmm*garu2 dagu*
salam singgah...
cute anak.. macam japanese..
seronok tengok gambo2 ni..
teringin nak keluar negara jugak tp tak tau le bila..
Teh O Ais: Uik, rongak idung? Cuba ko ganti daging bugger ngan sekeping belacan, tu baru rongak hidung kot, hahahaaa...
Afid: Macam apa ek??? Masih garu lagi ke?
suealeen: Salam. Bila ada keinginan dan usaha pasti ada jalannya. InsyaAllah satu hari nanti merasa tu...
Post a Comment
<< Home