• Tuesday, May 22, 2007

    Melayu Tawan Bridgewater Monument

    Orang kita ni sangat lah berbangga kalau dapat jadi yang pertama melakukan itu ini walaupun orang lain dah berulang kali melakukannya. Contohnya: pelayar Malaysia pertama mengelilingi dunia, pertama berenang menyeberangi selat inggeris, menawan gunung everest, pertama terjun kat kutub utara... lepas ni angkawasan negara yg pertama pulak walaupun cuma menumpang ekspedisi angkasawan Russia sebenarnya. Semuanya mendapat liputan meluas media. Siap ada yang diberi gelaran Datuk lagi! Malang nya 2 warga Melayu pertama berjaya mendaki Bridgewater Monument tidak pulak mendapat sebarang publisiti! Takpe lah... kalau takde media yang sudi mewar-warkan, biar aku saja bawakkan secara live kejayaan diorang ni. Dengan ini aku perkenalkan...

    Inilah 2 wira negara, tanpa publisiti pun berjaya mendaki Bridgewater Monument...

    Keh keh keh, saja ja intro kasi gempak. Sebenarnya kami nak ke carboot Redbourne. Malangnya minggu tu dia tutup. So apa lagi, teruslah cari alternative lain untuk lepak2 sebab memang dah ada bawa bekal. Memula tu sampai ke Whipsnade Wild life, tapi memandangkan dulu kami dah ke Woburn Safari, jadinya rasa berat pulak hati nak pi tengok binatang lagi. Lagi pulak entry fee dia mahal lah (itu sebenarnya!). Nasib baik masa tengah berenti dok berbincang buat plan yg baru, ada satu makcik omputih ni suggest kami ke Ashridge park. Kat situ lah letaknya Bridgewater Monument tu dan kami percaya lagi pasti, kami lah Melayu pertama yang sampai ke tempat ni... ceruk beb! hahaha.

    Berlatar belakangkan Bridgewater Monument yg dibina pada tahun 1832. Baeeeek punya port!

    Ashridge Park ni sebenarnya terletak di sempadan antara Buckinghamshire dan Hertfordshire. Ianya merupakan sebuah park yang di biayai sendiri tanpa mendapat dana dari kerajaan British ni. So untuk mengekalkan kesemulajadiannya (ada ke perkataan ni??? hentam sajalah), maka diorang pun wujudkan sebuah badan yg di kenali sebagai Friends of Ashridge. Nak jadi member dia murah je cuma £7 setahun.

    Ni lah dia poster2 yg explain more about Friends of Ashridge. Monument ini didirikan untuk Duke of Bridgewater.

    Kami sampai situ dalam pukul 11.15 pagi lebih kurang. Seperti biasa bentang tikar dan susun lah apa apa bekal yg ada. Nabila bukan main seronok lagi bila Fahmi ada bawa bola sekali kat situ. Ntah napa Nabila memang suka sangat main bola. Kalau anak patung tu dia kureng sikit lah! Isk isk isk... Masa siaran ulangan Man U vs Chelsea tu pun dia suka sangat... terjerit2 "ball, ball..." katanya!

    kick-off: Fahmi United vs Nabila City...

    Yeah Nabila... kejo yong kejo!!!!
    Boleh dikatakan mat salleh saja yg dok melepak kat kawasan ni. Sampai kan Mozak pun berbisik kat aku yg dia tak nampak pun mat gagak kat kawasan tu. Tapi baru sekejap dia cakap terus lalu sorang minah negro kat situ, hehehe. Kawasan ni kalau betul nak enjoy dia punya scenery kena explorelah hutan dia. Tapi memandangkan lina pun dah tak larat dan Sue pun ada anak kecil, jadinya kami menghabiskan masa duduk2, berborak, makan2 selain melayan farah fahmi dan nabila.

    Eh, korang ni main bola ke rugbi???

    Baju ngan bola pun sudah sama kaler daaa...

