• Tuesday, May 23, 2006

    Malaysia Week ~ Covent Garden

    HOI mat salleh mat salleh sekaliannnn... Jom datang ke Malaysia Week!!! Apa tunggu lagiiiiii...??? Jommm datang ramai ramaiiii......

    Haaaaa... tu depa dah maiiiii.......

    Pada 17.5.06 aku telah mendapat undangan dr Malaysia High Commission di UK untuk menghadiri opening ceremony the Malaysia Week dr 17-21.5.06. Program yg dirangka untuk mempromosikan Malaysia ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia iaitu Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Deputy Mayor di kota London ini juga hadir untuk upacara perasmian itu.
    Posing2 di depan Apple Market, salah sebuah market yg terdapat di Covent Garden. Gambar sebelah kiri tu masa hari Ahad, hujan, tapi masih ramai yg berpayung mengadap stage.
    Minggu Malaysia ni telah diadakan di Covent Garden, sebuah market yang lebih kurang macam Central Market a.k.a Pasar Budaya kita kat KL tu la. Menurut satu fakta yg aku cilok dr blog seorang pegawai Maybank di London (nama terpaksa dirahsiakan atas tujuan2 keselamatan) tempat ni dikunjungi hampir 30juta orang setiap tahun dan telah wujud seawal tahun 1600 lagi. Dan bercakap pasal Malaysia week ni kan, apakah siknifikannya gambo makcik yg duduk antara dua sujud kat sebelah ni? Ntah... aku pun tak tau! Isk, camana la aku boleh tangkap gambo dia ni yg menjual pelbagai alat kostum termasuklah bulu dada palsu ni????... aaaah layannnnn... hehehe...

    Oke la... Berbalik pada cerita kita, memandangkan masa opening ceremony tu aku pi sendiri, jadinya pada hari Sabtu aku bawak pulak wife aku ngan anak aku ke situ. Hari Ahad pun kami pi lagi. Patriotik sungguh!
    Booth Tourism Malaysia yang gigih mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Apatah lagi tahun hadapan negara kita akan menyambut kemerdekaan yg ke-50. Manis2 orang di booth ni kan?
    Pelbagai barangan buatan Malaysia dijual, macam2 lah. Yg paling banyak dapat sambutan tentulah gerai yg menjual makanan. Sate untuk 10 cucuk £8 (kalau dlm RM lebih korang RM52!) Ayoyo mahalkan??? Nasi goreng, roti canai, murtabak £4 rega nyer (dalam RM... kira sendiri la... hahaha) Tapi memandangkan aku kenai orang yg menjual tu dapatlah aku diskaun walaupun tak aku mintak... tengkiu2! Selain dr gerai, ada juga pertunjukan fesyen, tarian dan persembahan musik tradisonal. Paling menarik adalah tarian dari kanak2 cilik yang mendapat sambutan hangat dari pengunjung sepanjang Minggu Malaysia itu.
    Fesyen show batik yang digayakan oleh Miss Malaysia, Miss Malaysia-Chinese, Tengku Azura dan Fazlun (jaguh lompat jauh negara). Terkibar2 selendang batik... mempesonakan...
    Persembahan zapin kanak2 cilik yg mendapat tepukan gemuruh dan persembahan musik tradisional. Bertuah adik2 tu, sebab menari dapat dtg sampai ke london ni... Oooo ponteng sekolah ye???
    Kami pun macam pengunjung yg lain jugak. 2 hari dtg 2 hari juga kami mengadap stage. Seronok tengok persembahan yg berbeza2. Masa hari Ahad yg hujan tu nasib baik kami dapat berteduh berjam2 dalam booth En. Wahab yg menjuai barang2 mutiara Sabah. Tengkiu la sebab bagi ruang untuk kami letak stroller yg Nabila sedang nyenyak di dalamnya. Yg bestnya booth dia berdepan dgn stage, so dapat la tengok persembahan2 tu lagi.
    Untuk menunjukkan Malaysia ni berbilang kaum, persembahan etnik Sarawak dan India di pertontonkan. Ada juga tarian dari kaum Cina dan etnik Sabah yg pakai buluh lompat2 tu... gambarnyer, tadak!
    Pastu kelakar jugak tengok pengacara Mahathir Lokman [gambo belah kiri] meng'interview' pengunjung mat salleh kat situ. Jawapan semuanya dibocorkan sendiri. Patut la semua jawab dengan betul, hahaha... Setiap yg menjawab dapat lah hadiah CD lagu2 rakyat. Aku pun ada satu, dapat free masa opening ceremony tu. Dah terlanjur sampai ke Covent Garden ni kami pun ambik kesempatan lah posing2 kat sini.
    Senyuman menawan cantik berseri ibu dan anak di salah satu lokasi di Covent Garden ~ kat bahagian bawah tu kebanyakannya cafe yang ada masanya menyediakan persembahan musik secara live. Time tu ramailah yg lepak2 kat sini tengok persembahan free tu...
    Walaupun 30 juta orang datang setiap tahun tapi bagi kami biasa biasa je tempat ni. Walau pun dekat dengan kediaman kami tapi tak lah selalu kami mengulangnya. Cuma mungkin kami akan kemari lagi sebab kat sini ada transport museum yg buat masa ni ditutup dan akan dibuka selewat2nya tahun 2007.
    Hujan terus turun tak henti2 pada hari Ahad tu. Akhirnya kami pun balik la. Wife aku berpuas hati kerana dapat membeli satu dua aksesori buatan Malaysia yg dia minat. Aku pun puas hati gak, sebab dua hari pegi dua dua hari makan sate... yummy! Cumanya, air cappucino yg aku janji kan kat wife aku selepas makan sate tu... terus terlupa nak beli, semuanya gara gara Nabila yg dah 'poo' masa tu... uwek!
    .
    Na... Cappucino satu!!!! hahaha...
    .
    **** ** ****

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Cilok pun cilok la asalkan faktanya betul.. aku pun cilok dari net jugak.

    BTW it is 'covent'not 'convent' garden. Dulu memang di kenali sebagai convent tapi entah bila dia tukar kat nama sekarang ni aku pun tak tahu. Dua-dua betul cuma nama covent tu yang digunapakai sekarang (bakunya bahasa). Bukan apa takut orang konpius je..

    5/24/2006 9:20 pm  
    Blogger asr said...

    Betul la en. anonymous. Oke, dah di perbetulkan... btw, buleh tahu sapakah gerangan nyer en. anonymous ni? hehehe...

    5/24/2006 11:04 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    dulu komen keluar full name ..rasa macam mat skima lak.. anynomous ni dapat conseal identiti sikit..baru macho..

    5/25/2006 7:50 pm  
    Blogger asr said...

    Wah! Payah la main teka teki ni. Ops, jangan biarkan diri anda di selubungi misteriiii......

    5/25/2006 10:47 pm  

    Post a Comment

    << Home