• Friday, December 28, 2007

    Krismas & Boxing Day

    KALAU Nabila cakap: ih-mer-thu-wii... agak agak korang apa dia??? Hahahaaa... Wokeh, masa hari Natal hari tu hujan kat London ni. Dari awal pagi bawa ke tengahari tak juga reda. Naik boring jugak dok rumah. Lina ngajak untuk tinjau London time tengah lengang ni. Sebab hujan kami ingat pusing2 naik keta sahaja lah. Lepas asar baru kami gerak.
    Mummy dan adik dengan Chrismas decoration...
    Hujan tak juga berenti, tapi tak le lebat so kami gagahkan saja. Masa memula kuar dari rumah tu memang lengang lah. Tapi bila dah sampai Oxford Street tak lah selengang yang diingatkan. Ada banyak jugak pelancong rupanya. Dan kalau tak silap bas sight seeing London tu pun beroperasi. Kedai2 souvenir yg banyak dipunyai oleh org2 pakistan/india tetap bukak. Begitu juga dengan kedai daging, buah2an & sayur2an orang Arab. So takde le putus makanan ke hapa...
    Kakak melenggang lenggang kangkung....
    Emmm... apsal byk kedai tutup??? Mana Londoners ni?
    Masa kat Oxford Street tu kami berenti lah sekejap. Tapi cuma aku ngan kakak je yg kuar. Hujan masih rintik2 dan cepat cepat kami bergambar. Pastu masuk balik keta dan pi tempat lain pulak. Keta adalah sebijik-sebijik berselisih dan lampu trafik pun asyik hijau je. Syok kalau selalu camni. Tapi bila sampai area Picaddily Circus, aik berderet pulak kereta. Tak singgah pun. Terus saja dan bila sampai kat Trafalgar Square hujan pun tiba2 berenti... yabedabeduuu!
    Jalan nak ke Piccaddily Circus yang jem...

    Tepi River Thames berlatar belakangkan London Eye kemudian kami jalan kaki ke Trafalgar Square.
    Apa lagi, amik kesempatan park keta dan keluar. Kakak sungguh excited bila nampak singa empat ketui kat Trafalgar Square tu. Bila nampak water fountain lagi menjadilah dia. Ke hulu hilir, bukan dia hirau orang pun. Sedar2 dah ke hujung sana. Memang tak buleh nak lepas pandang. Lama jugak kami lepak dan pelancong pun ramai. Antara pelancong2 tu sempat jugalah aku bersapa dengan satu pasangan gelpren boypren student melayu kita di German yg dtg bercuti di sini. So swit!
    Try guna night mode... tak berapa menjadi lah! Kabur...
    Belakang tu National Gallery...
    Ingat nak ke Tower Bridge tapi tengok dah gelap malas lah pulak. Lagipun kami lagi sekali dpt jemputan dari Fizan & family. Rajin betui diorang buat makan2, minggu ni takde lagi ke? hahahaa... Tapi sebelum ke rumah Fizan kami singgah dulu kat St. Mary Hospital melawat Pak Ya yg masa tu dah 9 hari warded di situ.
    Kakak excited sangat sampai ternganga2 mulut dan tersenget2 kepala sebut yeayyyy!!!
    Mummy pun amik kesempatan posing kat pokok krismas di Trafalgar Square.
    Malang nya kanak2 bawah 5 tahun tak dibenarkan masuk, so mummy tunggulah Nabila & Haziq yg lena kat lobby sedang aku naik sorang2 menziarah Pak Ya. Walaupun tak berapa sihat, tapi Pak Ya tetap tersenyum menyambut kedatangan aku. Seronok aku tengok muka ceria Pak Ya seolah2 takde apa2 pun. Pak Ya pun rancak bercerita betapa nak sangat dia keluar hospital tapi tak dibenarkan. Nasib hospital ni mempunyai fasiliti yg bagus sekali. Walau pun free tapi tetaplah ada tv sorang satu dan juga boleh akses internet. Masa aku menaip ni pun Pak Ya masih di hospital lagi. So sama2lah kita mendoakan semoga Allah segera kembalikan kesihatan Pak Ya. Insya Allah.
    Kak Jah yg setia disisi menemani...
    Sehari selepas krismas ni di panggil Boxing Day dan ia adalah public holiday. Kebiasaannya time Boxing Day ni lah banyak kedai akan slash harga giler giler. Konon2 barang2 yg dijual tu adalah lebihan dari stok krismas. Kononnya lah! Ada kedai bukak seawal 5 pagi. Masa time student dulu ada yg sanggup bawak beg tido, tido depan kedai sebab nak jadi org pertama masuk. Nak rebut lah tu... Bila bangun terpacak dan senget sebelah rambutnya. Tapi aku tak sior! Lantak diorang lah nak berebut2. Memandangkan cuti, kami pun buat plan ke Bicester Village. Dah banyak kali tulis pasal tempat ni kan? Kalau nak baca, penghujung entry ni nanti aku bagi link kat entry itu ya.
    Bergambar dengan patung bear kat depan kedai Sophia Lauren eh, Ralph Lauren! huhuhu...
    Fizan dan Mozak pun ke mari. Tapi Fizan pecah rekod, sampai dulu sebelum kedai bukak! Bila tengok diskaun yg dia beri, alahaaai... sama je macam tak boxing day. Pun begitu kami tak le frust sangat, sebab memang takde aim nak beli apa2. Just nak jalan2 dan kalau ada berkenan dan rega pun mughah2 bolehlah beli. Kalau tak de, no hal... Tapi kan ramai orang melayu kita yg datang bercuti kat sini yg memborong sakan. Seriau kalau tengok! Sale sale pun takde lah mughah mana. Tu la aku dah cakap dulu, melayu sekarang ni dah banyak yg kaya2. Alhamdulillah... Since bagi kami sales kali ni memang tak mengiurkan, kami 3 serangkai pun mencapai kata sepakat untuk ke Bourton-on-the-Water. Dari Bicester Village ni dalam sejam je lagi. Jalan berliku2. Sesampai di sana, belum pun puas aku snap snap gambo, bateri kamera aku dah kong daaaa! Tapi takpe, sebab kami dah penah pegi sini dulu. Jadi tak yah aku tulis lagi & kita tengok gambar apa yg ada je lah ya.
    Jalan nak ke Bourton-on-the-Water yg agak mencabar. Tapi yg ni oke lagi...
    Seorang mummy dan seorang ummi...
    Uik, ramainya melayu, kwang kwang kwang...
    Kakak suka sbb banyak itik dan burung di sungai Windrush...
    Atas jambatan tua... Pemandangan di sini memang cantik.

