• Tuesday, May 16, 2006

    Lepak Lepak di Hyde Park

    Eh Nabila... apasal la comot sangat anak daddy ni? Cepat pi cuci mulut, nak ikut gi playground tak?
    BILA cuaca panas mula lah mat-minah saleh lepak2 kat Hyde Park, sebuah padang luas di kota London ni. Banyak aktiviti persendirian seperti orang bermain bola, frisbie, throw & catch, macam2 la. Tapi aktiviti baring/tido tengah panas yg paling popular. Gelagat diorang tak ubah cam lembu lembu di padang rumput alfalfa yg segar menghijau. hahaha. Selain lepak2 banyak jugaklah free show kat situ.. isk.. tak senonoh!

    Hyde Park juga merupakan sebahagian dr kawasan taman Buckingham Palace. Memang sangat luas park ni sehinggakan dia punya stretch sampai lah ke kawasan yg dekat dgn rumah kitorang. So kalau petang2 kami selalu lah jalan2 kat kawasan tu. Banyak bunga yg di tanam di sini terutama bunga tulip, bermacam2 kaler. Rose sudah di tanam tapi belum berbunga lagi. Nanti kalau (kalau la...) kami ke Queens Garden kami akan letakkan gambo2 bunga rose... kat situ banyak.

    Inilah deretan bunga tulip yang memang eye-catching. Gambar ni telah kami ambil lebih awal dr lawatan kami yang kali ni...
    Ni lagi bunga tulip. Macam macam kaler kan? Kalau tengok live lagi la terserlah cantiknya...
    Masa hari Wesak tu aku turut cuti kat sini. Sebab no prices to offer. Lepas semayang Jumaat aku pun tatau nak kemana. So kitorang pun amik keputusan untuk jalan2 la kat hyde park dan bawak Nabila ke Lady Diana, Princess of Wales Memorial Playground yg terletak di salah satu bucu Hyde Park ni.
    Sementara nak lintas jalan masa ke Hyde Park pun sempat posing2 bergambar tu. Yg kanan tu bila dah sampai kat Hyde Park, nampak tak mat saleh yg melepak di tengah panas tu... sun bathing tak kira masa, asal ada je matahari penuh la padang tu...
    Berbezanya playground ni berbanding yg lain ialah konsep nya. Kat sini di tengah2 bandar ni bebudak akan rasa cam kat tepi pantai walaupun tak ada kolam atau lopakan air kat situ. Sebab apa? Sebabnya diorang menggunakan pasir halus sebagai lantai kat kawasan tu. Jadi banyaklah bebudak yg bawak alat2 untuk buat istana pasir. Semuanya tak berkasut. Sebijik cam rasa kat pantai la... di tambah pulak ada la sebuah replica kapal yg agak besar yang boleh bebudak ni main panjat2.
    Kat playground ni kalau takde bawa kanak2, orang dewasa memang tak dibenarkan masuk. Buat menyemak je... Sebab ada Nabila boleh la kami join sekaki... Admission free je.
    Rumah2 kecil untuk budak2 main masak2 pun ada, selain alat mainan biasa seperti buaian dan papan gelonsor. Lantai dia masih juga pasir. Kalau kat tempat kita buleh kena marah kalau main pasir sbb takut kudis atau cacing kan? Tapi kat kota London ni semua jalan bertar dan bersemen, so ada tempat camni memang menarik sgt lah bagi diorang. Memandangkan Nabila pun belum boleh nak appreciate benda2 ni, so kitorang sekadar tangkap gambar. Saja kitorang nak biar Nabila biasa tengok ramai orang. Tak lah asyik duk rumah je... sian dia.

    Lepas dah bergambar kitorang lepak kat cafe dia pulak. Nabila punyalah aktif tangan nyer ke kiri kanan sampai habis tumpah segelas air oren di tepisnya.

    Lepas mummy bagi susu, Nabila share aiskrim ngan daddy pula.. Dah dah, sikit2 je kang ngilu gusi tu...
    Kitorang masih mengekalkan ciri ciri melayu dengan mencari tempat yg redup untuk melepak. hahaha. Tak lah macam mat salleh yang bergelimpangan di tengah padang di bawah panahan sinar matahari... Diorang ni suka kalau kulit diorang ni lebih gelap sikit. Sebab tu la kalau bukan musim panas, ramailah yang mengunjung ke tanning shop untuk menggelapkan warna kulit. Tapi kan diorang ni tak takut ke kesan sinaran UV ni?? Ozone kan dah depleted sekarang ni? A-ce-ceh saintifik la pulak... hahaha
    .
    Bila dah berbulan2 cuaca sejuk, sekali2 ada cuaca panas camni seronok keluar. Baru lah paham kenapalah mat saleh ni appreciate sangat. Baju pun tak payah nak pakai berlapis lapis. Ambik angin. Kat sini walau pun panasnya cuma 18-19 degree tapi bahangnya perit semacam. Aku rasa mungkin sebab kat sini very dry, tempat kita pulak humid. Sebab tu la kot... tapi panas panas dia pun, bila ada angin tiup terus sejuk rasanya.
    Kami kemudian pegi pulak kat sebuah kolam besar kat tengah2 padang tu. Burung burung dah tak sebanyak musim sejuk. Mungkin dah terbang balik ke tempat asal dia, mana tatau? Tapi kat tepi kolam ni pun dah jadi macam pantai. Mat saleh seperti biasa sun bathing le... apa lagi.
    Masa ni batery kamera aku habis lagi. Hampeh, so kitorang pun patah balik. Pegi ke shopping kompleks Whiteleys yg kat rumah tu dan kemudian terus balik. Mmm... Ahad tu pulak kitorang ke Bath & Stonehenge... nanti aku updatekan kisahnya... ok lah, aku nak mandi dulu!
    Chiow.
    Ni dua keping gambar bonus... sayang lak nak delete sebab dah upload awal2 lagi tadi. So korang tengok je la ya...
    * Selamat hari guru kepada semua pencetus ilmu & pendidik tak kira secara formal ataupun tidak. Setiap kita adalah guru kepada setiap yg lain. Salah satu amalan yg berkekalan ialah ilmu berguna yg diamal & diajarkan... betul kan?
    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home