• Friday, December 19, 2008

    Pulang Merantau Part 2: KL/Melaka

    KAKAK & adik masih jet lag lagi. Tetiap hari jam 2-3 pagi mula la diorang bangun nak nasi lah, nak tengok tv lah, nak main bola la, huhuhuuu... Hari tu, bila kami sampai kat hentian keretapi di KL nu, kami cubalah nak dapatkan teksi. Tapi pemandu teksi kat KL ni kaya kaya belaka gamaknya, diorang boleh refuse dan main pilih2 customer. Cakap ja melawati, semua tak nak pi. Hampir 10 teksi lah kami tahan akhirnya baru lah dapat, tu pun dia mintak extra. Takpe, halal lah...
    Masa kat KL kami spend satu hari suntuk kat KLCC. Hajat nak kasi kakak dan adik merasa naik LRT, so Abah pun hantar kami ke LRT Wangsa Maju. Seronok kakak, sampai suh duduk pun tamau. Adik tido dlm stroller. Turun kat KLCC terus jumpa kedai Famous Amous. Lamanya tak jumpa kedai ni kata mummy, so singgah beli biskut. Jalan jalan lah kami dalam KLCC & aku rasa barang semuanya mahal2 belaka lah. So window shopping sahaja. Paling habis pun melangut tengok pokok krismas yang tinggi bebeno tu, kat sini pun tadak yg setinggi itu.


    Sepohon pokok krismas di KLCC...
    Lunch hour Imam dan Awang datang jumpa kami kat KLCC. Thanks pd imam yg belanja makan kat Nandos. Kakak mengamok lah pulak dalam Nandos tu, di balingnya lolipop terkena baju imam sikit. Isk kakak ni, tak elok lah begitu. Nasib baik tak kena kat dahi, kalau benjol, habislah apa nak explain kat Ayu?? hehehe... sorri lah uncle imam ya.


    Awang & Imam yang mantain sihat walafiat, alhamdulillah....
    Pastu kami terus ke Aquaria pulak. Mahe jugak lah tiket kat Aquaria sini, nasib kita Malaysian - kena RM36 sorang, kalau mat salleh tiketnya seratus lebih (ni tukang jual tiket yg cakap, betoi ka tatau). Kakak dan adik masuk free. Ikan dia tak lah banyak mana. Cuma terowong dia punya lah panjang, tapi kosong saja. Kena tunggu lama nak tengok jerung datang berenang atas kepala. Penyu pun tak ada, kalau ada penyu bess juga. Ada orang bagi tau aku kat Aquaria KLCC ni ada ikan duyung... so aku pun tunggu lah, tak de pun. Jangankan duyung, dugong pun tadak, huhuhuu... dengan RM36 untuk jumlah ikan yang sebegitu aku rasa agak mahal. Mungkin mantainence dia mahal kot. Tapi nak merasa punya pasal, kira sebat saja lah.


    Ikan ni sangat menarik aku rasa, tapi mana mana akuarium pun selalu ada...

    Dapat jugak snap gambo ikan jerung...

    KLCC ni memang cantik bangunan dia. Asyik memuji muja negara orang sampai terlupa keunikan negara sendiri. Sungguh banyak lah gambar kami berlatar belakangkan bangunan 88 tingkat itu. Kalau pergi hari selasa atau ahad boleh lah naik ke jambatan yg menyambungkan 2 bangunan tu kat tingkat 41 dan 42. Dari aquaria tadik kami terus ke taman KLCC bawak kakak & adik pi mandi. Bukan main suka lagi lah diorang. Tapi tak lah boleh berlama-lama kat sini, lepas mandi tu kasi can kakak dan adik ke play ground pulak. Bila dah agak2 petang kami pun berangkatlah semula ke stesen LRT.


    Mandi manda di KLCC, daddy teringin nak enterframe, hahahaaa...

    Play ground KLCC lagi bess dr yg ada kat sini lah...