    Dulu mummy posing sorang sorang kat sini, kini bersama suami & anak2nya yg tercinta... :)
    Dan akhir sekali...


    ...inilah dia ih-mer-thu-wii kat flat kami.
    Oke lah. Kalau nak tgk balik entry Bourton-on-the-Water picit kat sini dan kalau nak tgk balik entry Bicester Village picit kat sini pulak. Picit elok-elok tau, hahahaa... Wokeh lah ya, selamat picit picit....
    Adoi!


    *** ** ****
  • Tuesday, December 25, 2007

    Bungkusan & Sambutan Raya Korban

    MASA lunch di opis dapat sms dari mummy: Abang, ada bungkusan... Dalam hati dah dapat agak dah dari siapa dan untuk siapa sebenarnya bungkusan tu. Bila tiba di rumah ja... wah besar juga bungkusan yg diterima. Sah, bungkusan tu daripada kak Oji dan dikirimkan untuk Nabila sebenarnya sempena hari jadi dia yg lalu. Tengok setem dia aja dah lebih seratus ringgit. So awal awal lagi sebelum reveal apa dalam bungkusan tu kami nak ucapkan terima kasih banyak banyak ya...

    Dup dap dup dap, apa lah agaknya ya...?
    Kakak terpinga pinga bila kata ada bungkusan untuk dia. Ntah dia paham ke tak pun aku tak tahu. Sebab Nabila macam kompius so mummy lah yang excited membuka bungkusan tu, ceng ceng ceng... terkezuttt kami tengok barang2 yang banyak sampai melimpah2 dari kotak tu. hehehe... bermacam macam benda ni. Dari cekedis yg bersaiz kecik sampai ke Twisties, Chezel dan lain lain lagi yg bersaiz besar. Bukan itu ja dengan barang2 birthday party lagi, dengan belon, benda tiup yg cam trumpet tu, topeng, macam2 lah. Kakak paling excited bila dapat belon, terus dia jerit jerit: bobosssh... bobossshhh!!! Apa lagi, kena dera lah aku meniup belon yg kak oji bagi jap jap tu jugak! huhuhuu...

    Kakak tak penah lah tengok cikedis yg macam ni, suka dia. Mummy dan daddy Nabila, lagi la suka!

