• Saturday, April 29, 2006

    Nabila, Playground & Maia

    NAMPAKNYA dalam diam sudah 5 bulan kami bergelar ayah/ibu, daddy/mummy! Cepat sungguh masa berlalu, banyaknya kisah2 yg berlaku. Hidup ini penuh dengan cetakan kenangan. Setiap denyut nadi meninggalkan satu nostalgia walaupun kisahnya cuma baru sesaat. Nasib baiklah kita ada diary, kamera, camcorder mahupun blog camni untuk mencatatkan 1001 memori buat rujukan di belakang hari, kan? Ewahh.. berfalsafah pulak aku! Oke la.. untuk kali ni aku ada 2 cerita, kisah ini pastinya menjadi senyum dihati kami dan moga turut menggembirakan sesiapa yg membacanya...
    1. Nabila & playground
    aksi aksi Nabila ~ tak senyum pun, gayat ke?

    Sekarang ni seperti yg korang tahu, dah spring kat sini. Bila petang je ramailah kanak2 ke playground kerana selama musim sejuk gatenya dikunci. Jadinya satu petang selepas balik dr majlis harijadi anak member aku, kami telah membawa Nabila ke playground. Yg bessnya playground ni kat belakang rumah kami, so dekat sesangat!
    Taman kat sini pun cantik bunganya. Cuma kami tak dibenarkan pijak rumput. So bergambar pun dari jauh saja. Taman ni dipenuhi dengan bunga tulip yang bewarna oren serta beberapa jenis bunga lain yg tak aku tahu namanya. Nampak kelainannya sebab bunga2 ni payah nak jumpa kat tempat kita.
    Tengah2 naik buai tu adalah satu anak mat salleh ni nama Shasha. Dia bagi tahu kami dia ada kawan nama Anna kat sekolah dia. Biasalah anak mat salleh, majoritinya extrovert, berani bertegur sapa. Aku pun terus ajak dia kalau nak bergambar ngan Anna Nabila pula. Dia pun mahu saja, tu la dia dalam gambar tu...

    Tu dia... 1st time Nabila naik papan gelonsor. Tapi nampaknya tak de dia rasa gayat atau takut2 pun. Dia cewl je... Buat 2-3 kali makin syok dia kat situ. Lepas ulang2 aku pulak yang sakit pinggang... hahaha



    "ibu, buai la laju lagi.. tak thrill la camni... huhuhu" Nabila try buaian yg lain pula. Korang nampak bangunan kat belakang tu? Tu la bangunan kediaman kami. So, kalau nak ke playground ni anytime selagi gatenya masih terbuka.


    "see-saw see-saw up and down, you go up, i come down. I go up, u come down, see-saw see-saw up and down" tu la antara rhyme yg aku belajar masa aku darjah 1 dan masih ingat sehingga la ni. Sekarang aku nyanyikan rhyme yg sama untuk anak aku pula... Huh, cepat betul masa berlalu. Isk isk isk... Dah tuo dah aku ni rupanya!!!
    .
    2. Nabila & Maia
    Assalamualaikum Maiaaaa!!! Apa khabar?
    Waalaikum salam, eh Nabila ke ni?
    Ya Nabila la ni, orang Ipoh semua sihat ke?
    Sihat... orang London sihat?
    Kami pun sihat2 saja kat sini
    Eh, kenapa Maia tetiba sedih pulak ni?
    Em... bukan apa, kita terfikir bila agaknya kita leh jumpa ya? Sejak kita lahir, kita tak penah jumpa pun kan?Nabila balik la sini...
    Ya la kan, kita pun teringin nak balik jugak. Bukan Maia je.. semua kat Ipoh kita tak penah jumpa. Pak Ngah kita kat Melawati pun kita tak penah jumpa juga.
    Kalau camtu, Nabila balik la... leh kita jumpa, kita main anak patung, kita main masak2...
    Dulu ayah kita ada kata nak balik tahun ni. Nanti kita tanya kat ayah kita balik ya...
    Daddy... jadi tak kita balik Mesia tahun ni? Jadi ke daddy?Jadi ke?
    Yey Maia! ayah kita kata jadi!!! Kalau takde apa apa, raya nanti kami semua balik la.
    Betul ke ni, Nabila? Betul ke???
    Betul... ayah kita kata so far bos dia dah bagi green light.
    Eeee, bess nyer. Yey! nanti kita bagi tahu orang Ipoh ye.
    Yey! Kita pun tak sabar ni. Alamak, kita kena mandi la... kita mintak diri dulu. Nanti Maia kim salam kat Opah dan semua keluarga di Ipoh ya. Maia tunggu kita balik tau...
    Oke kita tunggu...
    Babai.
    Babai.
    ,
    ********************
    Selingan...
    terima kasih kepada pembeli, penyumbang dan pengirim CD2 dan kaset2 ORIGINAL yg telah kami terima baru2 ini. Semuanya bess2... ari2 pasang ni! We really appreciate and enjoy them.... tengkiu again.
    ********************
    '.
    *Pada keluarga di Ipoh dan Melawati, doakan semuanya berjalan lancar dan tiada aral untuk kami pulang pada bulan Oktober ini. Salam sayang buat semua dari kami di kota London.
    .
    SAMPAI KETEMU NANTI....
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    This comment has been removed by a blog administrator.

    5/05/2006 4:03 am  
    Anonymous Anonymous said...

    cik ajam...mama maia kata masa dulu2 bukan nyanyi lagu sew-saw2...lagu buai laju2 yang nenek x de gigi tu...hehehe...

    5/05/2006 4:03 am  
    Blogger asr said...

    hehehe... maia,
    cik ajam rasa mama maia kompius tu... buai laju laju yg ada bunga dlm baju,
    nenek takde gigi tu lagu burung kakak tua.
    hehe.

    5/05/2006 11:40 am  

    Post a Comment

    << Home