• Tuesday, August 29, 2006

    Brickendonbury: Hari Karnival Malaysia

    *kualiti gambar agak kurang memuaskan.
    ESOK lusa kita akan menyambut kemerdekaan yg ke-49. Tapi kami di sini telah menyambutnya terlebih awal. Bertempat di Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendonbury, telah pun dilangsungkan Hari Karnival Malaysia. Ramai yg dtg, in total mungkin sampai 3,000 orang termasuklah mat & minah salleh skali. Bagus jugak kitorang pergi ber konvoi 4 kereta, kalau tak sah sah lah aku sesat. Punye la ceruk tempat ni. Masuk jalan2 kampung... nasib la redup. Memandu pun tenang je...

    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Ni kami on da way la ni... Macam masuk ladang getah je rasanya tapi tenang & nyaman gayanya...
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Setelah driving hampir sejam akhirnya kami pun sampai. Sampai2 je aku terus la park keta kat tempat yg telah pun disediakan khas... hehehe

    Masa kami sampai situ aku tengok dah ramai jugaklah orang. Ye la kan, karnival start kul 9.30 pagi dan kami sampai dah nak pukul 11.30 pagi. Upacara menaikkan bendera pun kami miss. Acara tu jam 10.30 pagi kalau tak silap aku la. Walau pun dah dekat 2 tahun aku kat sini, ni la 1st time kami sefamili attend this event. Tahun lepas diorang kansel atas sebab2 keselamatan lepas kes bombing tu.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Tu, belakang tu la tapak karnival Malaysia tu. Meriah lah...
    Photobucket - Video and Image HostingBila dah masuk ke tapak karnival tu... terus kami aim kedai menjual sate. Sebenarnya beberapa hari sebelum event ni lagi Lina dah aim nak cari sate (tetiba teringat lak aku kat sate cikgu Arbaie...) Time tu dah dekat pukul 12 pon, perut pun dah mula rasa rasa kosong kan? Bila kami ke situ, ramai org dah queue lagi awal kat gerai sate tu. Ada 2 gerai yg menjual sate ni tapi yg ni lebih real siap bakar guna arang cam kat Mesia ni. So kami pun pilihlah gerai yg ini.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Lina tengah join queue, beratur nak beli sate... Cepat sikit mummy, Nabila dah lapar ni...
    Selain dari sate kami juga membeli keropok lekor (frust sebab tak seperti yg di harapkan!), nasi lemak, yong tau foo dan yg paling BEST.... tempe! Tak tau la dari mana diorang seludup tempe ni ke sini. Tak banyak mana pun. Sebab habis semua di beli org. Kami amik sepeket je. Juadah yg lain cam pasembor, roti canai, masalodey, cilisos aminah Hassan pun ada. Isk... macam2 lah kalau nak disenaraikan. Harga jangan tanya. Memang mahal sikit. Hehehe... diorang mark-up price for this event. Sate tu £4 untuk 5 cucuk, yg tu oke lagi la... tapi yg buat rasa mahal sangat tu bila aku beli karipap kecik je 3 bijik £2.50! Huh, salah aku la jugak... main amik je tak tengok rega kan? Jadi bayo je la...hahaha.
    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Proton pun ada bukak ruang pameran kereta A1 Team Malaysia. Lepas aku try test keta tu, kami bergambar pulak ngan Alex Yoong pemandu rasmi dia... oh ya, Satria Neo pun diorang display jugak.
    Bagi yg penah ada experience diorang memang well prepared untuk attend this event. Siap bawak tikar dan khemah. Tak cukup ngan itu siap bawak bekal sekali walaupun ada 25 gerai yg dibuka menjual macam2 makanan Malaysia. Kami yg takde experience ni dtg melenggang je la. Tapi tetap lah menumpang port mereka2 yg sudi meng'offer'. Tengkiu la ya.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Lepak lepak melepas lelah kat port Pak Ya dan Hj Yatim.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Ni pulak di port ustaz Rahim & Kak Puteri... siap offer kami nasi lemak tu...
    Boleh lah dikatakan ramai yg look forward for this event. Ye la kan, ni la tempat berkumpul dan dapat lah jumpa ngan rakyat malaysia majoritinya. Kiranya ni macam family day la. Aku sendiri terjumpa balik ngan member aku masa aku buat A-Level dulu. La ni dia dah kawin ada anak 2 org dan dah 2 tahun kerja ngan KPMG rupanya. Dah nak balik mesia balik pun. Rancak bertanya khabar sampai lupa nak amik gambar!
    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Bergambar dengan family rosdi, mozak dan juga yusri...
    Kalau dah ada event camni mestilah diselit2kan hiburan kan. So ada pertunjukan pentas tarian kebudayaan. Mat saleh dan org ramai siap duduk bersila, mencangkung, baring, macam macam style la kat atas padang depan stage tu. Ada jugak cabutan bertuah, grand prize dia tiket pernerbangan MAS balik Mesia untuk seorang. Sapa la yg bertuah tu ya. Event tu berlangsung sampai pukul 5 petang. Tapi pukul 4 lebih kami pun amik keputusan untuk balik.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Dah puas meluang masa bersantai dan menikmati pelbagai juadah kami pun menuju ke kereta dan terus lah pulang ke rumah...
    .
    Cantikkan keta kami....?
    .
    Hahahaaa...
    .
    *Selamat Hari Lahir kepada Acu Amin (27.8) dan Maia (31.8). Semoga tercapai segala apa yg dihajatkan. Panjang umur murah rezeki. Amin.
    .
    **** ** ****
  • Friday, August 25, 2006

