• Friday, February 29, 2008

    Turkey: Istanbul ~ Day 1 & 2

    Attractions: Blue Mosque, Hagia Sofia Muzeum, Topkapi Palace, Sufi Music Concert & Whirling Dervishes Ceremony
    .
    Alhamdulillah cuti aku diluluskan. Jadi kami memilih untuk ke kota Istanbul yg pernah satu ketika menjadi ibu negara Turkey di zaman Kerajaan Uthmaniah dulu. Masa kami sampai di Istanbul Sabiha Gokcen International Airport dah jam 7 pm. Rupa2nya airport ni kat bahagian Asia Turkey dan hotel di Istanbul tempat kami nak menginap tu di bahagian Europe Turkey. Jauh lak tu... kami amik teksi dan mamat tu ya ya je kononnya tahu jalan. Perjalanan yg patutnya 50 minit dah jadi hampir 2 jam sebab mamat tu asyik berenti tanya direction kat orang. Hampeh, tapi bayar tetap lah sama seperti yg di persetujui. Kami dah agak akan sampai lewat so mummy dah pack kan dinner siap2. Tak yah kuar hotel, lepas soroo terus tido dan siap sedia untuk esoknya.
    Apparently tak bleh tangkap gambo kat sini lah!
    Pagi tu kami bangun agak awal. Pihak hotel tawarkan kami package one day tour with tourist guide sekali, tapi memandangkan payah kalau nak ikut orang dengan kerenah anak anak ni, aku decide redah sendiri je. Lagi pun ada laluan tram dekat ngan hotel yang link terus ke kawasan2 utama tarikan pelancong. Apa lagi, lepas dah belasah roti dan sup di coffee house hotel pagi tu, kami pun mula bergerak dgn penuh yakin dan semangat yg berkobar2. Ahak! First destination kami semestinya Blue Mosque atau juga dipanggil Masjid Sultan Ahmed di Turkey ni. Turun2 di stesen tram Sultanahmet dah nampak dah Blue Mosque dari jauh. Wah! Cantikkk nya... tengok dua kali ada iras iras masjid wilayah lah! Terus bergambar tak kasi can. Tapi kami mengadap matahari & wajah ceria kami pun jadi gelap, huhuhu...
    Dari hentian tram Sultanahmet.
    Di laman Blue Mosque. Melawat masjid free, masuk toilet dia kena bayo!
    Orang turkey ni friendly juga. Ramai yang menegur dan ramai juga yang boleh bercakap bahasa melayu. Apa khabar? Malaysia? kata dema. Terasa glamer pulak. Aku angguk2 dan terus melayan kakak yg dah mula berlari2 ke sana sini mengejar sekor dua burung merpati. Masa ni masih awal dan pekedai pun baru nak mula berniaga. So memang elok lah tak perlu nak bersesak2 sangat. Terlalu banyak gambar yang kami tangkap kat blue mosque ni. Dari jauh dari dekat, dari sudut2 berbeza. Memang tak jemu & sah2 bangunan dia menjadi attraction utama pada setiap yg memandang. Ianya dibuka untuk orang ramai masuk secara percuma dan setiap kali masuk waktu sembahyang akan di tutup selama sejam kepada yg bukan Islam. Seni arkitekturnya cantik dan halus. Aku tak lah pandai sangat menilai tapi memang amazing lah memandang keliling. Ia di panggil Blue Mosque sebab design dalam nya banyak menggunakan batu mar mar yg bewarna biru. Dalam masjid ni tetiba ada satu mamat minta nak bergambar ngan kakak dan adik, which aku benarkan...

    Dalam Blue Mosque, pandangan sisi masjid...
    Pandangan depan pulak...
    Blue Mosque ni telah dibina dari tahun 1609 sampai tahun 1616. Masa tu Sultan yang memerintah ialah Sultan Ahmed I. Menariknya sejarah blue mosque ni kerana dia dibina atas dasar kesalah-tafsiran. Masa Sultan Ahmed I perintahkan arkitek dia suruh buat masjid tu, dia cakap dia nak menara masjid yang dibuat dari altin (emas), tapi arkitek tu tak korek telinga kot masa tu, dia dah silap dengar altin kepada alti yg bermaksud enam.
    Pintu masuk Blue Mosque...

    Lagi di perkarangan luar Blue Mosque...
    Jadi bila dia dah siap lakar, dia buatlah masjid tu ada enam menara instead of menara dari emas... tengah tengah kecut perut nak tunjuk lakaran sebab last minit baru dia sedar kesilapan, tengok2 Sultan Ahmed I sangat berminat dengan seni bina itu. Maka jadi lah Blue Mosque ini masjid pertama di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Kalau lah korang google gambar masjid ni dari mata burung, gambarnya lebih cantik dengan dome-dome yang sungguh simetri bersama 6 menaranya yang gah dan wajah masjid ini keseluruhannya yg dikatakan magnificent. Tapi selepas ianya siap terdapat kontroversi kerana dikatakan jumlah menaranya sama dengan apa yang ada di ruang di Kaabah di Mekah. So Sultan Ahmed I ni telah menyelesaikan kontroversi tersebut dengan membinakan menara yg ke tujuh di Mekah itu, mmm...