    Yeaaaaayyyyyyy.... Nini, celup celup! Ingat lagi iklan tu?
    Ikan bilis juga tak lupa dikirim dan yang buat aku tersenyum panjang ialah bila tengok ada halwa kundo! Rasa nak tergelak pun ada, kenapa? haaa.. yang ni kak Oji dan keluarga di ipoh paham lah. Kundo... kundo... hahahaaa... Oh ya ada juga di sertakan birthday card kakak dan beberapa keping gambar untuk tatapan kami disini. Thanks again. Dalam perkembangan lain aku juga menerima kiriman dari member aku di KL. Terima kasih ya, gumbira rasa di hati bila dah dapat CD & kaset terbaru Dato' Siti Nurhaliza. Sedap2 lagu baru dia kali ni, dah tak banyak lagu yg meleret, tu yg bess tu. Memang ears friendly, easy listening lah kiranya. Ada umpph! Mummy, jangan jealous... hahahaa.

    Fuuuh, fuuuuhhh... mengah lah!
    Bungkusan tu datang sehari sebelum hari raya haji (kami raya 19.12.2007) dan sehari sebelum tu lagi ustaz sms aku bagi tahu ada majlis takbir raya di MSD. So lepas dah tiup 2-3 biji belon untuk kakak aku pun bergegas ke situ. Takbir raya haji ni sunat di baca 3 hari. Yg hadir tidak begitu ramai, tapi cukuplah untuk majlis tu berlangsung. Ustaz mengepalai bacaan takbir kemudian dipaskan kepada jemaah lelaki yg lain. So merasalah yg lain jadi tekong, asyik tu jadi feeder je kata ustaz, hahahaa... Alhamdulillah selepas itu ada juadah yg di sediakan oleh penderma yg budiman. Terima kasih.

    Adik di pagi raya Aidil Adha...
    Esoknya semayang Raya Haji di buat pukul 9 pagi. Seawal jam 8.30 lagi dah ramai yg memenuhi dewan semayang. Sama lah seperti Raya haji ditanah air, aku kira ianya kurang meriah berbanding dengan raya puasa. Amalan ziarah menziarah dan open house juga kurang. Tapi jamuan dan perjumpaan di MSD tu dah cukup baik menjadi medan untuk berkenalan dan merapatkan silaturrahim. Alhamdulillah aku tengok ramai yang tunggu sehingga selesai khutbah raya. Habis tu habis lah, semua balik rumah masing2. Cuaca sejuk, lagi lah buat rasa leceh nak keluar rumah. Balik rumah tengok mummy dah siap ngan pulut kuning dan nasi biryaninya...
    Selamat Hari Raya Aidliladha dari kami sekeluarga...
    Selepas selesai semayang raya...
    Memandangkan raya posa lepas SD card camera kami dah hilang, so kami amik lah peluang kali ini untuk rakamkan gambar raya satu family. Walau pun baju tak sedondon, tak kisah lah. Posing jangan tak posing! Tup tup dapat panggilan drpd Fizan ngajak ke rumah dia. Kecik tapak tangan nyiru ditadahkan, apa lagi kami pun mulakan dengan langkah kanan. Macam2 juga juadah yg Wan sediakan. Slurrp, sapu habis! hahahaa...
    Kami dah kenyang... kami mintak diri dulu ya. hahahaa...
    Kakak suka no tengok bunga kat laman rumah uncle Fizan. Eh, dah spring ke ni???
    Pada setiap hari khamis malam jumaat memang ada majlis tahlil dan perkongsian ilmu di MSD. Tapi untuk yg kali ini, selepas ja majlis tu diadakan pula jamuan hari Raya Aidiladha. Memula ingat kami nak pegi sekeluarga, tapi last minute tak jadik. Adik mengamuk nak tido, so aku pi lah sorang. Memandangkan ada 5 orang kita yg melakukan ibadah korban kat sini so adalah daging yang hendak di agih2kan.
    Muslimin...
    ... dan muslimat, menjamu selera.... yummy.
    Dengarnya korban kat sini seekor kambing biri2 reganya £70. Ada juga sesetengah tempat yang menawarkan serendah £25. Aku rasa jauh lebih murah dari satu bahagian lembu kalau kat mesia kan? Sekarang ni kalau tak silap aku dalam RM300, mahu! Eh, tempat korang berapa banyak lembu tumbang? Di akhir majlis ilmu tu dapat lah jugak aku satu peket setengah kilo daging korban. Alhamdulillah dan kami panggang sahaja. Mummy takut makan kambing, so aku bedal lah sorang! Mummy cubit2 ja. Kakak pulak tak mau langsung!
    .
    Oke. Bye!
    *Emm... apsal aku rasa entry ni macam tergantung ha???
    .
    **** ** ****
  • Thursday, December 20, 2007

    Funfair & Perihal Mc. D Termahal di Dunia!