    Dover: Bukit didaki Lembah dituruni

    RASA-RASANYA inilah hujung minggu kami yg paling adventure! Hahaha.. tu la... tak sangka lawatan kami ke Dover ni begitu mencabar sekali. Tapi kami tak bersendiri mengharungi cabaran ni, Mozak and family pun terjebak sama.
    Lebih kurang jam 8.30 pagi kami bertolak ke Dover. Perjalanan ke sana lebih mudah sebab Mozak sekarang dah ada navigator. So kami ikut je la dr belakang. Sampai2 je kat Dover terus kami tuju ke White Cliffs. Memang Dover ni terkenal dengan white cliffs ni dan itu lah salah satu tarikan utama kat sini.

    Isk daddy ni... apa la kita lepak kat semak pulak ni?... Rileks Nabila, Daddy nak dapatkan effect yg fantastic dalam teknik photography ni... hahaha.

    Parking fee dia £2.50 pastu lepak lah berapa lama suka. Dari atas white cliffs ni kita buleh la nampak pelabuhan/jetty Dover tempat ferri berlabuh. Kalau nak gi ke France situ la tempat naiknya. Nampak tak Lina tengah teropong tu... tu bukan teropong free free je tau, bayo 20p dulu ya!!! hahaha. Aku dah penah naik ferri SeaFrance ni dari Dover sampai ke pelabuhan Carlais di France. Punya la aku pening mabuk laut, itu pengalaman 8 tahun dulu. Serik rasanya. Masa kami pi ni cuaca agak sejuk dengan angin bertiup agak kuat. Makin sejuk la terasa.

