2008 Dah...
Kenapalah sejuk2 camni asyik dahaga sahaja??? Banyak betoi minum air, sampai kan kadang2 boleh dengar bunyi berkocak dalam perut! huhuhuu... Sebabnya asyik pasang heater kat dlm rumah. Tu la pasal dehydrate selalu. Kering!
Yaa.. mari kita beli santa claus beramai2...
Masa tahun baru hari tu kami tak ke mana2. Dok rumah sahaja. Tapi sempat jugak aku kuar ngan Nabila tinjau sekitar kawasan rumah kami ni. Pusing2 buat kerja rukun tetangga. Emmm... bessnya kalau selalu camni. Masih tak ramai orang. Jalan pun tak payah bersesak2 & takde lah banyak sangat tertelan karbon monoksida cam selalu tu...
Suasana lengang... besssnyaaa.... bagai dunia ana yang empunya!
Petangnya pulak kami dengan sukacitanya me-volunteer-kan diri untuk menjadi tetamu rumah mozak. Dan mozak sefamily pulak terpaksa-rela menjadi host menyambut kedatangan kami! Dah cakap tak yah masak/buat apa2 tapi susah susah je Su... Alhamdulillah. Harap tak mengganggulah waktu santai korang ya. Terima kasih, insya Allah lain kali kami buat lagi, hahahaaa...
On the way ke rumah uncle Mozak...
Malam tu pulak, tension jer sebab atas rumah kami ni berdegung degang bunyi orang lompat2 macam kera kena belacan. Pastu menjerit2 macam siamang di hutan. Seronok betui lah mat saleh sambut new year. Aku naik jap pi tengok apa sebenarnya berlaku, rupanya diorang berpesta atas bumbung daaa... ramai pulak tu dengan botol dan gelas arak kat tangan memasing. Huh! Hampeh!
Mana pula nak pegi hari ke dua ni ya???
Argghh.. sebenarnya aku takde cerita nak update, tapi tangan ni nak jugak tekan tekan keyboard. Tu la idea cam terbantut bantut sahaja. Apa nak tulis lagi ya? mmm... Sempat jugak jenguk2 berita di Mesia, kisah Menteri Kesihatan, hehehe... kantoi! In one sense bagus jugak.. jadi peringat pada yg lain. Jadilah pemimpin yg BERSIH dari gejala tak senonoh ni. Kata perumpamaan, kepimpinan melalui tauladan, bapak borik anak rintik. Sendiri mau ingat. Tapi jangan pulak ada yg guna istilah pandai makan pandai simpan. Kalau dah tak elok, tok sah di makan, buang terus saja lah! Isk melalut apa aku ni? Sori lah terlencong sikit dari konsep blog ni... Jap aku buat kona baring... yeaaahh....
Kakak renung apa tu?
Adik renung yg sama ke???
Wokeh, hari ini kami telah menyambut Birthday seorang ratu. Ratu hati kami sekeluarga. Tiada kenduri/majlis. Cuma kami anak beranak saja. Simple tapi meriah! hahahaa... Dialah matahari di kala siang dan bulan di kala malam. Andai malam bulan diselaputi awan, dia lah lampu kalimantang, lampu florescen, lilin, neon semua dia lah. Dia sanggup membakar diri menerangi dunia kami. Kami sayang dia... Kami mendoakan ratu hati kami ini agar menjadi isteri solehah dan ibu mithali, sentiasa mendapat keredhaan Allah, di panjangkan usia di murahkan rezeki.
Happy birthday, Mummy...
Amin ya Rabbul Alamin....
.
**** ** ****
6 Comments:
Happy Birthday to Puan Lina. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan untuk terus berbakti kepada suami dan anak-anak. Dapat hadiah apa dari Encik Azam?
Thanx daddy,nabila & haziq sbb celebrated mummy's besday,tq sesangat...luv you :)
Suhailah: hadiah? Dapat bermalam di hotel tepi laut,sambil menghirup udara laut di kala sejuk...ok kan?? Heheh..
Lina
Happy Birthday untuk Puan Lina. Moga panjang umur dan murah rezeki. Harapan saya moga kasih sayang Lina dan Azam bertambah erat sepanjang masa tawa ceria anak-anak menghiasi hidup sehari-hari.
P/s Azam, comment kali ni aku kena skema sikit sebab Ina yang akan balas komen. Tak leh ler aku nak guna nickname "Jantan Kaberet" aku tu.... Hehehehehehehe..
Terima kasih En Indera. Harapan saya pun begitu juga.Sudah terasa tuanya diri ini....
Lina
Dear Lina...May Allah Bless You n family...may all ur dreams come true...miss n love you....Happy Belated birthday....dah tua...jgn nakal2....Luv;mIeZa
Thanx miza...dah tua, tp jiwa muda...ahakss...
Post a Comment
<< Home