• Sunday, March 02, 2008

    Turkey: Istanbul ~ Day 3

    Attractions: Eminonu, Bosphorus Boat Tour, Uksudar, Grand Bazaar & Aksaray
    .
    SAMA seperti semalam kami bangun awal lagi. Pihak hotel juga menawarkan package untuk tour Bosphorus dan sekali lagi aku menolak dengan penuh sopan. Ahak! Pagi tu lepas belasah semua makanan di hotel kami gerak semula ke tram station dan menuju ke Eminonu. Eminonu ni kiranya macam stesen boat untuk menyeberang selat Bosphorus ni. Tapi tram stesen dia ni kat tengah2 jalan raya, dan nak ke situ kena ikut tunnel which ada banyak tangga. Aduhh... nak patah pinggang daddy mengangkat stroller adik turun naik tangga tu. Pemandangan nya memang cantik lah sebab kebetulan langit begitu cerah walau pun cuacanya tetap sejuk.
    Di Eminonu, tower bentuk kon tu namanya Galata Tower. Buleh tengok pemandangan Istanbul dr atas tu...
    Kami sewa sebijik boat untuk kami satu family sahaja. Boat buruk, so murah dan mampu lah, hahahaa... tak kisah lah kan, janji nak tengok pemandangan sepanjang selat Bosphorus ni saja. Bhosporus ni merupakan satu satunya sempadan semula jadi yg memisahkan Asia dan Europe. Ia juga adalah satu satunya jalan yg menyambungkan tanah Turkey ini ke Laut Hitam, Black Sea la kata omputih. Satu lagi yg specialnya ialah airnya. Di bahagian atas kelihatan air Bhosporus ni mengalir ke Laut Hitam tapi di bahagian bawahnya pula mengalir bertentangan menuju ke Laut Marmara, iaitu laut yg terkecil di dunia ni. Pelik dak?
    Kakak baru lepas mengamuk sbb didukung drebar bot. Pastu mamat tu umpan kakak ngan biskut, habis 2 ketui!
    Tengah bagikan adik susu pun sempat pose oo...
    Masa kami nak naik boat ni sangatlah menggerunkan, kerana dia tambat boat tu sebelah boat lain yg besar. Masa ni adik tengah tido dan nak sorong stroller ikut tepi boat besar sebelum ke boat kecik tu tak muat. So mamat driver boat tu dah angkat stroller tu ngan adik yg masih tido didalamnya, sebahagian dr stroller tu sudah berada di luar tebing boat besar. Kalau terlepas adik akan terjatuh dalam selat tu. Aku sungguh cuak dan cepat cepat aku nak keluarkan adik & dukung saja, tapi belum sempat nak buat camtu, mamat tu jalan dgn selamba dan selamat letak adik dlm boat dia tu... fuh!
    Pemandangan bangunan2 di celah kehijauan pokok2 begitu memukaukan...

    Beylerbeyi Palace yg dibina dari tahun 1861-1865 ni dibuat dr papan dan menggabungkan seni bina Eropah, Turkey dan juga Asia...
    Memula sekali mamat tu bawak kami melintasi Galata Bridge. Atas Galata Bridge ni ramai beno orang memancing ikan. Yg bessnya setiap kali boat nak lalu, driver akan hon dan pemancing semua akan menaikkan kail mereka. Bila dan lepas diorang turunkan balik. Camtu lah berulang2. Bila dah naik boat camni, angin bertiup kuat juga. Cuaca yg sejuk bertambah tambah lah sejuknya. Memula teroleng2 tu aku rasa macam nak pening. Nasib sekejap, pastu boat berjalan steady saja. Kakak dah mula lalok dan adik pulak mula terjaga.


