• Tuesday, March 25, 2008

    Akhirnya Turun Juga...

    PSSSTTTttt... apa yg turun? Berat badan ke? ke rega minyak senyonyong? atau minyak gamat cap Makcik Wok? Korang kenal ke sapa Makcik Wok ni? Tak kenal? pi selak balik majalah Gila Gila era 80-an carik cerita 3 Dara Pingitan. Kat situ korang buleh jumpa Makcik Wok... canteeeeeek wa cakap lu, hahahaa... nostalgia sungguh!
    Tak jumpa edisi lain, cover selamat hari raya pun jadik lah!
    Kami ke Bicester Village lagi! Giloe apo? bukan baru khamis tu pi situ ke? Selang 2 hari pi lagi... iskkk... buang tebiat apa? Bukan buang tebiat lah, sebabnya kali ni aku telah berjaya meracun member aku di mesia untuk membeli sesuatu di situ... hehehe. Apa benda yg di pesannya? Hand bag, tapi takpe... berbaloi kata nya. Sapa dia? Ada lah...

    Bicester Village... kami datang lagi!
    Cuaca hari tu macam mana? Oke je... renyai sikit, walau pun aku dapat sms yg kata ada snow flake kat London. Kat area mana? Ntah, masa dapat sms tu aku tengah makan kat Bonda Cafe, takde snow pun. Mmm... tak pe lah. jenguk jenguk juga. Tak nampak pula.

    Kakak santai santai...
    Balik rumah bawak nasi lemak untuk mummy. Jom ke Bicester Village lagi, hahahaa... mummy terkejut. Buat apa? Nak beli handbag, orang tu dah terkena... sudah termakan dengan hantaran mms keramat daddy ni. Bagusss... bagusss... jahat sungguh! Apa jahat pulak, kita tolong orang lah. Kalau kat mesia rega dia mahal woooo.... dia yg kata!
    Cuba teka kat mana ni? Kalau tatau saja lah...
    Memang takde snow, hujan masih renyai2. Bawak kereta slow slow, takut jugak sebab dulu ada tragedi drive dalam hujan. Tragedi? apa dia? Keta tergelincir & masuk longkang... bebudak opis dpt tau terus kutuk aku. Plup plup plup diorang mengejek. Hampeh! Keta masuk workshop. Terpaksa tumpang keta Bakau pi kerja. Satu hari Bakau hantar aku kat LRT Melati. Dia kena hentam. Keta bakau pulak masuk workshop. Lepas tu dedua kami kena naik bas. Huh! Tak pe ada rahmat nya. Rahmat apa? time keta takde ni lah aku berkenalan dgn mummy. Ya ke ni? Syyyyy... maluuu...
    Jalan ke Bicester yg lengang...
    Dah half way ke Bicester Village, ada pula macam debu debu menghentam cermin kereta. Apa tu? Makin lama makin banyak lah. Eh eh... snow... akhirnya turun juga. Kakak, snow! kata aku... alamak... tido pulak kakak ni! Kejap ja turunnya... cuma kawasan tu ja. Memang atas bukit pun, mungkin situ terlebih sejuk. Tapi sampai Bicester Village cerah pulak. Langit terang, matahari memancar riang. Kami pun hati senang... jom kita beli barang, barang orang! ahak. Mmm... snap lagi beberapa keping gambar. MMS kat dia. Kot lah org yg pesan tu nak ubah pikiran. Mau ka? Nampaknya berkenan dengan yg asal. Angkut satu atas rak, minah kedai tu amikkan yg baru dr dalam stor. Oke, bayar dan chiow.
    Tiba tiba... angin bertiup kencang. Awan mula hitam. Berkepul2. Rintik2 hujan pun jatuh. Makin lama makin lebat. Makin lama makin besar. Eh... akhirnya dia turun juga. Apa yg turun? Snow. Snow turun lagi. Kakak suka. Jerit sekuat hati: Snow, snow!!! angin bertiup kencang dan snow flake makin garang. Kakak mula tak tahan bila semakin banyak yg mencurah ke pipinya. Terus nangis: Noooo.... Noooo!!! katanya mengamuk. Angkat kakak, ajak bergambar. Menjerit juga. Adik diam dlm stroller. Orang ramai lari masuk kedai. Kami pun sama. Masuk kedai kasut Clark! Eh... murahhh.... murahhhh... murahnyaaaa!!! ambikk... ambik... ambikk semuaaaa, hahahaaa...

    Faster! ...put on your hood now!!!
    Tengok luar snow dah berenti. Jom kita. Ke mana? Balik lah... sepanjang jalan cuaca cantik. Lorong kereta pun tak sesak. Tengok kiri kanan. Mummy tangkap gambar. Zoom sana sini. Chewaaah.