    Kalau betul2 nak tengok pemandangan dia yg menarik tu kenalah jalan sikit sebab keta boleh masuk cuma di kawasan awalnya saja. Jenuh lah kami cari spot paling menarik untuk bergambar agar nampak pemandangan white cliffs tu. Kalau korang besarkan gambo belah kanan ni, korang boleh nampak Dover castle kat atas bukit tu. Kami spend masa tak lama kat sini, sebab tak de apa cuma tengok pemandangan laut, ferri, burung camar & white cliffs tu sendiri. Ramai juga pengunjung kat sini. Orang tua tua dah bertongkat pun jalan slow2 suami isteri. Punyalah gigih diorang ni!
    Nabila tersenyum menunjukkan 2 batang giginya yg baru tumbuh tu. Kat sini jelaskan nampak white cliffs tu? Kalau kat Temoh cam bukit nak pi rumah Opah Wan Pah je lah (org Temoh je tahu kot)! hahaha...
    Lepas tu kami mencari spot yg lain pulak. Asalnya nak mencari pine garden, ingat nak lepak2 minum2 makan2 la kan. Tup tup bila sampai nampaknya pine Photobucket - Video and Image Hostinggarden tu kena bayar. Kami rasa charge yg dikenakan tidak berbaloi dan macam takde orang pun yg masuk. So kami pun carilah alternative yg lain. Pastu Mozak gigih ni, pi tanya mat salleh kat situ mana spot nak dapat pemandangan menarik. Mat saleh tu pun gigih jugaklah meng"explain". Mat salleh tu suh patah balik, turun ke bawah dan ambik kawasan pantai, tapi setelah "bermusyawarah" kami telah mengambil keputusan untuk TAK mendengar cakap mat salleh tu. keh keh keh. Agaknya mat saleh tu menyumpah kot kat kami sebab penat dia bagi direction last last kami tak ikut pun. Kami amik keputusan untuk pergi ke rumah api yg terletak di atas bukit tu dan di sini lah adventure bermula.
    Ceng ceng ceng!!!!
    Apala yg kelakar tu ya? Tu la dia rumah api yg kami tuju tu. La... camtu je ke rupa nyer? Ingatkan yg belang2 merah putih cam dalam crita Ring 'O' tu... huhuhu
    Rupa-rupanya rumah api tu jauh juga. Dah la naik bukit, kena tolak stroller Nabila pulak. Jalan pulak bukannya rata. penuh batu-batu dan akar2 kayu. Penat la. Naik mengah aku rasa. Betis pun mula rasa jegang semacam je. Nabila dah rasa cam cabaran camel throphy pulak. Last last aku dukung Nabila. Lagi senang rasanya dr tolak dia dlm stroller tadi. Tapi sat je.. pastu rasa cam nak patah pinggang pulak. Letak balik dalam stroller. Kelakar pun ada. Bukit cerakah punya trek pun lagi cantik dr trek kat sini. Cam tu jugak jungle tracking kat janda baik! Lagi menambah cabaran bila jalannya penuh dengan taik kuda! Ada yg basah ada yg kering... hahaha. Tapi usaha itu tangga kejayaan, kami sampai juga ke atas! Yey!
    Sampai sampai kat atas kami buka la bekal kueh pau. Nabila pun mula lah menjamah makanan dia. Baru sesuap dua, hujan pulak ni!!! Alamak.. bungkus balik semua makanan, dan cari tempat teduh, tapi tak sempat jumpa tempat teduh, hujan pun berenti. Aik, magic sungguh! Kami pun apa lagi terus posing2 ambik gambo lagi. Yeaaah... Langit nampaknya makin gelap ni. Jadi kami amik keputusan untuk turun je cepat2 sebelum hujan turun lagi. Masa turun ni tak la rasa jauh pulak, tapi baru separuh jalan, hujan turun balik. Lebat betul! Jalan pun jadi licin. Ramai mat saleh yg berteduh bawah pokok. Kami pun cari pokok utk berteduh. Aku pun tolak la stroller Nabila dengan langkah yg cepat2. Nasib la Nabila punya stroller memang ada disediakan rain cover, kalau tak lagi parahhh!
    Photobucket - Video and Image Hosting
    ...dan berteduh lah kami di bawah pokok tepi jalan berbatu batu...
    Walaupun diuji dan diduga dengan cabaran cuaca, kami masih tak putus asa, lepas hujan dah berenti kami cari lagi spot yg menarik. Gigih sungguh ni! Hahaha... Perut pun dah lapo, so kami terus ke Marina Bay dia. Kat situ ada banyak bot2 dan yatch berlabuh dan juga ada jetty tempat orang ramai memancing ikan. Nak pancing kat sini kena amik lesen dan setiap rod dikenakan £3.00.
    Ni la kapal layar.. eh ke bot? eh.. kapal layar la kan.. cuma layar dia je diorang tak pasang... bes gak pemandangan dia.
    Baguslah tempat ni sebab dia ada sediakan bench dan kat situ la kami "pau" bekal nasi campur yg dibawa oleh Mozak. Siap ada rendang lagi tu. Thanks la Sue ya... aku siap bertambah ni. Lapo betui! hahaha. Cantik jugak pemandangan kat sini. Just tangkap2 gambar ala kadar. Tapi kedai dia tak banyak bukak. Town dia agak bosan. Mungkin hari ahad diorang tutup cepat kot.
    Lepas perut pun dah kenyang, kami chiow balik ke London. tetiba tengah driving ni aku ngan Mozak sempat calling calling lagi dan amik keputusan untuk singgah ke Ashford designer factory outlet pulak. Ni 1st time kami ke mari. Wah.. best la concept shopping complex dia. Tapi kami pi kedai semua dah nak tutup. So do a quick window shopping dan pulang lah ke London. Balik balik, aku rasa penat lah weekend yg ini. Huh! Tapi kenang2 jadi lawak la pulak. Hahaha... Minggu depan nak pegi mana ya?
    .
    Nak join???????
    (huh! Awat penat aku menaip kali ni ntah?)
    .
    **** ** ****
  • Monday, August 21, 2006

