• Sunday, March 23, 2008

    Cuti Maulidur Rasul

    YAAAA aku pun cuti juga! Bila dah cuti ni aku memang mati kutu tak tau nak bawak family berjalan ke mana lagi? Tapi kalau tak keluar kesian pulak asyik terperap dlm rumah yg tak bertingkap tu... So pagi tu teruslah aku decide, jom ke Bicester Village kita!!! hahahaaa... berapa kali mau ulang tempat ini daaaa? Ahh... jalan jalan ja... bukan nak shopping apa pun. Lagi pun bess berjalan tempat yg mahal mahal ni... kita buleh jimat duit sebab semua barang diluar kemampuan... tak payah lah beli! hehehe... Kalau pi tempat yg murah murah, amik itu amik ini sedar2 duit dalam wallet pun tak cukup, tak pasal2 credit card yg jadi mangsa. Haru! Bila dah sampai sini mestilah kakak nak bergambar ngan teddy bear batu itu lagi...

    Say bye. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

    Say peace. Peeeeeeaaaaaaaaaaaace...

    Time kami pi ni angin punya lah kuat. Nasib kami decide to go outside London, sebab masa tu London hujan. Selamat la kitorang. Adik pun terkelip2 matanya menahan tamparan angin yg sejuk sampai berair2 mata. Dah jenuh window shopping, kami lepak lah di Pret A Manger pekena sandwich dan menghirup hot chocolate. Kakak suka betul dapat apple juice, sampaikan bila daddy mintak sikit katanya: Nooooo share! Aiyo! Balik dr Bicester Village sempat ke Kilburn dan petang nya pula ada sambutan Maulidur Rasul di MSD. Memang bercadang nak pi satu family, tapi kakak dan adik pulak dah kena selsema berhingus sakan. Isk... so kansel, daddy pegi sorang2. Tup tup Riz call ajak pi sekali. Apa lagi, pergi berjemput balik berhantar lah. Thanks Riz.

    Mummy ngan adik pulak posing... sejuuuuukkkk adikkk!
    Kebetulan Maulidur Rasul jatuh pada hari Khamis, so majlis tahlil yg selalu dibuat diganti dengan pelbagai acara yang sungguh menarik sekali. Kali ini sambutan sungguh luar biasa, sampai tak cukup ruang dan ramai yg terpaksa berdiri di muka pintu. Time aku sampai tu, sedang di perdengarkan terjemahan ayat2 suci al-Quran. Kemudian disusuli dengan nyanyian nasyid dari kumpulan nasyid student2 kat UK ni yg diberi nama Shoutul Salam. Oke jugak diorang ni nyanyi. Pastu ada slide presentation yg membandingkan Islam dulu dan kini. Dahulu betapa gahnya Islam menawan dunia dan kini betapa Islam dihina. Slides tu benar2 mengajak kita merenung kembali tentang contribution kita dlm mengembalikan kegemilangan Islam. Yang bessnya ada gambar dlm slide tu merujuk beberapa tempat yg kami dah lawati macam gambar kerajaan Uthmaniah di Istanbul, jajahan Andalusia dan istana Al-Hambra. Kenangan yg masih segar membuatkan slide itu lebih berkesan pada aku...

    Persembahan nasyid kanak kanak...

    Kumpulan Shoutul Salam mendendangkan nasyid Beyond The Norm...
    Tapi antara semua, yg paling gamat dan mendapat perhatian adalah kuiz kanak2 dan juga auction for charity. Kuiz tu Ustaz Erfino yg kendalikan dan hadiah nya merupakan wang tunai £2 bagi setiap soalan yg betul. Apa lagi berebut2 lah kanak2 nak menjawab. Bila tiba 4 soklan terakhir ustaz dah 'up' kan hadiah jadik £5! Lagi lah orang bersorak dan bebudak pun bertambah semangat lah. Hish, mata duitan betullah, hahahaaa...

    Antara yg hadir...
    Slide presentation...
    Auction pulak bertujuan untuk mengutip dana bagi pelajar2 di Universiti sekitar London untuk menganjurkan program2 keagamaan. Student yg mengendalikan aktiviti ini pun sungguh selamba dan kelakar dan orang ramai pun sporting. Aku dok gelak manjang. Semuanya di mulakan dengan rega serendah 50p, £1 atau £2. Bayangkan 6 helai jeans budak pompuan di lelong dengan rega permulaan £2. Seronok tengok orang ramai berlumba2 bid rega barang walaupun rata rata di jual pada rega kurang dari £10! Harapnya hasil dari auction ini maka student2 uni di London ni boleh menarik nafas lega bagi menjayakan program keagamaan mereka.
    Anyone wanna bid this lovely shoe, brand: new look, at 50p??? Anyone? Anyone??? Yeah, sold to that lovely lady at the back there! hahahaa...

    Persembahan puisi...
    Majlis diakhiri dgn ramai2 mengalunkan Thola-al-badru-alaina... diikuti dengan solat Isyak berjamaah. Lepas tu apa lagi... seperti biasa acara yang ditunggu2, makan lah... ahak. Alhamdulillah, walau pun juadah disediakan secara pot luck tapi sentiasa mewah dan berlebih2 lagi siap buleh tapow.
    Allah humma barik lana...
    Hari Jumaat petangnya pula, kami join beberapa rakan yg lain menghantar Sgt. Ghani dan keluarga ke airport selepas beliau menamatkan perkhidmatannya di London ini. Kami mengucapkan selamat kembali bertugas di Tanah Air and may our path cross again. Tahniah juga atas kenaikan pangkat. Tabik.

    Kak Min juga selamat kembali bertugas di Tanah Air ya...
    Panjang umur jumpa lagi...
    Nampaknya kami kehilangan seorang lagi pesaing car boot sale, uhuk. Juga di sini kami nak berterima kasih kepada Ghani & Kak Min atas persahabatan yg terjalin dan yg terutama sekali terima kasih bebyk sbb bagi kami ruang menanam uri kakak di laman rumah korang... Oke, nampaknya itu je lah kisahnya, len kali jumpa lagi.
    Di mana?
    Di syyyyyyyyyyyyyyyyyyiniiiiiiiiiiii............!
    .
    Hahahaaa....
    .
    **** ** ****

    4 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Ni la kali pertama aku tengok gambar orang lain paling banyak dalam entri ko. Ramai jugak orang Mesia kat sana, ek?

    Pandai Ustaz Erfino tarik perhatian bebudak (memang nampak dia sukakan bebudak). Apasal engkau tak joint sama Zam? Boleh gak dapat 2 pound, 5 pound...

    Haziq betul2 nampak seiras dgn Ina (rujuk gambar no 4)

    3/24/2008 6:17 am  
    Blogger Azhar Ahmad said...

    Sedih pula rasa. Kat bumi orang, sambutannya meriah. Kat tempat saya, macam tiada apa....

    3/24/2008 9:54 am  
    Blogger Su Rahim said...

    ye ke tak beli apa2...teropong nampak ina angkut beg ferragamo, jimmy choo & burberry hari tu...keh, keh,keh

    3/25/2008 1:04 pm  
    Blogger asr said...

    Teh O ais aku?: Nak jawab camna, bebudak lg tau jwpn dr bapak2 budak, huhuhuu...

    Azhar: Ada sesetengah tmpt mmg x buat, bidaah katanya tp selagi tak menyimpang dr ajaran Islam, tak salah... kan?

    Su Rahim: Ha-ah mmg betul dia ada angkut beg2 tu malangnya sblm keluar kedai kena letak balik, wakakaaaaaa....

    3/25/2008 6:49 pm  

    Post a Comment

    << Home