Bournemouth: Hot Air Balloon
MASA aku kecik2 dulu, kadang2 parents aku belikan aku belon pret pret! Korang tahu belon pret pret tu apa? Belon Pret pret tu selalunya panjang dan ada bermacam2 kaler, biru merah hijau dsb nya. Corak dia belang2 & selalunya belang2 dia kaler kuning. Bila dah tiup (kadang2 air liur pun masuk sekali!) pastu korang lepaskan dia akan terbang & bunyi prrrreeeeetttttttt prrrrrrrrreeetttttt, Haahahahahhaaaa.... tu la aku panggey belon pret pret.
Oke la... Aku nak cerita pasal belon jugak ni tapi jom tinggalkan kisah masa kecik2 tu dulu. This time aku mencari kelainan untuk rehat2 ujung minggu. So bila dapat tahu ada hot air balloon kat Bournemouth aku pun buat plan untuk ke situ. At least something different la kan? Belon tu di panggil dengan nama Bournemouth Eye. Niat untuk ke sini sebenar nyer telah aku rancang dengan Mozak sebelum ke Paris lagi. Alhamdulillah trip menjadi & bertambah meriah dengan kehadiran Abg Fizi & isteri.

On da way, kami singgah di Service dia yg ntah hapa hapa. Nasib baik ada satu ladang kuda yg boleh kami posing2 bergambar. Walau pun kosong je padang tu tapi dlm gambar nampak cantik jugak kan...
Kami bertolak seawal jam 8.15 pagi menuju ke Bournemouth yg terletak di tepi pantai Selat Inggeris. Tolak sesat dan gedebuk gedebak apa bagai... kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi.
Sampai sampai je terus kami park kat area yg dekat tepi pantai. Payah jugak aku nak mencari parking sebab hari Ahad tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong. Akhirnya dapat gak... GOLLLLLLLLL!!!!!!!!! Bola melambung tinggi dari sepakan sudut dan terus di tanduk oleh Materazzi. Bola meluncur laju membolos gawang gol pasukan Perancis. Stadium bergema dan penyokong berbaju biru melonjak2 bersorak kegembiraan. Selang beberapa minit saja dari sepakan penalti Zidane, Italy telah berjaya mendapatkan equalizer! Eh, melalut apa ni? hehehe... tu la pasal, sambil tgk bola, sambil meng-up date blog! Sorri... kat mana kita tadi?

Ha.. tengok la pantai diorang ni. Penuh! kalau kita tentu semua ke tepi dok bawah pokok, diorang tak, tengah tengah paneh tu la diorang nak melepak. Biar kulit tan sikit.

Hahaha, kesian mummy... anak punya pasal, kena naik jugak lah kan. Keluar2 Lina sakit belakang sebab kena membongkok. Lama jugak la benda tu berpusing. Nabila cewl je...
Lepas dah abis round2 funfair ni kami terus ke destinasi utama iaitu Bournemouth eye. Balloon ni terletak di Lower Garden. Kami jalan kaki je ke situ, tak jauh pun. Sesampai kat situ kami dapat port yg menarik, betui2 berdepan ngan hot air balloon ni. Bawah pokok pulak tu. So apa lagi, sebelum "niki bilon" kami soroo dulu. Yeaaahhh... Sue telah membukak bekal nasi lemak nya, siap ngan rendang daging lagi. Lina pulak sempat bawak cok badak, samosa dan kueh kasturi. Tikar dibentang dan apa lagas... sambil makan kita posing2 sama... yummy!
Ni la port kami tu. Orang sibuk berjemur kami sibuk berteduh. Time ni Nabila & Fahmi baik betoi dok dlm stroller tak meragam... diam je depa... Senang kami menjamu selera.
Lepas dah kenyang baru lah kami mulakan rancangan untuk naik hot air balloon. Sebelum tu aku dah buat sikit research pasal balloon ni. Selamat ke dak untuk naik. Takut jugak la kan. Tapi dari segala maklumat yg aku dapat tu tak le merisaukan aku. Belon ni leh muat 25-30 orang satu2 masa dan boleh juga memuatkan sebanyak 3 wheel chair user dlm masa yg sama. Tiketnya £10 sorang, tapi Nabila cam biasa, naik free lagi... selamaaat duit daddy! hahaha...
Tu dia kami dah masuk dalam bakul dia tu. Ada jaring so terasa lebih selamat la naik belon ni. Kemudian... pelan pelan... slow slow.. up up away.... [gambar ihsan: En. Shahrul Muzammir]
Sebahagian pemandangan Bandar Bournemouth dari ketinggian 400kaki. Nabila steady je.. no gayat gayat...


Ada idea?
SUGGEST LA....
* selepas terikat 1-1 dan tiada jaringan dlm masa tambahan, akhirnya Italy muncul juara World Cup 2006 dengan agregat penalti 5-3 ke atas France.
** aku ni bukanlah kaki bola tapi sebab world cup ni 4 tahun sekali, aku layan la jugak.
.
**** ** ****
2 Comments:
Amboi En Azam Si Rajab, nama penuh aku kau eja nampaknya.. No surat beranak x nak bubuh sekali ke?
En. Anonymous,
Tu satu penghargaan tu... Harap telah dieja dengan betul.
No surat beranak lain tahun kita buh ya... hahaha.
:)
Post a Comment
<< Home