Apa Nak Tulis Entah!
Assalamualaikum semua, berjumpa lagi di laman ini...
ADAKALANYA rasa semacam malas betoi nak tulis. Bila dah malas tu mulalah tak tahu apa nak tulis. Bila dah tak tahu apa nak tulis jadi la malas nak tulis semula. So dia pi mai pi mai dok tang tu jugak. Huhuhu... Sinopsis je lah...
I. Kakak Nak Naik Bas
Sejak balik dr Cambridge tu hari, kakak asyik nak naik bas. Banyak kali jugak dia mintak. Sian pulak, so untuk tak menghampakan, kami pun bawaklah kakak jejalan kat Edgware Road. Adik dan mummy dok bawah, Daddy ngan kakak dok atas bas double decker tu. Nasib baik sepanjang naik bas 2 tingkat ni tak de terjadi seperti peristiwa di suatu petang yang cel*ka, ops! ahak, ahak... Kakak pulak tak ada lah se-excited masa sebelum naik tu. Dia dok diam diam je.. nak suh senyum pun payah. Tapi bila dah turun dan nampak bas lalu... dia otomatik excited dan nak naik lagi pulak, hish!
Mana bas tak datang lagi?
Kakak kusyuk tengok pemandangan dr dalam bas...
Kita dah sampai lah kakak... nak balik nanti kita naik lagi, oke?
II. Happy Birthday To You
Sepanjang 2 minggu ni dapat juga kami memenuhi 2 undangan majlis harijadi. Satu tu hari jadi adik Husna, bapanya bernama Mahfizan dan sorang lagi adik Syarafana dan bapanya bernama Dr. Kamarul. Haaa... sekarang elok lah bagi tahu nama mak/bapak sekali. Biar kenal ni anak sapa, tu anak sapa. Risau lah bila dengar kisah di Tanah Air kes2 kehilangan atau lebih tepat lagi kes penculikan kanak2. Sudah masanya kita kembalikan semangat kejiranan. Jom ambil tahu, jom ambil pusing. Yang salah kita tegur. Yang baik kita ambil jadikan contoh. Doa kami mudah mudahan adik Sharlinie selamat dan akan segera kembali kepangkuan keluarga. Amin.
Borak2 di rumah birthday girl...
Happy Birthday to Husna...
Happy Birthday to Syarafana...
Adik, time dia well behave...
III. Minum-Minum Jom
Satu hari tu tak tau nak pi mana. So kami jalan2 area rumah ja. Tapi dari jalan2 kami lagi suka dok lepak hirup kopi dan makan2. Sebab tu lah aku makin hari makin membesar sebagai johan, hahahaa... Ingat nak pekena kebab, tapi malas pulak nak menapak jauh, so masuk lah kedai kek Petisserie Valerie yg dekat beno ngan rumah kami ni. Saja ja... sebenarnya entry ni tadak nak tunjuk apa, cuma kamera aku ni dia ada satu mode tu khas untuk amik gambar makanan. Bess sangat ka mode tu... jom try tengok jom. Sama samalah kita menganalisanya ya.
Order mummy order... adik renung apa tu?
Ooo... yg ni ka?
Apa specialnya mode ni pun ntah. Aku tak buleh nak bezakan lah!
Adik & daddy dah kenyang daaa... so thats why we look happy!
Rupanya aku kena belajar lagi lah cara cara nak tangkap gambar dari angle yg berbeza. Masalahnya bila aku try semua macam tak bess. Tapi bila tengok blog org lain, cam bess pulak, huh... tu lah dia, satu skill yg masih aku tercari2 tapi...
.
...Oh, di mana ya? **** ** ****
6 Comments:
Ok tak servis bas dia? Ke... sama jer cam Malaysia
sana x de ke kes culik budak cam kt Mesia ni?
kdg pk ngeri la dok Mesia ni n terpk nak renti keje bila anak mula sekolah..tp x leh lg..lom stabil...
anak2 kau rupe sepesen je kan?banyak rupe kau kot.....
y laki tu dah berapa kilo n berapa bulan eh?
~Nani~
OK la ngko gunakan mode tu Zam. Memang nampak lebih "hidup" gambar tu. Serieeeeesss betul. Aku tak tipu.
Wife aku bersalin dah. Anak fomfuan. Hari Isnin 28.01.2008 yang lepas. Sekarang ni, kat opis aku line semedang je tak clear nak tulis blog atau email kat engkau. Sian engkau. Boss aku pun semenjak do menjak ni asik meroyan je. Bengang aku...
Nanti aku hapdet blog aku na...!!
into sangat tak perlu..asr
tak tahu apa nak tulis konon..nah ko..3000 patah perkataan di tulis...ngeh..ngeh..ngeh..
Engkau dah boroi la, Zam...
(lepas ni kita boleh bertanding perut)
Azhar: Very efficient. Ada bus lane, so tak interfere sangat ngan trafic jam.
Nani: Culik jrg dengar, lari dr rumah byk! Muka sepesen takpa, jgn seposen! hahaaa... Haziq dah 7 bulan.
Indera: Tahniah, fomfuan eh? Nama mesti unik cam bapanya. Bila plak ko nampak perut aku?? Camera trick ja tu...
Dbi: 3000pp?? Mana adaaaaa....? hahahaaa...
Post a Comment
<< Home