• Monday, July 31, 2006

    London Attraction Version 1.0

    EMMMM.... bila semak2 balik entry kami ni, rupanya asyik tulis pasal tempat2 menarik luar London. Sampaikan apa yg ada di tengah2 bandar London Zone 1 & 2 tu sendiri lupa nak habaq. Oke la... kami akan selit2kan entry about things/places that you must see if you visit the London town itself. So check-out our London Attraction entries as we may extend/upgrade the version 1.0 to version 2.0 to 3.0 and so on and on and on and on until.... , only God knows. hahaha... Kali ni let us visit London Eye and Buckingham Palace dulu, oke?

    Memula skali London Eye. Apa dia London eye ni? Ala yg cam boyan pusing kat funfair tu... Ianya terletak di tepi Sungai Thames & tingginya lebih kurang 140 meter. Boleh menerima seramai 150,000 penumpang dalam 1 hari bersamaan dgn jumlah penumpang penuh untuk 160 buah kape terobang concorde!. Ramai dak? Beratnya pulak melebihi berat 250 bas double decker! London Eye ni sebenarnya telah di design oleh 2 org arkitek yg menyertai peraduan milenium Landmark yg akhirnya telah di realisasikan oleh ratusan pekerja dari 5 negara Eropah. Dari negara Eropah yg mana, haaa... itu kena cari sendiri lah. hehehe... 6 tahun diorang membanting tulang untuk siap kan benda ni untuk ride yg hanya mengambil masa 30-40 menet. Kalau korang naik boleh la korang nampak pemandangan kota London ni. Kiranya bayar £12.50 tu berbaloi la jugak...

    .
    Nabila dalam 2 pose yg hampir sama dengan latar belakang yg berbeza di dalam kapsul London eye & masa ni dah nearly at the top.
    Belatar belakangkan Big Ben & Houses of Parliament. Bila dah nak turun, korang pose kat belah tepi kiri atau kanan kapsul ni. Nanti dia tangkapkan gambar & dia jual dlm bentuk foto, key chain & fridge magnet. Beli la buat kenang2an...
    Ops... ada berita tertunda la... Kita bagi laluan ya...
    .
    ***********************
    London, 27 Julai 2006: Satu kemalangan yg melibatkan sebuah motosikal dan bus double Decker telah belaku di persimpangan Jalan Bishop Bridge Road dan Porchester Road berdepan dengan Flat The Colonnades. Ini telah menyebabkan jalan lengang (bukannya sesak) sebab jalan terus ditutup. Ramai pengguna jalanraya merungut kerana kemalangan yg tidak lah sebesar mana itu telah menyebabkan penutupan jalan dari jam 2petang -8malam.
    Tu dia... siap ada juru ukur lagi nak menentukan kedudukan kemalangan dengan tepat!
    "Mat rempit tu laju sangat, lampu pulak rosak masa tu! Pastu masa kat simpang dia terus terbabas dan terus kona baring dan tersungkur di tengah2 jalan raya," begitulah menurut seorang penghuni The Colonnades yg berada di tempat kejadian.
    Orang ramai yg berada ketika kejadian hanya tergamam dan ramai yg tutup mulut sambil berkata "Oh GOD!" Namun apa yg nyata tiada seorang pun yg mengambil no plat motor mahupun bas untuk tujuan tikam nombor ekor TOTO.
    .
    Tu lah dia motor yg kat tengah2 tu. Belah kanan ni la plat no bas double decker tu...

    Berhati2 lah di jalan raya. Bak kata pepatah setinggi2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, dan satu lagi... ingatlah, sesungguhnya berjudi itu HARAM! Sekian. Karamjit Wak Leah melaporkan untuk azamsirajab dot blog spot dot com.

    ************************
    .
    Oke.. jom kita pi tengok Buckingham Palace pulak. Istana ni di bina pada tahun 1703 dan bersebelahan dengan St. James Park. Kalau nak dtg sini, tube yg terdekat sekali ialah Green Park station. Pastu korang menapak la sikit, exercise!
    Rehat melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Buckingham Palace. Kat hujung jalan tu je...
    Istana ini kemudian di beli oleh George III (pada ketika itu di
    kenali sebagai Buckingham House) pada 1761 untuk isterinya Queen Charlotte, dan kemudian it was re-modelled by John Nash pada 1825. Lepas tu banyak lah lagi perubahan dan pertambahan pada istana ini pada tahun2 seterusnya. Org yg belajar sejarah pun tak ingat semuanya kot. Lebih setengah juta pound sterling telah di belanjakan dalam proses to re-modelled the castle and it was completed in 1914. Istana ini start menjadi kediaman di raja hanya bermula pada tahun 1837 dan penghuni pertamanya adalah Queen Victoria. Sehingga ke hari ini ia kekal sebagai kediaman rasmi Queen. Ha... tu la dia sikit sebanyak sejarah tentang Buckingham palace ni. Menarik dak?
    Bergambar kenangan di depan Buckingham Palace. Tu orang ramai berkerumun dekat pagar tu sebab tengah tengok changing guard ceremony. Guard yg pakai topi hitam besar tu la...
    .
    Beberapa tugu dan monument yg terdapat di depan Buckingham Palace ini.
    So itu je lah 2 tempat yg sempat ditulis buat masa ni. Nanti2 kami up grade London Attraction Version 1.0 ni ya. Bila tu tak tahu la... Oke. Akhir kata... jaga diri selalu. Jangan makan banyak2, nanti gemok...
    HAhahahaa..............
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger Dwen said...

    mcm best jek london eye dgn buckhingham palace tu? tp kalau ada tiket free pergi balik kl-london-kl lagi best heheheh!!!

    8/01/2006 1:35 am  
    Blogger asr said...

    Tiket free ke? Kami dah dapat... tapi London-kl-London la. Jumpa bulan Oct nanti , tolong amik kat KLIA boleh ka?

    :)

    8/02/2006 11:56 pm  
    Blogger Dwen said...

    boleh no hal punye... heheh...

    8/03/2006 8:09 am  

    Post a Comment

    << Home