    London Attraction Version 2.0

    HMMMMM... dah lama sebenarnya aku nak publish this entry. Tapi sebab blog buat hal lagi, aku terpaksa tangguh sampai hari ni. Dah berpuluh kali log-in log-out tak buleh2 jugak nak upload gambo. Finally i have to use my photobucket but no enlargement would be possible for some pictures.
    Photobucket - Video and Image HostingOke lah, if you are coming to London with a tight budget, i suggest you visit the museums. Kat central London ni banyak museum, ada transport museum, British Museum, Science Museum... macam2 lah. Yg bess nya most of these museums are admission free. Jimat la kan... however this time i choose to "story-mory" about the most exciting museums among all (bagi aku la kan) that is the Natural History Museum. Pengunjung tak putus2. Muzium ni besaq... luas... kalau korang boleh tour the whole museum within one day memang terror la korang. Kalau tak lenguh kaki saja la...

    Dalam muzium ni korang leh tengok macam2 replica. Dari sekecil2 serangga sampailah sebesar2 binatang. Tapi apa main attraction kat sini? YEssss ... main attraction dia ialah DINASOUR! Masuk2 je korang dapat lihat replica rangka Diplodocus, sejenis dinasor yg makan tumbuh2an! Sebenarnya replica ini didatangkan dr Carnergie museum di Pittsburgh, USA pd tahun 1905 sebagai memenuhi permintaan King Edward VII, Prince of Wales, semasa lawatan beliau ke museum tersebut.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Belakang tu la replica Diplodocus, panjangnya dari ujung kepala hingga ujung ekor ialah 26meter. Ia hidup lebih kurang 150billion tahun yg dulu.

