• Tuesday, February 05, 2008

    Pi Croydon Buat Visa Adik

    KALAU nak datang ke UK ni sebagai pelancong, tak perlu visa ya adik adik. Buleh dok sampai 6 bulan tapi jangan pulak korang pepandai extend dok illegal kat sini. Bukan aku tak tahu ada yg buat camtu... back home korang kutuk indon masuk illegal, kat sini korang pun sama. Apa barang? Uik, tak pasal pasal kena sound! hahahaa...


    Home Office kat Croydon tu kat bangunan putih ni haa...
    Nak buat visa pun kena ada valid reason, cam study atau kerja. Dan salah satu darinya sebab dependant. Haaa... visa ni lah yang kami nak apply kan untuk Haziq. Lepas dah daftar kelahiran dengan Kedutaan Malaysia ke London (dlm tempoh setahun) dan dah buat passport kat pejabat Imegresen, sekarang buleh lah apply visa pulak. Kat sini ada 2 cara nak apply, by post or datang sendiri ke pejabat dia. Kami pilih datang sendiri, kot hilang time post tu satu hal pulak. Tapi bukan buleh main redah saja, kena buat appointment dan sebelum nak buat appointment kena make sure dah ada borang yang sepatutnya. Isi lah dengan betul ya, kalau tak, tak pasal pasal kena isi balik kat situ. Huh, aku lah tu! Bab isi isi borang ni memang aku lemah sikit... mintak maap saja lah.


    Haziq yg bakal dapat visa UK sekajaaaap ja lagi...
    Bergambar depan Lunar House, tempat buat visa adik.
    Memandangkan memang aku cuti dan Home Office kat Croydon tu ada big shopping area so buleh lah mummy ber window shopping while aku uruskan visa tu. Kakak seperti biasa nak jugak ikut aku. Sekelip mata mummy ngan Haziq pun hilanglah dalam Whitgift shopping centre. Bila dah ada appointment memang cepat sungguh processnya. Memula bagi semua borang, dah org tu cek semua supporting document ada (passport, surat beranak etc) dia akan cop. Pastu naik tingkat atas buat bayaran. La harganya £595... dah naik hampir £100! Tapi bayaran ni untuk per application, kiranya kalau sapa sapa nak buat visa untuk diri sendiri & spouse & ada anak sorang atau 2 hatta 8 pun itulah juga amount yg kena bayar. Lepas dah bayar, naik tingkat yg lg atas serahkan the same document, dia tanya cincai cincai pastu dia cakap: Oke sir, can you come back in 2 hours time please. Your application will be ready by then. So apa lagi, kita pun angkat kaki dan boleh lah sekarang melenggang lenggang dan berdansa dansa kat shopping area dia... hahahaaa.

    Jalan2 kat sini bess, keta tak buleh masuk area ni...

    Satu datin once told me: Pret a Manger makes the best sandwiches in the world!!!
    Dulu aku penah datang masa buat visa Nabila kat sini juga. Masa nak tunggu 2 hours tu aku dok lepak minum kopi sorang2 sebab masa tu mummy ngan Nabila tak ikut. Takde lah aku jalan2 kat shopping area sini. Kali ni bila semua ikut barulah aku perasan yg shopping area dia ni bess jugak! Dia ada like west wing, north wing dan apa apa wing lagi lah. Dan kedai kedai dia tu kita boleh access either dari indoor corridor atau pun ikut jalan luar yang berangin dan sejuk. Kedai kedai dia biasalah, sama ja dengan apa yg ada di London tu. Cuma environment je yg berbeza. Masa aku & kakak sampai situ terus kami cari mana mummy dan Haziq. Rupa-rupanya diorang ada dalam marks & spensers. Kakak dan daddy tunggu je kat luar sebab bukan ada apa nak dicari di situ pun. Lagi pulak sat gi habis semua baju2 bertabur kat lantai di punggah kakak. Masa tu dah dekat tengahari dan perut dah berkeroncong. Kena amik visa adik dalam pukul 1. Nak makan dulu kang terkocoh2, so we decided tangkap2 gambar, kasi betul2 lapar, amik visa adik pastu barulah soroo.
    Kakak naik bus double decker sementara tunggu mummy & haziq habis tawaf M&S.

    Kat tingkat atas...

