Sehari di Disneyland Resort Paris
SATU hari ni memang kami peruntukkan untuk ke Disneyland sahaja. Seawal jam 9.30 pagi kami bergerak dr Hotel Premier Classe Roissy Parc Des Exposition (ni la nama hotel paling panjang penah aku jumpa) & dalam kul 10.30 pagi kami pun sampai. Nostalgia sungguh sbb aku penah ke sini 8 tahun dulu.
Gambar kat belah kanan ni la pintu masuk ke Disneyland Paris ni. Bangunan dia je dah cukup menarik minat untuk terus ke dalam. Cantik. Kat sini ada beberapa entry dengan harga2 yg berlainan, tapi memandangkan 1 hari memang tak cukup nak cover the whole area, so we chose to only explore the Disneyland Park. Entrance fee dia £30 seorang. So kalau korang nak datang leh la bajet siap2. All rides inside are free.
Gambar kat belah kanan ni la pintu masuk ke Disneyland Paris ni. Bangunan dia je dah cukup menarik minat untuk terus ke dalam. Cantik. Kat sini ada beberapa entry dengan harga2 yg berlainan, tapi memandangkan 1 hari memang tak cukup nak cover the whole area, so we chose to only explore the Disneyland Park. Entrance fee dia £30 seorang. So kalau korang nak datang leh la bajet siap2. All rides inside are free.
Nabila tercengang dengan mata terbeliak & mulut separa ternganga bila kena pakai dengan cekak mickey mouse ni. Tak beli pun cuma pinjam & try kemudian klik klik kat kedai souvenir dia je... hahaha
Dalam Disneyland Park ini pulak terbahagi pada Frontier Land, Fantasy Land, Adventure Land dan apa apa land lagi lah. Memandangkan ride untuk kanak2 banyak di Fantasy Land so kami pun spend more time kat situ. Cuaca hari tu memang la terik. Awan pun tarak. Memula tu ingat nak tangkap gambar ngan character mickey mouse. Dah beratur pun. Tapi bila sampai separuh Q Nabila dah mula meragam. Ye la beratur tgh panas, dia pun dah mula rimas. Yg Mickey mouse pulak spend so much time kat satu satu photo shot. Q pun punya la slow bergerak. Naik lengit dibuatnya. Akhirnya kitorang kansel. Tapi untuk tak menghampakan, Nabila tangkap je la gambar ngan belon Mickey Mouse yg banyak tu. Siap tutup mata sebab silau tu... isk isk isk!
Bergambar di depan entrance Fantasy Land. Yg kat belakang tu Sleeping Beauty Castle yg cukup sinonim dengan Disneyland Paris ni.
Untuk masuk ke Fantasy land ni kenalah melalui dan menembusi Sleeping Beauty Castle tu. Masuk masuk je terus nampak merry go round. Ni la antara Merry go round yg meriah dan besar dengan decoration yg warna warni. Kami pun apa lagi terus la beratur. Nasib baik ride ni sekejab je dalam 3 pusingan, so walau pun panjang Q dia tapi cepat je turn sampai. Memandangkan kuda semua tinggi2, jadi terpaksalah Nabila dok kat kereta kuda sahaja... sempat minum susu lagi tu. Hahaha...
Kat sini ada rumah bagi setiap character Walt Disney. Cam rumah Pinochio, sleeping beauty, snow white dan macam2 lagi. Pastu ada di sediakan keretapi untuk masuk ke rumah2 ni. Dapatlah tengok setiap karektor yg wujud dalam setiap kisah2 Walt Disney ni. Pandai betoi diorang menyusun sehingga menjadi satu jalan cerita. Kalau budak2 memang akan terhibur. Tapi Q dia cam biasa panjang. Korang ingat cerita Jack & the bean stalk? Ha... kat sebelah kanan ni gambo kami dengan pokok kacang gergasi tu. Tapi telur angsa emas tak pulak kami jumpa. Rumah bawah pokok ni ialah kedai souvenir. Masuk jenguk2 je...
