• Sunday, July 16, 2006

    Petik Buah, Petik Bunga: Summer 2006

    amaran: entry kali ni merapu sikit
    London, 15 July 2006: LADANG usaha sama 2 keluarga (rujuk gambar sebelah - bukan gambar sebenar) diberitakan telah membuahkan hasil. Ladang mereka yg melibatkan penanaman buah2an, sayur2an dan bunga2an yg dikenali dengan nama Ladang Garsons cukup sinonim dengan aktiviti fruit picking pd setiap musim panas. "Ya... musim-musim panas begini kami menjemput semua utk berkunjung ke sini. Walau pun ada sign-board yg tulis pay before eat, pedulikan, makan je... no problem.. buah ni banyak sangat ni. Dah tatau nak buat camna..." begitulah menurut satu sumber yang memetik temu bual dengan salah seorang dari mereka.

    Demi memastikan dusun mereka di jaga dengan rapi, pengusaha2 ini telah membuat lawatan mengejut ke situ. Walaupun lawatan tersebut mengejut tapi wartawan kami telah pun diberitahu lebih awal untuk tujuan promosi dan publisiti. Kedatangan mereka kali ini sebenarnya adalah untuk meninjau hanya beberapa kawasan penanaman terutama cherry dan juga bunga. Menurut sumber yg sama, Ladang Garsons ini juga ada menyediakan ruang picnic yg selesa.
    Kasi perut kenyang dulu... biar kosong tupperware, pastu boleh isi balik dengan buah buahan yg akan di petik nanti...
    Semasa ditanya bagaimanakah haluan untuk ke sini, mereka menjawab ringkas, "Ambik laluan A3 pastu A309 pastu A307 pastu pandai2 korang lah..." Bila ditanya lebih lanjut, kami telah dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa & terus tersenyap ~ tak baik bercakap waktu makan!

    Ladang yg pertama dikunjungi adalah ladang cherry. Ianya tidak jauh dari kawasan piknik ini. Sesampai disitu kelihatan sudah ramai orang yg memulakan aktiviti memetik buah cherry. Dengan berbekalkan bakul satu sorang, pengusaha2 tadi telah masuk ke ladang tersebut. Malangnya buah2 cherry yg diharapkan tidak kelihatan. Tetapi apabila mereka keluar bakul mereka tetap penuh. Dengan kehairanan wartawan kami mendapatkan penjelasan.
    "Memang ladang tu dah takde buah cherry nya. so kitorang redah je row sebelah yg dia belum bukak tu. Banyak buah cherry kat situ. Alah... bukan kami yg mulakan, org lain buat kami ikut la..." kata mereka gembira. Salah seorang pengunjung memaklumkan yg beliau telah dikenakan bayaran £8 lebih. Emm... mungkin kalau kat budgen dia boleh dapat 2 kali ganda hasilnya kerana kat situ selalu ada buy 1 get 1 free. Hahaha...

    .
    Gambar kiri: Eh, buat pa amik daun tu...?, gambar kanan: Ha... yg tu la baru betui...
    Sekali tengok pokok cherry ni macam pokok koko pulak. Kalau kat mesia buah cherry dia kecik2 dan yg belum masak lagi tu selalunya di buat peluru pistol (pistol mainan dr papan dan diikat getah ~ bebudak zaman siber ni tau ka pistol ni!?)
    Kemudian kami telah dibawa ke ladang strawberi, redcurrants dan juga blackcurrants. Ladang ini disatukan dalam satu pagar. Kami lihat pengunjung2 lain sama sama menyertai lawatan ini tanpa mengetahui kehadiran kami yg membuat liputan.
    "Emm.. tak bess la strawberri kali ni. Kecik2 je buah nya...," kata seorang lagi pengunjung yg mula2 merungut tapi kemudian memetik & merasa 2-3 bijik strawberi tanpa membeli sebijik pun. "Kalau buahnya besar2 agaknya berapa bakul yg akan encik beli hari ini?" tanya kami spontan.
    "Er... err... hehehe... saya memang tak berhajat nak beli strawberi ni, saya datang nak tangkap2 gambar je." kata nyer tersengih2 sambil memetik dan merasa lagi sebijik stawberi yg kecik2 itu.
    .
    Gambar kiri: Wartawan kami sempat merakamkan gambar pengunjung disitu yg tengah bergambar & berposing sesama mereka. Gambar kanan: Buah redcurrants yg dah meranum. Kebanyakan mat salleh petik buat pie atau jem.
    Dalam kepanasan yg berbahang itu tiba2 kami lihat 2 bijik kereta meluncur laju menuju ke ladang bunga matahari, omputih cakap Sunflower. Kami mengekor untuk mendapatkan reaksi mereka tanpa menyedari bahawa 2 buah kereta itu rupa2nya adalah pengunjung yg sama. Memandangkan memang dah takde pengunjung yg lain selain pengunjung dr India yg memakai sari lip lap kaler oren, kami pun mengambil keputusan untuk interview mereka lagi.
    "Wah sungguh cantik dan besar lah bunga matahari ini. Ingatkan kecik2 je..." kata pengunjung yg sama tadi.
    Kami sendiri begitu asyik menyaksikan ladang bunga matahari yg taklah sebesar mana itu. Bukannya apa, barulah kami tahu bahawa bunga matahari ini pun ada banyak warnanya. Ada yg kaler kuning cam yg biasa kita tengok, ada juga kaler kuning air dan ada kaler maroon. Tapi jika anda ke ladang ini, awas kerana bunga2 matahari ini di hurung oleh lebah.
    Gambar hiasan: Ibu pun macam matahari.. Ops.. ini bukan matahari ini BUNGA matahari la!
    Setelah mereka puas berposing ala2 hindustan apa bagai kat ladang Sunflower itu, mereka menuju ke ladang bunga yg lain pulak. Kami terus mengekor sebab malas nak interbiu pengunjung lain. Tambahan pulak kalau kami banyak interbiu nanti akan terbongkar identiti kami. Lagi satu, sebab diorang ni friendly... asyik gelak memanjang. Ladang bunga ini kami dapati merupakan ladang bunga caca-merba, dimana terdapat banyak bunga dengan pelbagai warna tanpa di kalsifikasikan.
    Bunga2 disini kebanyakannya dr spesis kekwa dan bunga butang. Macam2 kaler ada. Kalau kena dengan posingnya boleh jadi lokasi gambar potret keluarga yg menarik.
    Lepas tu kami ekori lagi pengunjung2 ini, tengok tengok diorang terus keluar. Hampeh! So kami pun dah takde lagi la pengunjung lain yg nak kami interbiu. Tanpa berjumpa pengusaha2 ladang tu kami pun terus blah. Jadi itu sahajalah lapuran ekslusif kami dalam edisi Petik Buah Petik Bunga ini. Bak kata pepatah... *Menanam tebu di tepi bibir. Sekian.
    Karamjit Wak Leah melaporkan untuk azamsirajab.blogspot.com.
    Abissss.....
    .
    *peribahasa ini telah ditambah kemudian & di-edit semula oleh Karamjit Wak Leah atas permintaan peminat-peminat (= 1 org) beliau. Harap maklum.
    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    oii..karamjit wak leah..mana pantun dan peribahasa sebagai penutup laporan berita.. kena ada posing tangan angkat atas bawah punya..baru mantap sikit..

    7/18/2006 7:42 pm  
    Blogger asr said...

    Mmmm... tu la kan! patut la aku rasa article dia ni cam tak complete je... nanti aku suh dia edit balik!

    7/18/2006 10:08 pm  

    Post a Comment

    << Home