    Kalau ikut dari pamplet yg ada banyak aktiviti kat sini rupanya. Ada yang dibuat secara berkumpulan dan sedikit bayaran di kenakan. Pada yang dah tak mampu nak berjalan jauh ada juga disediakan kenderaan pandu sendiri yang boleh di sewa dengan kadar minima.

    Makin lama makin ramai org yg dtg melepak kat park ni...

    Kredit foto kpd adik Nur Farah Dina yg telah berjaya menangkap 2 gambar di atas ini...

    Lepas dah kenyang dan tenaga pun dah dikumpulkan, aku ngan Mozak kini bersedia utk mendaki Bridgewater Monumen tu. Dia kenakan bayaran £1.40 sorang dan bebudak bawah 5 tahun free. Thanks to Mozak yg membiayai semua perbelanjaan pendakian ini. Untuk sampai ke kemuncak tu ada 170 anak tangga dan tangganya pulak kecik2 dan berpusing2. mengah jugaklah nak memanjatnya sebab sepanjang nak ke atas aku mendukung Nabila. Tak banyak pemandangan dari atas tu yang kami nampak. Mungkin sebab dah spring la ni dan pokok2 semua dah berdaun so menghalang penglihatan. Cumanya aku dengar 2 orang mat salleh berborak yg diorang buleh nampak stadium Wembley dari situ. Mana taknya... aku tengok ngan mata kasar, diorang siap bawak teropong.
    Pemandangan dr atas Bridgewater Monument, buleh nampak tapak caravan kat sini... Nabila tengah cari maaaana mummy ni?

    Lagi pemandangan dr atas. Nabila ngan Farah borak apa tu...?
    Dah sudah puas bergambar kami pun turun lah. Lepas tu kami pun pekena aiskrim. Bila hari dah petang, bagaikan pipit pulang ke sarang, kami pun berangkat pulang, Mozak jalan depan aku ikut belakang. Rhyme la pulak... hahaha...
    Begitu lah habis nya ujung minggu kami kali ni. On da way balik sempat lagi tu singgah ikea. Dah letih lah. Wokeh, jumpa lagi di hari dan waktu yang berlainan...

    Daaaaaa....


    **** ** ****
  • Saturday, May 19, 2007

    Mak & Dwen: 10 Hari di Kota London

    AKU cuma dapat amik cuti 2 hari sahaja untuk bawa emak mertua & adik ipar aku berjalan2. Selebihnya aku terpaksa bertugas. Cuaca yang asyik hujan menambahkan lagi kesulitan nak ronda2. Dalam keterbatasan tu dapat lah juga kami bawa mereka ke Bicester Village, Bekonscot Model Village dan ke Windsor Castle. Jom tengok tempat2 tu sekali imbas...


    I. BICESTER VILLAGE
    Kalau dah ke sini apa lagi yang perlu di buat selain menyediakan kocek yang cukup. Ha... shopping la kan. Memang banyak kedai berjenama di sini. Bermula dari kedai Clark di awal sehingga ke kedai Dior di hujung. Semuanya berjenama di kiri kanan. Harga buleh tahan... buleh tahan MAHAL! hahaha... Maklumlah, kami ni tadak lah biasa beli barang branded, tapi apa yg aku dengar dari penggemar barang2an branded ni tempat ni memang mughah berbanding dgn apa yg di jual di Malaysia. So apa lagi... borong lah!!!
    Dalam kedai Clark... pilih jgn tak pilih...
    Oke... masuk masuk... tengok2 belek2 pastu letak balik tau, hehehe...
    Lebih 2 jam jugak kami spend masa kat sini. La ni belum start summer sales lagi, tapi dah ada jugak kedai yang memberi diskaun pada barang2 tertentu. Nampaknya, puas hati jugaklah mak dan Dwen dapat ke sini. Dulu datang tak sempat ke mari kan??? ha...amacam poket sekarang? ada rasa ringan sikit tak???? hahaha...