    Tapi LRT... ya Allah, ramainya manusia! Hampir sejam aku beratur nak beli tiket. Dah beli, beratur lagi nak masuk ke bawah. Dah masuk, beratur lagi nak naik ketapi. Dah la hangat dan hangit dalam tu dengan bau semerbak wangi lagi, dengan adik yg dah mengamok tak selesa, dengan kakak yang dah bising I am hot, I am hot daddy tak habis habis... masih jugak kami tak dapat naik train. Masa ni dah beratur satu jam dah. Last last kami patah balik, tak jadik naik LRT dan ingat nak amik teksi. Sama macam sampai hari tu, teksi semua tamao pi melawati. Payah sungguh rasanya bila driver teksi boleh refuse penumpang. Memang layak lah warga KL begitu dependant dengan kereta/motor sendiri. Nak harap pengangkutan awam, especially time peak hour, kalau tak berkepam dengan peluh ketiak tak tahu lah... hehehheee... masyam!


    Adik, nak ke mana tu?

    Lepas dah teksi tamau amik kami, apa yg kami boleh buat selain masuk balik dalam KLCC dan tunggu lah sampai penumpang LRT surut. Tika malam tidurkan senja, tika bintang menjahit baju lena, kami pula mengamik peluang menangkap gambar KLCC yang dah bertukar wajah. Kiranya puas lah satu hari kat KLCC tu.


    KLCC di malam hari... cantik kan? Kagum! kagummm!

    Pada hari yang lainnya Abah mengajak kami ke Melaka tido rumah Dwen. Kami oke ja. Sampai Melaka, amik Yani terus tuju rumah Dwen dan buat macam rumah sendiri sebab tuan rumah suami isteri kat opis. Dok lepak kejap, Abah pun bagi isyarat untuk bergerak. Best jugak Melaka sekarang ni, banyak tempat menarik untuk di lawati. Kami terus menuju Banda Hilir dan naik lah menara Taming Sari. Dari atas menara Taming Sari ni boleh nampak Bandar Melaka termasuklah Eye of Malaysia yang dah berpindah ke mari. Dari situ pi jalan jalan sebentar kat Dataran Hang Tuah (ke Hang Jebat? tak ingat lah)... Tak lama kemudian Dwen & Ani pun datang dengan Sofea.


    Di atas Menara Taming Sari...

    Dan pemandangan yg dapat di lihat...

    Malam nya kami naik River Cruise kat Melaka ni. Good idea juga dengan rmh2 tepi sungai ni di hiasi dengan lampu spot lite. Dengarnya kerajaan negeri Melaka yg sponsor buat bahagian depan rumah ngadap sungai, sebab tu la nampak lawa je semua. Kalau amik boat yg mahe sikit tu dapat lah dihiburkan oleh pemain musik dan penyanyi lagu dongdang sayang. Tapi kami naik yang mughah punya ja. Boat yg Shah Rukh Khan naik masa penganugerahan dia tu mungkin ada lah kot? hahahaa... aku teka jaaa...


    Depan entrance melaka river cruise...

    Adik ngan Atok dlm cruise. Pelampong besar tu ada bebudak bergolek dlm dia, mcm bess ja.
    Sepanjang river ni cantik dengan lampu2 merah dan biru yang di pasang berjurai2. Yang tak syoknya, tak de pulak narrator yang menceritakan apa kebenda yang terdpt sepanjang sungai ni. So naik boat tu senyap sunyi cuma di temani deruman enjin dan kocakan air sahaja. Selebihnya suara penumpang bersembang sesama sendiri. Sebelum balik tido, kena lah isi perut dulu. Apa lagi, Dwen pun bawak kami pekena ikan bakar di Umbai. Terkenal ikan bakar di Umbai ni, sampai masuk paper. Ikan dia fresh, macam2 kami amik dr kepah ke udang ke sotong ... macam2 lah. Yummy. Best.


    Ikan Bakar Umbai menyelerakan... jelly kelapa & nasi lemak pun di hidang sama... yummy!
    Balik dari Melaka, dengar radio dan dapat berita tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Malang sungguh nasib mereka dan takziah pada keluarga yang terkorban. Tentu bertambah menyayat hati apatah lagi saat2 ingin menyambut AidilAdha. Al-fatihah.


