• Monday, January 21, 2008

    Menerai Kamera Baru...

    AHAKS! Kami dah ada kamera baru. Panasonic DMC-TZ3 yg ada 10x optical zoom tu. Tapi sebelum tu... jom tengok gambo ni dulu. Agak agak apa kah nama aktiviti yang aku tengah buat ni?

    Jawapannya.... seketika nanti!
    Aku ni bukannya suka sangat nak baca baca manual kamera ni. Memang bab bab tu aku malas tahap maksima. Sebab tu la masa aku nak beli kamera tu aku cuma nak yg compact. Take-out-and-shoot kind of camera. Tak yah nak adjust adjust itu ini. So bila dah baca 2-3 review, itu pun tak baca habis, mengantuk baca review review nih... aku pun sebat je kamera panasonic ni. Thanks jugalah pada member2 yg syorkan apa kamera yg patut di beli.

    ..
    Gambar adik dan kakak menggunakan potrait mode...

    Adik siap pakai snow cap tengkorak tuuu... fuyyo!
    Ada satu minggu tu kami tak plan nak ke mana2 so apa lagi, ini lah peluang nak menerai kamera baru dan jalan jalan ke harrods. Kami kalau pi Harrods ni mesti pegi hari Ahad dan sampai seawal pukul 10.30 pagi. Sebabnya nak rebutkan parking space dia yang tersangat lah limited nya. Tapi Harrods cuma bukak pukul 12 ja... so nak kill the time kami selalunya jalan2 tengok kedai sebelah2 Harrods ni dulu atau pun dok pekena kopi...

    Mummy pekena hot chocolate bersama rakan2 yg tak dikenali, hahahaa...
    Kakak terpegun tengok keta yg cung itu....
    Musim sejuk dah nak habis, so banyak boots dijual dengan harga diskaun. Mau?
    La ni Harrods memang tengah sales. Mana barang yang reganya £1 boleh lah beli... hahaha... isk kedekutnya, takkan amik barang £1 ja??? Bukan kedekut, barang2 yang mahal2 branded2 ni pun kadang2 bukannya cantik mana. Quality maybe oke lah... tapi diorang mahal sebab brand dia tu... alah samalah kesnya macam starbuck atau coffee bean atau pun Shroom kat Mesia. Diorang bukan jual kopi, diorang tu sebenarnya jual lifestyle...
    Orang ramai berpusu2 nak masuk Harrods...

    Salah satu ruang dalam Harrods...

    Dalam Harrods lagi, tapi sini tok sah singgah, kang terasa miskin sesangat pulak! uhuk....
    So kiranya kalau lepak kat tempat camtu nampak macam grand la... sebab tu bayar kopi mahal pun tak kisah. Padahal gerai mamak punya kopi lagi kaw... hahaha. Tapi kalau memang mampu untuk spend kat situ tak jadi masalah & tak ada salahnya pun... Eh kat Shroom kat KLCC tu ada live show lagi ke? Cakap pasal Shroom teringat lak kat member aku si Awang. Cerita masa bujang dulu. Masa tu aku ngan member aku sorang lagi, Bakau namanya, memang nak lepak kat Shroom, pasal ujung ujung bulan tu ntah camna TER-ada duit lebih pulak. Boleh lah spend ke situ. Si awang ni pun nak ikut sebab katanya tak penah merasa kopi mahal ni. Sedap sangat ke? Bila nak order, dah dia tak tahu nak order apa. Dah tak tahu, tak nak tanya pula. So ngan bangga nya dia pun order lah espresso. Aku cam biasa hot chocolate dan Bakau cappucino. Sekali bila air datang... awang terus terkejut!: Aik.. apsal cawan aku kecik benar ni???? katanya terperanjat. Nak tersembur hot Chocolate aku time tu jugak... muahahahaaaa... yaa la sapa suh order espresso, memang kecik ciput lah cawannya. Dah tu pahit pulak tu, sambungnya lagi... Terbahak2 kami gelak sampai terkeluar2 air mata. Dah tak kira orang sebelah. Awang sungguh frust. Dah la 1st time dok situ, dia rasa tak berbaloi sangat. Bayar sama je harga cam korang punya, tapi aku punya kecik nak mampos... hampeh! Awang menyumpah2. wakakakaaa....Terkemut kemut muka dia minum menahan pahit & kami terus gelak gelakkan dia. Hahahahaaa... Awang, awang... La dah anak 4 dah mamat tu...


