Funfair & Perihal Mc. D Termahal di Dunia!
SEBENAR kalau ikut turutan, cerita Mc. Donald termahal di dunia tu patut publish dulu sebab kes tu sebelum kami pi funfair. Tapi biarlah save the best for last, kalau tak best camna? Nasib lah kan, hahaha...
Akhirnya kami berkesempatan juga untuk bawak Kakak & Adik naik boyan pusing kat Hyde Park. Padahal London eye lagi grand dan gah, tapi tetap lah nak merasa naik yg ni. Kalau Funfair yg di bulan December sebelum2 ni dingin je sambutannya, tapi kali ni... sesak nafas! Ramainya manusia. Sejuk gedik camni pun tetap orang nak mai. Kami pun sama la tu... Masuk masuk kawasan funfair tu ada Ice Skating dulu. Wah.. ada jugak lah nampak satu minah ni cam terrer je pusing2 cam patung belerina kat tengah2 tu. Tapi yg tak bessnya yg lelain just scating buat satu pusingan ramai2, biasa jer, tetiba dia pulak buat cam pro pusing2 cam gasing kat tengah2 tu sorang2... tak macam kera ke? hahahaaa...
Masa ni sejuk sangat, kakak memula ja nak pakai cap nya, pastu dia cabut. Suruh gak tetap tak mau. Hish kakak ni, mentang2 lah lahir winter time! Adik dok lah dlm stroller dia tu macam biasa. Masa kami pi tu baru pukul 3.30 petang tapi masa tu dah ada bulan dah. Kakak sungguh kelakar sebab dia lebih excited dapat tengok bulan dari tgk lampu2 kat funfair tu.
Rumah hantuuuuu...
Macam fun fair yg lelain jugak, bila nak naik apa2 kena beli token. Tanya kakak kot dia nak naik train, nnnnNo katanya. Nak naik carousel, nnnNNo katanya jugak. Last last tak naik satu apa pun, bagus gak jimat duit daddy. Cuma kami naik giant wheel tu ja satu family. Dia bagi 3 pusingan. Kami naik sekali ngan 5 minah salleh dlm satu capsule. Punya kecoh minah2 ni excited giler babas dapat naik benda ni. Bila capsule kami tiba kat bawah je... diorang pun cam berteriak... we want more. Dont stop. Wow, we got another round! Yehhaa... gelak2, excited tak sudah2 padahal memang ride tu bagi 3 round sorang pun. Tapi kan, bila masuk round ke 3 ja, adik menjerit meragam dalam capsule tu. Mummy pun tak tahu dah nak pujuk macamana. Memang kuat giler adik jerit. Bukan tu je, adik menggeliat kiri kanan, uwaaa... uwaaa, uwaarrrrGGhhHHHHH. Maksimum punya volume adik kasi. Siap ngan surround sistem home theatre lagik! Pastu aku tengok minah2 saleh yg kecoh tadik terus diam, yg sorang tu masa pandang aku cam masaaaammm je... terus diorang takde mood, mesti dlm hati diorang menyumpah2, hahaha... Lantak korang lah. Nasib itu last round. Dan bila capsule kami sampai bawah takde lah diorang shout dont stop ke hapa lagi... Aku senyum ja walau pun kali ni aku pulak rasa nak tergelak2!
Lepas tu kami terus jalan2 tengok lampu sahaja. Bila turun tu adik pun cepat je dia dah terlentok sendiri dlm stroller dia. Memang dia ngantok sangat lah tu. Walau pun funfair kali ni ramai orang tapi rides dia tak lah sebanyak yang tahun2 sebelumnya. Kami pun sekejap ja kat situ tak sampai 2 jam pun. Memandangkan kakak memang tak mau naik apa2 kami pun amik keputusan utk terus balik. Bye bye winter wonderland!
..
.
II. ..PERIHAL Mc. D TERMAHAL DI DUNIA!Berapa mahal korang pernah bayar sekali makan kat Mc. D? berapa??? Jom lawan. Hahaha... Kat sini kan dah ada Mc. Donald Halal! Wah... excitednya bagai kanak2 ribena. Dah lama rasanya tak makan Mc. Donald ni. Masa balik taun lepas pun sempat makan sekali je kat Mc. D stesen petronas kat sebelah MR2 tu... makan ramai2 ngan family Melawati masa kami balik dari Tesco. Masa tu dah kul 11 malam lebih dan abah datang join bawak Yana dan seorang kawan dia, abang Rais. Kelakar!
