Spring ~ Hampton Court Palace
Palace ini dibina di tepi sungai dan mempunyai kawasan taman yg luas dan cantik. Nak masuk ke dalam kena bayar £12.50 seorang dan kanak2 di bawah 2 tahun masuk free ~ Nabila la tu...
Masuk masuk je dalam palace ni, sungguhlah mengagumkan. Sungguh besar dan terlalu banyak bilik dan ruang dalam palace ni. Di bahagian atas pintu gerbang nya terdapat sebuah jam astrologi (gambar kat sebelah kanan ni) yg tak tahu aku nak membaca nya. Telah di cipta oleh Nicholas Oursian, pakar pembuat jam diraja, untuk Henry VIII pada tahun 1540. Bagi yg tahu membacanya, jam astronomi itu lengkap dengan bulan, hari, jam, jumlah hari dari awal tahun, juga kedudukan bulan. Amazing kan?
Pastu kami melawat pula ruang penyimpanan wine yang besar. Pihak palace juga menyediakan tourist guide yang menerangkan segala tindak tanduk dan protokol yang harus dipatuhi pada zaman tersebut. Kami angguk2 paham walaupun slang dia cakap tu kadang2 agak mengkompiuskan jugak. haha.
kusyuk mendengar penerangan... pahamm... pahamm.... yess, ooo, ye ke...oke, oke... mmm...
Dapurnya sebijik macam dalam cerita rakyat english yang penah aku baca dan tonton di tv masa zaman sekolah dulu. Tempat memotong dan memasak sayur2an satu ruang, tempat memotong dan membakar daging pada ruang yg lain. Begitu juga dengan ruang khas untuk membuat dan membakar roti. Semuanya terpisah pisah dengan pintu gerbang yg besar. Alat masakan yg digunakan kebanyakannya di buat dari bata dan tanah liat.
Malangnya bila sampai ke ruang utama di dalam palace, kami tidak dibenarkan untuk bergambar. Antara ruang2 yang menarik ialah the Worsley room, King's & Queen's State Apartment, the Georgian room dan Henry VIII State Apartment. Perabot dan lukisan di dalamnya cukup cantik memenuhi dinding. Ukiran kayu dengan saduran emas pada frame gambar menampakkan kemewahan setiap ruang. Dalam banyak2 ruang tu ada satu yang paling menarik minat aku. Ruang itu diberi nama The Haunted Gallery. Di katakan hantu isteri Henry VIII yang ke lima, Catherine Howards, masih menghuni ruang itu sampai sekarang!
Menurut ceritanya 15 bulan selepas Catherine berkahwin dengan Henry VIII, dia telah ditangkap bersekedudukan dengan seorang pemuda lain. Dia kemudiannya dikurung di biliknya sebelum di hantar ke Tower of London. Dia bagaimana pun berjaya menyelinap keluar dari biliknya, namun apa bila dia sampai di muka pintu, dia telah ditangkap oleh "king's guard". King's guard ini telah menyeretnya kembali ke kebilik kurungan. Masa dia di seret melalui galery ini, Catherine Howard telah menjerit, melolong dan menangis meronta ronta. Selepas kematiannya, galery itu dikatakan berhantu kerana saban waktu pekikan dan tangisannya masih lagi kedengaran.
Romantik tak? Berpayung di bawah rintik rintik hujan di dalam taman the Hampton Court Palace
Lepas dah abis melawat dalam palace akhirnya kami ke taman pula. Bunga dah mula tumbuh dan pokok2 pun dah banyak berdaun. Di jaga dan di trim dengan rapi. Besar sungguh taman ni. Kalah Stadium Bukit Jalil! Betoi... dan di penghujung taman tu pulak ada sungai dan kalau rajin boleh menusuri sungai tu pelan2. Tapi masa kami pi tu hujan turun rintik2, so sekadar singgah sekejap2 untuk bergambar. Langit pun mendung, gambar pun kureng jadinya!
langit mendung dan hujan rintik tak menghalang kami keluar ke taman... dah bayar beb, rugi kalau tak pi... haha
Kat ujung taman ni pulak ada la satu Maze yg kecik. Walaupun aku tak dapat nak masuk maze masa kat Leeds castle dulu, dapatlah aku masuk maze kat Hampton Court Palace ni. Sekejap je kami dah dapat cari jalan keluar dia. Mudah sangat! Pastu perut kami pun dah lapo. Apa lagi kami pun menuju le ke kereta, soroo makaroni yg dibawa kemudian balik! Maka tamatlah lawatan kami ke Hampton Court Palace. Best!
Oke, now back to my question, have u guys found out the difference between a castle and a palace??? Ntah.. aku pun tak tahu nak bezakan sebenarnya, tapi ni la yg aku jumpa dalam kamus Dwibahasa Oxford Fajar:
Castle: istana kota, Palace: istana
Selepas melawat kedua2nya aku dapat tafsirkan castle sebagai istana yg dibina lengkap dengan kubu pertahanan untuk menghadapi peperangan sedangkan palace pula hanyalah sebuah kediaman diraja. Sebab tu la sekarang ni mana ada lagi orang bina castle, palace tu adalah...
Kalau korang tak setuju, korang pi lah cari makna yang lebih sesuwaiiii, hahaha...
*lawatan ni juga disertai oleh Mozak & family. Tengkiu bawak meehun dan roti goreng. Entrance "Robin Hood" kat Richmond Park tu dah tutup, patut la tak jumpa. Hampeh!
**** ** ****
3 Comments:
tgh baru ni rajin la... keh3x!
Nasib baik majalah Bujal dah tutup..kalau tak kau boleh jadi ketua sidang redaksi.. ni mesti pernah jadi ahli majlis majalah sekolah.. ye ke Robin Hood rd tu tutup? patut la sesat larat kta di buatnya.. so kita punya plan to richmond kena rearrange balik pasal hajat tak kesampaian hari tu..
En Shahrul Muzammir Mohd Sahir (nama penuh tu!), memang kena plan balik ke Richmond Park tu. Cuma x leh kemana2 sampai 12.5.06 ni.. paham2 je la... :(
Post a Comment
<< Home