    SEBENAR kalau ikut turutan, cerita Mc. Donald termahal di dunia tu patut publish dulu sebab kes tu sebelum kami pi funfair. Tapi biarlah save the best for last, kalau tak best camna? Nasib lah kan, hahaha...

    I. ..FUNFAIR


    Adik kita nak pi funfair ni...
    Akhirnya kami berkesempatan juga untuk bawak Kakak & Adik naik boyan pusing kat Hyde Park. Padahal London eye lagi grand dan gah, tapi tetap lah nak merasa naik yg ni. Kalau Funfair yg di bulan December sebelum2 ni dingin je sambutannya, tapi kali ni... sesak nafas! Ramainya manusia. Sejuk gedik camni pun tetap orang nak mai. Kami pun sama la tu... Masuk masuk kawasan funfair tu ada Ice Skating dulu. Wah.. ada jugak lah nampak satu minah ni cam terrer je pusing2 cam patung belerina kat tengah2 tu. Tapi yg tak bessnya yg lelain just scating buat satu pusingan ramai2, biasa jer, tetiba dia pulak buat cam pro pusing2 cam gasing kat tengah2 tu sorang2... tak macam kera ke? hahahaaa...


    Masa pi terang lagi... kakak tak mau naik carousel tu...

    Dah gelap... ada nampak org main ice skating dak?

    Masa ni sejuk sangat, kakak memula ja nak pakai cap nya, pastu dia cabut. Suruh gak tetap tak mau. Hish kakak ni, mentang2 lah lahir winter time! Adik dok lah dlm stroller dia tu macam biasa. Masa kami pi tu baru pukul 3.30 petang tapi masa tu dah ada bulan dah. Kakak sungguh kelakar sebab dia lebih excited dapat tengok bulan dari tgk lampu2 kat funfair tu.


    Belakang kakak tu namanya bungy-dome.

    Rumah hantuuuuu...

    Macam fun fair yg lelain jugak, bila nak naik apa2 kena beli token. Tanya kakak kot dia nak naik train, nnnnNo katanya. Nak naik carousel, nnnNNo katanya jugak. Last last tak naik satu apa pun, bagus gak jimat duit daddy. Cuma kami naik giant wheel tu ja satu family. Dia bagi 3 pusingan. Kami naik sekali ngan 5 minah salleh dlm satu capsule. Punya kecoh minah2 ni excited giler babas dapat naik benda ni. Bila capsule kami tiba kat bawah je... diorang pun cam berteriak... we want more. Dont stop. Wow, we got another round! Yehhaa... gelak2, excited tak sudah2 padahal memang ride tu bagi 3 round sorang pun. Tapi kan, bila masuk round ke 3 ja, adik menjerit meragam dalam capsule tu. Mummy pun tak tahu dah nak pujuk macamana. Memang kuat giler adik jerit. Bukan tu je, adik menggeliat kiri kanan, uwaaa... uwaaa, uwaarrrrGGhhHHHHH. Maksimum punya volume adik kasi. Siap ngan surround sistem home theatre lagik! Pastu aku tengok minah2 saleh yg kecoh tadik terus diam, yg sorang tu masa pandang aku cam masaaaammm je... terus diorang takde mood, mesti dlm hati diorang menyumpah2, hahaha... Lantak korang lah. Nasib itu last round. Dan bila capsule kami sampai bawah takde lah diorang shout dont stop ke hapa lagi... Aku senyum ja walau pun kali ni aku pulak rasa nak tergelak2!


    Adik dlm capsule giant wheel sebelum membuat persembahan soprano dan falseto...

    Tengah2 lepak, tetiba je awek ni datang ngorat adik...

    Lepas tu kami terus jalan2 tengok lampu sahaja. Bila turun tu adik pun cepat je dia dah terlentok sendiri dlm stroller dia. Memang dia ngantok sangat lah tu. Walau pun funfair kali ni ramai orang tapi rides dia tak lah sebanyak yang tahun2 sebelumnya. Kami pun sekejap ja kat situ tak sampai 2 jam pun. Memandangkan kakak memang tak mau naik apa2 kami pun amik keputusan utk terus balik. Bye bye winter wonderland!
    ..
    .
    II. ..PERIHAL Mc. D TERMAHAL DI DUNIA!

