Bungkusan & Sambutan Raya Korban
MASA lunch di opis dapat sms dari mummy: Abang, ada bungkusan... Dalam hati dah dapat agak dah dari siapa dan untuk siapa sebenarnya bungkusan tu. Bila tiba di rumah ja... wah besar juga bungkusan yg diterima. Sah, bungkusan tu daripada kak Oji dan dikirimkan untuk Nabila sebenarnya sempena hari jadi dia yg lalu. Tengok setem dia aja dah lebih seratus ringgit. So awal awal lagi sebelum reveal apa dalam bungkusan tu kami nak ucapkan terima kasih banyak banyak ya...
Dup dap dup dap, apa lah agaknya ya...?
Kakak terpinga pinga bila kata ada bungkusan untuk dia. Ntah dia paham ke tak pun aku tak tahu. Sebab Nabila macam kompius so mummy lah yang excited membuka bungkusan tu, ceng ceng ceng... terkezuttt kami tengok barang2 yang banyak sampai melimpah2 dari kotak tu. hehehe... bermacam macam benda ni. Dari cekedis yg bersaiz kecik sampai ke Twisties, Chezel dan lain lain lagi yg bersaiz besar. Bukan itu ja dengan barang2 birthday party lagi, dengan belon, benda tiup yg cam trumpet tu, topeng, macam2 lah. Kakak paling excited bila dapat belon, terus dia jerit jerit: bobosssh... bobossshhh!!! Apa lagi, kena dera lah aku meniup belon yg kak oji bagi jap jap tu jugak! huhuhuu...
Yeaaaaayyyyyyy.... Nini, celup celup! Ingat lagi iklan tu?
Ikan bilis juga tak lupa dikirim dan yang buat aku tersenyum panjang ialah bila tengok ada halwa kundo! Rasa nak tergelak pun ada, kenapa? haaa.. yang ni kak Oji dan keluarga di ipoh paham lah. Kundo... kundo... hahahaaa... Oh ya ada juga di sertakan birthday card kakak dan beberapa keping gambar untuk tatapan kami disini. Thanks again. Dalam perkembangan lain aku juga menerima kiriman dari member aku di KL. Terima kasih ya, gumbira rasa di hati bila dah dapat CD & kaset terbaru Dato' Siti Nurhaliza. Sedap2 lagu baru dia kali ni, dah tak banyak lagu yg meleret, tu yg bess tu. Memang ears friendly, easy listening lah kiranya. Ada umpph! Mummy, jangan jealous... hahahaa.
Fuuuh, fuuuuhhh... mengah lah!
Bungkusan tu datang sehari sebelum hari raya haji (kami raya 19.12.2007) dan sehari sebelum tu lagi ustaz sms aku bagi tahu ada majlis takbir raya di MSD. So lepas dah tiup 2-3 biji belon untuk kakak aku pun bergegas ke situ. Takbir raya haji ni sunat di baca 3 hari. Yg hadir tidak begitu ramai, tapi cukuplah untuk majlis tu berlangsung. Ustaz mengepalai bacaan takbir kemudian dipaskan kepada jemaah lelaki yg lain. So merasalah yg lain jadi tekong, asyik tu jadi feeder je kata ustaz, hahahaa... Alhamdulillah selepas itu ada juadah yg di sediakan oleh penderma yg budiman. Terima kasih.
Adik di pagi raya Aidil Adha...
Esoknya semayang Raya Haji di buat pukul 9 pagi. Seawal jam 8.30 lagi dah ramai yg memenuhi dewan semayang. Sama lah seperti Raya haji ditanah air, aku kira ianya kurang meriah berbanding dengan raya puasa. Amalan ziarah menziarah dan open house juga kurang. Tapi jamuan dan perjumpaan di MSD tu dah cukup baik menjadi medan untuk berkenalan dan merapatkan silaturrahim. Alhamdulillah aku tengok ramai yang tunggu sehingga selesai khutbah raya. Habis tu habis lah, semua balik rumah masing2. Cuaca sejuk, lagi lah buat rasa leceh nak keluar rumah. Balik rumah tengok mummy dah siap ngan pulut kuning dan nasi biryaninya...
