• Sunday, December 28, 2008

    Belasungkawa

    *Terkini:
    2/1/2009 ~ Baru sebentar tadi kami dikejutkan pula dengan berita kepergian Along ke rahmatullah. Semasa balik bercuti hari itu kami sempat melawat Along di hospital. Along tampak segar, masih petah dan sempat juga berjenaka. Setelah kami berangkat ke mari khabarnya Along sudah dibenarkan pulang ke rumah kerana kesihatannya kembali baik. Tapi itulah urusan Allah yang maha kuasa. Dia yang menentukan ajal maut manusia. Along kembali di masukkan ke hospital sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir. Semoga Allah melimpahkan seribu rahmat-Nya dan menempatkan Along di kalangan orang-orang yang beriman. Hanya doa kami mengiringi Along dari kejauhan. Al-fatihah.
    pos terdahulu:
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Pada 25.12.2008 yg lalu kami menerima berita sedih akan pemergian nenek Manisah di Johor ke rahmatullah. Semoga rohnya bernaung di bawah jurai rahmat Allah & ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi-Nya.
    Al-Fatihah.

    **** ** ****

    4 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Takziah atas pemergian nenda yang tercinta. AL-Fatihah.

    12/30/2008 3:02 am  
    Blogger Sue.Aleen said...

    innalillah.. dan alFatihah..

    kira ko balik mesia ritu sempat tak jumpa dengan deme ni? bila balik tu... mesti ada hikmahnya kalo sempat bertemu, ye dak..

    1/04/2009 1:23 am  
    Blogger miesha said...

    Takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

    1/06/2009 1:46 am  
    Blogger asr said...

    Terima kasih semua atas doa doa kalian. Semoga mereka berada bersama-sama insan yg Allah sayangi. Amin.

    1/06/2009 11:38 pm  

    Post a Comment

    << Home