• Tuesday, March 11, 2008

    Minggu Yang Interesting...

    BANYAK benda yang menarik di hujung minggu lalu. Bermula dengan Jumaat malam sehinggalah ke Ahad. Cuma cuaca di London ni sahaja yg masih dingin dengan hujan yang mula turun mengetuk2 atap rumah. Bising bunyinya...
    Jumaat lepas buat pertama kalinya group Badminton kami bersepakat membuat farewell dinner utk Mazlan & family yang akan pulang for good tak lama lagi. Nabila oke je mula2, berlari2 ke sana sini. Pastu bila start makan mula lah dok memerap, suap sup tak mo, suap nasi tak mo... asyik hirup sirap manjang. Adik dok ngan mummy, itu pun tak mo diam juga... Pertengahan sessi dinner tu ada karaoke. Setelah sekian lama semua mengasah bakat menyanyi di bilik air, so ini lah masanya nak test power! Sambutan menggalakkan tapi ada juga yg malu malu kucing miaow miaow bila di sogok mikrofon. Alahai... Nasib Nabila meragam masa tu, kalo tak sah sah aku dah conquer... hahahaaaa.


    Uik, Mozak... ko masuk territory aku!!! Tak aci ni...

    The ladies pun tak kasi can...

    Peter ngan aweknya, Victoria menyanyikan lagu Anak...
    Hari Sabtu tu lepas je balik dari main badminton, terus aku melekap depan komputer. Ikut sama berdebar2 menanti keputusan pilihanraya. Asyik lah aku me-refresh 2-3 webpage yg aku buka serentak. Akhirnya seperti semua dah tahu, kerajaan baru terbentuk di 5 negeri. Ini tamparan hebat ke atas kerajaan pimpinan Pak Lah. Rakyat telah bersuara. Kerajaan pimpinan BN mesti lebih telus dan bekerja keras. Perlu lebih peka, mendengar dan bergerak seiring dengan kemahuan rakyat. Perlu menghapuskan sama sekali saki baki imej korupsi jika mahu dipilih rakyat dlm pilihanraya 5 tahun lagi. Kerajaan di bawah pimpinan pembangkang juga sudah pasti perlu melunaskan janji2 yang termaktub dalam menifesto mereka. 5 tahun ini adalah ujian genting untuk terus kekal mentadbir negeri2 yang baru dimenangi. Apa di kata mesti di laksana, kalau tak merasa sepenggal sajalah. Kami doakan semoga Allah merahmati Malaysia, selamat dan sentiasa aman dalam mengharungi roller coaster ini.


    Pancuran air patung bogel satu family (hehehe...) ini dah lama tak berfungsi tapi dlm kolam dia air masih bertakung....
    Hari Ahadnya pula, badminton lagi, yabedabeduuu... (mummy jangan maraaaa... ) apa lagi, kecoh pasal keputusan pilihanraya lah di gelanggang. Balik rumah, mummy dah masak spagetti... wokeh kira brunch lah tu. Lepas tu kitorang jalan jalan cari bunga... jom ikut jom. Kalau cuaca elok selalunya aku jalan kaki sahaja pi opis, dan selalu aku lalu kat kawasan bunga kuning2 ni, daffodil ke hapa diorang panggil. So teringin pulak nak tunjuk kat mummy dan Nabila. Haziq of course la diam buat dekkk ja kan...
    Agak agak sampai ribu ribu tak bunga ni?
    Kakak & daffodils...

    Satu pelancong India tolong tangkapkan gambar ni, pastu dia cakap: Enjoy your holiday... ahak!
    Masa melintasi Hyde Park sebelum ke kawasan bunga tu ada org main layang2. Bess la pulak. Layang layang dia ada 2 tali, satu kiri satu kanan, kira macam parachute dan cara org tu mengendalikannya sangat lah bess terus terasa nak beli satu. Bukan apa... boleh nanti main ngan kakak sebab kakak sungguh teruja: kakak nak hold kite... katanya...


    Kakak asyik betol tengok lelayang. Lense kabur dlm kesejukan di Hyde Park ini...
    Sebelah petang nya pulak, kami memenuhi undangan majlis hari jadi adik Farhah Widad. Majlis di buat dari jam 4-7 malam dan kami sampai lebih kurang dalam pukul 6. Kakak seperti biasa malu malu kucing, sedangkan birthday girl sangat lah ramah dan cute sekali menegur kakak. Ramai juga tetamu dan menunya sedap2 belaka. Dalam pukul 7 pm kami pun berangkatlah pulang sebab perut dah kenyang! hahahaa... thanks lah Nuzul & Nordin atas jemputan dan semoga Farhah menjadi anak yg solehah, bijak, panjang umur dan murah rezeki. Insya-Allah.


    Birthday girl yg baju pink ni, bukan yg hitam putih tu ya... ahak!
    Bersama tuan rumah dan sebahagian tetamu nya...
    Nampaknya sana sini tak habis lagi org bicara tentang pilihanraya. Aku tertarik sekali dgn komen Tun Dr. Mahathir, malah aku yakin ramai yg ternanti2 reaksi mantan Perdana Menteri ini. Ada yang menyampaikan melalui emel, malah dalam internet pun bersepah boleh di cari. Kat tibi tega pun ada ditayangkan walau seciput ja. Oke lah, jangan gaduh2... setiap seorang mesti hormati keputusan dan hadapi semuanya dengan tenang. Ini bukan masanya untuk tidor lagi: Buat kerja! Buat kerja!!!
    .
    Hmmmm....
    .
    *parti Bebas pun menang 2 kerusi kan... sapa lah yg dok ngundi depa ni? Kelako!
    .
    **** ** ****

    5 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Bukan aku ek... tu orang Tanah Rata punya keje.
    Aku pangkah Parti Pasokmomogun Kadazan-Dusun Murut Sabah..

    Lawanya... bukan engkau, bukan engkau!!
    Lawanya... bukan Mozak, bukan Mozak!!
    Lawanya bunga daffodils.
    Dah nak musim bunga la tu..

    3/12/2008 8:26 am  
    Anonymous Anonymous said...

    untuk 1st. timenya ari ni blog kamu di tonton ramai2 ahli kluarga...habis dari 2006 sampi skrg...hehehe...frm melaka..

    3/14/2008 3:00 pm  
    Blogger asr said...

    Indera: Ha ah dah nak musim bunga... cuma cuaca je masih sejuk lah!

    k og: Wah, bessnya berkumpul di melaka. Kim salam semua kat sana. Free free jenguk2 le kami kat sini lagi...

    :)

    3/15/2008 8:51 am  
    Blogger Lily Haslina Nasir said...

    salam tuan rumah...

    emm... cantik cantik gambar di n3 ni...
    minggu yg interesting... err, kat tanah malaya ni pun begitu jugak rasanya sejak pilihanraya!


    ups.. rosie punya novel rasanya harapan tu yg pertama dan terakhir.. sejak dia terjebak dgn dunia majalah tak mungkin dia sempat menulis novel.. (ni bercakap berdasar pengalaman sendiri)

    3/18/2008 6:31 am  
    Blogger asr said...

    Harap byk lah laba utk rakyat sesudah pilihanraya... :P

    Sayang dia stop menulis, bakat dia pun sehebat kakaknya juga, ahak. Aku terkesan dgn cerpen dia Yang Terbuang, kalau di panjangkan jadi novel, bess juga rasanya...

    :)

    3/18/2008 6:30 pm  

    Post a Comment

    << Home