Southend-On-Sea & Margate
Maka bersiaplah kami pada Sabtu itu untuk bermalam di Southend-On-Sea. Perancangan dibuat beberapa hari sebelum tu dan hotel di book sehari sebelum pegi. Jarak perjalanan dia cuma 1 setengah jam je kalau drive. Tu yang aku oke tu. Sekejaaaaap ja dah sampai. Ingatkan nak ke Margate dulu, tapi pikir punya pikir baik terus ke Southend-On-Sea sebab situ ada Adventure Island, sebuah theme park yang menarik. Tambah menarik bila entrance fee dia free. Canteeek sangat lah tu. Tak mahulah aku sampai malam kat theme park tu sebab kamera aku ni paham2 sajalah... kang semua gambar tak jadik frust pulak. Cuaca pulak memang memihak kepada kami, terang sekali. Cumanya bila dah dok tepi pantai ni, angin kuat menyebabkan keadaan jadi sejuk. Kakak tak mau pakai glove! Sampai situ kami nampak bangunan Kursaal. Kursaal tu bahasa german bermaksud: cure hall, tapi kat sini diorang tafsirkan sebagai a healthy amusement park. Dulu famous la tempat ni, la dah macam2 persaingan dah wujud. So tak berapa...
Katanya bangunan Kursaal ini merupakan the world's first ever theme park! Mat salleh memang suka claim itu ini...
Aku park keta betui2 depan Jubilee Beach. Jubilee Beach ni kiranya sebuah pantai yang baru sahaja di buka dengan rasminya pada July 2003 hasil dari projek mengelak banjir. Kalau ikut description omputihnya camni dia tulih: "Jubilee is a new beach which has been created as the result of an extensive and innovative flood defence improvement project". Tapi kat seketui batu kat situ kan ada di tulis di buka pada summer 2002. Ntahlah mana satu yg betoi. Katanya sejak dibuka memang femes tapi time winter camni memang lah takde orang yang lepak kat pantai tu kan? Gilo apo nak sun bathing tengah2 sejuk ni??? Nak mati beku? hahahaa...
Dari sini jugak kita buleh tengok Southend-On-Sea pier yang merupakan pier terpanjang di dunia sepanjang 1.33 miles dan dah masuk pun dalam record book. Ianya mula di bina pada tahun 1830. Tapi pada tahun 1985 kebakaran besar telah berlaku memusnahkan giftshop, pub, amusement park dan macam2 lagi lah. Kami tak pi lah, just tengok dari jauh saja sebab apa yg ada la ni cuma stesen boat, gift shop dan toilet! Itu pun toilet temporary, buat hapa!? hahahaa... Lagi pun buleh la kami spend more time kat Adventure Island. Yahooooo... dot com!
Di salah satu entrances Adventure Island...
Masuk masuk terus bergambar ngan rumah ni dulu. Nampak cantik dia buat.
Masuk masuk terus bergambar ngan rumah ni dulu. Nampak cantik dia buat.
Kami menapak lah slow2 ikut tepi Jubilee Beach ni sebab Adventure Island ni kat hujung beach ni saja. Memang banyak rides dalam ni, cantik2 dan sungguh colourful. Nabila takut takut pulak dah! Adik je macho melilau mata tengok sana sini dr dlm stroller dia tu. Tanya kakak nak naik apa2, semua tak nak. Yang kakak excited sekali bila nampak ice cream. Nak ais kerim katanya! Sah sah lah aku tak bagi time sejuk2 camni. Last2 sebelum betoi2 punyer tour kami singgah kat restoran dia penuhkan perut dulu.
Kakak bergambar ngan the giant ice cream... yummy!
Mmmm, candy cottage ni pun nampak sedap. Bumbung dia tu cam di buat dr marshmallow kan..?
Orang takde lah ramai mana, tapi setiap rides dia semuanya beroperasi walaupun penumpangnya setakat seorang sahaja. Paling seronok tengok roller coster dia yang satu ni yang betul2 vertical dan kemudian loop 360 darjah... tergelak aku tengok org yg naik tu menjerit2 histeria sampai macam nak terkeluor anak tekak, kelakor! Padahal ride dia tak sampai 1 minit pun, aku rasalah. Suh mummy naik, tak mau dia... mmm takut ler tuu! hahaha....
Ride yg menyeramkan... apa nama dia ntah?
Giant turtle ni sebenarnya buaian, turtle tu pun muka pening daaa...
Belakang mummy ni ride yg cam sampan, Zampela ke apa dia panggil kalau kat The Mall di KL tu...