    Hari tu ahad dan ramai sekali org kat situ. Semua tumpu kat bahagian dinosour tu saja. Sampaikan nak masuk situ cuma boleh jalan sepintas lalu sebab ramai yg Q. Kami pun Q sama la. Replica dan penemuan yg asli cam taring, kuku dan gigi dinasour yg hidup berbilion tahun dulu ada di paparkan. Gambar2 pun banyak yg menayangkan habitat dinasor ini. Begitu juga dengan tayangan dari screen tv yg di letak merata2. Kiranya kalau korang ada hati nak jadi palaeontologist, this is the right place to dig some info.
    Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
    Tu lah dia gigi dan taji pada ibu jari dinasour. Tu penemuan asli tu, bukan replica. Belah kanan tu pulak bergambar dengan replica kepala T-Rex... aik.. Nabila tak seramm pun. HUH!
    Satu lagi bagi kanak2 yg dah bersekolah tentu lagi bess. Sebab ada masanya pihak museum akan adakan workshop untuk budak sekolah ni. Diorang memberikan hand-on education pada bebudak ni tentang kerjaya kaji purba. Spatula, brush semua diorang provide, free pulak tu! Kat ujung pameran dinasour ni ada seekor T-REX yg dia buat hidup, mungkin guna bateri atau letrik kot. Real la jugak. Kepala, ekor, tangan dia bergerak dan mengauummmm dgn kuat. Nabila pun syok menengoknya. Tapi takleh lama2 sebab kena bergerak.
    Nabila tengah memerhati T-Rex yg bergerak dan mengaum tu. Gambar kurang jelas, kena gerak sebab Q kat belakang begitu panjang. Siap ada annoucement lagi cakap tak boleh berenti!
    Lepastu kami jejalan seksyen yg lain tapi tak secara detail sebab dah penah masuk dulu. So terus lah proceed untuk lunch. Ni aku nak nasihat, kalau korang nak lunch tak yah la lunch dlm museum ni. Dah la cafe dia kecik, beratur punya panjang, makanan dia cuma sandwich dan cookies, pulak tu setengah jam belum tentu dapat makanan! Korang bawak bekal atau cari je cafe kat luar.
    Lepas kami lunch ala kadar, kami pergi pulak ruang museum ni yg menunjukkan seaneka benda tentang batu. Macam2 batu ada sini. Dari batu yg kilau2 batu cincin sampai lah batu yg besar2. Ini lah kali pertama aku tengok Bismuth, sejenis batu yg terdapat dalam siri jadual berkala. Korang tahu ke jadual berkala? Ha... kalau sapa belajar Kimia mesti tau punyer la. Kaler bismuth ni rupanya kelabu dan agak silvery di sesetengah bahagian. Ia dibawa khas dari Australia, tapi terlupa nak amik gambar gara2 melayan Nabila yg dah nak tido tu. Selain dari bismuth, satu lagi batu yg menarik perhatian aku adalah serpihan batu dr bulan. Kat sebelah kiri ni ha batu tu. Tak nampak kot, sebab dia diletakkan dalam prisma yg berbentuk piramid tu. Serpihan batu ini beratnya 128 gram , telah dibawa oleh astronauts Apollo 16 dlm misi ke bulan pada April 1972.
    Satu lagi yg menarik ada satu ruang khas yg menceritakan tentang gunung berapi. Bermulalah dengan gunung berapi Karakatoa (1883) hingga lah ke gunung berapi Merapi yg terbaru tu. Ada di tunjukkan batu2 dari ledakan gunung berapi. Ingat tak Athur Seat yg kami cerita dlm entry kami masa kat Scotland tu? Itu adalah salah satu peninggalan gunung berapi yg pernah aktive 340juta tahun yg lalu! kalau ada gunung berapi mesti ada gempa bumi dan mesti ada skala ritcher kan? So kat sini ada disediakan sebuah alat yg membolehkan kita merasa bagaimana kuatnya gegaran mengikut bacaan skala ritcher tu.
    Photobucket - Video and Image Hosting
    Tu dia Lina tengah meletak ke-2 tangan mencuba alat pengukur skala Ritcher tu. Lepas tu ada satu stage tu, kita berdiri ramai2 nanti stage tu bergegar, tapi dia gegar sikit je pada kadar 1 skal ritcher je. so tak thrill sgt la.
    Lepas dah abis tempat ni... kami pun dah betul2 lenguh. Naik sakit keting aku. On da way kami nak balik, aku dapat panggilan dr member lama aku yg la ni buat PhD di Leeds (dulu glamer dengan gelaran BAD TUTORIAL, hahaha). Tetiba je dia ngan family dah ada kat London. So, kami pun bergegas lah balik sebab dia nak dtg ziarah. Emmm, dah ada member kat Leeds ni nampaknya ada la port kami kalau nak gi sana melawat university aku dulu. Ini sudah bagus! Oh ya... gambo belah kanan ni si Lina tengah mencari, manalah dia Malaysia. Rindukan kampung halaman sanak saudara la tu... hehehe. Jadi, begitu lah sebuah lawatan yg sungguh menjimatkan dan educational juga. With that, i rest my case! Tengkiu.
    .
    Salam...
    .
    *selamat pengantin baru Siti Nurhaliza & Datuk K. Ramai yg menyampaikan undangan tapi maaf tak dpt hadir. Bila sudah berumah tangga jangan la lupa blog kami ini ya. Hahahaha...
    .
    **** ** ****
  • Monday, August 14, 2006

    Bicester Village (selamatkan wang anda)

    DIALOG
    Aiiii... tak habis2 shopping lg ka???
    Dah...
    Kalau dah, buat pa nak pi Bicester Village?
    Nak cari barang orang...
    Oh, oke.
    **********
    KALAU korang saja nak sight seeing tengok country side toksah datang sini! Bicester Village ni takleh nak offer benda2 tu. Jadi apa yg ada kat sini sampai ramai no org kita yg sanggup drive 1 jam dr London nak mai sini??? Jawapannya, SHOPPING - tu la dia. Tempat ni offers semua barang2 high class... Dia cam factory outlet la. Tapi yg menariknya dia buat style Village. Banyak rumah kedai kiri kanan semua berkumpul dengan bahagian tengahnya menjadi ruang legar. Jadi environment dia tak le cam membeli belah dalam shopping compleks. Best la jugak... tapi kalau banyak duit lagi bess. Hahahaa.
    Kami ada la 3-4 kali dah ke mari. Ada la beli 1-2 yg murah2. Suka jalan2 tengok2 barang2 je. Window shopping. Kali ni datang sebab nak menyampaikan hajat kawan2 yg nak itu ini. Kat sini kedai2 dia yang ada, cam kedai Salvatore Ferragamo, Clark, Levi's, Versace, Christian Dior, Bally dan seangkatan dengannya. Kami pulak kalau pi sini mesti asyik mengulang kedai Clark... sebab nya itu je yg menawarkan harga yg murah. hahaha...
    Salah satu kedai yg terdapat kat sini. Orang punyer la ramai, panas pulak tu! Nabila pun tak berkasut dah...

