• Thursday, March 06, 2008

    Turkey: Istanbul ~ Day 4

    Attractions: Kabatas, Suleymaniye Mosque & Grand Bazaar lagi...
    .
    KASIHAN kakak & adik, dah dua hari kena bangun awal. So hari terakhir kami di Istanbul tu aku biarkan sahaja dua beradik ni tido nyenyak2. Lagi pun malam kang dah nak balik dan tempat2 utama pun sudah di lawati. Hari terakhir ni just light and easy dan serilek rileknya lah. Sedap pulak sup kat hotel pagi tu. Rasa macam kuah dal dan sungguh yummy di makan dengan roti pak Turkey, hahaha... nak lagi!


    Kakak & adik sungguh nyenyak...

    Di depan hotel penginapan 4 hari 3 malam...
    Habis sarapan terus check-out dan tumpang beg kat hotel sebab flight kami pukul 8.20 mlm nanti. Seperti biasa menuju ke tram stesen dan turun di Kabatas. Kabatas merupakan hentian tram yang terakhir dan seperti juga Eminonu ia merupakan stesen water bus. Banyak kapal2 besar yang belabuh di sini, selain dari itu tidak ada apa sangat yg menarik. So nasihat kami, kalau dah sampai ke Eminonu tak perlulah datang ke Kabatas ini. Memandangkan kami dah sampai, kami pun buat aktiviti lazim iaitu mencari cafe untuk minum2 dan rileks2 sambil menghirup udara selat yg di katakan tidak lah berapa masin berbanding dengan udara dan air laut yg lain, mmmm.... bess tau... rasa tenang je.

    Water bus terminal di Kabatas...

    Masa nak order tu aku tertarik ngan satu makanan bernama Sucuklu, pelik dan kelakar bunyi nya. So aku pun order lah nak try, mummy asyik lah tanya: Apa benda tu? ...Rahsia... aku jawab. So bila sampai, rope ropenya hanyalah toast bread yg didalamnya ada sliced sausages. Pastu di makan dengan mayonaise dan sos cili. Rasanya yummy juga... so mummy, boleh lah nanti2 buatkan sendiri ya. Bukan payah beno pun, kacang je... & i like it, ahak ahak!

    Menikmati udara selat dan menanti hidangan Sucuklu...
    Dah puas duduk minum2 dan menyaksikan orang datang dan pergi melalui feri yang berlabuh, kami pun angkat kaki. Semulalah kami ke stesen tram tadi dan sekali lagi kami berhenti di perhentian Bayazit. Alah... Bayazit tempat hari sebelumnya yg ada Grand Bazaar tu lah. Tapi kali ni bukan berhajat nak ke situ lagi, tapi sebab hari sebelumnya kami tak sempat nak pi Suleymaniye Mosque. Jadi ke situ lah kami. Tapi laluan yg paling mudah nak ke situ ialah dengan merentasi Grand Bazaar. Penjual kat Grand Bazaar tu pun dah cam dah muka kami. Yelah hari sebelumnya asyik lalu banyak kali, belek2 barang pun macam beria ia ja, tapi belinya idak juga, hahahaaa... Lampu warna warni yg dia jual kat situ menarik jugak, rasa cam nak beli ja tapi beg dah tak muat lah. Jadinya, tak beli lagi, selamat poket gue...

    Hmmm... menarik tertarik da bomb pulak lampu ni...

    Sebelah kiri gambar ni adalah sebuah Madrasah tua yg dah dibina dari kurun ke berapa ntah... kena pi lagi lah kalau nak tahu ni, hahahaa...

    Masjid Sultan Suleyman atau di sini di panggil Suleymaniye Mosque ini di bina dari tahun 1550-1557. Inilah masjid yang terbesar sekali sebab ianya bukan sekadar masjid tetapi juga mempunyai sekolah, kutub khanah (tau ke kutub khanah tu apa? Library la...), Turkish bath, dapur untuk kegunaan org awam, hospital dan juga kedai. Sultan Suleyman yg memerintah masa itu lah yg membayar seorang arkitek paling terkemuka di Turkey di waktu itu untuk bina masjid ini yg akhirnya menggunakan namanya sendiri. Sebab nilai kebajikan yg dilakukan oleh Sultan Suleyman ini maka dia diberi gelaran Suleymaniye the Magnificent. Pemandangan yg paling baik sekali kalau nak tengok masjid ni ialah dari Galata Tower.

    Ni lah dia benteng Suleymaniye Mosque... tinggi betui lah!

    Inilah dia masjidnya...
    Suleymaniye Mosque ni letaknya atas bukit. Ini satu cabaran menolak stroller lagi. Tapi bila sampai kat atas tu, agak kuciwa lah... bukannya apa, Mosque tu la ni under construction. So tak buleh la nak pi ke bahagian depan dia. Tapi laman dia masih di buka dan di depan laman dia ni ada tanah perkuburan. Kat situ lah letaknya makam Sultan Suleyman the Magnificent. Masa memula tu, mati mati aku kompuis ngan Nabi Sulaiman! hehehe... Makam dia pun menjadi tarikan, walau tak ramai orang tapi tetap lah pengunjungnya sentiasa ada. Di luar kawasan makam dia ni ialah perkuburan kaum kerabat dia. Tengok dia punya batu nesan, mak datok, besar nya! Lagi besar lagi tinggi darjatnya kot? Ntah lah...


