• Wednesday, July 30, 2008

    Tak Ada Cerita Nak Cerita Juga

    KON NEE CHEE WA... Genke desu ka? Dozo ro yo shikoo. Emm... wakarimasu ka? Ah, ki ni shinai de kudasai... Ahak! Okelah sebenarnya memang tak de benda nak di cerita. Tapi dalam kamera ni masih ada beberapa keping gambar yg sayang pulak rasanya nak di delete terus, sebabnya sono shashin o mita toki, totemo natsukashiku omoimashitaa... Jadi aku "snippet" kan lah gambar2 tu semua... jom layaaaannnnn! (Sila baca setiap tajuk ikut intonasi cerita Doraemon, oke! hehehee...)


    Busyuuuk, belum mandi ni...
    .
    I. Makan Mee Chef Wan Yang Oy shee (Sedap)
    First n foremost thanks to Fizan-san & family. Dah sudi belikan barang yg di pesan kami, time kami nak amik barang tu dijamu pulak lagi. Memang slurrrrp menjilat jari mee Chef Wan kita ni. Oy Shee! Sungguh special siap ada cili potong tu. Lagi pedas, lagi panas, lagi vasssst! Aku rasa Chef Wan ni patut bukak restoran balik mesia nanti, ahak, ni puji ikhlas. Nanti kalau dah bukak tu kasi lah 10% diskaun, regular customer maaa... hahaha... Pada Fizan & Wan kami nak ucapkan: Gochi so sa ma (thanks for the meal)...


    Wah, adik begitu excited nak pi rumah uncle Fizan...

    Tuan rumah menyediakan hidangan untuk di terkam sebentar lagi!
    .
    II. Bermain di Korridor The Colonnades
    Malas betoi rasanya nak membawa bebudak ni main kat playground. Kesian jugak kat kakak sebab setiap kali lalu kat kawasan taman permainan terbeliak matanya sambil menjerit: PLAYGROUND!!! Cepat cepat lah aku deviate kan ke benda lain. Lain kali kita pi play ground ya kakak, minggu lepas kakak dah main kat Cadbury Land kan? Cukup lah tu. Jadi satu waktu tu sementara tunggu Okah san nak bersiap, aku bawak lah adik dan kakak pi main... kat mana? Kat korridor rumah saja, hahahaaa. Bising kakak & adik jerit2 gelak2, nasib lah takde jiran yg sound... watashitachi wa totemo tanoshiku sugoshimashita, yeay!


    Kita main bola kali ni.... perlawanan suka sama suka Malaysia vs Chelsea...
    Inilah striker Chelsea yang amat digeruni...

    Striker Malaysia meluru ke gawang pihak lawan....
    Pemain Chelsea menunjukkan skill menimang bola, tu dia... 198, 199, 200...

    Selepas menjaringkan gol, striker Chelsea terus slide sambil berkata: well... that was an easy score! Striker Malaysia frust kat belakang.

    Tamat perlawanan, kedua2 kepenatan. Keputusan: Malaysia 0, Chelsea 2! Striker Malaysia tak kisah kalah sebab rasa bangga dapat main ngan Chelsea mengatasi segala2nya, ahak.
    .
    III. Mencari Mainan di Carboot Sale Taplow
    Lama juga tak ke car boot sale. Kalau pegi pun rasanya macam tak tahu nak sebat apa lagi. Semua "junk" dah di rembat, hahahaa... Tapi memandangkan dah mati kutu tatau nak pi mana, kami cari lah juga mana tempat yg boleh di explore. Last last kami pilih carboot taplow ni yg kami pun tak pernah pegi sejak dok sini. Nak pi senang ja, ikut M4 keluar kat junction 7, ikut je signboard Taplow. Jalan lurus jangan belok-belok... ahak... Dia bukak hari Ahad jam 10pagi - 5pm. Persoalannya carboot sale ni kena bayar ke? I ku ra de ka? haaa... Jam 1 pm ke atas masuk 50p sorang. Tapi elok la masuk sebelum tu, bayar £1 sebab lepas pukul 1 queue dia punya la panjang. La ni paneh, mau berpeluh ketiak. Huh, mashaammmm!