Selamat Hari Raya Aidliladha dari kami sekeluarga...
Selepas selesai semayang raya...
Memandangkan raya posa lepas SD card camera kami dah hilang, so kami amik lah peluang kali ini untuk rakamkan gambar raya satu family. Walau pun baju tak sedondon, tak kisah lah. Posing jangan tak posing! Tup tup dapat panggilan drpd Fizan ngajak ke rumah dia. Kecik tapak tangan nyiru ditadahkan, apa lagi kami pun mulakan dengan langkah kanan. Macam2 juga juadah yg Wan sediakan. Slurrp, sapu habis! hahahaa...
Kakak suka no tengok bunga kat laman rumah uncle Fizan. Eh, dah spring ke ni???
Pada setiap hari khamis malam jumaat memang ada majlis tahlil dan perkongsian ilmu di MSD. Tapi untuk yg kali ini, selepas ja majlis tu diadakan pula jamuan hari Raya Aidiladha. Memula ingat kami nak pegi sekeluarga, tapi last minute tak jadik. Adik mengamuk nak tido, so aku pi lah sorang. Memandangkan ada 5 orang kita yg melakukan ibadah korban kat sini so adalah daging yang hendak di agih2kan.
Muslimin...
... dan muslimat, menjamu selera.... yummy.
Dengarnya korban kat sini seekor kambing biri2 reganya £70. Ada juga sesetengah tempat yang menawarkan serendah £25. Aku rasa jauh lebih murah dari satu bahagian lembu kalau kat mesia kan? Sekarang ni kalau tak silap aku dalam RM300, mahu! Eh, tempat korang berapa banyak lembu tumbang? Di akhir majlis ilmu tu dapat lah jugak aku satu peket setengah kilo daging korban. Alhamdulillah dan kami panggang sahaja. Mummy takut makan kambing, so aku bedal lah sorang! Mummy cubit2 ja. Kakak pulak tak mau langsung!
.
Oke. Bye!
*Emm... apsal aku rasa entry ni macam tergantung ha???
.
**** ** ****
7 Comments:
salam perkenalan, first time masuk sini..selamat hari raya aidiladha!
Uwaaahhh... aku miss entry yang lepas dek sebab cuti panjang (hehehe.. sempat lagi riak tu..)
Best la Nabila dapat parcel dari Ipoh. Yang Ankel paling nak tergelak tu, tau apa..?? Tengok gambar Daddy tiup belon tu.. Biasa kan dia kontrol macho bila ambil gambar. Sekali bila Nabila nak tiup belon. Kembung-kembung pipi dia tiup... Hilang macho dia.
Harga bahagian korban kat Mesia memang mahal sebab Mesia ni memang susah nak keluarkan livestock secara besar-besaran. Kita terpaksa bergantung pada lembu/kambing import dari India atau Australia untuk mencukupkan permintaan dalam negara. Mana silapnya, aku pun tatau. Tu pasal la mahal. Tentang harga lembu korban dan bahagian untuk satu kepala tu, aku tak sure sebab tak penah lagi ikut serta dalam majlis korban. Ikut serta makan je. Tapi aku rasa memang lagi mahal dari bahagian yang engkau dah bayar tu..
kt mesia..bahagian tuk korban rm350ke mungkin antara rm300-350...sekor dalam rm2k ler kot
~Nani~
Pasal cerita akak dan belon2nya belum abis lagi... Ahjaha...
Tapa saya tunggu... Ahahahha
Mamalisa: Salam perkenalan, jgn serik datang lagi...
Indera: Masa pipi kembung, perut kempiss!! hahahaaa... Jom bukak ladang ternakan jom.
Nani: Tu la, dulu RM200 lebih je tau... minyak naik, semua naik!
Azhar: Memang, bebaru ni pi beraya dia berebut belon anak tuan rumah, huhuhu...
sini tiga ekor lembu tumbang..RM 380 satu bahagian.
???..mummy cubit2 jer...cubit kambing ker cubit org yg bedal kambing sesorang???...wakaka...
Teringat lagu Ahmad Jais... Cubit cubit tanda sayang...
:)
Post a Comment
<< Home