    Nasib hujan rintik.. boleh lah jugak berjalan. Kedai Tods & Puma, ada diskaun dlm 30%. Mau???

    Nabila suka sangat lah dapat lepas bebas camni...
    Sedar tak sedar dah dekat kul 1 rupanya. Oke, time utk gerak ke destinasi seterusnya!!!


    II. BEKONSCOT MODEL VILLAGE
    Memang dah plan pun nak lunch kat sini, siap bawak bekal nasi berlauk lagi. Tak tau lah dah kali ke berapa kami ke mari, tapi this time lain sikit sebab Nabila dah buleh berjalan dah. Seronok tengok dia jalan2 kat model2 rumah yg kiut2 tu. Sampai2 kami soroo dulu. Tak ramai orang pun sebab kami pi time org bekerja. So nak bergambar pun senang saja...

    Kawasan taman model village. Cantik kan...?

    Nabila ngan Mr. Frog nya di salah satu miniature cottage kat situ...
    Tempat ni tak lah besar mana. Tapi dia buat one way track yang melingkar2 supaya kita dapat tengok semua rumah2 miniature tu dgn lebih dekat, jadinya penat jugak lah nak pusing habis kat situ. Ada satu part tu ada mini funfair. Comel2 je. Nabila pun suka lah menengok nya. Ada macam2 lah yg diorang buat, dari miniature zoo, rumah, college, kapal layar, banyak lah kalau nak sebut semua. Yang paling bess sekali ada keretapi mini yg sentiasa bergerak ke semua kawasan ni. Nabila pulak masa memula tu siap menangis sebab nak kan keretapi tu, huhuhu... apa lah... mana buleh amik, tengok saja! Tapi lepas tu... dia asyik lah sebut babai train... bila aja keretapi tu lalu. hehehe.

    Eh... macam Alice in the Wonderland lah. Tu pejabat pos dia...

    Lanskape yg ni pun cunggg, siap ada windmill...
    Selain dari tu ada jugak tempat main remote control kapal layar. Kecik je tempat nya. Pastu kalau datang hari sabtu ahad atau time cuti sekolah, ada jugak mini keretapi yg kita buleh naik. Bayaran dia kalau dulu 50p sorang la dah naik jadi 70p sorang. Kira murah lagi tu...

    Nenek ngan mummy yg dah pamcit... hehehe...
    Bila dah abis pusing satu round, memang dah letih... so kitorang pun gerak balik ke rumah... Esok nya aku cuti lagi. Wokeh, buleh kita ke destinasi seterusnya ya...


    III. WINDSOR CASTLE
    Ni kali ke-3 kami ke mari. Kawasan ni yang bessnya bukan apa, selain castle dia yg cantik kat atas bukit, kat luar dia penuh ngan kedai souvenir. Tu yang syok tu, aku suka atmosfera dia. Kalau tak masuk pun lepak kat luar pun dah cukup menarik. Tapi sebab alang2 dah bawak mak & dwen ke mari, kami masuk lah lagi sekali.
    Masuk2 je... korang akan dapat tengok pemandangan yg ini dulu.

    Akhirnya dapat jugak nenek mendukung Nabila...
    Kami pi lepas aku balik semayang Jumaat. So can imagine lah bila sampai memang dah petang. Last admission pukul 4, kami sampai 3.30pm. Masuk2 je ada tempat yg dah nak tutup, nasib sempat juga explore semua kawasan dia. Alhamdulillah. Cumanya dalam Queen's doll House ngan State Apartment tak di benarkan bergambar. So jalan2 tengok2 saja. Mewah betoi dalam dia ni lah... Memang berbaloi walau pun dah 3 kali kami masuk sini. Especially aku la kot yg suka sangat tengok castle ngan palaces...
    Lagi pemandangan Windsor castle. Kalau tengok dari dekat, lanskape kat rumput hijau tu cantik lah...
    Ni lah saja tempat yang sempat kami bawa mak & dwen sepanjang diorang disini. Selebihnya cuma jalan2 kat dlm bandar sahaja. Harap nya berpuas hati lah dengan percutian 10 hari... Lain kali ada rezeki mai lah lagi... Last sekali tengkiu bawakan banyak barang dr mesia termasuklah paper, majalah, CD, kaset dan DVD cerita melayu...
    million thanks...
    Kim salam kat org Melawati ya...