Memandangkan kakak tak nak naik, jadi kami suh lah adik yg naik! Yeaaayyy... adik macho je bila dok kat seat tu dan wheel tu berpusing2. Kami cukup excited melambai lambai kat adik, tapi adik macam takde perasaan je, huhuhuu.... lama jugak wheel yg adik naik tu berpusing. Kakak pun syok jerit adikkkk... adikkkk... tapi adik tetap buat muka selamba dek! Bila benda tu dah habis & berenti, kakak pulak yg beria ia suh adik naik lagi. Aku suh kakak pulak naik, tetap lah kakak tak nak! Apa raaaaa...
Banyak rides kat sini, kami pun continue tour lagi. Bila nampak choo choo train... tetiba je kakak cakap nak naik train. Aku tanya lagi nakkan kepastian dan kakak begitu sure sekali nak naik. Aku pun belilah tiket dah kami naik lah 2 orang. Masa ni adik dah tido sebab letih naik wheel tadik. hahahaa.. Selepas naik rides ni kakak dah mula rasa syok. Pastu semua rides dia nak naik. Setiap kali nak naik aku belilah satu tiket. Yang silapnya aku patut beli satu wrist band untuk kakak harganya cuma £7 dan kakak buleh naik semua rides for children under 1 meter height.
Yeahhh kita conquer train ni, mat salleh semua sila dok belakang!!!
Naik sampan berbentuk dragon pulak... awat muka gerun je kakak?
Memandangkan cuaca dah makin gelap, so aku pilih2 sahajalah untuk kakak. Sian kakak bila nak naik satu lagi safari train, tapi tempat beli tiket tu jauh. So tak naik lah, aku dah letih nak menapak patah balik beli tiket just for that 1 ride. Takpe lah kakak ya... cukup lah dengan 3 rides yg kakak dah naik tu. Tak pasal pasal mummy pulak yg pening sebab setiap kali naik kakak kena di temani oleh one adult. Dah tu semua rides dia jenis pusing keliling 5-10 kali atau lebih lagi!
Ini lah yg memening kan mummy, hahahaa... pusing, pusing lagi!!!!
Ride sampan ni lalu je, tak naik pon...
Lama jugak lah kami kat sini mau dekat 3 jam kot. So kami decide baiklah pegi check in hotel. Hotel tu pun tak lah jauh mana dan mengadap laut ini juga. Malangnya bilik yg mengadap pantai dah habis, so kami dapat bilik mengadap rumah orang. Jadik lah... Oh ya, sebelum kami ke hotel tu, sempat jugak kami singgah ke New York, Monte Carlo dan Las Vegas! Tak caya? Tak caya sudah... kata orang picture never lies, so tengok le sendiri ya, hahahaa....
...dan ini paling grand sekali, Las Vegas you... ahak!
Wah panjang nyer entry ni... sanggup baca lagi ke? ...takde kerja la tu, hahahaa... Jom sambung. So, esoknya masa breakfast minah hotel tu tanya aku: For your hot breakfast can i serve you egg, ham and sausage? hhhmmm sedap bunyi nya, ham and sausage??? hahaha... mau? Tak pe lah... last last aku mintak scramble egg ngan white bread je. Ham and sausage tu ko bagi lah kat org lain ya. Pastu kami hentam cereal. Kakak pulak asyik bantai gula batu! Apa la anak daddy ni, tak penah jumpa sugar cube ke? Sian... adik pun breakfast sama.
Hotel tu atas bukit mengadap laut dan ini pemandangannya...
Seperti biasa aktiviti bercuti kami memang santai. So kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi menuju pula ke Margate. Dari Southend-on-Sea nak ke Margate ni mau makan masa dalam 2 jam. So bila kami sampai dalam kul 12.30 tu cantik sangat lah. Perut pun berkeroncong, boleh lah cari tempat makan. Tapi sebelum tu kami ke satu tempat tu nama dia Shell Grotto. Rumah kecik je, katanya rumah tu dia buat dr kulit kerang dan dijumpai pada tahun 1835. Penduduk di Margate ni pun tak tahu sapa dan untuk apa dia di bina. Sebab jalan sempit dan tempat tu macam tak bess kami tengok dr dlm keta ja. Gambar pun lupa nak amik. Dari situ kami melilau mencari pantai Margate yg sebenarnya kami dah lalu masa nak ke Shell Grotto tadi. Jalan punya jalan rupanya kami dah sesat larat, tetiba terjumpa pulak dengan Windmill. Apa lagi, bergambo lagi lah kita!! Yabeda beduuu... Dah habis gaya nak posing camna. Tapi ruang untuk bergambar ni sempit sangat, sampai susah aku nak capture gambar windmill tu sepenuhnya. Kakak pulak tido masa ni, so cuma mummy ngan Haziq sahajalah yg bergambar sakan.