    Chewah... mummy posing ajer...
    Matahari memancar tapi sejuk.. apatah lagi bila boat meluncur laju... zooommmm!
    Sepanjang pantai Bosphorus ni pemandangan nya cantik sekali. Kawasan pantainya sudah punya pembangunan atau sememangnya sudah ada bangunan lama yang di jaga. Sesekali bila boat besar macam kapal tangki atau kapal penumpang lalu, kami akan terlambung2. Bila dah terlambung macam tu terasa kecut perut serasa naik roller coaster pulak, hahahaa... serammm tapi syok wooo!
    Boat melambung ke, tak ke, adik happy jer...
    Gayat... boat melambung2 & mummy pun terus peluk adik...
    Mamat yang membawa kami ni tak berapa fasih bahasa inggeris. So setiap kali lalu kat tempat2 yang menarik dia akan tunjukkan gambar yg ada description bahasa inggeris kat aku. Jenuh pulak nak membacanya. Lagi satu aku bukannya buleh membaca kat dlm kenderaan bergerak ni, poning! So just glance thru saja dan bila dan balik rujuk lah buku yg aku ada. Bila lalu di Dolmabache Palace ni, mamat tu terus offer tangkap kan gambar family. Malangnya adik ngan kakak dedua dah tido! Tak pe lah. Dolmabahce Palace ni lah yg merupakan istana baru yg menyebabkan Topkapi Palace yg aku cerita hari tu jadi tak glamer. Bila Sultan Ahmed Mecid mengambil keputusan untuk mula pindah ke mari dan meninggalkan Topkapi Palace, terus sultan2 yg berikutnya pun nak tinggal di sini. Itu la sbb hilangnya kepentingan Topkapi Palace secara tak sengaja.
    Dolmabahce Palace ni ada 285 bilik dan 43 hall. Apa di buat bilik banyak2 tu pun tatau?
    Rumah flat belakang tu dah wujud sejak zaman Ottoman lagi...
    Ni dah nak hampir ke Laut Hitam dah...
    Betul betul bersebelahan dengan Bosphorus Bridge yg menyambungkan Europe & Asia ni ada sebuah masjid bernama Ostokoy Mosque. Kubahnya tinggi dan lebih tinggi dari jambatan itu sendiri. Terasa macam unik pulak bila lalu kat kawasan tu. Lepas dah lepas jambatan Bhosporus tu kami dah sampai ke hujungnya dan boat pun berpatah balik ikut kawasan pantai yg bertentangan pulak. Kalau tak patah balik kang terus masuk Black Sea, sapa nak jawab? ahak! Kat situ lah adanya perkampungan Sariyer yang cantik. Kalau sapa naik boat dan sampai sini sah sah mesti nak bergambar punya. Caya lah cakap aku...
    Berlatar belakangkan Ortokoy Mosque & Bosphorus Bridge...
    Perkampungan Sariyer... cantik kan?
    Bess... kalau dtg time spring, pokok2 Judas tu akan di hiasi bunga2 berwarna pink, lagi menarik lah gamak nya.

