• Friday, December 28, 2007

    Krismas & Boxing Day

    KALAU Nabila cakap: ih-mer-thu-wii... agak agak korang apa dia??? Hahahaaa... Wokeh, masa hari Natal hari tu hujan kat London ni. Dari awal pagi bawa ke tengahari tak juga reda. Naik boring jugak dok rumah. Lina ngajak untuk tinjau London time tengah lengang ni. Sebab hujan kami ingat pusing2 naik keta sahaja lah. Lepas asar baru kami gerak.
    Mummy dan adik dengan Chrismas decoration...
    Hujan tak juga berenti, tapi tak le lebat so kami gagahkan saja. Masa memula kuar dari rumah tu memang lengang lah. Tapi bila dah sampai Oxford Street tak lah selengang yang diingatkan. Ada banyak jugak pelancong rupanya. Dan kalau tak silap bas sight seeing London tu pun beroperasi. Kedai2 souvenir yg banyak dipunyai oleh org2 pakistan/india tetap bukak. Begitu juga dengan kedai daging, buah2an & sayur2an orang Arab. So takde le putus makanan ke hapa...
    Kakak melenggang lenggang kangkung....
    Emmm... apsal byk kedai tutup??? Mana Londoners ni?
    Masa kat Oxford Street tu kami berenti lah sekejap. Tapi cuma aku ngan kakak je yg kuar. Hujan masih rintik2 dan cepat cepat kami bergambar. Pastu masuk balik keta dan pi tempat lain pulak. Keta adalah sebijik-sebijik berselisih dan lampu trafik pun asyik hijau je. Syok kalau selalu camni. Tapi bila sampai area Picaddily Circus, aik berderet pulak kereta. Tak singgah pun. Terus saja dan bila sampai kat Trafalgar Square hujan pun tiba2 berenti... yabedabeduuu!
    Jalan nak ke Piccaddily Circus yang jem...

    Tepi River Thames berlatar belakangkan London Eye kemudian kami jalan kaki ke Trafalgar Square.
    Apa lagi, amik kesempatan park keta dan keluar. Kakak sungguh excited bila nampak singa empat ketui kat Trafalgar Square tu. Bila nampak water fountain lagi menjadilah dia. Ke hulu hilir, bukan dia hirau orang pun. Sedar2 dah ke hujung sana. Memang tak buleh nak lepas pandang. Lama jugak kami lepak dan pelancong pun ramai. Antara pelancong2 tu sempat jugalah aku bersapa dengan satu pasangan gelpren boypren student melayu kita di German yg dtg bercuti di sini. So swit!
    Try guna night mode... tak berapa menjadi lah! Kabur...
    Belakang tu National Gallery...
    Ingat nak ke Tower Bridge tapi tengok dah gelap malas lah pulak. Lagipun kami lagi sekali dpt jemputan dari Fizan & family. Rajin betui diorang buat makan2, minggu ni takde lagi ke? hahahaa... Tapi sebelum ke rumah Fizan kami singgah dulu kat St. Mary Hospital melawat Pak Ya yg masa tu dah 9 hari warded di situ.
    Kakak excited sangat sampai ternganga2 mulut dan tersenget2 kepala sebut yeayyyy!!!
    Mummy pun amik kesempatan posing kat pokok krismas di Trafalgar Square.
    Malang nya kanak2 bawah 5 tahun tak dibenarkan masuk, so mummy tunggulah Nabila & Haziq yg lena kat lobby sedang aku naik sorang2 menziarah Pak Ya. Walaupun tak berapa sihat, tapi Pak Ya tetap tersenyum menyambut kedatangan aku. Seronok aku tengok muka ceria Pak Ya seolah2 takde apa2 pun. Pak Ya pun rancak bercerita betapa nak sangat dia keluar hospital tapi tak dibenarkan. Nasib hospital ni mempunyai fasiliti yg bagus sekali. Walau pun free tapi tetaplah ada tv sorang satu dan juga boleh akses internet. Masa aku menaip ni pun Pak Ya masih di hospital lagi. So sama2lah kita mendoakan semoga Allah segera kembalikan kesihatan Pak Ya. Insya Allah.
    Kak Jah yg setia disisi menemani...
    Sehari selepas krismas ni di panggil Boxing Day dan ia adalah public holiday. Kebiasaannya time Boxing Day ni lah banyak kedai akan slash harga giler giler. Konon2 barang2 yg dijual tu adalah lebihan dari stok krismas. Kononnya lah! Ada kedai bukak seawal 5 pagi. Masa time student dulu ada yg sanggup bawak beg tido, tido depan kedai sebab nak jadi org pertama masuk. Nak rebut lah tu... Bila bangun terpacak dan senget sebelah rambutnya. Tapi aku tak sior! Lantak diorang lah nak berebut2. Memandangkan cuti, kami pun buat plan ke Bicester Village. Dah banyak kali tulis pasal tempat ni kan? Kalau nak baca, penghujung entry ni nanti aku bagi link kat entry itu ya.
    Bergambar dengan patung bear kat depan kedai Sophia Lauren eh, Ralph Lauren! huhuhu...
    Fizan dan Mozak pun ke mari. Tapi Fizan pecah rekod, sampai dulu sebelum kedai bukak! Bila tengok diskaun yg dia beri, alahaaai... sama je macam tak boxing day. Pun begitu kami tak le frust sangat, sebab memang takde aim nak beli apa2. Just nak jalan2 dan kalau ada berkenan dan rega pun mughah2 bolehlah beli. Kalau tak de, no hal... Tapi kan ramai orang melayu kita yg datang bercuti kat sini yg memborong sakan. Seriau kalau tengok! Sale sale pun takde lah mughah mana. Tu la aku dah cakap dulu, melayu sekarang ni dah banyak yg kaya2. Alhamdulillah... Since bagi kami sales kali ni memang tak mengiurkan, kami 3 serangkai pun mencapai kata sepakat untuk ke Bourton-on-the-Water. Dari Bicester Village ni dalam sejam je lagi. Jalan berliku2. Sesampai di sana, belum pun puas aku snap snap gambo, bateri kamera aku dah kong daaaa! Tapi takpe, sebab kami dah penah pegi sini dulu. Jadi tak yah aku tulis lagi & kita tengok gambar apa yg ada je lah ya.
    Jalan nak ke Bourton-on-the-Water yg agak mencabar. Tapi yg ni oke lagi...
    Seorang mummy dan seorang ummi...
    Uik, ramainya melayu, kwang kwang kwang...
    Kakak suka sbb banyak itik dan burung di sungai Windrush...
    Atas jambatan tua... Pemandangan di sini memang cantik.

