Misi Jelajah Scotland ~ Day 1
MEMULA sekali kami nak ucap tengkiu/arigato/shukran kpd Jefrial & family yg telah sudi menerima kedatangan kami. Million thanks for your warm hospitality although masih penat coz just moved-in to the new house...
Kisah kami di Scotland ni ada 3 bahagian: Day 1, Day 2 & Day 3... so stay tune to this blog ya... and the story begins like this...
Day 1 : 03.06.06
Venue Lawatan: Edinburgh Castle, Geoffrey (Tailor)'s Tartan Weaving Mill & Exhibition, Edinburgh Mosque, Arthur Seat, Carlton Hill & Princess Garden.
Kami bangun seawal jam 3.30 pagi siap2 & bertolak ke Heathrow Airport utk ke Edinburgh menaiki penerbangan British Midland. Kami di jemput oleh Jepp & terus bawa kami ke rumah. Anis & Teh telah pun menyediakan nasi lemak gulai sotong. Yummy! Breakfast, sembang skit2 dan kemudian terus pi jalan2.
Jam5.30pagi (cam kul 8 pagi kat tempat kita) di Heathrow Airport Business Parking & pukul 8.30pagi di Edinburgh Airport...

Ni la gambar di depan pintu masuk Edinburgh Castle. Orang ramai beratur membeli tiket. Ramai sangat jadi kami cuma berlegar di luar sahaja. Banyak tempat lain nak pegi lagi ni... save budget!
Yg boringnya kat kiri kanan castle tu diorang tengah pasang seat ala2 stadium untuk Edinburgh Military Tattoo yg akan berlangsung. Jadinya pemandangan yg cantik dari tepi castle tu tak dapatlah kami lihat. Hampeh! Bagaimanapun dapat jugaklah kami bergambar kat sebahagian tempat yg tak terlindung tu. Edinburgh castle ni juga terkenal dgn the "One O'clock Gun". Tembakan ini akan kedengaran setiap hari (kecuali Ahad) bila tepat jam 1 petang. Jadi boleh lah nak cek jam tangan korang tepat ke tak dgn merujuk pada das tembakan itu.
Ni 2 gambar kat bahagian bawah sebelum nak naik ke Edinburgh Castle. Kat kiri kanan tempat ni ada byk kedai souvenir.

Mula2 dengan bag-pipe pastu tukar pedang ngan topi pulak. Baju tu berat & skirt tu agak labuh. Tapi belasah je la... Nabila memula bertopi pastu rimas & terus bukak. (klik kat gambar untuk view yg lebih jelas)



Ni la tasik di puncak Arthur Seat. Lawa sungguh pemandangan dia kalau tengok live. Kami pun cuba pose-pose romantik... Romantik ke? hahaha... Winter time, gate ke puncak Arthur Seat ni di tutup sebab jalan licin dan dikhuatiri berlaku accident!

Kalau tengok pillars yg terdpt kat situ teringat aku cerita2 Hercules yg selalunya mesti ada bangunan yg serupa ini. Dinding nya pun ada tertulis tulisan bahasa sanskrit ke bahsa parsi ke ntah aku pun tatau. Pemandangannya tetap menakjubkan. Cuaca hari tu sgt baik dan mat salleh pun berbaring2 la cam biasa. Tapi kalau malam jangan datang tempat ni... itu amaran Jepp, ada banyak aktiviti maksiat katanya! Ayoyo apa la agaknyer itu ye? Jangan di tanya! hahaha...
Dua pemandangan bandar Edinburgh dr puncak Carlton Hill ~Aku pun baring2 atas rumput cam mat salleh. Mat salleh kah aku? Oh tidakkk.... aku tetap Melayu! hahaha.

Bangunan kiri tu namanya Scott Monument dan kanan tu pulak Edinburgh Castle. Cantik tempat ni... Apa kurangnya dgn orang dlm gambar ni... kan? kan? kan?
Cerianya Nabila ~ gambar ni juga diambil di Princess Garden tu...
So camtu lah tamat nyer 1st day kami di sini. Malam tu kami buka peta dan plan-plan nak ke mana pulak esok harinya... agak2 mana pulak destinasi kami?
Tungguuuuuuuu....
.
**** ** ****
0 Comments:
Post a Comment
<< Home