Belilah Barangan Buatan Malaysia
*entry ini menggunakan exchange rate £1 = RM6.7
Assalamualaikum & salam sejahtera. Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Bersiaran kita sekali lagi dalam azamsirajab dot blogspot dot com ini. Kali ni kami nak cerita pulak tentang barangan Malaysia yg terdapat di sini. Tu la... org kata hujan emas di negeri org, hujan batu negeri sendiri. Baik lagi negeri sendiri. Gitu lah jugak dengan kami ni. So jom kita mulakan...
1.SOS CILI MAGGI. Ni mesti mau kan... cili kat sini tak sedap. Tapi bukan jenama maggi je... jenama Lingam pun ada. Selain tu boleh jugak dapat sos cili thailand yg sesuai buat makan ngan cekodok. Ni harganya £1.18 (= RM7.90) sebotol. Nak buat camna... beli je la kan. Lagi pulak kami tak leh nak convert2 dah.. kena kira £1 = RM1. Kalau tak... asyik ikat perut je la. Hahaha...
2. DURIAN. Ya... durian ada dijual di sini. Tapi most probably imported from Thailand la kot. Kalau dah terliur sangat nak makan deroyan tak payah la mintak di pos kan dr Mesia. Tapi tak penah lah kami beli sebab tengoklah harganya... £5.98 per kg (= RM40 sekilo!) mmm.. tak berbaloi kan. Takpe la, so far takde la kempunan sangat lagi. Boleh tunggu... lagi pulak la ni Durian leh dapat sepanjang tahun kan?
Tu dia... Lina sedang meneliti meehun yg manakah yang paling bess sekali. Eh.. betoi ke meehun tu???
3. TERUNG REMBANG. Apa kah ini??? Jangan kan kata orang London, yg kat Mesia pun ramai yg dah tak kenal ngan benda ni. Ada yg panggil terung pipit ada jugak yg panggil terung butir. Sedap kalau masak bersama gulai lemak pucuk ubi tumbuk! Sluurrrp... lama tak rasa dah. Dulu melambak belakang rumah aku kat Temoh. Kitorang buang2 buat peluru pistol getah je. Kat sini £1.30 (= RM8.70) se peket. Kadang2 kami beli masak bersama sambal ikan bilis.
4. KICAP TAMIN. Ha... ni kalau tak kenal saja la kan. Aku masa kecik2 dulu kalau ada kicap ngan telor goreng dah cukup dah. Tak yah lauk lain. Tapi la ni jarang2 makan nasik ngan kicap ni. Cuma Lina beli buat untuk masak2 je. Yg besar £1.35 (= RM9.00) sebotol. So kalau datang sini bawakkan kami kicap leh? kicap kipas udang... kedai ni tadak jual la.
Nabila sungguh ceria hari ni kerana berjaya membeli meehun. Bukannya apa, Nabila la ni pun dah makan macam2. Yey kita rasa meehun pulak lepas ni...
5. MAGGI MEE. Ni ramai yg suka. Dan kalau ada pelawat dr mesia diorang mesti bawak benda ni. Yela.. leh safe budget. Aku gemar jugak masa kecik2 dulu. Tapi sejak insiden masa kat asrama time form 4 aku terus tak minat dah. Bau pun aku tak suka. Keluar asrama sampai aku masuk U sampai keja sampai aku kawin & sampai la masa wife aku dalam pantang baru la aku try makan balik (sebab malas nak kuar beli tapau). Kalau darurat aku makan la.. tapi dah takde la suka cam masa kecik2 dulu tu. Yg ni harganya £0.20 (= RM1.35) sepeket. Mau?
6. KANGKUNG. hehehe... kangkung ni sungguh nostalgia. Dulu masa dok Temoh tetiap minggu mesti kitorang dengar orang juai kangkung naik basikal ni jerit... KANGGGGG KUUUNNNGGGGG... sebatu dengar suara dia. Selalu kitorang ajuk2 kan. Lagi 1, dulu nak makan kangkung kutip je. Tumbuh liar, tapi la ni nak rasa kangkung belacan kenala keluar duit... yg ni ntah berapa reganya. Lupa arrr... beli je la kan. Hahaha...
Mmm... lama tak pekena maggi mee ni. Beli la satu perisa asam laksa. Kita makan maggi je lunch oke? TAK OK!!! hehehe...
7. RAMBUTAN. Yesss... ni antara my favourite. Boleh katakan tetiap bulan aku mesti nak merasa buah rambutan ni. Tapi nak carik yg fresh tadak la kan. So sebagai alternative nya kami beli yg dlm tin ni. Rasa dia memang fresh sama cam rambutan lekang. Tapi ni produk Thailand la... kira satu region jugak la kan. Se tin £1.15 (= RM7.70).
Dan seperti biasa... lepas dah abis borong semua, Stroller Nabila la jadi mangsa nya. Aku rasa benda ni sama je ngan org lain yg ada anak kot? Ke kami je yg buat camni? hahaha... Sebenarnya banyak lagi benda2 lain yg di jual cam kacang botol, petai dan juga bunga kantan. Cuma harganya sangatlah tak berbaloi. So oke la... jadi pada sapa2 yg nak mai sini, jangan takut anda takkan miss makanan mesia punya. Tak yah la belajar cara2 nak makan steak ke pasta ke hapa ke? Mai je... Selain tu gerai org Melayu kita pun banyak kat sini. No problem la. Oke lah ya... dinner is ready. Aku nak sorooo dulu...
"Na... lauk apa kita hari ni?"
"Ikan temenung goreng..."
hehehe... Jadi lah...
.
Alhamdulillah.
.
**** ** ****
3 Comments:
ni boleh aku simpulkan kat sini.. yg kat sana tu lebih kurang jer lah kat sini ek..? semuanya barangan dr sini. plastik bag pon dah ala2 TOPS supermarket. hahahaha
punya lah byk barang ko borong.. ikan termenung goreng jugak ko layan.. hahahaha
mahal...mahallllll
alamat tak makan le kalau dok kat sana.
Kat cni buah manggis 6 kupang skilo itu pn kalau kita yg panjat kalau suruh org yg nak beli lu 4 kupang je...cam ne tu
rambutan, langsat, rambai lg le main kupang2 je skilo....
conclusionnya bak kata kamu le hujan emas di ng org hujan batu di ng sendiri..
ada baikkk makan buah kat ng sendiri ekkkk
Hana: Kami baru je discover yg kat sini ada juai ikan temenung ni. Diorang panggey Indian Mackerel. Ikan temenung ni kalau di goreng, sodappp!
Kak Oji: Nanti kita pi cari durian yg isi dia baekkk punya ya. D24 ke hapa ke kan? 1 lagi tingin nak pi pasar malam, cari air tebu fresh! hehehe...
:)
Post a Comment
<< Home