    Tapi seronok tengok barang. Cam masa kat Ralph Lauren tu aku masuk mencari sehelai seluar punya lama... last last takde yg berkenan. Keluar tangan kosong. Baik la balik beli kat Mesia. Lagi pulak aku kalau beli seluar mesti kena potong kasi singkat... sini dia tak offer potong terus cam tempat kita. Silap2 kos nak alter seluar lagi mahal dr rega seluar tu sendiri... tak bebaloi!
    Kami pi pun dah lambat, so sampai2 terus cari barang member dulu. Ye la sebab kami memang takde niat nak beli apa2 pun. So terus ke kedai Levi's... Sepasang £30 (= RM210) kalau 2 pasang £50 (= RM350). Murah la kot kan, kalau tak takkan member kitorang tu suh beli jugak?? Tak tau la aku nak bandingkan... sebabnya jeans Levi's aku pun beli kat Petaling Street je, tak pon Jalan Tunku Abd. Rahman... original tau, original Pirate! hahaha.
    Lina tengah sibuk mencari pattern/size yg sesuai. Apa? Takde yang sesuaiiii? oke.. jom bergerak... hahaha.

    Lepas tu kami masuk Versace pulak. Kali ni takde design seperti yg di pesan, so kami pun usha2 keliling je, masuk cam orang kaya duit berkepuk. Kata pepatah "...bior pape ase bergaye" ! kwang kwang kwang...
    By that time dah kul 2, Nabila pun dah lapo... so kami pun berenti la rehat jap. Nabila ni kalau perut dia kenyang dia memang tak banyak ragam. Kira senang la nak bawak dia bejalan. Tapi sekali sekala dia ngamuk juga.. biasa la tu kan... hehehe.
    Kali ni memang kami pusing habis semua kedai la... Selalunya kami skip2, kali ni masuk hampir semua kedai. Last sekali baru lah kami ke kedai Clark dan dapat lagi mencari barang yg di pesan orang. Penuh beli barang orang je kali ni... hahaha. No hal lah...
    Ni lagi satu kedai berjenama, Burberry. Kalau korang cari jenama Bonia, sini tadak ya. Tu Malaysia je ada, (aku pun baru tau daaa....)

    Seperti yg dijangkakan... kami bertembung dengan ramai Melayu kat situ. Ada yg senyum saja, ada yang menegur. Yg bess tu ada satu pakcik tu tegur aku... Masa tu aku ngan wife aku tengah makan aiskrim & pakcik tu datang nak borak. Serba salah la kan... ye la takkan nak offer aiskrim kat pakcik tu pulak. Yg paling bess tu pakcik tu beria2 ajak aku datang rumah dia kat Johor kalau aku balik mesia. Wah! Ramah nya pakcik ni... wife dia pun sama. Siap suh aku pi Johor pastu sampai kat petronas Tangkak tanya orang kat situ mana rumah Cikgu Yusoff. Katanya semua orang kenal dgn Cikgu Yusoff ni. Aku cam biasa cuma cakap InsyaAllah... InsyaAllah la kan. Tapi aku respect la pakcik ni... dia begitu mesra sekali. Bukan apa, ada gak melayu yg aku jumpa cam eksyen sikit. Maklum la... datang shopping di London you... hahaha.
    Wokeh la... tu je la kot, kang panjang2 kang makin mengarut pulak. Tapi kalau korang ni memang suka shopping, suka beli barang branded, atau nak compare harga dan get a good bargain memang lah aku rekomen korang datang sini. Sediakan je duit secukupnya. Nak lagi senang bawak kad kredit.. hehehe... tak nyesal punyer!
    .
    Oke la tok moyang, cucu tumpang lalu ~ mintak diri dulu lah ya... dan korang jaga diri hiasi peribadi.... luar dalam mesti mau cantik, oke!
    See you again next time......
    .
    PaPaiii....
    .
    **** ** ****
  • Thursday, August 10, 2006

    Oxford: Sepintas Lalu

    DIKENALI dengan gelaran - The City of Dreaming Spire, kalau dlm bahsa kita tu lebih kurang maksudnya Bandar Menara Impian... eh.. ntah betoi ke dak translation aku ni? Kira betoi je lah ya, hahaha...

