• Monday, June 12, 2006

    Misi Jelajah Scotland ~ Day 2

    CEPAT nya cerah ni! Sejak kul 4 pagi lagi aku dah tak buleh tido. Tak tahulah samada sebab matahari dah naik terlalu awal ataupun aku terlebih excited nak meneruskan Misi Jelajah Scotland kita ni... hahaha.
    Day 2 : 04.06.06
    Venue Lawatan: Loch Lomond, Balloch ~ National Park Gateway Center, Luss Village, Tarbet & Crianlarich.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Pada hari kedua ni aku sewa sebijik keta untuk berjalan2. Pagi pagi lagi Anis dah masak2 untuk bawa bekal perjalanan. Kali ni Jepp & Anis satu family pi sekali. Jadi kami convoy 2 keta dengan aku mengekor dr belakang. Anis yg terror membaca map telah menjadi Navigator kami dengan cemerlang sekali lantas membawa kami meredah jalan2 kg yg begitu cantik pemandangannya. Dalam gambo nampak cam sama je kat tempat kita tapi kalau tengok live lain beno ambient nyer.

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Destinasi pertama kami iaitu Balloch mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai. Jadi masa melalui jalan dalam tu kami berhasrat nak singgah2 kat tempat2 yg menarik untuk bergambar. Malangnya jalan kat situ sempit (hanya muat satu laluan kiri kanan) dan berbenteng2, jadi tak leh nak berenti kereta sesuka hati. Tapi biasala kan... Malaysia Boleh kami berenti juga! hehehe... Korang penah tengok tak Highland cow, yg ada bulu ala2 remos menutup muka? haaa... kat sini ada dan kami sempat merakam gambonyer.

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Kalau kat tempat kita takde makna nyer nak bergambo dengan lembu kan?? hahaha... peratikan juga scenery kat belakang tu... simply amazing!

    Bila tiba di Balloch kami terus mencari tempat untuk berpicnic. Attraction dia kat sini ialah the
    Photobucket - Video and Image Hosting
    National Park Gateway Center, castle dan juga perairan jetty tempat bot berlabuh. Memandangkan kami dah ke Edinburgh castle jadinya kami memilih untuk berpicnic di kawasan pantai (bukan laut tapi tasik) kat National Park itu. Dengan suhu sekitar 18 degree dan matahari yg terik terasa macam kat Mesia... kami pun bersantai sambil membakar daging kebab (Jepp sorang je yg bakar sebenarnya!) dan melepak atas tikar mengadap tasik Loch Lomond yang cantik. Uiiihhh... tiba2 teringat kat Lumut, PD, Ferenggi, PCB dan yg seangkatan dengannya...

    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Haaaa tu dia.. BBQ segera daging kebab! Peratikan kat bahagian sudut atas kiri gambar, yg kecik2 warna putih tu lah bot bot mewah yg menyinggah kat pulau di tengah tasik tu. Kalau ada sebijik camtu kan bess?

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Banyak jugak burung camar dan bot2 mewah yg boleh dilihat di tepi pantai ni. Amat jelas di pandangan. Cuma airnya kotor dan tak sesuwai untuk mandi2. Tapi ada jugak yg terjun ke dlm tasik tu.... bukan manusia tapi anjing! hahaha... agak2 kalau tgh mandi & kita terpegang anjing kat dlm laut/tasik yg airnya sah2 lebih 7 kolah kita kena samak tak? korang carilah jawapannya ya...

