Melawat Pak Ya & Kerabat Di Raja
LEBIH sebulan Pak Ya di hospital dan sekarang sudah pulang ke rumah selepas selamat menjalani coronary bypass. Alhamdulillah. So satu petang itu kami pun ambik kesempatan melawat pak ya. Berpakat dengan Mozak, kami jalan kaki sahaja memandangkan rumah kami ni dekat sangat ngan MSD. Nampaknya wajah Pak Ya sudah ceria dan rancak bercerita. Aku ingatkan coronory by pass ni dia buang urat yg tersumbat pastu dia ganti ngan tiup getah macam tiub yg kita pakai time nak pam tayar beskal tu, hahahaaa... teruk betul! Dia amik urat dari bahagian anggota yg lain rupanya. Dalam kes Pak Ya ni bukan sahaja dada kena belah, kaki pun di belah juga untuk amik urat urat yg berkenaan. Dah tak cukup urat kaki, tangan pun di belah sama... Ngeri tak? Tapi kata pak ya dia tak rasa apa apa pun. Tak sakit katanya walau pun aku terasa seram gak masa dia urut urut tangan dia tempat bedah tu... ahak. Baguslah semua dah selesai, dan perbezaan paling ketara ialah masa tidur, nafas terasa lega dan selapang lapang dada... Amaran Pak Ya kepada semua: Jangan merokok, merokok merbahayakan kesihatan! Tu dia... Moga moga Pak Ya semakin sihat dan pastinya kak Jah akan terus menjadi nurse peribadi memantau kesihatan suaminya yg tercinta.
Kami sempat belasah fish & chip selepas melawat Pak Ya...
Wokeh. Dalam perkembangan lain kami juga ada membuat lawatan mengunjungi kerabat di raja. Kerabat diraja ni kat stoke-on-trent duduknya. Nama kerabat di raja tu kerabat Di Raja Doulton, hahahaa... Walaupun perjalanan mengambil masa hampir 3 jam, kami gagah kan jugak lah sebab ada hajat. Malangnya hajat kami tak kesampaian sebab ahli kerabat yang kami nak jumpa tu tak ada lah! huhuhu... sodih. Tapi kami dapat jugalah menyampaikan hajat kawan kawan yang pastinya skrg ini sudah berkira kira mahu membeli display cabinet utk tayang kan set pinggan mangkuk di raja ni, hahahaaa...
Yg ni kediaman dia yg kat Fenton pulak...
Adik dan makanan kegemarannya...
Selain dari itu kami juga sempat ke satu kawasan shopping yang baru di Trentham. Ini kalau sapa pakai navigator mungkin tak jumpa, tapi kalau nak pi, ikut je sign ke Trentham Garden. Banyak parking space yg free kat situ. Jalan punya jalan kat sini lah kami jumpa ahli kerabat di raja Doulton yg bernama Old Country Rose. Kat tempat lain bukan takde, adaaa... tapi mahal sikit. Kat sini ada banyak diskaun dia bagi. Ada org cakap tea set untuk 6 org ni kalau kat mesia sampai RM6,000... isk isk isk, mahe nya!!! Meh aku pecahkan rahsia, hahahaa... kat sini takde le se mahal itu. Kalau tea set untuk 8 org siap ngan pinggan makan sekali, pinggan kuih, piring, 8 bijik setiap satu, korang buleh dapat kurang dari RM1000! Amacam? mau?
Macam macam ada kat Trentham Shopping Village ni, sayur2 pun ada.
Salah satu bench yg menarik utk melepas lelah... kakak dah letih ke?
Salah satu bench yg menarik utk melepas lelah... kakak dah letih ke?