    On da way nak balik tu boat kami singgah di Uskudar. Dari sini lah laluan boat paling dekat yg menyambungkan Europe dan Asia. Tapi kini laluan itu sudah tidak di gunakan lagi. Kami tak berenti lama cuma 1/2 jam sahaja. Saja nak bergambar. Kat sini ada sebuah masjid, Semsi Pasa Mosque, yg telah di bina pada kurun ke-16. Bandarnya kecik sahaja dan org lalu lalang semua tengok kami dengan pandangan yg pelik. Bila kami bergambar, lagilah diorang semua pandang tapi kami buat tak reti je... takkan tak penah tgk kamera kot? Ada sesetengah tu saja je nak enterframe, tak malu betullah! hahahaaa...
    Mummy, Kakak & Semsi Pasa Mosque...
    Kat dlm ni byk jual tudung murah2. Tengok lah mamat tu, siap nak posing sama, huhuhuu...
    Bangunan ni je yg cantik sikit kat Uskudar ni...
    Selesai di Uskudar, drebar boat tu offer kitorang untuk tour merentas Halic, juga di kenali dgn nama Golden Horn. Kat situ ada bandar Eyub yg cantik katanya. Dia nak bawa kami free tanpa bayaran, tapi mummy pulak dah naik pening dan kecut perut naik boat yg terlambung2 tu. So terpaksalah aku tolak pelawaan mamat tu. Ya ke ni mummy? ...ke dah tak sabar nak pi Grand Bazaar ni? hahahaa... Jadinya mamat tu pun hantar kami ke Eminonu semula. Janjinya dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 11 sahaja tapi mamat tu berbaik hati bawa kami jelajah bosphorus sampai pukul 1 petang.
    Lina merenung jauh, tak sanggup lagi dilambung ombak, ahak!
    Dah kembali ke darat. Pemandangan Emimonu New Mosque... sila abaikan kepala pakcik tua tu...
    Di tepi hentian Eminonu ni terdapat boat boat kecil yang berlabuh di tebingnya. Dan dari dalam boat tu diorang masak ikan bakar. Menarik juga style nya tu. So kami decide pekena lunch kat situ sahaja lah. Yg kelakar bila dok sahaja terus datang makanan. Aik, tak order pun!?? Rupanya kat situ takde menu lain, cuma ada ikan bakar sahaja & dia buat macam kebab... hahaha... dah dia bagi kita belasah je lah!
    Lunch kat Eminonu... ramai org soroo kat sini. Kalau makan kena letak banyak air limau kalau tak, hanyir...

    Roti tawar ni pun byk di jual disini. Suka no kakak memain buat macam stering!
    Di Eminonu ni pun ada Mosque yg cantik. Eminonu New Mosque namanya. Bersebelahnya pulak ada spice market. Kami jenguk2 camtu je. Kakak cukup suka sebab kat kaki tangga Eminonu New Mosque ada banyak burung merpati. Apa lagi, berkejar2 lah kakak kat situ... Letih pulak mengikut kakak berlari ke hulu hilir... huh!
    Kakak suka sangat mengejar merpati, bila jatuh habis tangan penuh taik burung, eiyek!
    Diperkarangan Eminonu New Mosque...

