Little Venice & London Zoo
Kami sampai di Little Venice jam 10 pagi - we took the 1st ride. Seronok jugaklah naik bot ni, tapi 2 kali pikir rasa cam menyusuri sg perak je, hahaha. Pemandangan di kiri kanan biasa sahaja; hutan, bot2 yg berlabuh, orang jogging tepi sungai dan ada satu dua rumah besar sebagai penarik ~ cuma yg bess masa melalui sebuah terowong yg gelap, lain sikit la fenomena dia. Cuba tangkap gambar tapi tak nampak apa. Jap je dalam 1/2 jam kami pun sampai lah ke zoo London.
Sebenarnya aku ngan wife aku penah masuk zoo ni secara haram. Masa tu ntah camana kami leh terlepas masuk tanpa beli tiket. Tapi kali ni kami masuk secara halal pula. hahaha. Bercakap pasal zoo ni, sah2 attraction dia binatang kan? Tapi nak cerita panjang pun tak guna, maklumlah semua orang dah penah masuk zoo. Jadinya aku akan lebihkan gambar dalam entry kali ni. Honestly zoo taiping & zoo negara jauh lebih hebat dr london zoo ni. Tujuan utama aku nak ke sini sebab nak tunjuk ikan kat Nabila. Bukannya apa, dia asyik sangat bila tengok screen saver aquarium yg wife aku download kan. Setiap kali tengok tak terkelip2 matanya. Jadinya bila awal2 lawatan dia tido je kat stroller dia aku biorkan je la, sebab aku plan nak kejut dia bila sampai kat aquarium nanti.
Biawak pun ada kat sini. Yang bess-nya bila tengok harimau dan singa. Ha.. ni lah salah satu kelainannya. Kalau zoo kat tempat kita kadang2 jenuhlah kita mencari mana harimau dan singa sebab jarak yg jauh. Tambahan pulak binatang ni selalu tido waktu siang. Kadang kadang frust sebab tak nampak pun. Tapi kat London zoo ni, ada satu bahagian tu dindingnya dibuat dr kaca yang tebal. Kawasan tu juga redup, singa dan harimau ni selalu lepak kat situ. Jadinya dapatlah kita tengok dr jarak yg dekat! Ni kat bawah ni gambonyer...
Kami juga ke Butterfly house. Ingatkan banyak beno la butterfly nyer... cuma adalah dalam 10 ekor yg berterbangan, so takde la happening mana... cuma sempatlah jugak kami tangkap gambo ngan minah yg jaga rumah butterfly yg kiut tu... ntah nape "ber-ia-ia" dia nak posing sebelah aku lak... hahaha... jangan marah aaaa...?
oke... sekarang sampai la kita kat Aquarium. Yang magicnya Nabila pun terjaga tiba2 ~ takyah aku mengejutnya. Bila dah ada anak ni, masuk zoo ni bess dia lain macam. Seronok tengok gelagat dia...
Yg kiri ni Nabila tengah mencari seahorse, yang kanan pulak tengah menengok tiger fish... lama jugak kami kat aquarium ni, tempat ni la yg Nabila betoi2 jaga, sampai naik lenguh jugaklah mendukungnya...
[Kat sini pun ada ikan piranha]
Lepas habis melawat akuarium ni kami berenti rehat dan masa ni sempat lah juga aku naik "gajah" dengan Nabila. hahaha... Lepas tu bateri kamera pun habis... Nasib baik lah ada kamera En. Shahrul yg sudi menangkap gambo kami dengan zirafah. Pastu bateri dia pulak kong!!! Hampeh. Kami pusing satu dua kawasan lagi dan terus amik keputusan untuk pulang menerusi canal tadi ke Little Venice semula. Lawatan kami tamat hampir jam 4 petang.
Ha... berbalik kita pada soalan kita di awal rancangan tadi. Dah dapat jawapannya? Ramai ke yg jawab harimau? Kijang pun ramai? Ada ke yg jawab manusia? apa??? ADAAA!!!!??? hahahaha... kalau nak tahu jawapannya... korang klik la kat bawah ni...
Kenapa? Tak percaya?
**** ** ****
4 Comments:
Ala berencik-encik pulak.. BTW gambar kat butterfly house aku cuma nampak tangan kanan kau je..tangan kanan minah salleh tu kat mana yek? musykil jugak aku?
Ma kezimbos.. oing-oing takde?.. esok anak ko balik Meru, terjumpa nanti terkejut pulak dia
en. shahrul: keji tak? orang dah amikkan gambo ngan zirafah, tapi tak dimasukkan dlm blog pulak? hahahaha...
kilo: isk.. ko ni kati kan? yg dok kat kawasan yg xde stesen minyak tu kan? weh, ari tu aku beli duvet anak aku ada gambo oink2 la.. aku tak perasan... so dont worry dia kenal binatang haram tu... hahaha
cekap jugak mike meneka!.. aku dua minggu sudah baru lepas Treasure Hunt, tu pakai klu tu. Elokle gitu.. ngajo anak supaya tak kena kejutan budaya.
Post a Comment
<< Home