• Sunday, April 23, 2006

    Nabila dah Meniarap

    Al-kisahnya....
    pada satu sabtu yg misteri, lepas balik dr main badminton aku dok surf internet. Nabila pulak dok baring kat tilam mainan dia sebelah aku ni. Ibunya tengah bersiap sebab kami nak ke kedai Cina. Tetiba aku tengok Nabila cuba nak mencapai botol susu dia kat tepi tilam dia tu. Jadi cepat cepat aku amik kamera untuk rakamkan aksi "stunt" dia ni.

    Tu ha.. nampak tak dia dah nak capai dah botol dia tu, hehehe... lapo sebeno nyer yer?? Sian dia, tak pe.. cuba lagi... Daddy nak tengok sampai tak? Nabila pun dengan sedaya upaya telah mengumpulkan semua tenaga dalaman dan auranya untuk mencapai botol tu, bila tiba tiba.....


    tiba tiba... ada satu suara besar bergema... "Hei Nabila... Jangan ambik susu itu, susu itu bukan Nabila yg punya. Susu itu Ahmad Albab yg punya.... AhmaaAAaaaddd Albab yg punyaaa..." kata suara besar itu. hehehe... mana ada sora besar tu, sebenarnya tu susu lama la, nanti mummy buatkan yg baru ya...


    Hmmm.... frust Nabila. Jadinya Nabila pun terpaksa mengisap jarinya sambil menunggu susu yang baru nak dibuat. Dalam hati Nabila tertanya tanya.. iskk.. mana ni? apsal lama sangat ni.. susu habis ke? air tak masak lagi ke? Nabila terus berteka teki... [teka teki: tekak teki tekak tekok, ular mati dalam mangkok, pe dia?]
    .
    Nabila pun mula lah memerah otaknya mencari jawapan teka teki itu. Fikir punya fikir lama2 mengantok la pulak, terus Nabila tertidor. Didalam tidornya dia bermimpi.... "Wahai, Nabila... nanti bila kau bangun tiduuur, kau cari Suleiman Akhlaken... dia ada jawapannya... Ingat nama ni betoi2, Suleiman Akhlaken..."
    .
    Nabila pun terjaga dan cukup terkezzzut... "Apa? Suleiman Akhlaken" katanya seolah berbisik... namun hatinya berkata, alah.. apa payah jumpa, soklan teka teki mudah camtu pun tak tahu ke???
    ... dan masa ni la kamera aku pun abis bateri... tak dapat lah aku nak merakamkan kisah yang seterusnya, tapi untuk tak menghampa kan korang...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ni la jawapannya....mee maggi ~ cepat dimasak, sedap dimakan... hahaha
    (tringat teka teki masa kecik2 dulu kan...?)

    **** ** ****

    2 Comments:

    Blogger dwEn said...

    comel la plak tengok si nabila tu berpikir... sampai menongkat pulak tu... betul ke tu? huhuhuhu...

    5/02/2006 12:17 pm  
    Blogger ASR said...

    Betul la tu...
    kebetulan yg betul betul...
    hahaha...

    5/02/2006 11:00 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home