    Habis tu apa lagi, kami pun pecut ke Grand Bazaar pulak. Grand Bazaar ni atau di sini di kenali dengan nama Beyazid Kapali Carsisi ada menjual macam2 souvenir dari Turkey ni. Cumanya kalau membeli jangan takut takut nak tawar dengan harga yg gila2 rendah. Kalau dia letak YTL100, kita tawar YTL40, hehehe... senang cakap tawar ja 60% lebih rendah dari rega yg dia sebut. Dan satu lagi tip bila dia tanya berapa kita buleh bayar, kita tanya pulak apa dia punya bess price. Kalau tak nanti sia sia je dia sembelih... kami pun nasib baik sbb dah dapat tip dari member2 yg penah ke mari. Alhamdulillah barang yg kami beli semuanya kami berpuas hati.
    Mmm... apa kita nak cari ni?
    Mummy pun confuse tak tau nak pilih yg mana...?
    Barang yg paling org cari di sini ialah karpet. Kat sini byk yg handmade, so corak pun selalunya ekslusive lah. Sejadah pun ada. Barang2 porselin dan lampu pun cantik2 juga. Turkish delight jgn di lupa. Kalau budget besar boleh lah borong semua, kalau bajet ciput pepandailah cari fridge magnet je, hahahaa. Masa di Grand Bazaar ni penjual karpet especially, akan panggil kita masuk ke kedai dia. Tapi 1st of all, kita kena set in mind, no obligation. Bukan apa, nanti bila dah masuk kedai dia, dia akan serve teh kalau nak. Layanan memang tip top. Pastu dia akan keluarkan karpet dia, satu satu... kita cakap tak yah pun dia keluarkan jugak. Sedar2 dah melambak karpet atas lantai. Saja je dia nak buat kita rasa bersalah. Tapi ingat... no obligation. Kalau tak mau, just bagitahu politely tak berkenan dan blah... Jangan Pandang Belakang! Tapi kalau dah tawar dan dia bagi rega yg kita nak tu, jangan pulak refuse. Tu kena ambik lah ya, sebab tu jangan pepandai sebut rega kalau tak betul2 rasa nak beli.
    Isk macam macam ni... kalau ikut hati, semua nak ya mummy?
    This carpet is very nice, Azam... kata mamat ni yg mengaku nama dia pun Azam. Pigidah!!!
    Apa pun, interesting jugak tawar menawar ni. Bila dapat rega yg kita nak, rasa seronok dan puas hati. Tak kisah lah kalau2 rega yg kita tawar tu masih mahal. Janji, kita dapat apa rega yg kita letak, cukup! Lama juga kami kat Grand Bazaar ni, kakak bila org usik2 mulalah nak berdukung. Pastu bila letakkan dlm stroller adik terus dia tido sampai lah kami pekena dinner baru kakak jaga.
    Ya Allah, besarnya portion dia, sapa nak habiskan ni???
    Perut dah kenyang, barang yg di cari pun dah dapat, baru lah rasa penat dan sakit belakang. So apa lagi, balik lah ke hotel. Tapi bila sampai kat tram stesen Aksaray, seronok pulak tengok kedai2 kat situ. So kami jalan lagi... yehaaaa... Aksaray ni jalan kaki je dr hotel kami menginap dan dia macam high street market lah. Banyak barang2 jenama. Ada satu dua tu tah apa apa jenamanya tapi mahal2 juga. Jenama org Turkey ni kot. Tempat begini kami jalan tengok2 saja. Kalau stakat nak benda2 macam ni buat berat beg ja... kat London dan KL pun melambak2 kan? So dah jalan ala kadar... kami pun pecut lah ke hotel dan babommmm! Esok tinggal satu hari lagi, dalam kepala dah berkira2 nak pi mana pulak. Yg penting beg dah siap2 pack dah.

    Ini jenama apa ya? Aku tak tahu, tapi mahal...
    Mmm... esok kita nak pi mana pula?
    Nanti esok pagi lah kita pikir ya...

    Gud nite!
    .
    **** ** ****

    5 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Sepanjang engkau kat Istanbul tu, engkau mandi tak Zam? Aiseyyy... apasal aku tengok muka engkau macam tak mandi je...?? (habih la busuk Selat Bosphorus... Hahahahahaha)

    Eh-eh... cantik gambar engkau dan Ina (berlatar belakang Dalmache Palace tu..) Boley frame tu Zam. Sayang muka Nabilah nampak secotet je.. Kalau tak memang perfect utk diframekan (ye la, korang kan pasangan pengantin lama, sama cantik sama padan dan sama comel. Haaa.. comel tu untuk anak-anak korang je ye!! Daddy Mummy jangan perasan, ooopppss..)

    Tak de life-jacket ke Bang? Bahaya tu...

    3/03/2008 4:21 am  
    Blogger asr said...

    Hahahaa... mandi tak mandi sama je, tetap bau kasturi... Excited punya pasal, life jacket pun terlupa mintak... rasanya ada.

    :)

    3/04/2008 9:00 am  
    Blogger mrdanmrsnadzri said...

    wah seronoknya pi jln2 Istanbul tue...boleh jdkan panduan utk kami berdua pi sana nie..oh ya,pi sana brapa hari yek?? :)

    3/04/2008 5:09 pm  
    Blogger DBI said...

    waa..bestnyer..

    ko ngundi pos ke?? wakakaka

    3/05/2008 8:29 am  
    Blogger asr said...

    mr & mrs nadzri: 4 hari 3 mlm. Recommended.

    dbi: Siap pakai DHL lagi, hahahaa...

    3/05/2008 4:41 pm  

    Post a Comment

    << Home