    Blue mosque di siang hari...

    ...di kala senja.

    ...kian gelita.
    Dari sini kami berjalan ke kawasan luarnya yang menghala ke Hagia Sofia. Dan sebelum sampai ke situ ada disediakan tempat lepak2 yang luas. Dan masa kita lepak lepak tu akan datang lah orang jerit2 dan tanya kita: cai? cai? Cai tu korang tahu kan? Teh lah apa lagi... dia datang amik order. Kitorang lepak jap melepas lelah. Kat area ni juga ada water fountain yang cantik. Tapi sebab matahari terpacak atas kepala aku tak tau nak amik gambar ikut angle mana? huhuhu... Masa kat sini ada 3 org melayu datang tegur kami & berborak mesra sekejap. Apparently diorang datang bekerja... tu je lah kami jumpa org kita pastu sampai balik tak jumpa dah.
    Mana2 angle pun tetap mengadap matahari...

    Belakang tu lah Hagia Sofia...

    Hagia Sofia atau disini dipanggil Ayasofya ni dulunya adalah sebuah Church yang telah dibina pada zaman Byzentine lebih 1400 tahun dulu. Tapi bila kerajaan Ottoman (Uthmaniah) mengambil alih, dia dah tambah pulak menara kat binaan tu dan terus menukarkan church ini kepada masjid. So kalau masuk ke dalamnya ada satu bahagian tu, ada tulisan besar ALLAH di sebelah kanan dan MUHAMMAD di sebelah kiri. Tapi di tengah2 dome antara 2 tulisan tu ada pulak gambar patung Mariam (kalau dalam Kristian diorang panggil Virgin Mary) mendukung baby iaitu Nabi Isa. Bila masuk pulak zaman Kemal Attartuk yang memoden kan Turkey sampai azan pun guna bahasa diorang tu, dia tukarkan pulak Hagia Sofia ni kepada museum. Sampai la skrg dia jadi museum sahaja. Nak masuk bayar 10 Lira sorang ya.

    Dalam Hagia Sofia ini gelap... terpaksa pakai night mode.

    Marble Door dia...
    Tempat amik air semayang dia...kat tengah2 tu ada little water fountain.
    Hagia Sofia ni 2 tingkat. Nak naik ke atas ada ramp yang berbatu besar2. Ingatkan sikit je, rupanya berpusing2 tinggi nak mamposss. Dah lah tak rata, time kami nak naik tu lah berduyun2 orang nak turun. Aduh, teruk sungguh nak tolak Nabila yang masa ni tido dlm stroller. Nasib lah Mozak & Sue ada bagi pinjam beg baby (tengkiu), buleh lah aku sangkut adik dan tolong mummy tolak kakak. Tapi bila dah naik kat atas tu, rasa berbaloi. Banyak bahagian bangunan dan dinding dia yg dah rosak. So dia letakkan poster2 asal untuk tatapan pelancong. Malah kat satu bahagian dinding, ada gambar besar Nabi Isa yang orang Kristian panggil Jesus itu.

    Pintu pintu gerbang di tingkat atas Hagia Sofia...
    Antara ruang atas Hagia Sofia...
    Kami ingatkan nak bawak kakak dan adik naik kereta kuda keliling kawasan taman, tapi salah satu kereta kuda yg ada sudah rosak daaa, screw tercabut ke hapa dia cakap. So only one available, sebab malas nak tunggu lama kami kansel saja. Kat sini banyak no orang jual jagung dan buah berangan. Orang tu jerit: Cebab... cebab.... aku pun tak tahu apa maknanya. Sedang aku melayan Haziq aku pun saja lah ajuk2: Cebab... cebab... sekali orang ramai yg lalu lalang kat situ sudah datang kat aku, tengok2 dan agak agah kat adik tiba tiba... aku pun pelik, apahal diorang ni? pas diorang blah aku cakap lagi: Cebab... cebab... diorang pusing kat aku dan aku angkat bahu tanya kenapa? diorang senyum2 sesama diorang & apa ntah diorang cakap tapi yg pasti aku dengar diorang ada sebut cebab pastu gelak2. Agaknya cebab tu maksudnya: mari... mari... kot? tu lah diorang ingat aku panggey diorang tadik, ahak...

    Cebab... cebab... jom rasa jagung bakar. Cebab... cebab!
    Kami teruskan pulak untuk melawat Topkapi Palace. Dekat je dari Haiya Sofia ni. Nasib kakak nak jalan, kalau tak sakitlah belakang dan pinggang daddy ni, hahaha... Sepanjang jalan bila lalu kedai2 souvenir ramai pekedai ajak masuk. Malaysia? Murah murah... diorang cakap guna bahasa kita, tetiba mummy jawab: Tipu! hahahaa... dia tak paham pon.
    Kat luar kedai craft tangan atau keras tangan orang turkey, ahak.