    Sampai2 terus beli epal, kakak sibuk mengunyah. Manis betul lah epal dia...
    Dapatlah kakak mainan rumah tu, tak mau lepasss! Adik tido ja, kepenatan main bola tadi.

    Kakak dapat marakas pulak, 50p ja... kalau tawar boleh dpt 20p kot? ahak...

    Pastu naik cawan pusing2 ni... pening lagi aku!!!

    Minggu ni kat London ada Malaysia week. Tengok lah kalau pegi nanti aku ceritakan hal nya. Okelah guys, sore dake...


    Mata kondo!

    **** ** ****
  • Sunday, July 27, 2008

    Birmingham: Cadbury World & Sealife Centre

    JULUNG-JULUNG kali kami buat plan awal pagi. Terpaksalah kakak & adik di kejut dan dipujuk mandi dalam keadaan mengantuk. Semuanya gara gara aku dah beli tiket masuk Cadbury World jam 10.30 pagi dan nak ke situ mau amik masa dalam 2 jam perjalanan. Sesampainya kat situ, eh terawal la pulak... hahahaa... entrance dia pun tak bukak lagi daaa... mana taknya, pukul 9.30 am dah tercongok dpn pintu. Aisey... takpa.. boleh bawak kakak & adik main kat playground dia dulu. Suka sangatlah kakak ngan adik!!!

    Weeeeee.... mini slides sesuai untuk adik & kakak... di playground yg diberi nama Cadbury Land.

    Wheels on the bus go round and round... suka!

    Bukan kami je yg awal, ramai lagi yg sama. Bila bukak je pintu, aku terus minta masuk, nasib dia kasi. Kat entrance dia kita akan dpt goody bag dan isinya dah tentulah chocolate cadbury. So sambil jalan ramai yg kunyah2. Masuk2 je gelap daaa... dia buat macam hutan or may be dlm ladang koko dan ada lah history dia yg kita boleh baca. Tapi kakak macam gerun asyik memeluk aku, tak dapat lah nak tengok detail, terpaksa cepat2 kami melepasi kawasan ini.
    Kawasan yg seakan hutan ini menceritakan bagaimana Cadbury menemui koko mereka...
    Antara tribes yang memula menjumpai koko...
    Lepas tu kita akan masuk tengok teater, 3 teater semuanya. Dia banyak guna halogram, so something different dan bess jugak lah. Kat sini dia bercerita tentang Cadbury yang asalnya hanya merupakan perusahaan kecil kecilan. Kiranya family bisnes la. Pastu dia serahkan kpd anaknya yg dua orang dan mereka ini lah telah mengembangkan bisnes bapak diorang ni. Cadbury ni sudah wujud sebelum perang dunia ke 2 lagi. Bermacamlah halangan yg diorang tempuh tapi bak kata omputih, perseverence leads you the way... so diorang berjaya sampai lah Cadbury terkenal satu dunia. Bila diorang dah pilih lokasi dgn mengkaji sistem keretapi untuk memudah pengagihan dan pemasaran, diorang pun beri lah nama tmpt tu Bourneville. Bourneville tu pula adalah gabungan 2 nama tapi aku tak ingatlah dia cakap apa sebab kakak masih tak lepas menjerut leher aku ni. Tapi yg Ville tu dia amik dr bahsa ferancissss lah, bermaksud perkampungan kecil.


    Tengah Q untuk masuk teater yg seterusnya...

    Dlm teater ni kerusi tetiba bergerak & ada cam semburan yg mengejutkan. Ramai2 tergelak2... Yg halogram tu takde gambarnya...
    Dia cerita lah tentang perkampungan Bourneville tu sendiri. Mula2 diorang cuma amik org untuk bekerja di kilang, pastu diorang terasa pula ada sosial obligation, so diorang pun bina pelbagai fasiliti termasuk sekolah, hospital, padang bola, macam macam lagi. Tanpa diorang sedari kawasan Bourneville telah menjadi sebuah bandar dengan sendirinya.

    Gambar yg ini kena beli... diorang tangkap kan.

    Ada sudut grafiti untuk kita conteng2 guna melt cadbury chocolate...

