• Wednesday, June 04, 2008

    Afdzal Haziq 1st Birthday

    MEMANDANGKAN 2 June jatuh pada hari Isnin, so kami raikan hari jadi adik yang pertama sehari awal. Jemputan tak lah ramai mana sebab dgn ruang rumah yg sempit agak mustahil untuk menjemput ramai tetamu. Majlisnya ala kadar sahaja, Alhamdulillah berjalan lancar. Sederhana tapi meriah begitu... ahak.
    Kak Cho & mummy menyediakan goody bag sambil menonton konsert Celine Dion in Las Vegas.

    Birthday boy baru bangun tido...
    Preparation sudah bermula dari malam sebelum harijadi itu lagi. Nasiblah ada kak cho dan kak chik kat sini, so kerahan tenaga pun berleluasa, hahahaa... kali ni kerja meniup belon, menggantung semua diorang yg handle. Juga termasuklah mericih bawang, halia, melenyek kentang dan sebagainya. Bahagian aku cuma ulang alik kedai mencari barang2 keperluan, mummy sepenuhnya conquer dapur dan kakak pun menyibuk sama. Adik asyik membuta atau sesekali mengamuk sebab org tak bagi perhatian kat dia. Cian...


    Kakak pun membantu dlm menyediakan mix fruit...
    Kek harijadi adik pagi Ahad tu baru terhegeh2 cari. Kedai kek kat rumah kami tu banyak menjual kek yang gambar bunga2, susah betoi nak cari untuk birthday boy. Akhirnya daddy cilok je sebijik kek kat M&S yg ada gambar belon. Kosong takde tulisan apa apa. Jadilah adik ya... Nasiblah kak cho dah bagi idea untuk menambahkan dekorasi kat kek tu dan kak chik merealisasikannya dgn menggunakan jem strawberi. Habislah setengah botol jem, dan hasilnya hmmm... not bad! Wahhh nampaknya buleh la kak chik kerja part time kat kedai kek lepas ni, hahaaa...


    Tangan jangan ketaq nooo...

    Ceng ceng cengggg.... dah siap. Suksesss!
    Dekat dekat nak pukul 4 petang mummy dengan suksesnya telah menyiapkan semua hidangan untuk para tetamu. Dan jam 4.05pm.. ding dongggg... tetamu kami yg pertama pun sampai, sapa lagi kalau bukan uncle Nazim diikuti oleh Hj Raminey. Pastu Mous, pastu Mazlan & family pastu Halim & family pastu aku lost count lah... alhamdulillah semua jemputan dapat meluangkan masa menghadiri majlis yg ala kadar sempena sambutan hari jadi adik ini. Biasalah bila dah berkumpul begini macam2 topik diborakkan...


    Juadah siap terhidang...

    Tambah lagi, jangan segan segan... segan kalu, lapo!
    La ni cuaca di London ni sejuk semula dengan hujan yg kerap turun. So keadaan dalam rumah tak lah terlalu panas, kalau tidak sudah tentu para tetamu berpeluh2. Seperti biasa tetamu terpaksa berhimpit himpit dengan sebahagiannya terpaksa duduk di lantai. Maaf lah ya, rumah sempit nak buat camana? huhuhuu... Tapi kalau tak buat majlis begini memang susah nak jumpa. Ya lah masing masing sibuk dengan kerja masing2. Life style kat sini macam hidup kat bandar2 besar yg lain lah, jiran sebelah pun ntah kenal atau tidak. So adanya majlis2 begini bolehlah bersua muka.


    Antara yg hadir...
    Kanak kanak riang... ahahahaaa...
    Lagi tetamu menjamu selera...
    Lepas semua dah menjamu selera barulah acara adik memotong kek. Potong2 kek dan tiup2 lilin ni saja buat syarat sahaja. Suka suka. Macam biasa adalah yg volunteer nyanyikan lagu happy birthday buat adik beramai2. Sekelip mata sahaja adik dah setahun. Rasa macam baru semalam sahaja jantung aku berdegup kencang melihat badan adik yg lebam2 hitam/ungu semasa dilahirkan. Cepat sungguh! Kakak dok tergamam sebelah adik. Suh dia tiupkan lilin pun tamau. Last last sekali mummy yg tiup, hahahaaa...


