Cotswold: Bourton-on-the-Water
KALI ni kami ada tetamu dr Edinburgh... sapa lagi kalau bukan Jepp, Anis, Teh & Ikhwan. Bertambah meriah lagi bila mak & ayah anis pun ada. Untuk hari Ahad tu mula la aku merancang nak bawak diorang pi jejalan... Utk lebih mudah, aku pun jenguk la blog Mr. M***Q, (maaf nama dia terpaksa dirahsiakan, takpe kami bagi clue: *** = OZA, hehehe...) & dpt lah ilham nak ke Bourton-on-the-water ni. Yg bess nya Anis & Jepp pun rupanye memang dah ada plan nak ke situ. Canteeek sangat la kan.
Kata orang the more the merrier kan? So rombongan kami pun di join oleh Nuzul & Din. Walau pun Jepp & family tu tetamu, tapi tetaplah kami yg mengekor MPV diorang ke situ sebab Anis memang terror bab baca map ni. Jam 9.30 pagi kami bertolak dan 2 jam lepas tu kami pun sampai. Sampai2 je terus kami ke Model Village dia. Model Village dia ni unik sebab ia merupakan replica Bourton-on-the-water itu sendiri. Tima kasih la pada org yg sponsor kami masuk ke sini ya...
Model Village dia ni tak le besar sangat. So padan la dengan charge yg dikenakan cuma £2.75 seorang. Ianya dibuat dari batu2 di Cotswold itu sendiri. Model Village ni dah wujud sebelum aku lahir lagi. Ia telah dibuka semasa pertabalan King George VI & Ratu Elizabeth pada tahun 1937. Bess la jugak tengok & jalan keliling bangunan kecik2 tu. lebih stengah jam kami spend masa kat sini, puas la bergambar... Tapi kalau nak beli souvenir cam fridge magnet ke jgn beli kat sini, harga dia mahe sikit, beli kat town nanti... ingat ya! hahaha...
Lina ngan Nabila pose kat Model village tu. Kalau Nabila dah boleh jalan tentu seronok tengok dia lari2 celah2 model village ni...
Lepas dah habis rehat kat Model Village tu, kami pun bertolak pulak kat main attraction dia which is the town itself. Sampai situ baru la faham kenapa di panggil Bourton-on-the-water. Sebabnya tengah2 bandar dia terentang satu sungai yg dikenali dengan nama River Windrush yg cantik jernih airnya. Sepanjang tepi sungai tu kawasannya berumput and so ideal for people to picnic. Seberang jalan kiri kanan sungai tu pulak ada banyak kedai2 & cafe. Bangunan2 kedai dia pulak so English-Cottage kind of building. Pemandangan memang cantik. Sesuaiii sangat la untuk di lawati oleh para pelancong cam kita ni. Cuaca pulak sangat bagus time tu. Lagi la rasa bess nyer. Seperti biasa sebelum nak jelajah kedai2 dia... perut kena la di isi dulu. So kami pun bentang lah tikar yg tak asing lagi tu dan terus soroo...
Ya... makan, makan.. jangan malu2... cuma jgn abis kan, kamera man pun lapo ni!!! hahaha. Mmm.. apa yg kaum bapa serious sgt berbincang tu?
Orang memang ramai. Mat salleh pun lepak2 sun bathing tak kira masa. Ramai yg dok melunjur tepi sungai tu main air. Bebudak pulak ada yg pakai swimming suit berkejar2 dalam air tu. Memang la geram sebab air dia jernih sangat dan nampak... apa tu orang kata... kebeningan nya? hahaha... betui ke ayat aku ni? Hentam aje lah labuuu.... So bila dah geram tu... aku pun apa lagi, senteng seluar turun sama. Mak aih... sejuknya air... be,be, be, bekuuuu!!!!! hahaha...
Betoi, memang sejuk banget airnya. Lepas aku naik je ada la pulak mat salleh bawak anjing dia main2 dlm air tu... terus Lina & lelain tak jadi turun.
Perut pun dah kenyang kami pun mula la jalan2 masuk kedai2 yg banyak kat situ. Window shopping je la kan. Lagi pulak souvenir dia kat sini semua lebih kurang sama je. Cuma Lina seperti biasa menambah koleksi fridge magnet nyer. Kitorang jalan slow2 cross jambatan dia yg klasik tu pastu menjelajah kedai2 kat situ. Banyak jugak kedai dia kat sini rupanya. Jenuh jugak lah nak masuk semua... banyak skip je. hahaha....
Bergambar di atas salah satu jambatan kat situ. Sila abaikan mat salleh yg enter-frame tu, time orang nak bergambar time tu la dia nak lalu! Siot je...
Emm.. kalau nak tahu, Bourton-on-the-water ni jugak di kenali sebagai Venice of the Cotswold. Sering kali di nobatkan sebagai one of the prettiest villages in England. Kebanyakan rumah & cottage disini berusia lebih kurang 300 tahun. Masih dijaga dengan baik dengan perubahan, yg kalau ada pun, dilakukan seminima mungkin. Bridge yg Lina dan Nabila naik kat atas ni namanya the High Bridge dan telah dibina pada tahun 1756, dah 250 tahun usianya tu!
Lina tengah posing depan 1 hotel yg terdapat disitu. Batu hotel tu dibuat drpd jenis yg di panggil yellow-Cotswold-stone. Batu ni digunakan dalam banyak pembinaan rumah dan cottage di Bourton-on-the-Water ni.
Tempat ni memang cantik lah. Banyak sangat gambar yg nak aku abadikan dalam blog ni. Ye la kan... blog ni jugak nanti jadi rujukan kami di masa depan. Tapi malangnya dah maksimum dah picture yg boleh di muatkan dlm entry ni. Oh ya, kat sini pun ada Cotswold Perfumery dia sendiri. Kami tak masuk ke kilang dia cuma pegi ke kedai dia je. tapi takde bau yg kami suka. So tak beli lah. Lama kami kat sini, hampir 5 jam. Lepas tu apa lagi bergegas lah balik... Again this place is just wonderful. We really have enjoyed the uniqueness and the delightful features that the village offers. Kami mungkin akan mengulangi tempat ni lagi, tapi nak tunggu musim lain pulak... most probably autumn kot. Tengoklah nanti...
Ni la gambar terakhir yg kami ambik sebelum berangkat pulang. This trip is worth it & is recommended lah for you to visit.
Oke ya semua. Itulah cerita kita kali ni. Jangan jemu2 jenguk kami di sini, oke dan jangan lupa temu janji kita di lain kali... jumpa lagi....
.
Tata for now...
.
**** ** ****
3 Comments:
Kalau nak pergi Bourton lagi masa autumn , jangan lupa ajak kami, tak puas rasanya pergi hari tu. Memang cantik tempat tu...
Zam,
ko ni asyik berjalan2 jer. buat aku jeles jer tau. aku akt sini.. nak cuti pon bos tak bg.. uhuks..!!
suhailah: Boleh, no hal punyer... agak2 time tu mungkin xde yg lepak coz sejuk... betoi dak?
hana: kami cuma keluar sabtu/ahad je. Mana ada ambik cuti pun, mai la vacation sini. Mai la...
:)
Post a Comment
<< Home