    Kalau korang ada anak2 yg dah masuk sekolah memang diorang suka, sebab its kind of educational juga. Macam Nabila & Haziq, they might not understand a thing but they surely enjoy the game area. Pasal tu la bebudak umur 3 tahun ke bawah masuk free.

    Lorong nak ke Cadbury production line... curi curi tangkap ni!
    Habis saja teater tu kita pergi pulak ke production line dia. Kat sini tak bleh bergambar. Kawasan dia kecik ja, sebelum masuk dia bagi lagi coklat. Walaupun adik ngan kakak masuk free, tetap diorang bagi juga. Terpaksalah mummy dah daddy yg ngap kan, hahahaaa... Kat situ ada semacam komputer game kalau nak main teka teka dan ada juga big screen tv yg kita boleh tonton pasal Cadbury...


    Mummy menikmati coklat Cadbury di depan bangunan Cadbury di Cadbury Land... yummy!
    Masa ni lah kita boleh bergambar 1 family, pastu boleh naik kereta yg dia panggey Cadabra dan kita tengoklah patung2 kiut miut coklat Cadbury. Cantik dia buat dengan rumah2 dan tema tema tertentu. Ada seakan buku besar2 kita boleh baca sambil kereta tu bergerak slow slow bawa kita ke tempat seterusnya. Masa ni pun dia akan tangkap gambar, kalau nak beli boleh, tak nak beli pun tak jadi masalah.
    Di Cadabra. Kusyuk amik gambar sampai tak sedar ada kamera tgh tgkp gambar kami daaa...

    Antara yang dpt disaksikan dlm pengembaraan di Cadabra...

    Cantik2 & kiut miut dak?
    Habis sini jalan lagi dan masuk pulak tempat mainan, yg ni lah yg paling bebudak suka. Mummy pun tak lepas mencuba. Kat satu kawasan tu ada dia buat ruang penuh dgn cermin, pastu dia pancarkan cahaya kat lantai dan ada banyak lah shadows of chocholate. Bila bebudak pijak je coklat tu ada yg patah, ada yg melt. Bess la bebudak dok kejar coklat dlm kawasan tu... Adik awal2 dah enjoy berlari2 dlm ruang tu, kakak as usual took her time observing, before she finally ready to join the other children... Purple planet ke hapa dia panggey tempat ni. Pastu kita akan keluarlah ke souvenir shop dia. Macam2 coklat cadbury dia jual. Murah sikit reganya dr yg biasa di beli kat supermarket. Mummy pun amik itu ini, walaupun makannya belum tentu lagi, ahak!


    Prince & princess kami di Cadbury World...
    Kakak berebut ngan anak mat salleh tu nak pijak coklat cadbury...

    Kakak & Adik ni kalau tak diangkat tak mau beredar!!! Jom gerak...
    Adoi panjangnya entry ni. Tak habis lagi kisah kat Cadbury World ni! Letih rasanya menaip. Patut buat 2 entry ni, hahahaaa... Wokeh! Pastu ada satu tempat tu dia panggey Essence. Kat sini ada poster yg lama-lama yang masih diorang tayangkan. Pastu kita masuk kat satu ruang teater dan sekali lagi pencerita dia adalah org halogram yg menceritakan pasal coklat yg dia campur susu ke hapa. Ntah, tak pay attention pun, lepas habis hat ini, kita masuk ke satu ruang yang kita boleh menikmati melt coklat. Boleh pilih nak makan ngan biskut ke, jelly ke, ikut suka. Kalau Siti Nurhaliza tentu pilih strawberi, ahak, dah try tak le sedap mana... time ni aku pilih makan dengan pop corn, mmmm not bad. Mummy pulak dengan jelly apa ntah... sedap gak. Tapi makan banyak2 muak rasanya lah. Takde gambar sebab kusyuk sangat mengunyah. Dah cukup 4 jam kat sini, selepas lunch kat cafe dia, kami gerak pulak ke sealife center.

    Inilah salah satu poster Cadbury zaman tok kaduk di dalam Essence...