    Berapa mahal korang pernah bayar sekali makan kat Mc. D? berapa??? Jom lawan. Hahaha... Kat sini kan dah ada Mc. Donald Halal! Wah... excitednya bagai kanak2 ribena. Dah lama rasanya tak makan Mc. Donald ni. Masa balik taun lepas pun sempat makan sekali je kat Mc. D stesen petronas kat sebelah MR2 tu... makan ramai2 ngan family Melawati masa kami balik dari Tesco. Masa tu dah kul 11 malam lebih dan abah datang join bawak Yana dan seorang kawan dia, abang Rais. Kelakar!


    Bergambar ngan tugu Arthur Duke of Wellington...

    Jadinya bila tahu ada Mc. D halal, aku pun teruslah plan untuk lunch kat situ. Tak le jauh mana, dia kat Southall, kira on da way ke Heathrow Airport sahaja. Jadinya bila sampai tu kami pun teruslah parking kereta dalam premis Mc. Donald tu. Free. Ni sudah bagus sebab kat kawasan ni cukup lah payah nak dapat parkingnya. Masuk2 ja tak semua menu dia yg halal sebenarnya. Tapi yg bagusnya, dia ada separate kitchen, so yg halal dan yg non-halal dia masak berasingan. Tukang masak dia pun pakai apron kaler lain. Yg kaler hijau masak di bahagian halal, yg biru bahagian non halal. Apparently cuma ayam sahaja yg halal. So Big Mac, Cheese burger dan seangkatan dengannya takde lah. Takpe lah kan, so kami order lah sahaja 2 set meal Mc. Chicken pastu tambah nugget & fruit juice untuk Nabila.


    Mmmm... sedap funfries Mc. D ni kakak ya???

    Kawasan Southall ni banyak pakistan dan Indian muslim. Mungkin sebab tu lah dia pilih lokasi ni kot. Bila dah sampai kawasan ni, teringat pulak aku pada manisan india ni. So sementara mummy dan Haziq menjamu selera, aku ngan Nabila pun lari lah sekejap mencari manisan tu. Masuklah kami kat satu restoran Pakistan, tapow laddu dan candi yg berbagai kaler tu. Pastu kami join semula mummy & Haziq dan perabihkan Mc. Chicken & nugget. Bila dah selesai kami pun nak balik lah. Sesampai di kereta ja aku tengok ada pekerja Mc. D dah tercegat kat sebelah. Isk... apahal ni? Dengan senyum2 sumbing kambing sambil menyerongin mamat tu bersuara: Your car got clamped, sir!


    Sweets dari kedai Pakistan.

    Alamak... apa kesss??? terus aku tanya dia kenapa??? Dia cakap parking kat premis Mc. Donald tu memang free, tapi driver tak buleh keluar dr premis tu. Kalau penumpang tak pa. Sebab aku kuar pi beli manisan tu lah kereta kena clamp. Cilak*K! Hampagassss betoi la!!! Yang paling tak dapek nak nolong nya, aku pulak parking betoi2 depan notis tu! huhuhu... tapi kan, notis camtu, who on earth would read pun? Sebab apa tau, sebab kat luar kawasan parking dia tu dah siap tulis FREE PARKING! Besar gedabak punya! Argghh, ini buleh mendatangkan MARAH! Kepunden betoi! Xsqgrr&%hj*fbraboosss! Terus aku cakap jerman dan menyumpah2 dlm hati. Apa nak buat, nak tak nak kena la aku bayo to release the clamp kan? Bila dia bagi tau charge nya brapa, adoiii... rasa nak menitik2 air mato pakcik ni! huhuhu... 100 pound tu bang! Bagai disiat2 pastu ditepek tepek garam hatiku ini. Pedihnya yang oiii... Terus teringat lagu Jamal Abdillah, Batinku Berlagu Pilu! huhuhuu... Itu dalam hati, tapi luaran tetap cewl. Dgn muka lagak cam orang2 kaya aku pun dgn selamba bayo ler! Tu la dia nya. Dengan tak semena-mena untuk 2 set Mc. Chicken ngan nugget 6 ketui dan satu fruit juice, aku kena £110.36. Kalau tukar duit kita tu, tak banyak mana, cuma tujuh ratus empat puluh satu ringgit lapan puluh tiga sen sahaja! Dalam bentuk angka, camni rupanya: RM741.83! Sanggup??? Oh, beginilah nasib diriku yang malang....
    Lepas ni mummy, kita makan nasi kat rumah saja lah ya... goreng telor!
    Uhuk... Uhuk....
    2
    **** ** ****
  • Monday, December 17, 2007

