• Thursday, May 04, 2006

    Sambal Malas

    Ha....
    Hari ni jom kita belajar memasak! Korang ingat aku tak tahu masak ye? Silap tu... Pada member2 yang penah dok serumah ngan aku pastinya korang masih terbayang2 dan terliur2 ngan masakan2 istimewa yg penah aku cipta dulu. Dan antara yang paling fofular tak lain tak bukan dan semestinya Ayam masak Yamaku, Telor masak Tutu dan juga Jelly epal Lallavee Lallavoo - yg ni sila rujuk nota kaki! Jangan lagi korang suruh aku masak masakan tu semua, sebab aku sendiri pun tatau apa benda yg aku dah buh dalam masakan tu... tapi Alhamdullillah, sihat korang sampai sekarang ya? dah beranak pinak pun, hahaha...
    Oke, hari ni aku nak ajar satu masakan bernama Sambal Malas (sebutan yg betul: Sambe Maleh). Sambal malas ni, memang terkenal di kalangan keluarga aku di Ipoh. Cara2 membuatnya senang je, tapi tak penah lah pulak aku tahu bagaimana. Rasanya pulak... ummmmppphhh, Sodap!!! Terima kasihlah pada wife aku yg dah berpayah mendapatkan resepi ni agar aku tak kempunan dok kat bumi penjajah ni.
    Jadi untuk mengelakkan resepi ni dari hilang cam resepi2 ciptaan aku yg kat atas tu, bior le aku abadi kan cara masakannya kat sini.
    p/s: Sebelum tu aku nak terangkan sikit, ni Sambal Malas ni nama je malas, tapi org yg membuatnya kena rajin. Kalau orang yg membuatnya pun malas, alamat makan nasi lauk kedai la korang... wakakakaka
    Oke, oke tanpa berlengah lagi jom kita mulakan. Untuk itu aku menjemput wife aku yg tercinta untuk menunjukkan cara2 nya... silakan chef!
    Hehehe... tima kasih - tima kasih. Tapi takyah lah amik gambo ye... ambik gambo bahan2 je tau..
    oke la... oke la...
    ya puan puan (sambil mencapai mikrofon)... setiap masakan kenalah ada bahan2nya kan... so inilah bahan2nya.. amik kertas, salin cepat!
    Kebersihan sekitaran jangan lupa dijaga...
    Amboi, garangnya chef ni...
    Hehehe... bahan2 yg diperlukan: Bawang beso, bawang putih, sepotong belacan, ikan bilis satu genggam serta cili boh - blender cili sendiri pun buleh. Dan bahan yg takde dlm gambo ialah minyak, air asam jawa, garam dan gula...
    Mula mula, amik bawang beso ngan bawang putih tu, tumbuk sekaligus dan diikuti dengan belacan. Tumbuk semua sekali... bila dah lumat, masukkan ikan bilis pula dan tumbuk lagi.
    ha... tu la jari jemari halus i, chef you all hari ni...
    Tapi awas... Ikan bilis tu tumbuh ala kadar je, hancur sikit sikit dah... Masa tumbuk tu selawat selawat la sikit... Biar berkat kasih sayang dalam rumah tangga, hehehe... Masa ni buleh la panaskan kuali, minyak dalam 5 sudu besar. Guna api sederhana je tau. Eh cup cup, bang... Nabila mana?
    Tak pe tak pe dont worry, dia dah tido... teruskan... hehehe. Eh, sorri ya puan puan, ada intermission pulak, biasalah kaum ibu ni kan...
    oke... bila api dah agak panas, kita masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga separa garing... tengok gambo kat bawah ni sebagai panduan ye...
    Gambo belah kanan tu dah separa garing dah... nampak tak kaler dia kecoklat-coklatan
    Bila masakan kita dah separa garing, masa nilah kita masukkan pula cili boh tadi... Anggaran ikut taste memasing, nak pedas buh lebih, nak sederhana buh sikit, pepandai korang lah. Kalau nak buh cili boh dalam kuali pun korang tak reti, korang rujuk lah gambo kat bawah ni... isk melampau tau!
    Tu dia... tengok camna chef buat, masukkan pelan2 ya puan2...
    Lepas tu teruskan tumisan sampai dia betul2 garing... boleh la dibiarkan sekejap, sambil tu boleh kita basuh pinggan mangkuk atau menyiapkan setting meja makan, hehehe... Bila dah agak garing, masukkan air asam jawa dalam 1-2 sudu besar, kacau hingga sebati dan masukkan pulak gula dan garam secukup rasa... ilustrasinya dalam gambo seterusnya ni.
    Korang jgn tiru Chef ni, dia dah profesional~air asam terus tuang je... tak yah sukat2 guna sudu...
    Lepas tu... ops... ye? ada apa apa soalan? yang kat belakang tu, ada soklan? Takde? Betul ni? Bagusss... lepas tu kan kita biarkan la sampai betoi2 garing (kering2 sikit)... kacau sikit sikit dan... siaplah Sambal Malas kita.
    Inilah rupa sambal malas kita tu... apa lagi boleh la korang hidangkan bersama masakan masakan yg lain untuk di jamu oleh seisi keluarga. Sambal ni jugak buleh dimakan dengan roti. Kalau rajin, cubalah resepi ni ya... senang dan sedap. Tu la pasal ikan bilis rumah ni cepat abis!!!! Sikit sikit sambal malas, sikit sikit sambal malas....