    Happy Birthday to youu.... happy birthday to youuuuu..... nak tengok video nya klik sini.

    Cepat adik potong kek, dah lapar ni...

    Dan berikut adalah beberapa perkembangan terbaru adik:
    - bila tengok org pegang cawan, adik akan kata HOT!
    - bila bawa adik dekat tingkap, adik akan kata CAR, BIRD!
    - bila nampak kita mengunyah, adik akan kata NAK!
    - Sudah boleh bertatih beberapa langkah.
    - Sudah boleh turun katil sendiri.
    - Sudah ada 5 batang gigi... 3 atas 2 bawah.
    - Sudah pandai tarik rambut kakak.
    Daddy & Mummy mendoakan adik menjadi anak yg soleh, sihat walafiat, membesar dgn cergas & pintar, panjang umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan dalam segala urusan. Moga adik terus mengikat kasih sayang kita sekeluarga dan menjadi tunjang pada agama bangsa dan negara. Amin.

    Terima kasih semua...
    Dan klip video ini khas dari kakak buat adik...
    Akhir sekali terima kasih pada semua tetamu yg hadir, pada yg menghantar sms/call memberi ucapan, thanks. Semua kanak kanak yg hadir kami harap telah pulang dengan goody bag masing masing dan telah enjoy juga dlm majlis yg serba sederhana ini. Seronok tengok bebudak berkumpul dan boleh mesra antara satu sama lain. Kakak pun dah improve sikit, dah mahu bercampur, dah kurang menangis walau sekali sekala datang juga merajuknya. Oke, itu sajalah ceritanya. So jangan lupa dengan temu janji kita disini... bila tu? haaaa.... bila lagi kalau bukan pada hari dan waktu yg berlainan, ahak!
    .
    Salam...
    .

    *Tahniah kpd Dwen & Ani yang baru menimang cahaya mata pertama, Hani Sofea, pada 3.6.2008 jam 9.04 pagi. Len tahun bleh sambut birthday ngan Haziq sekali. :)
    .

    **** ** ****

    7 Comments:

    Blogger Sue.Aleen said...

    1/ happy birthday to adik... berapa dah anak ni? memang sungguh.. cepat masa berlalu.

    2/ anak aku yang puang tu suka kek yang ada karakter mickey/minnie mouse. bulan lepas bodek maklong dia suh beli.

    3/ sini pun tiap-tiap hari hujan... rahmat sungguh!

    4/ nak satu goody bag tu!

    6/04/2008 11:40 am  
    Blogger afid said...

    hepi birthday adik!!waaa...syoknye makan..hehehe

    6/05/2008 12:48 am  
    Blogger afid said...

    hepi birthday adik!!waaa...syoknye makan..hehehe

    6/05/2008 12:48 am  
    Blogger indera kencana said...

    Epi Besday ya adik!!!
    Apasal adik tak jemput Ankel? Ankel sedey tau!! Huhuhuhuhuhu...

    Kepada Ustaz Erfino,
    Waaahhhhh...!! Macam Mask of Zorro la Ustaz... hehehehehehe...

    6/05/2008 2:22 am  
    Blogger asr said...

    Sualeen: Anak baru 2, akan dtg tatau lagi. Syok la kau anak ko bodek mak long dia bukan maknya. Semua naik, hujan je turun kan? Nak goody bag kena laa dtg amik sendiri, ahak.

    Afid: Makan memang syok, pastu sandar macam ular, hahahaaa...

    Indera Kencana: Ayo, ankel sedih ke? Len tahun kita jemput ya. Mask of zorro, uik, yg mana??? huhuhuu...

    :)

    6/05/2008 10:19 pm  
    Blogger DBI said...

    selaamt hari jadi adikkk..
    mixfruit ittew nampak lazattt...

    6/10/2008 8:42 am  
    Blogger asr said...

    Terima kasih PAKCIK dbi... taburkan buah enau sekali ngan sirapnya ke atas mix fruit itu, syedappp...

    :)

    6/10/2008 10:57 am  

    Post a Comment

    << Home