    Well, kalau sebut je Oxford, what comes straight to your mind? University??? Yup... same here. Actually itulah main attraction dia kat sini. Yg bessnya seluruh town dia is a university campus, sebab apa? Sebab University Oxford ni bukan cam university kita, dia takde kompaun dia sendiri. All the university buildings are scattered and almost everywhere you can find them. Its quite cewl... in a sense that you can be at its town whithout knowing that you are actually in the university coumpound! Style open university, camtu la... Sebab tu la jugak kat town dia bersepah kita boleh jumpa Oxford University punya stationary shops.

    Kali pertama aku gi Oxford ni masa tu about winter kot. Sampai2 dah gelap sikit sebab sampai lambat, plus day time was actually shorter! Kami jalan2 kat town dia, tangkap satu dua gambar. Kami pi hari Ahad sebab time tu parking free, biasa la kan. But nak dijadikan cerita still i got summon ticket for not displaying the free parking ticket correctly. Malang... malang.... lesap £25 aku!!!
    Emmm... lagi kalau korang perasan masa sekolah dulu kan ada Oxford dictionary kan? Aku rasa masih digunakan lagi dan banyak cikgu2 yg rekomen guna oxford dictionary ni sebab dia lebih comprehensive. Dari sini lah dictionary tu dihasilkan dan kemudian diterjemahkan ke bahasa asing. Yg terbaru ada compact oxford dictionary dan dalam nyer ada 145,000 patah perkataan. Em.. aku patut mintak royalti ni sebab tolong promote! Agak agak diorang layan tak??? hahaha...

    Atas ni salah satu bangunan milik Oxford Universiti, sebuah museum. Moga satu hari nanti Nabila akan menjadi salah seorang graduan berjaya dari Universiti terkemuka seperti ini. InsyaAllah...

    Kali kedua kami pi masa balik dari Burton-on-the-Water tu. Memandangkan ia terletak dalam laluan nak ke London so kami singgah lah. Salah satu attraction yg menarik kat sini sah sah lah tempat penggambaran Harry Porter tu. Alah... cerita yg ada naik penyapu terbang tu... kampus Harry potter tu la... tau dak? Tak tau? Isk Isk isk... takpe.. nanti ada masa gi cari balik CD Harry porter tu ya. hahaha... Kami tak le masuk kedalam cuma dari luar je kami bergambar.

    Pose apa yg aku try buat tu, ntah! Bangunan belakang tu la tempat penggambaran Harry Porter tu... oke, sekarang dah ingat?

    Oxford ni sebenarnya adalah merupakan "home to royalty and scholar" sejak lebih 800 tahun dulu lagi. Tapi menurut ceritanya beribu-ribu tahun dulu dah ada orang menghuni bandar ni. Kami tak lah lama spend masa kat sini. Betoi2 walk thru je.... Lagi pun town design dia lebih kurang dengan bandar2 yg lain di sini. Nak masuk kedai semua jual barang yg sama. Jadinya jalan jalan, pusing pusing dan balik lah...
    Yup, ni betoi punya jalan jalan... hehehe
    Jadi tulah dia Oxford sepintas lalu. Tapi kalau korang datang sini, korang jangan lepaskan attraction dia yg lain, cam ada musium yg ada rangka raksaksa tu... (tapi kat central London ada museum lagi besar.. nanti kami ceritakan dalam London Attraction punya entry).
    Mmmm.. tak banyak yg boleh di tulis, sebab aku kat situ pun tak lama. But... u guys got the idea about the town kan? So, kira orait la tu... Wokeh, aku cha alif but dulu ya...
    .
    Jangan nakal-nakal!
    .
    Bye.
    .
    **** ** ****