    Assalamualaikum...

    **** ** ****
  • Monday, May 14, 2007

    Selamat Menyambut Hari Ibu

    ISTIMEWA buat Bonda Hajjah Salbiah Hamid & Bonda Masenah Abdullah. Buat isteriku tercinta, Norazlina Md. Arif... dan tak lupa buat semua yang bergelar ibu di luar sana...
    .
    IBU, ibu
    Engkaulah ratu hatiku
    Bila ku berduka, Engkau hiburkan selalu
    Ibu, ibu
    Engkaulah ratu hatiku
    Betapa tidak hanya engkaulah
    Yang menyinari hidupku
    Sepanjang masa engkau berkorban
    Tidak putusnya bagai air lalu
    Ibu, ibu
    Engkaulah ratu hatiku
    Tempatku menyerah kasih
    Tiap waktu
    ~Tan Sri P. Ramlee~

    *aku sayang kamu... sungguh!
    .
    **** ** ****
  • Friday, May 11, 2007

    Stratford-Upon-Avon: Bandar Shakespeare


    William Shakespeare - Chandos Potrait (1610)
    Sebenarnya kami ke sini semasa on da way balik dari Warwick Castle. Tempat ni pun cuma 8 miles je dari situ, tu yang terus melencong tu. Malangnya bila sampai dah pukul 5 lebih. Memang hajat nak tengok tempat kelahiran William Shakespeare, poet & dramatist terkemuka tu lah. Tapi rupanya last entry pukul 5 pm, so memang dah tutup. Pun begitu dapat lah tengok dari luar dan sempat jugak jalan2 kat Stratford-Upon-Avon ni. Bandar dia kecik je... tapi menarik juga dengan binaan rumah2 lama yang masih di kekalkan di celah2 bangunan baru yang hidup di kiri kanan.

    Di rumah inilah Shakespear dilahirkan pada tahun 1564...

    Ni pulak gambar rumah itu sepenuhnya...

    Bila dah petang camtu, orang pun tak ramai. Tapi aku rasa tempat ni mesti banyak pelancong juga sebab banyak kedai souvenir. Dah tentu lah barang2 yg berkaitan shakespear yang banyak di jual di sini. Apa yang paling menarik tentang fakta shakespeare yg baru aku discover ialah wajah dia. Rupa-rupanya tak seorang pun tahu wajah sebenar shakespear ni. Zaman dia idup tu belum wujud kamera lagi kot, kesiannn. Kalau tak tentu macam-macam style dia posing kan? hahaha... So wajah shakespear seperti apa yg kita tahu tu cumalah lukisan dari beberapa pelukis secara agak-agak sahaja. Ada macam2 versi lukisan gambar dia ni, seiras semuanya tapi tak sapa pun dapat confim itulah sebenarnya shakespear. Tapi yang paling org kata authentic sekali ialah gambar dari The Chandos Potrait dilukis pada 1610 dan dari Droeshout Engraving pada 1623. Ni lah gambar yg selalu di gunakan kat poskad2 atau buku2 kalau ada apa2 benda berkaitan shakespeare ni. Bukan itu sahaja malah tarikh kelahirannya pun org tak tahu. Cuma tahu tahunnya saja... isk isk isk.
    Berlatar belakang kan The Shakespeare Hostel...

    Pastu kami terus lagi berjalan lah. Jumpa pulak tempat kediaman baru shakespeare ni. Ada taman yang agak cantik dan masih di jaga rapi. Boleh masuk ke taman ni (agaknya lah!) kalau datang pada waktu lebih awal. Tapi dari luar pun boleh tengok juga. Bersih saja dan ada papan tanda yg boleh dibaca dari tepi tembok. Lanskape dia pun menawan walaupun ruangnya tak lah sebesar mana.

