Old Trafford & Great Orme Tramway
PLAN asal nak ke Stoke-on-trend mencari pinggan mummy dan jenguk2 stadium Manchester United di Old Trafford kemudian bermalam di Travelodge Blackburn. Masa yang sama teringin pulak nak menjejakkan kaki ke North Wales untuk merasa menaiki Great Orme Tramway ke puncak bukit. Dah risik2 dgn Mozak katanya tempat tu cun. Last2 kami korbankan Stoke-on-trend, nak beli pinggan apa nya lagi? Cukup-cukup lah tu & bukan ada sales pun, kan mummy kan? ahak.
So macam biasa aktiviti kami memang santai. Pukul 8 pagi baru bertolak. Kalau nak sampai ke Great Orme Tramway tu memakan masa 4 jam setengah. Tu kalau drive terus, tapi kami ni mana mungkin begitu, mesti nak singgah2 dan minum2 dulu. Teruslah masuk ikut M1 dan dalam pukul 10 stengah singgah di Service minum pagi. Haaaa... kan dah kata, hehehe... mesti lah singgah, maklumlah pepagi lagi mummy dah buatkan burger dan goreng karipap. Kalau dah singgah ni kalau tak sejam tak sah. Tapi its good untuk singgah2 begini, boleh rejuvenate your energy. Jangan rush bila memandu, ingatlah insan tersayang... cheeewah, macam iklan khidmat masyarakat pulak.
So lebih kurang pukul 1 tghari kami tiba di Old Trafford. Kat sini bagus sebab parking dia free, bukan macam stadium Wembley nak paking kejap pun dimintaknya £15! Cit. Kak Cho cukup suka maklum lah peminat Man U. Kak chik oke ja, tetap enjoy walaupun dia peminat Chelsea yang kalah hari tu, huhuhuuu... cian. Masuk masuk terus ke area museum dia dulu. Tanya diorang nak masuk stadium tak? Tak payah katanya, kat luar dah cukup. Lg seronok depa spend masa kat souvenir shop. Itu pun nasib lah aku cakap 1 jam sahaja cari souvenir kalau tak mau duduk tido situ kot. hahahaa...
Yeay adikkk, kita dah sampai Old Trafford!!!!
Adik ngan mummy bergambar ngan star player Man U sepanjang zaman...
Barang barang dia takde lah murah mana. Tapi ada jugak satu dua yg dia bagi diskaun. Sebab dah banyak sangat choices naik pening diorang memilih. Kejap ambik, pegang bawak ke hulu hilir pastu letak balik. Ambik yg lain pulak, letak lagi. Susah beno nak decide mana satu, isk isk isk...
Kak Chik memberikan thumb down kepada pasukan Man U...
Sekali lagi thumb down dari peminat Chelsea... ahak!
Sekali lagi thumb down dari peminat Chelsea... ahak!
Aku ngan Nabila dah 2 kali sampai sini. Mummy ngan Haziq pulak baru 1st time. So kami pun sama excited. Bergambo sakan, aku memang suka tangkap gambo sebab bergambo ni tak kena duit, hahahaa... walaupun aku ni tak de lah minat mana2 team bola, aku cekup lah jugak sebijik cap Man U sebab time tu memang la panas. Keluar kedai, cabut tag pakai terus... ahak. Tapi bila jalan memana ramai pulak org yg pakai cap serupa aku ni, huhuhu... tak exclusive lah! Kak Cho & Kak Chik sakan membeli, untuk sapa, hanya mereka yg tahu...
Oke cepattt jom gerak, ketua rombongan memberi arahan! Maka laju je lah diorang tamatkan posing2 melompat kat stadium Old Trafford Man U ni. Destinasi seterusnya, ke North Wales kita. Kami cuma pilih untuk menaiki Tram ke atas bukit di satu pekan bernama Llandudno. Dari Manchester tadik dalam sejam 40 menet saja. Sebab nak kejar ni lah kena allocate masa kat diorang siap2. Memang cantekk sangat lah bila kami sampai sampai tram dia pun dah nak gerak. Kakak cukup excited sebab dari rumah lagi dah bagi tahu dia pasal trip ni. So sepanjang perjalanan asyik ulang2 cakap: kakak nak go on a tram!
Tram ni mula dibuka pada tahun 1902. Dia gerak 1 jam sekali...