Memandangkan kami beli untuk orang semuanya, so nampaklah macam orang kaya. Berkotak2 kami angkut siap pekedai tu terpaksa hantar guna troli, hahahaa... Tapi ini nasihat aku, kalau datang sini beli lah satu dua buat syarat, jangan tak merasa kata orang. Itu pun kalau ada duit lebih, aku ulangi, kalau ada duit lebih. Tak payah beria-ia nak beli berjenis-jenis itu ini, end up dok dalam lemari saja. Apa kes?? Hati hati lah sebab memang banyak design yg menarik & godaannya pun hebat! Nasihat aku ni untuk org yg level2 nya macam aku ni tapi kalau gaji korang memang 5-6 digit & tak tau nak spend ke mana tetiap bulan, tu tak masuk book ya.
Adik ngan daddy posing di laman Wedgewood. Wedgewood tu adik ipar sebelah mak tiri kerabat diraja Doulton!
Kakak yg suka sangat bebas panjat turun bench kat situ.
Mummy tetap ceria walau pun tak dapat berjumpa dgn kerabat diraja yg diidam2kan...
Kakak memang sukalah tempat camni. Tempat yang dia buleh bebas berlari sesuka hati. Bukan dia kisah kan orang pun. Satu kali tu sedar sedar ja dia dah masuk dalam satu kedai candy sebab nampakkan belon. Isk... nasib takde barang apa yg di punggah ke lantai. Tapi yang bagusnya kakak ni senang nak dipujuk. Takde lah setakat ni dia meronta2 guling2 nakkan sesuatu barang tu. Dalam kes belon cakap kat dia: say bye bye to balloon... next time we come again. Dia pun akan cakap bye bye dan buleh lah kita gerak ke tempat lain. Lega!
Seperti biasa kami dok pekena kopi dulu sebelum balik. Tapi sempat jugak jenguk2 dalam Trentham Garden Centre. La dah nak masuk spring so banyaklah bunga2 yg dah di jual. Menariknya style kat sini diorang suka tanam banyak jenis bunga dalam satu pasu. Mmm, good idea, buleh lah tiru! Mummy pun sempat beli 2 pokok bunga yg di letaknya atas microwave satu dan atas peti ais satu... tu jelah kawasan dalam rumah yg terang sikit tanpa lampu. Tapi yg bessnya apa nama pokok bunga tu pun kami tak tau. Ahak!
Dulu masa kak Sham dtg sini dia kata inilah dia bunga Pegolia... ya ka?
Dah tu, kami pun gerak pulang. Masa dlm keta memang selalu aku menyanyi nyanyi dengan kakak. Kadang2 lagu wheel on the bus, kadang kadang twinkle2 little star, kadang kadang lagu old mc donald, kadang kadang nasyid pun ada... Adik kalau tak tidor sah sah meragam kat belakang dan kadang2 semua diam. Bila dah diam tu mulalah aku nak nyanyi sorang2 lagu yg aku suka, dan yang paling mengharukan bila aku mula nyanyi je, kakak pun mula lah bersuara: Nak radio!!! Uik, suara daddy tak sedap ke?
.
Ahahahaaa....
.
**** ** ****
6 Comments:
Nak radio..??? Hahahahaha... well done, kakak!!
Pada Daddy lak, ucapan Ankel pada dia ialah.. "Tau... takpe!!!" Ahahahaha...
Tembamnya anak jantan ngko... lagi tembam dari perut aku. Rasa nak cubit2 je. Ngko boleh pegang anak engkau sebelah tangan je..?? Aku tengok pon gayat.. Ahahahaha
hummmmm, tempatnya bersih gilerrr...
Indera: Aku trus tergelak bila kakak cakap cam tu...
Azhar: Tempat baru memang la bersih...
banyaklah kerabat diraja tu beri ko souvenir..penuhlah lemari...
Ni kedekut punya kerabat, yg dah reject reject pun kena bayo, huh!
Hi!
My name is Marcia Chabert and I'm from Mexico, I'm looking for my friend Salbiah Hamid, she lived in Malaysia last time I saw her, I'm not sure if she is the same. I would like to get in contact with her again, if you are, please write me back!
Post a Comment
<< Home