    Tempat ini di panggil New Place, telah dibeli oleh Shakespeare pada tahun 1597 dan di sini jugalah beliau menghambuskan nafasnya yg terakhir pada 23 April 1616.
    Banyak karya karya shakespeare yang terkemuka dan antara yg biasa kita dengar seperti Hamlet, Mcbeth, Othello dan satu lagi Romeo & Juliet. Selamat Jalan Romeo tu bukan ya, tu karya Iwan untuk Ramlah Ram. Jangan kompius pulak, hehehe... Shakespeare ni telah menulis lebih kurang 38 skrip pementasan, 154 sonnet (sajak) dan beratus2 puisi. Tapi kalau baca memang tak paham. Bahsa bunga2 sangat. Selain dia ni dikenali sebagai England National Poet, dia jugak dikenali dengan nama Bard-of-Avon. Aku pasti sapa yang amik English literature tentu lebih appreciate kalau ke mari... Eh, agak2 lah rumah tempat lahir Usman Awang ngan A. Samad Said akan jadi bahan sejarah tak?
    Ikut sahaja arah tanda kalau nak ke sini... pasti tak sesat. Nak lagi senang tanya je orang, org2 kat sini friendly...
    Bergambar ngan bangunan District Council. Eh Stratford-UPON-Avon ke Stratford-ON-Avon??? Mana satu yg betui ni?
    Dah abis tu kami pun terus lah balik semula ke london. Aku pun penat so tak mau drive dalam gelap takut ngantuk. Nasib la ni pukul 8 malam pun cam pukul 5 petang terangnya. Masa balik tu kami lalu kat sungai Avon, ramai org dok melepak tapi kami tak singgah pun. Kat situ banyak bot dan ada banyak cafe di tepi2 river bank tu. Cuma sebelum nak masuk ke highway tu, laluan kami betol2 tepi ladang rapeseed. Rapeseed ni di buat minyak, mahal harga nya. Lagi mahal dari minyak sawit ngan minyak soya. Tambahan pulak kat Europe ni sekarang tengah galak diorang nak produce Biodiesel. Diorang guna rapeseed oil ni lah yg akhirnya dicampurkan dengan fuel biasa tu. Kalau pakai Biodiesel ni kira pembakaran cam lebih sempurna lah, asap pun kurang. Banyak teksi dan kenderaan awam yg pakai minyak ni. Malah sapa yang tanam rapeseed untuk tujuan Biodiesel ni kerajaan diorang siap bagi subsidi lagi. Memang tak aci! Sebenarnya negara2 Europe ni dah tertakluk ngan Kyoto Protocol yg memaksa diorang mengurangkan pengeluaran greenhouse gas. Ini termasuklah karbon dioksida dr enjin kenderaan, maknanya diorang kena guna minyak yg lebih bersih, lebih environmental friendly lah.
    Masa nak amik gambar ni Lina siap tanya, ada pacat tak? hahaha... ingat bendang ke? eh.. ntah2 ada, aku pun tatau!
    Cantik lah ladang ni sebab bunga pokok rape ni kaler nya kuning. Luas betoi ladang dia, saujana mata memandang lah. Rasanya dalam filem hindustan yg tajuk dia Dilwale tu pun Kajol ngan Shah Rukh Khan ada nyanyi2, pakai baju berhelai2 dalam ladang rapeseed yg cenggini. Tak caya cuba tengok balik, hehehe. Lepas dah bergambar, reverse kereta dan terus pecut ke Porchester Square. Balik rumah, booooom. Tido!
    .
    zzzzzZZZZZZZZ....
    .
    **** ** ****
  • Tuesday, May 08, 2007