    Inilah makan Sultan Suleyman, yg sebelah ntah sapa, tak baca pun...
    Makam kaum kerabat Sultan Suleyman bersebelahan dgn Suleymaniye Mosque.
    Di luar kawasan masjid ni ada ruang legar dengan deretan kedai minum dan gerai2 souvenir. Ramai lah yang lepak, tapi kami masa ni dah kenyang sangat sebab dah pulun Sucuklu kat Kabatas tadi. So bergambar ala kadar dan beli lagi beberapa keping fridge magnet kat sini. Pastu kami pun gerak semula ke Grand Bazaar.


    Kakak nak amik air semayang...


    Di perkarangan Suleymaniye Mosque...
    Laaa... takde muka lain ke? Gamaknya camtu lah kot dalam hati peniaga2 kat situ, ahahaha... Memang menarik dan tertarik dgn lambu warna warni dia tu, rasa nak beli lah pulak. Mmm.. masih tak buleh nak make up our mind rupanya. So kami dok pekena lunch dulu sambil berdiskusi samada perlu beli ke tak lampu tu? Segala hujah2 siap ngan statistik2 sekali di bentangkan, hahahaa... Dah kenyang perut baru lah tenang & akhirnya we came to our decision iaitu, tak yah beli! Ahak... cukup cukup lah tu...

    Jom balik hotel...

    Dok lepak di lobi hotel tunggu mini bus mai...
    Lepas lunch tu teruslah kami balik ke hotel semula. Time tu dah pukul 4 ptg, dan mamat kat hotel tu nasihatkan kami depart pukul 5. Kami share one mini bus ngan satu family dr Pakistan. Flight dia pun sama kami juga. Jalan jem gilosss... macam siput geraknya. Mulalah dalam hati dup dap dup dap takut terlepas kape trobang! Kami sampai pukul 7 lebih kat situ dan terkocoh2 lah kami. Mana nak dukung adik, mana nak ngangkat stroller ngan beg lagi. Tepat pukul 8.20malam, kape terbang pun bergerak, kota Istanbul pun kian sayup dari pandangan...


    Gambar terakhir sefamily di Istanbul...
    Secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan lawatan ini walaupun kekurangan dia tak ada baby facilities. Kami tukar pampers kakak & adik di bawah pokok atau perkarangan masjid saja. Namun, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti apa yg di rancangkan. Rakyat Turkey sendiri amat mesra dan wanita mereka pun ramai kami tengok yg bertudung. Nampaknya langkah Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan, membenarkan pelajar universiti memakai tudung amat bertepatan dan merupakan langkah permulaan ke atas misinya mengembalikan Islam di bumi Turkey. Kami doakan berjaya.
    .
    Selamat tinggal Istanbul...
    .
    *Kepada 10,701,054 warga Malaysia yang layak mengundi di Tanah Air, selamat menjalankan tanggung jawab anda. Gunakan kebebasan yg diberi. Undilah dengan bijaksana!
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Cantik Menarik Tertarik kau memang da'boom
    Cantik Menarik Tertarik kau memang da'boom
    Engkaukah yang berada di situ (tungguuuuu...)
    Jangan membisu, jangan buat tak tahu, engkau telah memanahku..
    Gayamu.. aisehhh, terover lak Pakcik. Habih la Ruffedge dan sedara se-Manjoi engkau, si Cat Farish tu tak leh carik makan nanti..

    Sucuklu..? Hehehehe.. bunyi memang kelakar. Kita pun ada makanan yang bunyi macam kelakar. Tau apa dia? Baulu...

    Aku tak balik kampung Jumaat ni sbb aku kena ngundi kat Selayang. Tapi aku akan pastikan aku pacak khemah kat depan pusat mengundi. Bila pusat mengundi tu bukak je, terus aku masuk memangkah. Lepas tu... ccuuuuuuummmmm aku balik Perak. Kebetulan pulak hari tu nanti sepupu wife aku kahwinkan anak dia. Buat sembelih kambing. Sedap kurma kambiiiiing (engkau ada?) Hehehehehhe..

    Bz ke skang Zam?

    3/06/2008 9:31 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Salam...wah,sonoknya korang holiday...big boss boleh la...cam kitaorg ni kuli-kuli,susah la pulak..ehehhehe ada beli souvenir kat aku tak Lina?;seperti biasa muka tak malu...hehehe.mmg teruja la tempat2 kat sini..excited aku tgk..bersemangat nak pi;klu ada rezeki..hmmm..hope dpt pi posting lagi...bosan ler kat sini...take care korang..!

    3/09/2008 4:02 am  
    Blogger asr said...

    Indera: Tu dia rappers sudah mari... hahaha. Selamat makan kurma kambing... jangan nanti balik KL ko bawak bau kambing sudah... :)

    anonymous: Uik, bosan ke? Doa-doalah bebanyak, tak lama lagi dapat la posting tu...

    3/11/2008 8:52 am  

    Post a Comment

    << Home