    Aku Dah Ada Beras

    Sabtu lepas kami sempat ke Galeria. Galeria ni macam shopping kompleks la. Sepanjang aku dok sini tak pernah lah kami ke situ walaupun dah beberapa kali jugak kami lalu kawasan ni. Memandangkan sekarang ni dah sejuk, so kami pun carilah indoor punya tempat. Teruslah Galeria ni menjadi pilihan. Lepas zohor je kami pun bertolak. Mmm... bila masuk dalam tu bess jugak. Bangunan dia simple je tapi susunan kedai dia di kiri kanan dan ruang pejalan kaki yg luas, amat sesuailah untuk kami yg kena tolak 2 push chair ni. Masa kami pi ni dah ada diskaun sana sini, maklumlah mat salleh dah nak krismas. So kalau nak shopping Aidil Adha pun buleh lah jugak...

    Masuk2 bergambar dulu...
    Tema galeria ni: you feel lika a star. Memang banyak lampu lip lap kaler purple pun. So kalau tengok macam star la rope nyer pun. Lagu satu yg buat kita rasa macam star, ialah kita buleh berbelanja lebih sikit kat sini. Sebabnya kebanyakan kedai2 dia merupakan factory outlet. Especially kasut memang banyak choices-nya, tapi mungkin lah sedikit off season. Tapi org macam kami ni bukan kira sangat, murah dan menarik, ambik! Lepas ni nampaknya tak yah lah kami ke Swindon yg jauh tu lagi. Sebab kalau beli pun barang2 yg sama ja. Yg ni lebih dekat dan convenient. Parking cuma £2 whole day.


    Suka beno kakak tengok giant star tu...
    Pun begitu bukan takde kedai yg jual barang yg mahal2. Ada, cuma tak lah semahal barang2 berjenama cam burberry ke tods ke apa ka? Kalau ada pun kami just lalu je, masuk pun macam nak tak nak je. Kang pakai beg mahal2 tapi bukak dalam ada 10 rengget ja... camna??? huhuhu haru... Lagi pun kalau nak pi tempat2 camtu baik ke Bicester Village. Tunggu la lepas krismas ni, melambak melayu kita buleh jumpa kat situ. Alhamdulillah, kaya kaya melayu sekarang ni kan?


    Pemandangan dr tingkat atas, 2 tingkat ja galeria ni...
    Seperti biasa kami lebih lama lepak makan2 minum2. Jalan ala kadar dan pastu kami pun balik. Kami memang recommend lah tempat ni especially kalau nak cari kasut anak yg murah2. Provided jangan lah cerewet nak jenama itu ini. Tengok lah... len kali kami mungkin akan ke mari lagi.


    Meh rasa Napoli Spagetti yg tawaq hebiaq & prawn mayo sandwich yg yummy...
    Dalam perkembangan lain, adik ipar aku baru je selesai kenduri kawinnya. Kami tak dapat balik, tapi dari perbualan talipon ari tu, waduhhh meriah bunyinya ya. Dan hari ni baru lah kami dapat menatap gambo2 majlis kenduri tu, memang ramai nampaknya. Tahniah Dwen & Ani ya. Dengar nya siap berduet karaoke lagi... lagu apa ntah diorang nyanyi aku lupa la... Aku dah penah dengar Dwen nyanyi, sedaaaappp sikiiiiiit je dr sora aku. So boleh bayang kan tak? hahahaa... Patut nyanyi lagu my heart! Baru romantik, tapi kalau off key banyak sangat habis tetamu kena heart attack! hahaha... melawak ja.


    Merpati 2 sejoli...
    Memandangkan inilah satu satunya adik ipar aku yg dah menikah, so aku nak bagi tau lah yg sekarang ni aku dah ada beras, eh biras... Aku dah ada biras. Ya, aku dah ada biras. Dari kejauhan ni kami doakan agar Dwen & Ani akan selamat berbahagia sampai ke syurga. Moga di kurniakan anak2 yg comel sihat soleh & solehah. Amin.
    Labbaikallah humma labbaik...
    Last but not least... Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua yg sudi jenguk jenguk ke mari. Semoga yg pergi menunaikan Haji pulang dengan pengalaman dan pahala yg berganda. Moga mabrur haji nya dan semoga kita pula akan berpeluang mengunjungi rumah Allah satu hari nanti.
    .
    Insya-Allah...
    .

    **** ** ****