• Wednesday, March 19, 2008

    Melayan Kerenah Anak

    SEPANJANG hujung minggu hampir kesemua lantai bertar di kota London ini basah. Letihlah macam ini, sah sah susah nak berjalan keluar rumah. Kebetulan pula ada kerja yg menunggu aku pada Sabtu dan Ahad. So mummy, kakak dan adik terpaksalah terperuk lagi di rumah. Tapi Alhamdulillah, pagi Ahad itu ter-free pulak, dapat kami menyelinap meredah renyai menyerbu ke rumah Mozak. Terbuka saja pintu lif. Mmmmm... dah terbau masakan melayu. Yummy... kami dah sampai ni, ahak! kamera aku pulak habis bateri daaa... so no picture picture kat rumah Mozak. Kami lepak2 sampai matahari dah naik lebih segalah. Selebihnya dok saja lah dirumah.

    Kakak nak ke rumah Fahmi ni...
    Apa lagi yg nak diisi diruang blog minggu ini? Ntah lah... (dah asyik taip delete, taip delete...) Adik sekarang ni dah boleh merangkak. Dah laju dah dan tempat yg dia paling suka ialah laci radio. Suka betul dia tarik tarik pemegang laci tu. Lepas dia dah penat mula lah dia hantuk2 kepala ke lantai. Bila dah sakit dia menjerit. Isk... apa pesyen nya pulak ni?

    Cheeewaaaah... kata kakak sambil senyum2.
    Pagi pagi atau petang2 bila saja aku tiarapkan adik kat lantai mulalah kakak akan meniarap atau merangkak macam adik. Pastu kakak akan cakap: Picture... nak bergambar maknanya tu. Wah anak daddy ni... suka posing rupanya? hahahaa...

    Habis lah bakul, nasib bakul beli kat car boot sale ja...

    Uihhh... adik mengamuk bila kakak nak join sama!
    Kakak pulak cukup tak suka kalau rambutnya itu diikat ke, dikepit ke. Kadang kadang serabai saja daddy tengok rambutnya yg dah panjang tu sampai masuk2 dalam mulut. Dah banyak kali mummy pujuk pun tak mau juga. Kalau diikat tak sampai semenet dah dibukanya balik. Tapi satu hari tu tetiba kakak cakap: Nak like bunny rabbit! Ahak... maksud dia nak ikat rambut supaya nampak macam telinga arnab. Jadik malam tu je lah untuk 1/2 jam rambut kakak berikat dan bersepit. Sekarang pun, buatlah dan pujuklah camna pun tak akan mahunya...

    Kan comey anak daddy camni...

    Posing sikit...
    Summer lepas ada kami beli lego kat carboot sale. Tapi masa tu kakak tak reti nak main lagi, so asyik semak dan bersepah. Sekarang pun apa kurangnya bersepah juga, tapi at least kakak dah buleh appreciate benda tu. La ni selalulah kakak nak main lego. Nak boat lah, nak tower la, nak giraffe la... kadang2 syok jugak tengok imagination dia. Bila daddy dah buat sesuatu dan tanya kakak apa dia, tetiba kakak cakap sesuatu yang daddy tak pikir pun, hahahaa... Kalau adik mula nak mengusik, mula lah kakak akan menjerit: Nooooooo adikkkkkk! Adik kacau juga atau akan beralih ke mainan komputer dia dan bila letih, hentak kepala ke lantai lagi... Aduhhhh adiiiik!!!

    Daddy kata: Flower, Kakak kata: Windmill!... pengaruh tv la tu...

    Daddy kata: Ship, Kakak kata: Giraffe in boat! hahahaa...
    Itu lah dia nya, seronok melayan kerenah anak anak ni. Ada masanya geram, ada masanya rasa nak marah, tapi kebanyakan masanya rasa tak sampai hati pulak. So bersama anak anak ini banyak mengajar erti kesabaran. Anugerah dari Allah, rezeki yang tak ternilai.

    Macam reti je...
    Adik dah mula hentak2 kepala ke lantai, hmmm...
    Bila cakap pasal anak2 ni, teringat pula pada kes penculikan adik Sharlinie dan yang terbaru adik Asmawi. Dapat aku bayangkan betapa rindu dan pilunya perasaan ibu bapa mereka. Tak paham betul aku org yg sanggup menculik anak anak ini. Ingatlah, apa yg kamu buat sekarang akan di balas oleh Allah dengan azab yg lebih pedih lagi dan kamu pastinya tidak akan tertanggung! Pulangkan mereka dan bertaubat lah sementara masih sempat. Kami berdoa dan sangat2 berharap anak anak itu masih selamat.


    Adik!!! Jangan di punggah laci daddy tu...
    "Ya ALLAH pelihara dan lindungilah kami, keluarga kami serta keturunan kami dari angkara jahat duniawi. Bimbinglah kami agar kami berjaya juga selamat di dunia dan akhirat..."
    .

    Amin.


    **** ** ****

    Special Entry....

    Hari ni juga adalah Hari Ulangtahun daddy yg ke......Ooopppss, boleh bagitau ke ni daddy..?hehehe. Kakak, adik dan mummy mendoakan semoga daddy dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat dan happy selalu, dan dipermudahkan segala urusan sehari-hari. Juga kami doakan agar kasih sayang antara kita sekeluarga kekal selamanya dan sentiasa berada dalam peliharaan Allah.
    Happy Birthday To You, We Luv You So Much !
    .

    **** ** ****

    6 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    I luv u too... eh takkk!!!!!!
    Happy Birthday to you... (maaf, aku tak pandai cakap omputeh. Selalu konpius antara 2 ayat tu.. hahahahahaha)

    Happy 33rd Birthday.. Moga tahun ini akan membawa lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan untuk engkau sekeluarga..

    (Aku suka tgk Haziq yang dah makin besar dan cerdik. Nabila lebih advance dari engkau. Memang betul lego tu lebih mirip windmill daripada flower...)

    3/21/2008 1:28 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Happy to u with us from JB, anyway mungkin kebetulan, birthday u sama ngan my hubby and birthday Lina pulak sama ngan anak lelaki akak but so special sehari sebelum tu adalah birthday mama dia...ehehhehehe....mcm ada persamaan ler pulak.... semoga panjang umur dalam limpahan rahmat Allah, dijauhkan mala bahaya dan semoga akan kekal menjadi hubby dan daddy yg baik kpd keluarga.... amin....

    3/21/2008 1:58 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Alamak tersalah pulak....tertinggal word 'birthday' tu Happy Birthday to u with us from JB, anyway mungkin kebetulan, birthday u sama ngan my hubby and birthday Lina pulak sama ngan anak lelaki akak but so special sehari sebelum tu adalah birthday mama dia...ehehhehehe....mcm ada persamaan ler pulak.... semoga panjang umur dalam limpahan rahmat Allah, dijauhkan mala bahaya dan semoga akan kekal menjadi hubby dan daddy yg baik kpd keluarga.... amin....

    3/21/2008 2:00 am  
    Blogger ASR said...

    Indera: Thanks... Older but no wiser, camna tu? huhuhuuu...

    Anonymous: Aaaaamin... happy birthday to akak punya husband juga. Mmm... kebetulan yg menarik, mai sini kita celebrate sama2, ahak.

    3/23/2008 6:10 am  
    Blogger DBI said...

    lol..happy belated birthday daddy..dengan ucapan selamatkan perut dr boroi..ngehhhh..ngehhhh

    3/24/2008 6:40 am  
    Blogger ASR said...

    Agak2 buleh dpt lipo suction free sbg hadiah rijadi? ahak ahak...

    3/25/2008 6:39 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home