    Warwick Castle: Nabila's Day Out

    SEPANJANG hari sabtu aku ada tugas. Balik rumah pun jap jap sebab kena amik barang. Tiap kali nak kuar balik, Nabila hantar aku sampai depan pintu dan dia angkat 2 tangan. Dia nak ikut!!! Alah... kesiannya. Daddy ada kerja lah. So pagi Ahad tu lepas aku balik dr Airport terus aku plan bawak Nabila kuar. Surf internet cari tempat menarik, terus pilih warwick castle. Mummy pun ada buat nasi lemak, apa lagi bungkuslah dan kami pun bertolak.
    Sampai kat castle tu dah dekat pukul 12.30pm. Masuk masuk je terus nampak gahnya tersergam castle ni. Kebetulan time ni ada banyak persembahan. Dah tentulah kami terlepas beberapa show sebab ada yg start seawal jam 10 pagi. Apa pun perut kena diisi dulu, terus kami lepak kat padang mengadap castle tu dan soroo kat situ.
    Mamat tu dtg nak tangkap gambar ngan Nabila, Nabila pulak lari kat aku, hahaha.
    Lapo... makan kenyang2, kang nak jalan senang...
    Lepas dah kenyang barulah masuk ke castle ni. Dalam ni ada sebuah padang dan tepi tepi padang tu ada org buat magic show, org main music, org bercerita, gerai dan diorang semua memakai costume yg cam org dulu dulu tu. Bagaikan dia bawak balik kita ke kurun 17. Meh aku cerita sikit sejarah warwick castle ni. Ianya mula di bina seawal tahun 1068 dan pembinaanya berterusan sehingga ke 1871. Sekarang ni kalau ada pun construction hanya untuk baik mana mana part yg rosak je. Castle ni banyak no towernya dan setiap tower ada nama2 yang tertentu. Pada mula mula dulu castle ni hanyalah dibuat dari kayu atas arahan ketua perang diorang bernama William the Conquerer.
    Tower belah kiri tu dikenali sebagai Guy Tower. Yg ada jam tu pulak dipanggil Dream of Battle.
    Pastu dalam pemerintahan Earl of Warrick baru lah castle ini dibina semula dengan menggunakan batu. Castle ini telah di attack pada tahun 1264 dan pernah juga rosak akibat kebakaran pada tahun 1871. Ianya juga dikatakan sebagai sebuah castle yang amat mengagumkan kat England ni dan menjadi penginapan Earls of Warwick sehingga tahun 1978. Kemudian Tussaud Group telah membeli nya dan kerja-kerja membaik pulih castle ini pun di jalan kan. Sejak itu banyak kawasan castle ini yg dulunya tidak boleh dikunjungi telah dibuka untuk tatapan para pelancong.
    Bukit ni di panggil The Mound. Nampak tak aku ngan Nabila kat atas tu??
    Oke... kat dalam ni ada ghost show. Kalau nak masuk kena beratur panjang dan bebudak tak leh masuk. Dia guna orang betui sebagai hantu. Memandang kan mummy dan Nabila tak leh masuk, aku pun malas nak masuk sorang2. hehehe... bukan takut ya... malasss ja... so kitorang teruskan aktiviti posing2 lagi.
    Berlatar belakang kan the Great Hall & State room...
    Pastu kami masuk pulak ke Great Hall & state room. Kat dalam ni kita boleh tengok alatan perang yg dia pamerkan. Yang paling menarik sekali adalah kostum angkatan perang berkuda diorang. Perisai topi baju besi semuanya ada kat situ. Kuat la gamaknya diorang ni kan, sebab sah sah kostum tu berat2 belaka...
    Kuda tu memakai kostume dari kurun ke 16 and was made in germany. Manakala tentera tu memakai kostum yg dibuat dari Italy.
    Mummy & Nabila bergambar ngan "senapang gajah" yg diletak di tepi tingkap.
    Dah puas tour kat situ kitorang berpindah pulak ke Royal Weekend Party. Kat sini dia letak banyak patung2 lilin ala ala yg kat dalam madame tussaud tu lah. Dia buat sebijik macam party masa kurun ke 18. Kalau malam2 masuk sorang2 mesti seram ni... hehehe.

