Cambridge: Revisit
ALAMAK, macam penah dengar je tajuk2 entry camni dalam blog seorang ini??? hahahaa.... jangan marah aaa... Sekali sekala cilok idea ngko takpe kan. ahak. Kami ke mari mengikut Fizan & family sebenarnya. Bila dah tak ada apa2 plan dan kebetulan Fizan mengajak, kami pun apa lagi, on saja...
Orange juice anyone?
Bertolak agak lambat dan tension sebab jem kat highway A406, nasib Fizan dgn jayanya telah me-reroute kembali navigator dia dan dalam pukul 1.30 ptg kami pun sampai. Sepanjang perjalanan dan sepanjang di Cambridge asyik hujan manjang. Aku pulak terlupa bawak cap... apa lagi, basah kuyup beb. Masa kat situ kami jumpa satu couple Melayu. Ingatkan nak tanya direction tapi diorang pun blur blur... ropenya baru sampai seminggu daaa... hahaha. Lepas tu jumpa pulak dengan satu lagi org kita, dia ni lah dengan ramahnya tunjukkan direction nak ke Kings College dan juga Trinity College. So sapa kata org Malaysia kalau bertemu sesama kita di obersea berlagak sombong? Takde lah... tak kenal maka tak cinta & tak salah kalau kita dulu yg bermanis mulut.
Kakak teruja melihat teddy bear yg tersusun elok di salah satu souvenir shop di situ...
Kolej2 di Cambridge ni semua dlm town, jalan kaki je... itu tembok batu Kings College.
Dalam kawasan Kings College pulak... tak leh pijak rumput!
Kings College ni kalau nak tahu dah tuo dah usianya. Dibuka pada tahun 1441 oleh King Henry VI. Senibina kolej ini sangat gothic dan yang menarik ialah senibina chapel dia. Dulu masa kami datang punting kat sini kami tengok dr dlm boat tu je tapi la ni dapat tengok dengan lebih dekat lagi. Tak masuk lah. Kisahnya kolej ini juga mempunyai kumpulan choir yg termahsyur di dunia, agak agak ada nyanyi lagu I Will Follow You cam dlm cerita Sister Act tu tak? hahahaa...
Bangunan yg ada cam 2 menara tu lah chapel dia...
Jom gerak... hujan!
Hujan tak juga berenti. Habis lense kamera aku di masuki air. aku lap ngan tisu. Pastu lense tu takleh nak bukak or tutup habis. Cover lense semacam melekap sebab basah. Oh tidak... habis la kamera baru ku!!! Huhuhu... Seterusnya kami ke Trinity College pula. Ntah camna kami buleh sampai dari back entrance dia & kat situ visitor tak leh masuk. Berpusing dan nasib jumpa entrance yg lain. Kalau tadi org punting kat area Kings Kolej, kat sini kami nampak org berkayak pulak.
Langit muram, lense basah dan aku pun tak tahu nak tukar mode apa kat kamera. Belasah je lah...
Pose berdua pulak kali ni...
Kalau Kings College tadi is founded by Henry VI, Trinity College ni pulak oleh Henry VIII pada tahun 1546. Adik beradik diorang jugak daaa... banyak bangunan2 dan seni arkiteknya telah dibina dalam kurun ke 16 dan 17. Kolej ni pun bukan sembarang orang yg belajar kat sini. Ada dari anak anak raja dan yg dah menjadi menteri pun. So sapa pangkal nama dia ada Raja... buleh la masuk sini. hahahaa... Katanya Trinity College ni dah menghasilkan seramai 32 orang pemenang Hadiah Nobel sejak anugerah tu diwujudkan pada tahun 1901. Itulah ceritanya serba ringkas.
Didalam kompaun Trinity College...
Lepas dah habis jenguk2 dua College tu kami naik lah pulak city bas dia. Free jer, satu pusingan dalam 15 minit. Baguslah ada perkhidmatan begini yg memberi kemudahan pada pelajar dan penduduk setempat, juga boleh dimanfaatkan oleh pelancong macam kami ni. Kat tengah2 bandar Cambridge masa tu ada market. Sempat lah jenguk2 dan dapat juga beli kacang putih. Kat sini diorang panggey Bombay Mix. Kakak pulak tak habis habis nak orange juice, nak orang juice. Sekali mummy beli sampai 5 botol, haaa ambik! Adik lena di ulit intan...
Buah buahan ni macam di jual di market ipoh dan pasar keramat je kan?
Hari Ahad nya pulak sekali lagi kami ke Harrods... Sampai sampai kat kami punya favourite parking spot, terus ternampak kereta Fizan kat situ. Uikkk... ini tak buleh jadik. hahahaa... Sebaik turun keta, Fizan pun sms & terus kami join diorang minum2 merangkap breakfast dalam starbucks. Agak2 Harrods nak bukan kami pun cha alif but. Mmm... time ni lah yg aku cakap perfume Hugo Boss tu dah habis... melepassss.
Kakak dengan cupcake-nya di starbucks. Aku tak bawak kamera so gambar di cilok dr Fizan-wz Fotopages.
Oke lah, Stakat ini sajalah buat kali ni. Lain kali aku conteng conteng lagi. Babai.
Jgn nakal2!
.
**** ** ****
6 Comments:
Hummmm selalu tersalah tafsir antara Cambridge di UK dengan di US... Uhuihuhuhu
Kau nak cilok ke ciplak ke plagiat ke tak kisah punya..bukannya ada copyright pun..
Azhar: Aku lak selalu tersalah tafsir antara yg tersirat dan yg tersurat. Hahaaaa...
Smms: Mana la tau tetiba dtg surat saman claim royalti, uhuk!
Zammm!! Ni aku ni hanz izek NCUK QS .. pekabo? aku sdg besusaha pi UK tahun ni.. kalo tak dapat nak wat camna kena try US plak .. cheers!
ooo..ni uni kiter dulu ni...
hahaha..matiler aku berangan
hanz: Kalau dtg bg tau la. Bleh aku amik ko kat airport siap ngan banner skali... ahak!
dbi: Sama lah kita... sama sama berangan, hahahaaa...
Post a Comment
<< Home