Jadinya bila tahu ada Mc. D halal, aku pun teruslah plan untuk lunch kat situ. Tak le jauh mana, dia kat Southall, kira on da way ke Heathrow Airport sahaja. Jadinya bila sampai tu kami pun teruslah parking kereta dalam premis Mc. Donald tu. Free. Ni sudah bagus sebab kat kawasan ni cukup lah payah nak dapat parkingnya. Masuk2 ja tak semua menu dia yg halal sebenarnya. Tapi yg bagusnya, dia ada separate kitchen, so yg halal dan yg non-halal dia masak berasingan. Tukang masak dia pun pakai apron kaler lain. Yg kaler hijau masak di bahagian halal, yg biru bahagian non halal. Apparently cuma ayam sahaja yg halal. So Big Mac, Cheese burger dan seangkatan dengannya takde lah. Takpe lah kan, so kami order lah sahaja 2 set meal Mc. Chicken pastu tambah nugget & fruit juice untuk Nabila.
Kawasan Southall ni banyak pakistan dan Indian muslim. Mungkin sebab tu lah dia pilih lokasi ni kot. Bila dah sampai kawasan ni, teringat pulak aku pada manisan india ni. So sementara mummy dan Haziq menjamu selera, aku ngan Nabila pun lari lah sekejap mencari manisan tu. Masuklah kami kat satu restoran Pakistan, tapow laddu dan candi yg berbagai kaler tu. Pastu kami join semula mummy & Haziq dan perabihkan Mc. Chicken & nugget. Bila dah selesai kami pun nak balik lah. Sesampai di kereta ja aku tengok ada pekerja Mc. D dah tercegat kat sebelah. Isk... apahal ni? Dengan senyum2 sumbing kambing sambil menyerongin mamat tu bersuara: Your car got clamped, sir!
Alamak... apa kesss??? terus aku tanya dia kenapa??? Dia cakap parking kat premis Mc. Donald tu memang free, tapi driver tak buleh keluar dr premis tu. Kalau penumpang tak pa. Sebab aku kuar pi beli manisan tu lah kereta kena clamp. Cilak*K! Hampagassss betoi la!!! Yang paling tak dapek nak nolong nya, aku pulak parking betoi2 depan notis tu! huhuhu... tapi kan, notis camtu, who on earth would read pun? Sebab apa tau, sebab kat luar kawasan parking dia tu dah siap tulis FREE PARKING! Besar gedabak punya! Argghh, ini buleh mendatangkan MARAH! Kepunden betoi! Xsqgrr&%hj*fbraboosss! Terus aku cakap jerman dan menyumpah2 dlm hati. Apa nak buat, nak tak nak kena la aku bayo to release the clamp kan? Bila dia bagi tau charge nya brapa, adoiii... rasa nak menitik2 air mato pakcik ni! huhuhu... 100 pound tu bang! Bagai disiat2 pastu ditepek tepek garam hatiku ini. Pedihnya yang oiii... Terus teringat lagu Jamal Abdillah, Batinku Berlagu Pilu! huhuhuu... Itu dalam hati, tapi luaran tetap cewl. Dgn muka lagak cam orang2 kaya aku pun dgn selamba bayo ler! Tu la dia nya. Dengan tak semena-mena untuk 2 set Mc. Chicken ngan nugget 6 ketui dan satu fruit juice, aku kena £110.36. Kalau tukar duit kita tu, tak banyak mana, cuma tujuh ratus empat puluh satu ringgit lapan puluh tiga sen sahaja! Dalam bentuk angka, camni rupanya: RM741.83! Sanggup??? Oh, beginilah nasib diriku yang malang....
Lepas ni mummy, kita makan nasi kat rumah saja lah ya... goreng telor!
Uhuk... Uhuk....2
**** ** ****
5 Comments:
hahaha... murah lagi mcD dkt shell (dulu projet) sebelah mrr2 yg kita makan tu hahaha...
Itu le ...dah lama teringin nak makan Mc D punya pasal, bayo je ler....heh..
Itu le ...dah lama teringin nak makan Mc D punya pasal, bayo je ler....heh..
Ya Allah, 700 tu bro... Ish ish ish
Dwen: Ulang lagi skali pun still murah. Mc D yg kita makan tu kat stesen shell? Bukan petronas ka?
Anonymous: Memang ler, bayo sambey kesat ayo mate ler...
Azhar: Tu la pasal, huhuhuu...
Post a Comment
<< Home