Bath & Stonehenge
JOM kita gi Bath! Ayoyo... nak ajak mandi ke? Alamak... isk tak mau le... Bukan la... Bath tu nama tempat la. Sebuah bandar yg dah hampir dengan South Wales. Dari kota London ni pulak ia mengambil masa plus minus 3 jam untuk sampai. Jom la...
Jalan agak lengang. Memandu dlm kelajuan 100km/j. Kalau kat tempat kita ada sawah tepi highway, kat sini pula ada ladang bunga berwarna kuning ~ luasnya saujana mata memandang...
Rancangan nak ke Bath ni aku ambik dengan begitu pantas sekali. Malam ni decide esok terus pegi. Wife aku sempat masak bee-hoon untuk di bawa sama. Jimat beb! Kitorang bertolak agak lambat, jam 10.30am so sampai sana dalam pukul 2.30pm. Berenti kat Service dia (kalau kat Mesia kita panggil R&R) untuk lunch, tu la sebab amik masa 4 jam tu.
Tu dia peta Bath. So boleh la plan nak lawat yg mana dulu... very informative & helpful.
Sesampai kat sana, kitorang start la touring, lebih kepada nak tengok view dia yang cantik. Bath ni memang terkenal dengan scenery yg memukau. Terletak di kawasan yang berbukit bukit jadi kalau berdiri tepi sungai boleh nampak rumah rumah yang seakan akan terlekat kat dinding bukit. Tapi agak malang sebab la ni dah spring, pokok2 pun dah banyak daun jadi menghalang pemandangan yg cantik tu. So kalau korang nak datang sini aku syorkan korang datang time fall atau winter. Pemandangan dia surely more fantastic artistic bombastic dan semua yg tic tic la.. hahaha. Cuma masa je terhad sebab cepat gelap time tu.
Kalau malas jalan boleh naik bas sight seeing yg takde bumbung tu round town dia. Gambar kanan ~ korang nampak tak bukit tu? Kalau takde pokok boleh nampak pemandangan yg lebih menarik...
Nak amik gambo pun kami berpilih pilih, bukannya apa takut battery aku habis. Ntah napa batery kamera aku ni cepat no kong nyer sekarang! Salah satu tempat yg menjadi tumpuan ramai ialah di Roman Bath di mana ada sebuah cathedral dengan ukiran dinding yang begitu klasik. Tak le kami masuk ke dalam cuma menengok2 hasil kerja arkitek mereka yg dah beratus2 tahun usianya.
Ni la sebahagian tempat yg cantik pemandangannya. Tapi bangunan yg semacam ni memang biasa di lihat di England ni.
Kat sini juga ada Bath spa serta macam2 museum. Kalau nak spend the whole day kat sini memang la boleh jelajah semua tempat satu2, sebab most of the museum here are admission free. Tapi memandangkan kami nak ke Stonehenge pulak, kami singkatkan lah lawatan kat sini. Bukan nak beli apa pun, barang2 souvenir pun semuanya sepesyen macam yg ada kat London. Lebih kurang jam 4.30pm kitorang pun bertolak ke Stonehenge pulak...
Gambar ni di ambil di sebuah premis i.e kawasan rumah seorang mat salleh. Selamba je kami bergambar. Tentu kaya giler mat salleh ni sebab boleh buat rumah tepi lereng bukit ngan pemandangan yg menakjubkan ni...
Ops... kita bagi laluan pada iklan jap ye...
************************
iklan.... iklan.... iklan.....
Hari ni pada 19.5.2006 kami telah menerima sekeping kad raya dari Adik Nur Munirah. Kad ini sebenarnya telah pun dihantar sebelum hari raya pada bulan November 2005 yg lepas. Maknanya kad raya ni dah terperap kat pejabat pos Malaysia selama lebih 5 bulan sebab cop kat setem tu bertarikh 15.5.2006! Kepada Munirah, Cik Ajam & Cik Lina dah terima dah kad yg munirah kirim tu... terima kasih ya...
***********************
Sesampai je kat Stonehenge, tinggal lagi 5 minit je dia nak tutup. So kami tak sempat la nak masuk, cuma ke kedai souvenir dia je. Wife aku beli fridge magnet lagi.
Cuba korang peratikan betoi2 gambo ni. Soalan: Pukul berapakah kami sampai di stonehenge ini? [10 markah]
Meh aku cerita sikit pasal Stonehenge ni kat korang. Binaan ni seakan sebuah temple yang telah dibina lebih kurang 5,000 tahun yg lalu (tarikh sebenar masih tidak diketahui). Dalam kata lain lebih kurang 3,000 tahun sebelum masihi (zaman ini di kenali sebagai Neolithic atau the New Stone Age era). Ini bermakna ia wujud sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW hatta Nabi Isa AS sekali pun. Pada zaman itu penduduk di situ dikatakan menyembah matahari. Pintu masuk temple ni dibuat tepat mengadap matahari naik pada setiap pertengahan musim panas dan pintu belakangnya pula betul betul mengadap matahari terbenam pada setiap pertengahan musim luruh. Yang peliknya bagaimana begitu canggih mereka boleh membina binaan dgn kiraan geometrinya yg begitu tepat sekali? Menurut sejarah batu2 besar ini telah di angkat sejauh dari kawasan Barat Wales dengan menggunakan tulang 4 kerat. Untuk apa sebenarnya ia dibina, siapa yang membina, bagaimana ia dibina masih lagi kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini. Kini ia telah diklasifikasikan sebagai World Heritage Site kerana ia merupakan archeological lanscape yang sungguh bernilai. Namun sebahagian besar structure binaan ni telah runtuh/rosak mengikut peredaran zaman yg diakibatkan oleh bencana alam juga pergerakan muka bumi. Namun masih ada lagi yang kukuh berdiri dan dipelihara sehingga kini sebagai bahan sejarah juga untuk tontonan umum.
Cuma bergambar dr luar pagar... jadi la...
Nasib baik lah stonehenge letaknya tepi jalan sahaja. Maka kami pun dapat lah bergambar dari luar pagar tu. Kalau lebih dekat lagi tentu lebih jelas. Sebenarnya bukan ada apa kelebihan masuk ke dalam, cuma kita boleh mendengar tentang kisah2 Stongehenge ini pada setiap check point dengan lebih detail lagi. Itu je....
Yey! Dah abis tour... jom kita baliikkkkk.......
Lepas abis bergambar tu, apa lagi... kami teruslah pecut balik ke London. Begitulah habisnya satu hari ahad kami. Sekali sekali keluar dari kesibukan kota London dan dapat melihat country side yg tenang di sepanjang perjalananan adalah satu kelainan. Lepas ni nak kemana pula ye? Ntah la..tengok keadaan dan masa... dan yang utama pulusssnya!!!
Dengan itu, kita jumpa lagi pada hari dan waktu yang BERLAINAN. hahaha...
*Tahniah kepada Imam & Ayu yang telah menimang cahaya mata pertama pada 16.5.2006. Semoga kehadiran baby boy (nama ?) itu akan membawa lebih keceriaan dalam hidup kalian...
**** ** ****
4 Comments:
seronoknya!!!!macam terbayang2 kalau aku kat sana.kononnya la....kalau...........
tak usah bayang2... pi je ke kaunter travel agen, book tiket kape terbang, dtg sini, kami tungguuuuuuuuuuu...
same-same...ingatkan tak sampai2 dah kat adik tu...
Ha... kad dah sampai London... Belajar rajin2, nanti Mira pulak boleh sampai sini... insyaAllah :)
Post a Comment
<< Home