Nabila ~ Pose-pose Terkini
DIAM tak diam, kejap je Nabila dah berusia 7 bulan. Keletahnya pun dah macam macam. Kalau dulu cuma menangis bila nak susu atau napkinnya basah, sekarang dah pandai merengek nak di dukung. Nangis dia pun dah ada banyak kategori. Nangis saja2, nangis betoi2, nangis ngada2, nangis2 manja dan macam2 nangis lah. Pun begitu kami cukup seronok melayannya. Entry kali ni kami bawakan pose pose terbaru Nabila untuk tatapan semua...
I. Pose Topi Cowboy
Topi Cowboy ini aku yg punya. Dah lama aku cari tapi selalunya besar sangat. Last last jumpa masa di Bournemouth hari tu. Saiznya pun not bad walaupun ada sikit longgar. Memandangkan ini yg paling oke, so amik je la. Nabila pun cuba jugak posing ngan topi tu. Tengokla dia bergaya ngan topi aku tu. Hahaha...
Eh, Nabila, mana buleh cowboy makan stokin? Isk... cukup marah dia masa aku amik stokin tu dr tangan dia. Wah... dah pandai marah2 dah ni ya!!?
II. Pose Selendang Rindu
Nabila sekarang ni dah buleh meniarap dan mengengsot ke depan. Dan buleh jugak buat aksi macam dalam gambar belah kiri ni. Tapi belum boleh merangkak lagi. La ni kalau dia banguun tido, mesti dia terus pegang tiang katil dia dan cuba mengangkat badan dia. Nasibla dia tak menangis atau merengek bila bangun tido. Dia buat hal sendiri je. Lepas dah 1/2 jam lebih kurang baru dia bersuara sebab dah bosan. Nak angkat la tu...
Ha... ini lah dia pose selendang rindu. Sambil merenung jauh selendang di lepaskan membayangkan kerinduan pada keluarga dan sanak saudara yg jauh di mata. (takde rupa rindu pun, kata ibunya... hahaha)
III. Pose Cap Golf
Gambar Nabila sebelah kanan ni masa menanti sessi penggambaran yg seterusnya. Nabila pun boring menunggu dan terus buat bubbling. Abuuuuuuuuuuu... bunyi nyer. hahaha. Dan pose seterusnya ni ialah pose menggunakan satu satunya cap yg aku ada. Cap ni pon atas ihsan kompeni aku sebelum aku sampai ke mari... Jom kita tengok Nabila menggayakannya. Camna la pulak roper nyer ya...
Yo! Ada gaya rap tak? hehehe....
IV. Pose Ikatan Kasih
Ha... kita gunakan kembali kain dari pose selendang rindu. Kali ni selendang tu di simpul2 kan je ikut sukahati. Buat la cam riben ke, sanggul ke, hapa ke... hehehe... Riben tu pulak boleh letak samada kat sisi atau pun kat atas kepala. Ikut la kerativiti memasing. Kwang kwang kwang. Nabila cukup sporting dalam menggayakan pose Ikatan kasih ini walau pun mukanya masammmm saja. Dah letih la tu... Oh ya.. Nabila la ni dah nak tumbuh gigi. Sebatang gigi belah bawah dah mula nampak dah. Wah, lepas ni buleh la Nabila makan macam2 ni!
Ala Nabila ni... no more senyum2 ma? senyum la sikit... mmmm dah takde mood la tu...
V. Pose Summer Hat
Fesyen ini sesuai digunakan semasa di carboot atau pun fruit picking. Tapi Nabila pakai anytime anywhere. Ikut suka je. Hahaha... Sebenarnya summer hat yg biru ni sebagai ganti hat kaler pink Nabila yg dia campak ntah ke mana. Memula semasa keluar rumah elok je dipakainya, bila balik dah hilang... Belah kanan ni pulak gambar Nabila kegembiraan sebab inilah sessi fotografi yg terakhir. yeaahhhhh jom kita pose lagi...
Aik apa pacal macam balik ni? Yela dah banyak kali pose asyik tak jadi je, saya pun dah letih la... huhuhu....
Oke la... memandangkan model kita dah letih dan takde mood, jadi kita tunda lah sessi fotografi kita pada hari dan waktu yg berlainan ya. Dengan itu kami akhiri dengan pantun dua kerat,
.
Anak negro anak benggali,
Jumpa lagi di lain entry!!!!
.
Daaaaaaaaaaa......
.
**** ** ****
1 Comments:
ala..ala...come nyeeee...
balik malaysia nanti c.og beli topi cina sayo yea...oph ipoh baru je beli topi sayo tu buat bekebun kat luar umah tu
Post a Comment
<< Home