    Time sale ni harga barang serendah 50p pun ada kat Harrods...

    Close-up gubahan mummy di atas lemari...
    Ok, balik semula ke Harrods, hari tu aku nampak perfume Hugo Boss £17 ja satu botol 100ml. Menarik sangat tu. Tapi aku tak beli sebabnya minggu depannya ada extra 10% untuk card holder. Jadi aku pun tunggu lah minggu depan. Lagi pun masa tu ada berkotak2. Sekali bila pegi... huh... langsai! Dah sold out daaa... tu la... melepasss aku!

    Perfume dilonggok longgok camni ja...
    . .
    Nampak tak nama bangunan belah kiri ni? Belah kanan tu setelah aku 10x optical zoom kan dia... not bad uh?
    Eh.. tengok balik gambar memula kat atas tadi... haaa apa nama aktiviti yg aku tengah buat tu. Tau dak? Laaa ramai yg tak tahu ya? Huhuhu... takpe lah, meh aku bagi tahu. Tu namanya melayur daun pisang. Kalau kat Perak kita panggey melayo daun pisang ya adik adik... dan daun pisang yang dah di layo tu buleh lah kita buat bungkus lepat! Lepat tau dak? Tak tau jugak??? Dussshhhh, nah ambik sebijik!!!

    Ni lah dia lepat sebelum dikukus dan sebelum selamat dingap!

    Wokeh lah geng, chiow dulu. Mmm... macam takde beza je quality kamera ni ngan yg dulu...

    Kan?

    **** ** ****

    7 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Wah! Kamera baru. Lepas nie boleh lah letak gambar banyak2 dalam blog ni. Tips: try adjust angle skit bila amik gambar. Baru terasa beza ada kamera baru :) .

    Btw, Azam, apa kata kalau ko FedEx skit lepat tu mai sini? Sharing is caring :D .

    1/22/2008 12:18 am  
    Blogger indera kencana said...

    Aduiii... sakitnya gigi geraham aku engkau tumbuk. Apasal engkau tumbuk aku? aku tau la tu lepat... Errr... banana leaf pun ada kat sana, ek?

    Tau Hugo Boss cuma 17 Pound je, rasa nak je aku pesan kat engkau suruh pos balik Mesia. Tapi bila terkenangkan stem nyer yang beratus-ratus ribu lemon tu, tak jadi lak...

    1/22/2008 1:28 am  
    Anonymous Anonymous said...

    salam..eh terrer ko azam..kat Harrods tu xleh tangkap gambor kecuali kat tempat diana memorial tu jek..sib ko baik sbb pak guard xnmpk..klu tak sah2 kena delete...boleh jadi super spy ni..hehehehe...rindunyer sale harrods...ingat lgi masa aku preggie 7 bulan..sanggup Q kat luar semata2 nak masuk gucci..adala kat 2 jam...dapat masuk situ..kena tolak kuar dek mangkuk2 ayun yg berebut2..mentang2 perut aku besar..ceh...!MiaLanaMieza

    1/22/2008 3:23 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Aku rasa lebih sharp dr gbr kau before, y dulu tu ada kabus2 sket..

    mahal ke murah barang letronik cam camera kau ni kt sana?kalau murah leh minta hadiah besday...;-P

    Awang tu y keje Talisman ler ni eh...ala2 akmal eh?


    ~Nani~

    1/22/2008 9:43 am  
    Blogger asr said...

    Khairil: Adjust angle camna? Ambik dr tepi camtu ka? Nanti aku try. Lepat x smpt nak FedEx dah lesap daaa...

    Indera: Ada juai kat kedai cina, dekat RM50 sepeket. Perfume kdg2 diorang tak kasi pos, inflammable katanya!

    MiaLanaMiza: Kamera baru ni canggih, dia buleh invisible tau, hahahaa. Ko patut siku je mangkuk2 ayun tu.

    Nani: Kalau nak buat hadiah besday, mahal! hahaha... ya awang tu la, kiut2 mcm akmal, ahak!

    1/22/2008 6:41 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    asr...ko tanam pisang kt garden belakang rumah ????..

    1/24/2008 2:34 am  
    Blogger asr said...

    Hahahaaa... kalau ada garden belakang rumah jgn kan pokok pisang, pokok deroyan pun aku tanam!

    1/25/2008 10:16 pm  

    Post a Comment

    << Home