    Ni dipanggil Music room. Minah yg tengah nyanyi tu namanya Clara Butt, yg main piano tu Paolo Tosti, music master of Royal family.
    Yg ni pulak Chinese Bedroom kepunyaan Consuelo, Duchess of Marlborough...
    Bila kami keluar je dari situ kami nampak orang ramai dah berkumpul kat tepi padang. Wah.. apa lah agaknya ya persembahan yg diorang tengah tengok tu? Apa lagi... terus lah kami bergegas ke situ. Rupa-rupanya ada persembahan burung helang dan vultures. Vultures ni dalam bahsa kita burung hering kot, alah yg siaz besar makan bangkai tu... Kami pun dok lah bersila kat padang tu. Memang syok lah tengok persembahan ni. Burung tu terbang rendah atas kepala je. Semua orang teruja. Lama gak show dia. Bess besss...

    Woww... tu dia vulture yg terbang betoi2 atas kepala aku... Besar kan? Pantas jugak jari aku ni men-snap gambonya... yehaaaa...
    Besar sungguh lah kawasan castle ni... kami pegi pulak ke sebuah pulau yg hanya di pisahkan oleh sungai Avon. Pemandangan dia cantik juga. Kami tak spend banyak masa kat situ sebab kami nak pi ke peacock garden dia pulak. Masa kat peacock garden ni bess... sebabnya selain taman dia yg agak cantik ada banyak burung merak yg di lepas bebas kat situ. Merak-merak tu pulak tengah nak mengawan kot.. asyik la tayang bulu dia yg cantik tu nak attract pasangan memasing, hahaha. Apa lagi.. terus lah kami bergambar.
    Lina bergambar kenangan di jambatan menyeberangi sungai Avon dengan berlatar belakangkan Warwick Castle.
    Mula mula sekor je yg show off. Pastu berjangkit2, merak yg lain pun semua nak tunjuk hebat. Tapi masa tengah syok kat taman ni tetiba hujun turun daaaa... dah la kawasan parking keta punya jauh. So sebelum lebat lagi, kitorang decide baik chiow segera. Tak pasal pasal kuyup pulak nanti kan. Nabila seakan tak mau blah dari tengok peacock yg banyak tu... tapi apa nak buat. Lagi pun dah kul 4pm dan kami masih ada agenda untuk melencong ke tempat lain pulak, hehehe...

    Tu dia... merak tengah show off. Jangan kita jadi merak, indah bulunya tapi tidak mampu terbang ke angkasa...
    Masa nak kuar dari castle tu... ada pulak lagi 1 persembahan kat padang yg lain. Mmm kena singgah ni. Rupanya dia buat teater ala-ala zaman kemegahan Warwick castle ni. Costume diorang pun costume yg org dulu2 pakai. Ramai lah yang berkumpul. Kitorang pun join lagi. Hujan pulak tak turun2 lepas beberapa titik tu, cantiiikkk sangat lah kan. Last sekali dia suruh semua orang march sama-sama ngan askar dia. Kitorang tak ikut... just sempat bergambar sebelum dia start gerak. Dia march ke depan... kami march ke pintu exit!
    Org ramai berkumpul tengok persembahan tu. Mummy ngan Nabila baru nak join....
    Tu dia, askar2 dia baru nak gerak ke depan...
    Memang sakit tapak kaki kalau betoi2 jalan dlm castle ni. Banyak yg menarik so spend la lebih masa kat sini kalau nak datang. Pun begitu satu tempat kami tak masuk... rose garden dia. Ahh... tak kisah lah.. sebab kat london pun ada Queens Mary Garden yg penuh ngan beribu2 bunga rose. So, apa lagi... kami pun cha alif but lah...
    Oke kami balik dulu ya.... jumpa lagi....
    .
    Byeee........
    .
    **** ** ****