    Bergambar kenangan 3 beradik di A-Famosa. Nabila , Haziq & Sofea.
    Sepanjang hari raya AidilAdha hujan sahaja dari pagi santak ke malam. Bunyi helikopter pun asyik kedengaran kerana Melawati dengan bukit Antarabangsa tak lah jauh mana. Kebetulan hari raya haji tahun ini sama tarikh hari jadi kakak. Uncle Dwen pulak berbaik hati membelikan kek & kami celebrate lah sekali dengan harijadi mak dan mak ndak Yana yang turut jatuh pada bulan Disember. Kakak sebelum tu lagi dah excited pasal hari jadi dia ni, gara gara Uncle Dwen bagi dia present in advance. Dapat in advance, bukaknya pon in advance juga! Asyik lah pegang hadiah hari jadinya tu sambil cakap: This is my birthday present, i like it so much daddy. :) Tapi seperti biasa, birthday girl nangis bila saja lilin di tiup dan padam, kenalah psang semula, huhuhu...


    Happy Birthday to you... Nenek, Mak Ndak & Nabila... happy birthday to youuuu....
    Mummy, Daddy & adik will love u always...

    Birthday girl pose ngan adik pulak...

    Sehari selepas hari raya haji kami berangkat kembali ke London ini. Terima kasih pada keluarga yang turun menghantar kami di KLIA. Sekejap betoi rasanya. Aku juga nak mintak maaf pada seorang rakan kerana tak dapat memenuhi undangan makan malam (u know who u are)... thanks anyway, but dot worry, there's always next time. heh! So kami nak merakamkan pula terima kasih pada keluarga di Melawati dan juga kepada semua yang sudi meraikan kepulangan kami yg lalu.


    Terima Kasih semua, sudi datang menghantar...

    Penerbangan ke London sila ke gate 36... jom adik! Bye bye Malaysia...

    Sekian. Jumpa lagi...
    .

    **** ** ****

    6 Comments:

    Blogger miesha said...

    LRT Putra tu memang sentiasa penuh, lagi la kalau time nak gi dan balik keja memang mcm sardin dalam tin.
    Teringin lak nak bergambar kat KLCC, keja dekat ngan KLCC tapi tak pernah pi bergambar pun, biasa la bila benda di depan mata kan...heeeheee
    orang putih siap baring lagi nak ambil gambar KLCC tu

    12/22/2008 3:01 am  
    Blogger miesha said...

    abang ipar semalam (21.12.08) gi aquaria klcc katanyer bayar RM28, kanak2 3 tahun ke atas bayar RM20.

    12/22/2008 3:04 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Errrr.. nak komen. Tapi ni last. Last tau (masih majuk)

    Errr.. Anna Nabila majuk kat Nando's? Ikut sapa la tu. Tu mesti ikut daddy tu. Ankel tak suka majuk.. Tapi Anna Nabila sekarang dah makin cantik. Tu mesti ikut mummy (yang baik ikut mummy je..)

    12/22/2008 7:57 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Sesekali balik Mesia,kau ala2 pelancong lak kan..:-)
    Bila balik lg?

    Awang & Mal..semangat..semangat:-)
    Kau kira selim melim sket la
    Kira nak kurus kene dok obersi la kan...:-)

    12/23/2008 3:36 am  
    Blogger Sue.Aleen said...

    ya Allah.. lamanya aku tak ke klcc... tak lalu aihhh.. sesakkk napas!

    12/27/2008 1:41 am  
    Blogger asr said...

    miesha: Aik camno bleh mughah? Kena mintak rebat ni... ahak.

    teh o ais: tak nak pujukkkkk! hahahaa...

    Nani: aku memang pelancong lah, ahak. Aku slim ke? Betoi ke? ye ke? hahahaa....

    suealeen: sesekali pi bess wooo... pi la.

    12/28/2008 9:02 pm  

    Post a Comment

    << Home