    German Fountain ini merupakan hadiah dari kerajaan german kepada Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1898.
    Topkapi Palace atau kat Turkey di panggil Topkapi Sarayi ni merupakan kediaman sultan sultan pada zaman kemahsyuran Kerajaan/Empayar Uthmaniah (1465-1853). Sultan yg last sekali menginap kat sini ialah Sultan Abdul Mecid I bila dia lebih suka dok kat istana yang lebih baru di persisiran selat Bhosporus (Cerita Bhosphorus tour ni dlm entry seterusnya ya). Belum pun sampai ke pintu masuk Topkapi Palace ni kami dah tertarik dengan pemandangan selat nya. Apa lagi, keluar kamera dan mummy pun otomatik terus posing, hahahaa... klik!
    Pemandangan Selat Bhosporus dr luar kawasan Topkapi Palace...

    Di pintu gerbang Topkapi Palace...
    Dalam Topkapi Palace ni lah ada satu ruang tu dia simpan artifact dan barang2 para Nabi dan sahabat. Malangnya dalam ruang tu pulak tak boleh ambil gambar. Masuk masuk ruang tu, ntah kenapa hati aku rasa sayu pulak. Di situ bergema suara orang mengaji & seakan terasa dekat sangat dengan Nabi-nabi kita. Mula mula sekali ada pedang Nabi Daud a.s, kemudian Tongkat Nabi Musa a.s. Ya, tongkat yang di kata membelah laut merah & mampu bertukar menjadi ular ada di situ! Kalau tengok dengan mata kasar ia cumalah sebatang kayu biasa sahaja yg berwarna perang elok bervarnis.
    Ini lah pintu masuk ruang tersebut...
    Paling mengagumkan ada disimpan pedang, beberapa helaian janggut dan juga sebatang gigi milik baginda Rasullullah, Nabi Muhammad SAW. Semuanya di simpan rapi dalam sebuah bekas emas dan di letakkan dalam almari kaca. Jelas dapat dilihat. Aku minta juga untuk ambil gambar, tapi tetap tak dibenarkan. Pedang Zayid dan juga Saidina Ali pun ada. Semuanya di pamerkan dalam bekas kaca. Sebelum keluar dari ruang tersebut terdapat kain penutup pintu Kaabah yang kaya dengan tekad tenunan emas. MasyaAllah... tak pernah terlintas aku dapat melihat peninggalan insan2 yang telah di janjikan syurga oleh Allah SWT. Alhamdulillah.
    Salah satu ruang di sebelah Harem...
    Tak sempat nak tahu tentang pokok yg ada lubang ni dan juga bangunan belakang tu sebab semua dah di suruh keluar. Nak tutup daaa....
    Sebelah malamnya pula kami pergi melihat Sufi Music Concert and Whirling Dervishes Ceremony yg dah menjadi trademark Turkey ini. Tempatnya berdekatan sahaja dengan Topkapi Palace, Blue Mosque dan Hagia Sofia tadi. Tapi pd orang yg nak tengok tarian ni mestilah seorang yg sabar dah tak buleh buat bising. Aku gerak kerusi sikit pun org dah pandang belakang! Nak tunggu dia mula menari pusing2 tu punya lah lama. Memula pemuzik dia masuk dengan berjalan secara slow motion, pastu dia start nyanyi, satu dewan senyap giler.
    Syyy... tengok senyap2, no tepuk2 tangan oke!
    Persembahan ni seakan tarian yang related dengan keagamaan juga sebab nyanyian dia tu aku dengar banyak memuja muji kebesaran Allah walau pun aku tak paham apa dia cakap. Tapi aku ada dengar dia cakap La illa ha illallah... Pastu penari dia masuk secara slow motion. Dok berteleku, tak menari jugak lagi. Aduh letih menunggu! Last last bila kita dah betui2 letih, baru lah dia pusing2... yg peliknya tak pening ke? Dia pusing pusing dan pusing lagi... pusing pusing lagi... memula masa pusing, tangan dia memeluk bahu pastu makin lama makin tinggi... pusing2 tak henti2... isk isk isk... pusing2 lagi. Diorang ni macam kena pukau dan mata pun seakan tertutup. Balik hotel daddy try buat ngan kakak, terhoyong hayang, pening siot! ...dan tergelak gelak lah kitorang satu family, hahahaa...

    Habis dah 2 hari di Istanbul... Esok kita pi naik boat ya, dah panjang giler aku taip. Berpino mate teman wei...


    Salam.

    .

    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Teh O Ais aku...?? Teh O Ais aku..??

    Haiiiii.... rasa lepas hajat dapat tengok Blue Mosque dan Hagia Sofia. Aku tak sabor nunggu cite mike pasei Bosphorus. Ada ambik gambor Tulip?

    2/29/2008 9:46 am  
    Blogger Azhar Ahmad said...

    Seronoknye jalan-jalan... Humm macammana ya azan dalam bahasa turki?....

    3/01/2008 9:27 pm  
    Blogger asr said...

    Indera: Tak elok minum ais lah! hahaaa...tulip tadak lah, kereta kuda rosak, malas nak tunggu.

    Azhar: Dulu la azan dlm bahsa diorang, la dah kembali ke bahasa arab. Alhamdulillah...

    3/02/2008 6:17 am  

    Post a Comment

    << Home