Kena tukar tram kat sini untuk ke puncak. Kalau nak guna cable car pun bleh gak...
Pemandangan dia cantik semasa tram tu mendaki bukit. Pantai dia yg seakan berbentuk oval mencantikkan lagi suasana. Cuaca pulak cerah masa tu dengan langit biru so memang fantastic lah. Alhamdulillah, sebelum tu risau jugak kot hujan. Bila dah sampai atas ada disediakan cable car. Ropenya cable car tu untuk turun atau naik bukit tu sama macam tram tadik. So kalau datang awal boleh lah naik guna tram dan turun guna cable car. Tapi memandangkan kami dah beli return tram tiket dan last cable car dia pulak jam 5.00 ptg, so baik lah kami gunakan return tiket yg ada. At least kami masih ada lebih kurang 1 jam untuk menikmati pemandangan dan bergambar sakan sebelum menaiki tram terakhir dia jam 5.50 ptg.
Kak cho menikmati pemandangan dr dlm tram... on the way ke puncak.
Antara yg dapat di saksikan... ni masa nak turun.
Yang paling aku suka tengok satu kawasan tu air laut dan langit macam bercantum. Warna biru dan putih bergabung dan bila bergambar nampak macam dalam studio pulak. Besss... apa lagi, kak cho ngan kak chik pun teruslah bagi idea untuk pose cover album katanya! hahaha... so ini lah cover cover album nya, bila nak release albumnya tu tungguuuuu, ahak!
Di satu bahagian lain pulak ada macam kawah dan kat bukit disebelahnya penuh nama nama org yg datang yang menyusun menggunakan batu2 yg ada kat situ. Malas pulak rasanya nak turun ke sana sebab risau terlepas tram yg terakhir. Mamposs kalau kena menapak, dah lah dengan stroller lagi, tak sanggup. So kami pun bergambar sahaja dari jauh. Cantik lah tempat ni. Dari puncak dia kalau guna teropong bleh nampak sampai ke Isle of Man, Blackpool dan Lake District. So sesapa nak kemari kitorang recommend datang sini tapi tak yah spend lama sebab lama2 kang boring pulak. Kat atas ni pun kedai minum dan kedai souvenir dia pun tak banyak.
Kat Wales ni dia ada bahsa dia sendiri, bahasa Welsh atau juga di kenali sebagai bahasa Cymraeg. Dan diorang panggil negeri diorang ni sbg Cymru instead of Wales. So kalau pi memana mesti dia punya sign board ada 2 bahasa. Bahasa Welsh ni memang la pelik dan tak de langsung bunyi2 cam bahsa inggeris... dan ianya dominan di bahagian utara dan barat Wales, kalau bahagian selatan diorang dah banyak yg pakai bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian.
Sudah kah anda membayar parking tiket anda??? Itu lah translation dia... cuma masuk 20p bleh guna teropong itu...
Jom tiru pose kak chik & kak cho....
Jom tiru pose kak chik & kak cho....
Sekali lagi... hahahahaaa...
Bila dah turun dari bukit ni baru lah terasa perut berkeroncong. Turun ke kawasan pantai dia kot ada fish n chip tapi nampaknya semua dah berkunci. Awal betul tutupnya walau pun la ni siang panjang. So the best bet is to proceed to Travelodge Blackburn kat Darwen Service.
Ni kat kawasan pantai yg kita nampak tadi. Kotor lah, patut tadak org mandi...
So gerak lah kami dan soroo masa singgah kat salah satu Service nak ke Travelodge tu. Sampai kat Travelodge ingat nak dinner, tapi nampaknya semua nak tido, maklum lah masa tu dah pukul 9.30 malam. zzzz nyenyak gilos semua. Esoknya kami gerak pula ke Lake District yg sungguh indah. Ayo, nanti lah aku sambung cerita pasal Lake District tu ya, penat lah, ahak. Cha alif ba wau ta dulu....
.
Zas!.
.
**** ** ****
2 Comments:
Ohhh... gambar yang 2nd last tu... Cantek banget seh. Tu boleh frame tu Zam. Ada gaya-gaya ceria, gitu... hehehehehe
(Zam, cover-cover la sket perut tu!!)
cantik ke? bila dah ada buat apa nak cover? hahahaaa...
Post a Comment
<< Home