    Lama juga kami spend masa kat pantai ni. Angin pun bertiup sepoi2 bahasa. Nyaman. Memang bess la memandangkan dah lama betoi kami tak ke pantai. Lagi bess sebab air tasik ni tak masin so tak le rasa melekit. Pukul 3 lebih baru kami bertolak ke destinasi seterusnya.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Bergambar sebaik sahaja tiba di Luss Village. Kat papan tanda tu tertulis Welcome to Luss dan ada di sediakan map untuk melawat tempat2 menarik di situ...
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Kami menuju pula ke Luss Village. Luss ni sebuah kawasan rumah tradisional (kalau boleh aku katakan begitu) bg org2 Scotland ni. Rumah teres cam quarters je, tetapi mempunyai lanscape yg cantik. Pokok2 dibiar meliar menjalar di dinding rumah dan tamannya dijaga rapi dengan hiasan patung2 dan kincir air yg kiut miut.
    Di hujung rumah teres ni ada sebuah jetty yg menyambung ke tasik Loch Lomond (tasik ni yg Photobucket - Video and Image Hostingsama masa di Balloch tadi). Kawasan tepi tasik ini sama macam tempat kami picnic tadi. Cuma pantainya lebih luas lagi kat sini. Kali ini barulah ada orang mandi2 dlm tasik tu selain anjing yg sama2 terjun dengan tuannya! Sekali lagi bot2 mewah berlabuh di sini dan bukit2 yang membentengkan tasik ini menyajikan halwa mata yg sungguh indah. Memang la cantiknya ciptaan Ilahi ni. Kagum! Fantastic, bombastic, Da-bomb!

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Mengabadikan kenangan di jetty Luss Village ini. Pemandangan di tepi tasik Loch lomond memang menenangkan...
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Sepanjang hari ke-2 ni Nabila asyik tido je... mungkin penat sgt, dah la hari pertama tu kena bangun awal pagi... tu la sebab nyer kot! Tapi Nabila oke... Nabila strong, kan??
    Photobucket - Video and Image HostingKawasan lain semuanya merupakan bandar2 kecik yang terletak di tepi tasik Loch Lomond ni.
    Kami menyusuri jalan2 ke Tarbet dan Crianlarich. Cumanya semasa dalam perjalanan ke Tarbet korang boleh lihat rumput2 bunga lavender yang melata bak hamparan baldu berwarna ungu. Sementara di Crianlarich pula korang boleh lihat Scotland's Celodonian Pine forest yang masih dipelihara. Kebanyakan hutan yang menyajikan pokok Celodonian Pine ini dikatakan sudah semakin pupus! Walaupun begitu kami tidak menyinggah sebab pemandangannya hampir sama sepanjang jalan. Sejuk mata memandangnya. Lagi pun kami dah spend most of the time berpicnic kat Balloch, so we have to rush back since dah dekat kul 6 ptg masa tu. Memang berbaloi percutian hari kedua ni.

    Photobucket - Video and Image Hosting
    Salah satu pemandangan sepanjang jalan yg dapat di lihat semasa Misi Jelajah Scotland hari yg ke-2...
    Kami sampai semula ke rumah jam hampir 9 malam. Tapi nasib la masih terang benderang lagi. Malam tu aku ngan wife aku pulak plan sendiri2 sambil mendapat panduan dan saranan dr Jepp & Anis sebabnya esok cuma kami 3 beranak sahaja yg akan berjalan. Em... mana pula tempatnya nya???

    Kalau nak tahu... nantikan siri akhir Misi Jelajah Scotland yg akan di bawakan khas untuk anda sekejaaaaaapppp je lagi.
    So, dont go far far, stay near near oke! hahaha...
    .
    **** ** ****

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    weyyy Zam.. hehehehe.. sempat ko berjalan2 jelajah dunia ek. aku jugak lah terkurung dlm sangkar batu nih.. bila lah agaknya boleh bercuti2..? makin tak tenteram idup aku..!

    Kat sana ada bunga tulip kan..? petik ler barang dua tiga kuntum.. antor kat aku kat sini..

    6/13/2006 10:08 am  
    Blogger asr said...

    Tulip??? Hehehe... Kat Amsterdam mungkin banyak. Kat sini diorang dah tanam bunga lain dah. ko lambat daaaa... Rose ada ko nak? Tungguuuuu....

    6/14/2006 12:17 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Rose pon rose lah.. daripada takde.. heheheheh boleh aku letak atas meja nih. nanti bila orang tanya.. boleh gak jawab.. bunga dari london.. hahahahaha

    6/15/2006 7:13 am  
    Blogger asr said...

    Letak atas meja? letak kat komputer la... sat je lagi aku buat entry pasal bunga rose. Ko klik belah kanan save as background... oke kan? hahaha...

    6/15/2006 10:25 am  

    Post a Comment

    << Home