    Dulu mummy posing sorang sorang kat sini, kini bersama suami & anak2nya yg tercinta... :)
    Dan akhir sekali...


    ...inilah dia ih-mer-thu-wii kat flat kami.
    Oke lah. Kalau nak tgk balik entry Bourton-on-the-Water picit kat sini dan kalau nak tgk balik entry Bicester Village picit kat sini pulak. Picit elok-elok tau, hahahaa... Wokeh lah ya, selamat picit picit....
    Adoi!


    *** ** ****

    6 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    salam.

    Kerja@belajar di sana? Seronok dapat mengikuti perkembangan blog ni..kalau boleh nak minta jasa baik ASR ceritakan pengalaman kehidupan di sana sebab saya sedang berkira-kira utk further study in abroad tapi bila pk pasal byk risiko rasa cam malas pulak.

    12/29/2007 3:15 pm  
    Blogger indera kencana said...

    Eh, aku tak picit engkau la..!!???

    Moga Pak Ya cepat sembuh. Pak Ya tu siapa, Zam?

    Berapa orang yang masuk hospital masa Boxing Day ari tu? Hahahahahaha :P

    12/31/2007 1:29 am  
    Anonymous Anonymous said...

    jealousnyer bicester....aarrggghh....pad saudara indera dan kawan2 yg mengenali..tlh selamat melahirkan bby gal-Lana, 21/1/2007 540 am,seremban,3kg normal...sorrylah lewat bgtau sbb dalam process nak pulih balik..3/10...mmg mimpi ngeri yg tak dapat kulupakan terutamanya sakit contraction n jahit tanpa bius..hnya Allah yg maha mengetahui....take care kengkwan kat London..moga Pak Ya cepat sembuh..sakit apa Azam..??kim salam kat dia klu ko jumpa dia lagi,ok..n his wife as well..MiaLibraMieza...Selamat tahun baru dan selamat hari jadi tuk aku....hehehehehazam,lina..aku ingat lagi coklat malteser hadiah korang masa b'day party aku n mia dulu.....terliur weehh...

    12/31/2007 5:13 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    ko tu semuanya terliur...heheh...mmg, sakit bersalin mmg la sakit teramat,so ko merasala jugak sakitnya yer,takpe, mahal pengalaman tu,tak semua org merasanya,n slamat hari jadik utk aku gak, walau lambat 3 hari dr ko...kim slm kat Mia n the new baby girl tuh...

    Lina

    12/31/2007 7:30 pm  
    Blogger asr said...

    Salam.

    Mawar: Kerja. Risiko dr segi apa? Komuniti Msia agak besar di kbykan bandar/uni di UK ni. Kalau ada sponsor/duit cukup tiada apa yg merisaukan...

    Indera: Pak Ya tu warden MSD. Ada yg betui2 boxing lah, siap masuk paper gara2 potong Q! huhuhu...

    MiaLibraMieza: Sunat pun sakit tau, hahahaaa... Ntah lah, puncanya sesak dada saja katanya. La pun masih di hospital lagi.

    Lina: Birthday? Bila???? hihihiii....

    Selamat Tahun Baru semua.

    1/01/2008 8:38 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Hmmm... Tak heran le tuh..besday anak pun bule terlupa, huk...huk...huk...

    1/02/2008 12:04 pm  

    Post a Comment

    << Home