    Serving suggestion...

    Ops... oke.. oke... Cut!!! Ha.. dan tamat la pelajaran masakan kita. Terima kasih Chef Norazlina dengan penerangan yg amat jelas dan terang ... ya nampaknya cukup senang membuat Sambal Malas ni kan? Isk.. perut pun dah lapar ni, aku nak jamu selera dulu la... pastu nak pikir2 balik.. apa la bahan2 Ayam masak Yamaku dan Telor masak Tutu tu ye????

    *Pada member2 yang penah dok serumah ngan aku, korang ingat korang tau tak?

    Nota kaki: Jelly Epal Lallavee Lallavoo telah dicipta sempena pertandingan memasak NCUK open day kategori lelaki di Shah Alam. Aku bergabung dgn Esmawady (la dah jd lawyer kat kompeni mana ntah) yg masak Ayam Berempah -resepi nenek ke mak dia ke tak ingat, dan Kamaruzzaman a.k.a Boy (la ni lecturer kat MMU Cyberjaya, ke Putrajaya?) yg telah mencipta Air Nenas Berperisa Pudina. Kitorang jadi Juara tu... Aku ulangi... JUARA YOU!!!

    hahaha....

    **** ** ****

    8 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    wah...hebatnya chef dr london ni..ingatkan dulu sambe maleh ni tak ke mana popularnya...rupa2nya top sampi ke london.

    5/05/2006 4:13 am  
    Anonymous Anonymous said...

    eRmm.. yum sedap tu.. tambah sejuk-sejuk kat london tu.. lagi la sedap nak makan.. tambah nasi lagi.. tambah nasi lagi.. hehehe..
    NYAH

    5/05/2006 10:22 am  
    Anonymous Anonymous said...

    tak sejuk dah sekarang....PANEHHHHH!

    5/05/2006 10:52 am  
    Blogger asr said...

    kak oji: Tu la pasal... kalau kueh bahulu Bonda Hjh Salbiah penah sampai ke jepun, sambe maleh pulak sampe ke london...

    Nyah: komen clik kat others, so boleh la tulis nama nyah kat situ. Memang, kalu ada sambe maleh wajib tambah nasi 2-3 kali...

    anonymous: yup dah paneh la ni, but still 16 degree...

    5/05/2006 11:02 am  
    Anonymous Anonymous said...

    waaaa... terer le... sambal maleh opah dah berleluase di kote london
    wakakaka... pasni leh le bukak retoren kat sane...hehehe...(",)

    5/09/2006 3:51 am  
    Anonymous Anonymous said...

    buleee...tarak hal...tp opah la yg kene rasmikan restoren tuuu..opah yg punye resepi...hihihi....

    5/10/2006 9:23 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Ma kezimbos... segala yakuzi mu tu tetap aku tak sentuh... tak berani gue..

    5/11/2006 6:00 am  
    Blogger asr said...

    sentuh je... dont worry semua bahan yg aku masukkan semuanya melepasi piawaian SIRIM.. haha

    5/11/2006 11:05 am  

    Post a Comment

    << Home