Misi Jelajah Scotland ~ Day 3
TERIMA kasih kerana masih setia dengan blog kami. Ikutilah siri TERAKHIR Misi Jelajah Scotland ini! Kwang kwang kwang....
Day 3 : 05.06.06
Venue Lawatan: Falkirk Wheel, Wallace Monument, Stirling Castle & Stirling Town
Venue Lawatan: Falkirk Wheel, Wallace Monument, Stirling Castle & Stirling Town
Hari ni kami keluar rumah jam 10.30 pagi. Tempat yg memula kami tuju ialah Falkirk Wheel
yg terdapat di bandar Falkirk. Apa dia Falkirk Wheel ni?? haaa... Inilah the first and only rotating boat lift ever existed in the World. Memang unik ciptaan ini yg merupakah salah satu projek £84.5 juta "Millenium Link". Ia juga merupakan projek terbesar yg pernah diusahakan oleh British Waterways. Falkirk Wheel ini telah menyambungkan kembali the Union Canal dengan the Forth & Clyde Canal lantas mewujudkan laluan boat dari timur ke barat.
Ni la Falkirk Wheel tu. Kalau la kami sampai awal boleh gak naik satu round, ye dak? Takpe.. ada la reason nak dtg lagi.. hahaha
Korang nak tahu camna dia bergerak? Benda ni unik sebab satu canal tu kat bawah dan satu lagi canal tu berada 115 kaki di atas. So boat akan masuk dalam lift tu dan kemudian Falkirk Wheel ni akan rotate & angkat boat tu ke atas. Benda ni boleh mengisi 4 boat dalam satu masa dan mampu mengangkat air sebanyak 600 tan setinggi 25 meter dalam masa 4 minit! Amazing kan? So bila dah ada kat atas boat tu akan belayar dan terus masuk ke canal yg lagi satu tu.
Hati memang teringin sgt nak naik. Tapi the boat ride might take almost 1 hour. Kami pulak dah last day ni. Pastu ada tempat lain lagi nak pegi. Jadi kami kansel je niat tu. Tangkap gambar, beli souvenir satu dua dan bergerak ke destinasi seterusnya. Daaaari kiri cepat jalan!!!!
Duit: Walaupun mempunyai nilai yg sama namun pound sterling di scotland mempunyai reka bentuk mereka yg tersendiri.
Kereta peugeot aku pandu laju menuju ke Wallace Monument pulak. Tahukan Wallace Monument ni tempat apa? Kalau korang tengok crita Braveheart mesti korang tahu. Jauh jugak rupanya nak ke sini. Hampir 1 jam aku memandu dr Falkirk Wheel tadi. Sampai2 situ kami terus ke kedai souvenir dia dulu.
Dekat perisai patung William Wallace tu ada tertulis perkataan "Braveheart". Belah kanan tu la Wallace Monument tu. Tak larat nak menapak sampai ke atas so bergambar dr bawah je...
Wallace Monument yg tingginya 220 kaki ni terletak atas bukit yg di panggil Abbey Craig. Keta pulak cuma boleh park kat bawah je. So kena menapak kalau nak tengok dr dekat. Ah... tak larat la. So kami pun bergambar dr bawah sahaja. Tapi kalau korang naik korang boleh tengok pedang yg berusia 700 tahun kepunyaan Sir William Wallace ni. Dr bawah pun nampak jugak Wallace Monument yg dibina pada tahun 1869 yg mengambil masa 8 tahun nak siap tu. Nasib baiklah kat bawah tu pun ada jugak replica Sir William Wallace, so kami bergambar disitu je. Jadi la...
Lepas tu kami memecut pulak ke Stirling Castle. Stirling castle ni telah diungkapkan sebagai "the giant brooch, clasping Highlands and Lowlands together" (translation dia lebih korang camni la kot: bagaikan sebuah pin yg besar yang menyatukan Tanah Tinggi dgn Dataran).
Ia telah menjadi the favourite castle sejak dari kurun ke-12. Kerana castle ini lah Sir Willam Wallace telah berjuang bermati2an berjuang dalam the battle of Stirling Bridge pada tahun 1297. Dan kerana castle ini jugalah seorang lagi wira mereka Robert I (the Bruce) turut berjuang dalam pertempuran di
Bannockburn pada tahun 1314. Ingatkan nak masuk, tapi tengoklah lantainya, cukup tak mesra stroller. kesian pulak kat Nabila...dah macam naik ketapi, so tak jadilah masuk. Cuma cam biasa ke kedai souvenir je. Pemandangan dr tepi kawasan luar di benteng Stirling Castle. Cantik juga view dia ni...
Dah tu kami ke Stirling town pulak. Kat situ sama macam bandar2 yg lain. Kedai2 yg ada disitu semuanya ada kat London. So takde la kami nak masuk sangat ke kedai2 tu. Cumanya saja nak merasa tengok bandar dia je.
Opocot! terkezut sekejap.. hehehe... mana tak nya, bila duduk je tetiba je anjing mat salleh tu nak join sekali.. hahaha. Dedua ni pemandangan di pekan Stirling.
Kami pun akhir nya balik la. Sebelum ke airport aku kena hantar kereta sewa ni dulu. So kenalah bergerak lebih awal. flight kami jam 8.45malam. Kul 5.30 kami dah bertolak. Terima kasih pada Teh yg dah masakkan makan malam untuk kami sebelum balik. Alah.. tak yah susah susah la... (biasa ayat ni kan? hehehe) tapi Teh dah masak awal2... tengkiu again ya.
Bila dah nak balik tu barulah aku teringat nak buat video pemandangan country side yg ada bukit, ada kambing biri2 dan kuda tu. Cantik betoi pemandangan tu. Tapi malangnya dah terlambat. Sebabnya lepas kami hantar keta kami tak lalu lagi tempat tu bila ke airport. Takpe la, apa nak buat... tapi kalau korang nak tengok rakaman masa dah nak sampai airport korang klik kat sini dan kalau korang nak tengok pemandangan Edinburgh dr atas kape terobang korang klik kat sini pulak.
.
Bergambar kenangan di depan rumah baru Jepp & Anis. Teh takde... dia yg tolong tangkapkan gambar ni kan.. nak wat camner... hahaha
Apa pun 3 hari di Scotland memang tak cukup. Sesapa yg nak pi aku nasihatkan pi la seminggu.
Again kami nak ucapkan tima kasih kat Jepp, Anis, Teh dan juga Ikhwan. Aku pun dah hafal jalan dr airport nak ke rumah korang. So jangan terkejut kalau tiba tiba je kami sampai di muka pintu.... hahaha!
.
THE END!
(...and so they live happily ever after.)
.
**** ** ****
2 Comments:
hah.. tamat jugak misi ko. dan tamat jugak lah siri bacaan aku.. hahahah. lepas ni.. plan nak g mana pulak..? udah ler tu.. rehat je lah kat rumah. ko buat aku jeles arr.. mesia pon aku blom abis round lg..!!
souvenir yg beli byk2 tu.. bg ler kat aku satu.. aku taknak yg kecik.. yg besar pon taknak.. nak yg sedang2 saja.. hahahah
Kebetulan dah kat sini tu kami round2 negara orang. Kalau aku kat KL, blog ni mungkin penuh dgn cerita kitorang kat PD, KLCC, Ipoh, Melawati dsbnya...
Post a Comment
<< Home