Yg gambo belah kiri tu bangunan "its a small world" dan yg kanan ni salah satu gambo masa di dalamnya. Nabila dan Lina masa ni dok dalam bot... The ride was entertaining!
Pastu kami bergegas masuk ke satu bangunan besar yg di panggil "its a small world". Dalam bangunan yg luas ni ada banyak patung2 kecik2 yg come2 berwarna warni yg menari2 mengikut irama musik yg berganti2. Yg bessnya costume patung2 tu mengikut kostum banyak negara. Ada korea, indonesia, jepun, satu dunia lah... tapi malaysia.. ntah... takde kot! Nabila bukan main seronok dia dalam tempat ni. Ride kali ni menaiki bot dan lampu yg lip lap lagi la membuatkan Nabila melilau sana sini. Bila tengok Nabila begitu excited sekali, kami beratur sekali lagi. Jadi 2 kali la kami naik ride yg ini. Tapi dalam tu suram so tangkap gambar semua tak jadi sangat... hampeh!
Bergambar dengan salah satu karektor Walt disney. Karektor dalam cerita apa ntah ni.. aku pun tatau! Belasah je la...
Banyak betoi lagi ride yg lain. Rasa terkejar2 sangat. Pastu kami pegi pulak Adventure land. Masa kat sini kami naiklah ride "The Treasure Island" ~ gambo belah kanan ni. Tak tahu pulak yg ride ini agak menyeramkan. Main redah je... akibatnya Nabila pun join sekali. Terpaksa lah aku memeluknya erat2. Memula tu dia menjerit sakan masa melalui dalam gua yg penuh dengan air terjun kiri kanan. Tambahan pulak org lain pun menjerit sama. Bingit. Bot yg kami naik tu pulak cam style roller coaster. Nasib baik sekejap je Nabila jerit. Pastu dia dah oke. Caya la Nabila...
Rumah yg ujung tu la rumah hantu yg di panggil the "Phantom Manor". Cruise ride pun ada... dia bawak keliling Disneyland ni... Nak naik cruise tu pun beraturnya punya panjang walaupun sekali naik lebih 100 org leh muat!
Banyak lagi lah ride yg kami nak naik tapi cancel sebab tengok Q nyer yg berjela2. Last sekali kami masuk rumah hantu. Tak le seram sangat. Tapi ride dia agak lama. Masa ni Nabila dah tido. So masa memula masuk rumah tu dia tutup semua lampu. Tetiba je rasa lantai bergerak ke bawah. Pastu dr atas lampu menyala dan ada suara cam HA HAA HAAAAA... dan semua menjerit cam kena histeria... aku pun cepat pekup telinga Nabila... Magik sungguh, sebab Nabila terus lena... sampailah habis ride dalam rumah hantu tu... hehehe. Power la anak daddy ni!
Last sekali jam 7:30pm kami pun beredar dari situ. terus menuju ke Paris du Nord Station untuk mengambil train Eurostar balik ke Waterloo, London. Oh ya.. cantik kan gambo kat kiri ni? kalau nak tahu.. ni la toilet di Disneyland Paris. Hahaha....
Kalau ikutkan banyak lagi yg nak diceritakan. Tapi tangan aku ni dah letih menaip. Kalau korang nak tau selama 2 hari di paris sebanyak 246keping gambar kami tangkap! Banyak kan?
Oke lah... aku pen off kat sini dulu. Korang take care oke. So,
Bye Bye 4 now.....
.
**** ** ****
2 Comments:
Bestnye...
mana lagi best tempat walt disney tu ke atau funfair wayang kongkoi....hehehe...
ingat lagi tak....
Funfair wayang kongkoi tu yg kat Temoh tu kan? hahaha...
yg tu tetap ada kelebihannya, lepas bergumbira boleh kutip biji saga...
:)
Post a Comment
<< Home