    Lepak jap... tapak kaki dah sakit, banyak sgt jalan daaa...
    2 jam bukannya lama mana. Masa nak masuk kat Home Office dia tu cam nak naik kape terobang, kena scan satu badan. Tapi org kat situ friendly lah, tapi aku rasa mungkin ada applicant yg datang yg jenis ganas2 dan panas baran kot. Sebab tu lah ada sticker kat dinding dia tulis: We will not tolerate any abuse to our staff. We respect you and please respect us. Ahak, camtu le lebih kurang bunyi nyer. Sekali lagi aku naik atas ngan kakak, mummy tunggu kat luar. Payah nak scan scan kalau berstroller. Tak sampai 1 minit nombor aku di panggil dan passport adik pun diserahkan dengan visanya yg akan expire sama ngan visa aku. So apa lagi... sorooo time.


    Berenti lagi, nak bancuh susu adik...

    Macam macam kedai ada...
    Masuk lah kami semula ke whitgift shopping centre. Banyak cafe kat sini, kami pilih cafe Giordano kat tingkat 2. Banyak kerusi meja dia sampai ke ruang legar. Ini sudah bagus, sebab kalau dok dalam kakak tak mau diam. So kami pilih meja kerusi yg quite isolated dr org lain, hence we get the whole space to ourself! Baguskan?


    Kakak makan apa tu?

    Adik pun nak lunch juga...
    Kadang kadang teringin nak makan steak yg mat salleh masak, tapi kan mana ada yg halal. So asyik asyik lah spagetti, sandwiches, panini etc... tapi kat sini aku terperasan satu dia tulis vegetarian cannoleni. Apa kebendanya tu? Ahh... aku belasah je lah. Rupa-rupanya vegetarian lasagna daa... cuma daging tu dia ganti ngan spinach. Taste wise, sedap gak... dah lapo tu yg sedap saja!

    Kan dah kata, asyiklah spagetti... ahak.

    Spagetti mummy & fries kakak macam tak terusik tapi pinggan daddy dah licin... lapo siot!
    Perut dah kenyang... kami sambung jalan2 lagi. Kat luar sejuk. Weather forecast kata hari tu patut turun salji, tapi tadak pun. Tu la sejuk sangat kot. Last two years memang setiap december ada salji tapi december lepas tadak pulak. Dan setiap February pun salji turun gak kat London. Tak tahu lah bulan ni camna... so far langit clear, malam asyik hujan dan sejuk juga. Tapi ikut firasat aku, tadak kot... kat area up north mungkin. Walaupun aku tak tahan sejuk, manjang rasa nak terkenc*ng... tapi teringin gak nak merasa lagi, ahahaaa... turun la snow oi... turun laaaa...

    Sejuknya kat luar ni... tapi salji tak turun juga! huhuhu...
    Sebab dah sejuk sangat, kami pun amik keputusan balik saja lah. Yang penting aku dah lega sebab Haziq dah ada visa, at least kepala dah clear satu perkara. Eh, bebaru ni aku dengar Airasia X nak beroperasi ke London start bulan November ni? Apa lagi... pakat la mai ramai2 ke mari. Kalau datang bagi tau naaa... Wokeh lah. Akhir kata, selamat bercuti panjang... 4 hari kan? Mana pi & pi mana? Mana mana pun, ini pesanan kami: Elok elok drive ya...
    .
    tata titi tu tooot!
    .
    **** ** ****
    .

    6 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Hamboi.. pinggan dah betul-betul licin...
    Memang lapor betul tu..!!

    2/06/2008 2:17 am  
    Blogger Azhar Ahmad said...

    Bila sebut je Mark n Spencer, teringat ada satu kat KLCC... Mak datuk, mahal giler harga barang dia...

    2/06/2008 5:15 am  
    Anonymous Anonymous said...

    testing

    2/06/2008 8:29 am  
    Blogger ASR said...

    Indera: Ya lapo...erk, Alhamdulillah.

    Azhar: Memang, tu yg layan kakak kat luar je tu. Selamat poket. Ahak.

    Anonymous: Testing, testing. Line clear, over.

    2/06/2008 5:14 pm  
    Anonymous mar BCN said...

    Salam asr dan kak lina,

    apa khabar??lama dah tak melawat sini...banyaknyer dah tertinggal nie...hehehe...nmpknya kena kejar bab2 yg tertinggal nie..:)

    2/06/2008 6:47 pm  
    Blogger ASR said...

    Sihat, Alhamdulillah. Dah banyak tertinggal ke? habis laaa... tak lama lagi kami nak buat exam ni! hahahaaa...

    2/09/2008 6:58 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home