    Langit biru dan cerah...

    Kemudian awan datang bergulung2...
    Sampai rumah renung ke luar. Langit terang ja. Tak da awan. Hmmm.. turun lagi ke snow ni? Macam takde harapan ja. Weather forecast kata ada. Ye ka, boleh percaya ka? Esoknya bangun pagi langit macam petang semalam. Tak ada can la tu. Tak pe. Dah pakat dengan Asaraf & Riz, pukul 11 nanti mahu jenguk2 Shahrul BNM yg baru dapat baby. Tup tup dalam pukul 9, dia turun juga. Apa yg turun? Snow ler... akhirnya turun juga. Kakak cepat, adik lekas, mummy amik coat. Daddy dari tadi dah sedia, jom ke Hyde Park kita. Makin lebat la. Bessnya. Jim alif kap wau nun! hahahaa... tapi bila bergambar tak nampak snow pun. Lantak lah. Tangkap juga. Tanah London masih panas. Snow yg turun terus cair. Tak lekat. Mummy tolak stroller adik. Kakak jalan pegang payung. Bila letih nak berdukung. Mintak2 ada la snow yg melekat di Hyde Park. Orang semua dok rumah. Kami je suka sangat bergambar di luar. Tiba-tiba.... ada tangan besar!!! Tangkapppp kakakkkkkkk, huuuuarrrhahaaaaa...
    Huuuuaaarrrgghhhh..... dan Kakak terus menyorok di belakang payung...
    Daddy pun datang menyelamatkan kakak dari tangan besar itu...
    Kat Hyde Park ada juga lah yg lekat. Seciput. Sikit sangat. Jadi lah buat lepas kempunan. Adik, snow! La... buleh tido dia? Bukak rain cover, snow jatuh satu satu atas muka adik. Adik tido juga! Sejuknya makin menggigit. Kakak nangis. Tangannya merah. Tu la kakak, tak mau dengar kata. Tak mau pakai glove. Daddy dukung kakak, tiup2 tangannya. Hmmm... snow pun dah berenti. Jom balik.

    Alahai ciputnya snow...

    Cak!!! Jadi ler... ciput2 pun akhirnya turun juga...
    Riz dah sampai rumah. Kami lambat sedikit. Kenapa lambat? Gara gara snow la ni... terus ke rumah Shahrul BNM. Tahniah, baby perempuan. Sumaiyya Azzahra. Semoga kehadirannya, menceriakan hidup kau sekeluarga. Amin. Lepak lepak. Asaraf balik dulu, kami masih tatau malu, dok melangut di situ. Ahak... Lepas tu balik cari kedai. Semua tutup. Tesco, Asda, Wing Yip pun tutup. Mmmm... apa lagi balik rumah lah. Tidor!

    Haziq bergambar dengan baby Sumaiyya & ibunya...
    .
    Oke lah tu... walau tak selebat mana dan sekejaaaap saja snow menziarah kota London... akhirnya turun juga. Sambung tido!
    zzzzzzzzZZZZZ..........
    .
    *Aku rasa macam tak betul ja, kenapa ntah? hehehee...
    .

    **** ** ****

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Hahahahaha... tu la. Sapa suruh engkau kawan ngan aku. Kan engkau pun dah kena jangkit dengan penyakit "tak betul" aku... Hahahahaha...

    SNOW? SNOW? Snow...??? Uwaaaaa... aku nak jugak. Engkau post la aku Zam. Nak gak merasa snow tu...

    Ehem.. ehem.. ehem.. pengakuan eksklusif Encik Azam tentang sejarah pertemuannya dengan Puan Azlina.. Hmmm.. boleh jadi gossip Melodi nih!!

    3/26/2008 1:36 am  
    Blogger Azhar Ahmad said...

    Kalau Autumn nih, mesti lagi best kan? Ehhh, apa yang best kat biecheter tu lagi ya?

    3/26/2008 11:50 am  
    Anonymous Anonymous said...

    aku pun rasa entry kau kali ni cam x betul...heee..naper eh...

    citer la dalam entry akan dtg..cemana kau kenal wife kau....malu ehhhhhhh

    ~nani~

    3/27/2008 4:09 am  
    Blogger asr said...

    Teh o ais aku?: Gossip jgn tak gossip... tp tak de menda pun yg nak digossipkan, ahak.

    Azhar: Takde apa kat situ kecuali tempat org kaya2 shopping... tu la syok bila ada org pesan, merasa rasa jd org kaya, hahahaaa...

    Nani: Kau pun sama? hahaha... tak yah cerita lah, bukan ada kejar2 kat taman bunga atau keliling2 stesen keretapi pun... ahak.

    :)

    3/29/2008 8:34 pm  

    Post a Comment

    << Home