• Tuesday, April 25, 2006

    Carboot oh Carboot

    p/s: Untuk bacaan orang yang tak biasa pegi carboot je... hehehe
    Kalau dah bermastautin di UK ni (bukannya Ulu Klang ye…), rasanya tak sah ‘hidup’ kalau tak ke carboot. Rata2 orang melayu yang kami jumpa di London ni semuanya dah ada experience pergi carboot, termasuk la family aku dan mak mertua serta kakak ipar aku. Bak kata hubby aku, "takkan melayu hilang di carboot"…(sorry ye bang, Na pinjam ayat abang…heheh).

    CARBOOT?? APA TU CARBOOT??? Haaah..nak ceritalah ni…Carboot adalah tempat di mana orang akan berkumpul di satu tempat yang luas (cthnya: padang) dan akan menjual barang2 terpakai mereka dari bonet kereta mereka dengan harga yang cukup murah, malah ada yang tawar menawar. Kebanyakkan barang yang dijual nampak seperti tak terusik, nampak baru, contohnya macam periuk belanga, pakaian, perhiasan dalam rumah, pinggan mangkuk, permainan kanak2, pasu bunga, kayu pancing, tayar, radio, alatan komputer, aksesori kereta dan macam2 lagi lah. Sebut je apa mau, SEMUA ADA! Bila masuk musim spring, setiap minggu semakin banyak carboot dibuka, macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ia akan berlangsung setiap sabtu dan ahad setiap minggu. So, mana2 yang kaki carboot tu pastinya tak akan melepaskan peluang keemasan ini, yakni selalulah mereka meng’enterframe’kan muka mereka di carboot.
    Kami juga begitu. Aku sebenarnya tak lah berapa minat sangat dengan carboot,tapi ada masanya aku pergi juga, tapi lain pula halnya dengan hubby aku, carboot adalah 'syurga' membeli belah kegemarannya. Setiap minggu mesti ke carboot, kalau tak lama sekejap pun jadilah. Antara barang2 yang menjadi tumpuan utama kami ketika di carboot adalah barang2 kristal dan perhiasan dalam rumah. Setakat ni dah banyak jugalah barang2 carboot yang kitorang kumpul di rumah, macam dalam gambo kat bawah ni...pendek kata, kitorang ni 'kaya' dengan barang2 carboot... syyyyyyy.... jgn bagi tau orang tau...
    Pada tanggal 15 April lepas, itulah kali pertama dalam tahun 2006 kami mula 'menjejakkan' kaki ke carboot. Carboot yang kitorang tuju pada hari tu adalah kat sebuah padang yang amat luas di Denham. Sampai je ke destinasi, kami terus mencari kawasan parking kereta, tapi sebelum tu kami terpaksa membayar 50p seorang kepada 'toll boy' untuk masuk ke kawasan tu.


    Sebahagian dari kawasan parking carboot Denham.

    Sesampai je di kawasan carboot, mak oooiii....ramainye orang. Dalam suasana aman dan nyaman pada pagi itu, kami pun memulakan 'operasi pencarian' barang2 yang berkenan di hati.Kali ni misi aku adalah untuk mencari teko yang pelbagai jenis, rupa dan bentuk serta buku bacaan untuk Nabila.

    Suasana di Carboot

    Antara gerai2 yang terdapat di carboot : Siapa kata kat shopping kompleks je ada jual baju bulu2 , kat carboot pon ada tauuu....!

    Sempat berposing di tengah2 'bandar' carboot & operasi mencari buku bacaan untuk Nabila

    Kat carboot pun ada tempat permainan kanak2, jadi pada sesiapa yang membawa anak tetapi tidak mahu diganggu oleh anak2 semasa bershopping, boleh la ditinggalkan kat sini..

    Selepas kira2 3 jam kami meronda di situ, akhirnya inilah sebahagian yang kitorang jumpa. Anggaran jumlah kesemua barang2 yang sempat kitorang 'bedal' pada hari tu adalah lebih kurang £20..(temasuk mangkuk crystal, mainan scrabble, baju bulu2 Nabila (yg ni baru, bukan bekas orang pakai ye!) yang tak sempat aku attachkan kat sini- tu la... lain yang dicari, lain yang dijumpa!)

    So,amacam, puas hati tak dengan explanation aku pasal carboot tadi...? Kepada sesiapa yang teringin nak pegi carboot kat UK ni, jangan shy2 untuk datang ke London, bertandang ke rumah kami dan seterusnya melawat beberapa buah carboot yang ada di sekitar dan juga di luar London. Penginapan disediakan...tambang flight sindiri bikin aaaa........

    (Penerangan di atas adalah sebahagian daripada promosi tahun melawat London, hehehe)

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    ala..ala.. lokeng je

    4/28/2006 8:42 am  
    Anonymous Anonymous said...

    kak oji : carboot kat sini lg canggih dr lokeng, tak caya tanya mak,heheh...

    suhailah : we will inform u soonest possible....hehe..

    4/29/2006 12:24 pm  
    Blogger Dwen said...

    mesia pun ada carboot la.. ingat kat sana je ada... bluek!!!!

    5/02/2006 12:12 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    mesia punye tak best..takde baju bulu2...bluek!!!

    5/03/2006 8:52 pm  

    Post a Comment

    << Home