    Mummy sempat bergambar sebelum gerak ke sealife...
    Tiket masuk ke sealife centre ni boleh tahan mahalnya, tapi nasib kami beli online kat 365tickets dot com so dapatlah half price. Ramai juga yg beli thru this website, so recommended lah. Adik & kakak as usual FOC!

    Tertarik dengan bunga2an di jambatan nak ke sealife centre...
    Di depan entrance dia...
    To be honest, inilah 1st time aku masuk sealife atau yg seangkatan dengannya. Kat mesia pun tak pernah, kalau penah pun cuma tengok akuarium yg ada kat zoo sahaja. So i have no reference to compare but i must admit that it was quite entertaining. Bila dah masuk pun dekat pukul 3 pm dah tentulah banyak show yang kami terlepas termasuklah aktiviti feed the animal. Yang sempat kami tengok cumalah Otter show, itu pun dah ramai berkumpul. Bertambah malang aku ni pulak tak cukup tinggi, dah berjengket pun tak nampak hapa. Jadi terpaksalah letak kakak kat bahu, kakak dapat tengok pun jadilah. Adik lena dlm stroller masa kat sealife ni. Dah nak keluar baru dia jaga.


    Jom tengok pertunjukan Otter jom...

    Ni akuarium kura-kura, nampak tak?
    Ada banyak akuarium seahorse pelbagai kaler... ini yg paling elok gambarnya without flash.
    Dalam sealife ni jalannya melingkar2 dengan dia sediakan ram untuk ke tingkat yang seterusnya, so memang stroller friendly lah. Banyak juga ikan yang ada kat sini, yg pelik2 tak penah tengok pun semestinya ada. Apatah lagi yang warna warni. Cuma yg tak berapa bessnya di beberapa kawasan dia suram dan bila bergambar tak dibenarkan untuk on flash, so gambar jadiklah kabur sahaja. Pun begitu asyiklah kami menengok ikan ikan tu. Bertambah bess bila tengok gelagat kakak yg begitu excited sekali.

    Ni masak asam sodaaapppp ni!
    Macam ikan jaket kat asrama jer, huhuhu... masak kari oke kot!?

    Ni kita buat shark fin soup ya???
    Dia punya klimaks ialah masa kita melalui terowong dgn bermacam macam ikan yg lalu di atas kepala. Ikan jerung pun ada, tapi cuma anaknya lah. Lagi bess ada seekor penyu yang besar yang berenang ke hulu hilir, so memang itu dia punya main attraction lah. Teringat logo PATA penyu Mesia yang pakai spek itam tu, huhuhu.... Ramai yg took their own sweet time here before they proceed to the next section called Atlantis. Kami pun camtu juga. Nak juga bergambar dengan penyu itu, so kenalah tunggu penyu tu berenang2 serata terowong sblm datang semula kan?

    Dalam terowong, kakak tengok atas lah!
    Terlepas gambar jerung daaa...
    Kita seronok tengok penyu ni berenang, time dia menangis siapa lah tahu??? huhuhuu....
    Kawasan Atlantis ini tak lah besar mana. Cuma dia letak banyak cermin so bila tengok macam ada lorong ke dalam walhal takde pun. Jln nya melingkar2 dan akhir sekali lead kita ke tempat pembuangan duit, apa lagi kalau bukan kedai souvenir, hahaaa... so cepat2 lah keluar, kalau tak nanti konon cuma nak tengok2, tapi terus terbeli, pastu bila dah balik baru lah tertanya2: buat apa lah aku beli benda ni??? Selalu jadi cam tu kan? ahak.

    Inilah Atlantis... duniaku, duniamu...
    Lepas tu kami sempat lepak lepak di kawasan luar dia. Biasalah aku kalau tak pekena kopi memang tak sah. Bukan apa, aku takut ngantok time mandu. Dah habis tu kami pun chiow lah semula ke London. Bila anak anak gembira kita pun gembira kan. Itu yg utama dan penat pun tak lagi dikira. Itu jelah kisahnya.
    YEsss, selesai juga aku menaip entry ni. Syabas pada sesiapa yang berjaya baca sampai habis. Eh, korang baca time opis hour ke? Cit, busuk punya orang! Hahahaaaaa...

    Chiow.

    **** ** ****