Drapers Windmill ini telah di bina pada tahun 1845. Click gambar atas kanan tu kalau nak tahu tentangnya...
Tower Clock di bandar Margate...
Tower Clock di bandar Margate...
Lepas tu kami cari balik pantai Margate tu, Alhamdulillah kali ni jumpa. Fuh, tarik nafas lega! Kat tengah2 pantai tu aku tengok ada orang ramai berkumpul dengan jubah hitam dan merah. Ingatkan ada majlis graduation yg dibuat tepi pantai. So aku ngan Nabila pun pi la dekat, rupa2 nya ada sekumpulan orang Greek tengah buat upacara memuja pantai daaa... Nabila suka tengok org main layang2 dan tengok anjing yg terkejar2 bola di baling tuannya. Cuma aku ngan Nabila je turun sampai ke pantai sebab stroller haziq payah nak menolaknya kat atas pasir. Mummy & Haziq tunggu lah kami kat jalan besar. Puas bergambar kami pun naik balik.
Kakak!!! Nak bukak jaket la tu...
Berjalan jalan di sepanjang Pantai Margate...
Kat sini kawasan dia berbukit2 juga. Tapi kecik je bandarnya. Main attraction kat Margate ni memanglah pantai dia selain dari kasino yang banyak sepanjang pantai ni. Jadi kalau nak mai sini datang lah during summer antara Mei hingga September. Masa ni ramai lah org sunbathing kat pantai ni macam ikan paus yang terdampar rupanya! ... dan time tu anjing tak di benarkan turun ke pantai dan time tu jugalah ramai yang akan turun ke laut tu topless, yg lelaki la turun mandi topless... yg pompuan2 tu ikut nasib korang lah! hahahaaa... Ada rezeki dapat lah tengok, tengok apa tak tau? kih kih kih....
Lama tak merenung laut... mendamaikan...
Pantai yang sama, tempat yg berbeza...
Memang kami spend much time kat tepi pantai ni ja. Jenuh juga mencari seafood restaurant, dan yang menjadi pilihan ialah Sands Restaurant yang terletak seketoi je tepi pantai tu. Kami pun orderlah ikan dan udang goreng tepung juga fries. Banyak juga kami order tapi surprisingly tak sampai £10 pun! Lepas tu kami ke winter garden. Kami tengok dari atas cam tak bess je garden tu dan apparently winter garden tu ada teater. Ke winter garden tu nama teater??? Ntah lah aku pun tak amik pusing sangat. Lepas dah bergambar kat situ, kami pun balik lah.
Posing 2 beradik...
Meriam di Winter Garden...
Dekat2 pukul 6 petang kami dah sampai ke London semula. Syoklah trip kali ni, aku pun takde lah rasa penat sangat. Kesimpulannya, wah ada kesimpulan pulak? hahaha... kesimpulannya kami prefer Southend-on-Sea dari Margate. Attraction dia sama, tapi kat situ ada theme park yg lebih sesuai untuk kami yg ada anak ni. Lagi pun kasino tu bukan nya kita buleh main, ingat, berjudi tu HARAM! hahaa... cuma cantiklah tengok lampu lampunya tu. Eh, masih baca lagi ke? hehehe... cerita dah habis daaaa... Jumpa lagi lain kali. .
Salam...
**** ** ****
7 Comments:
Kalau rumah marshmallow tu ada kat kampung aku, dah sah-sah bumbung dia dah rongak kena makan...
Cakap pasal Jubilee Beach ni, tingat aku kat Jubilee Park kat Ipoh. Apa tarikan Jubilee Park tu, ek..??
Hummm, saya rasa cik asr, perlu buat blog travel rasanya.... Ahahhaha...
Apapun, saya tertaik dengan kata2 ni.
Katanya bangunan Kursaal ini merupakan the world's first ever theme park! Mat salleh memang suka claim itu ini...
Orang Malaysia juga, apa kurangnya....
huh enjoy sakan yer..I need your advice pls visit my blog ya.anyway salam Maal hijrah
huh enjoy sakan yer..I need your advice pls visit my blog ya.anyway salam Maal hijrah
Indera: Jubilee Park? Kat Ipoh? Kat mana? huhuhu...
Azhar: Kalau big/important discovery takpe la. Stakat funfair pertama, penting ke? Blog travel? Perli ya, hahahaaa....
Mamalisa: Okeh, nanti aku ke sana...
Salam Maal Hijrah semua.
asr..aku datang nak kocok ko ni...jalan jalan cari makan sangat..
Uik! ...sambil pekup mulut dan tengok kiri kanan!
Post a Comment
<< Home