• Thursday, June 22, 2006

    Windsor Castle ~ Kalitu & Kalini...

    Photobucket - Video and Image HostingKAMI penah ke mari!

    Kali tu kami pergi dengan Nuzul & Liza. Tapi tak banyak kami bergambar sebab terkejar2. Kali ni member dr KL dtg. So kami pun bawak dia pi and at the same time ambik peluang. Posing posing alang kepalang. Hari tu cantik cuaca pun terang.


    Ni la member kami tu. Dia ni sungguh berbakat. Menyanyi menari MC semua buleh, hehehe...


    Kali tu kami bayar untuk masuk ke sini. £12.50 per person per entry. Kali ni sebaik sampai di gate Windsor Castle ni, kami diberi tiket free. Memula tergezut jugak… rupa2nya memang betoi bukan lawak. Dapat for group more than 60 people punyer tiket.Yahooooooo…Best! Save budget!

    Kali tu kami datang bawak roti, sardine, butter, air & semua bagai, berat gak aku meyandang beg tu. Tumpah pulak air basah seluar aku! Kali ni kami melenggang. Cuma bawak Nabila punya beg sandang. Jalan pun lebih selesa, takde la merendih segala benda. Kami bergerak laju saja sebab panas mencucuk kepala. Tapi bergambar, bergambar juga. Alang alang dah masuk percuma, belasah aje le! Hahahaa...

    *** ************ ***

    Sikit sikit about d' Castle


    *Merupakah the official resident of the Queen sehingga kini

    *Telah dibina lebih 900 tahun lalu

    *Also the largest occupied Castle in the world

    *Pernah rosak akibat kebakaran pada 1992 namun berjaya dipulihkan.

    *Disini korang buleh tengok Queens Mary's Dolls' house, State Apartment, Drawing Gallery juga koleksi pinggan mangkuk porcelain di raja.

    *** ************ ***

    .
    Kali tu masuk2 je ke Windsor Castle ni kami terus soroo. Tak tahu pulak castle dah nak tutup masa tu. Tetiba pak guard datang bagi tahu. Kami berkemas dah blah terburu2. Kali ni kami masuk terus bergambar. Pengalaman dulu sudah mengajar. Lagi pun masa panjang lagi. Kami jalan dengan lebih rileks sekali. Posing2 pelbagai aksi.


    Kali tu masa kami datang tak nampak pulak guard berbaju merah bertopi hitam besar ni berkawad. Mungkin sebab masa tu dah terlalu lewat. Cuma ada satu je di hujung Castle tu berdiri tercegat. Kali ni kebetulan dia orang berkawad. Yg bessnya dapat member aku pose sebelah diorang tu ikut sempat. Kali ni dia pulak berdiri tercegat! Hahaha.


    Bergambar bersama the royal guard. Nabila pun sporting kali ni. Takde nak nangis2 atau ngamuk2. Tapi tengok le mukanya tu.. masaaaaaam je.... Agah agah pun masam juga!

    Kali tu masa kami datang cuaca agak sejuk. Jalan pun laju laju. Semua tempat kami pergi terburu-buru. Tambah pulak Nabila pun tak sampai 3 bulan masa tu. Jadi kami pun cuma melawat mana perlu. Kali ni cuaca panas membara. Terasa cam kat Malaysia. Gambar pun cantik cerah jadinya. Bila balik… Lina dan member aku ni mengadu pening kepala… Panadol kan ada? Aku jugak yg biasa je...


    Photobucket - Video and Image Hosting
    Kiri tu pintu keluar dia... haaa... dah puas melawat castle kami jenguk souvenir shop dia pulak.

    Kali tu kami tak sempat nak ke kedai souvenir dia. Sebab kali tu Nabila dah mengamuk segala. Kali ni Nabila bagus sekali. Dia pun sama2 enjoy the scenery. Tak nangis tak mengamuk. So dapat lah kedai2 souvenir kami masuk. Lawatan ni aku puas hati. Selain dapat bergambar kembali, kami juga dapat masuk free. Yey!

    Photobucket - Video and Image Hosting

    Lupa lak letak gambo ni tadi... ni ha replica Queen Victoria kat depan Windsor Castle ni... Apa raaa, tengah2 jalan raya diorang letak replica ni!

    Oke... cukuplah buat kali ni. Lain masa jumpa lagi.

    Daaaaaaaaa........

    **** ** ****

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Encik Azam, pembetulan...replika tu, Queen Victoria...jangan marah aaa...nanti kena jual...

    6/26/2006 9:22 am  
    Blogger asr said...

    Mr. Anonymous,

    CORRECTED! Thanks for pointing out the unintended "typo error". Hahaha...

    Teruskan melayari blog kami. Kehadiran anda amat dihargai...
    (sambil menujukan lagu "Ku Tak Marah" dr kumpulan Arrow kepada Mr. Anynomous...)
    :)

    6/27/2006 9:08 am  
    Anonymous Anonymous said...

    seronoknya...bestnya dapat jalan2..

    6/28/2006 5:08 am  
    Blogger asr said...

    Aik! Mrs. Anonymous pulak ke?

    Jalan2 memang bess.. yg tak bess nya bila dah abis jalan... poket rasa ringan je... hahaha.

    *siapakah anda? Jangan biarkan diri kami diselubungi misteriiii...

    :)

    6/28/2006 8:33 pm  

    Post a Comment

    << Home