• Monday, February 26, 2007

    Leeds & Uni Ku Ter-Chenta...

    LEBIH 10 tahun lalu aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Leeds ini. Dan kini aku kembali lagi bersama anak dan isteri, membongkar semula nostalgia yg sudah berkepuk di kotak minda. Kenangan indah suka duka datang bergentayangan bersilih ganti lantas menghamburkan episod2 lalu. Terasa meremang bila ingatan itu meresap ke seluruh urat saraf. Nyata bait-bait memori itu tidak mampu ku ketis lagi... Cheeewahhh... ada macam cerpen tak??? Itu baru intronya saja, hahaha...
    Parkinson Building, University of Leeds. Bangunan ni menjadi landmark bandar Leeds ini sendiri.
    Bila dah sampai ke Leeds tu memang lah aku nak sangat2 tengok Universiti aku ni balik. Ye la... ramai yg kata ada banyak perubahannya. So pagi sebelum berangkat semula ke London, aku bawak Lina ngan Nabila tour Uni aku dulu. Kami jalan kaki je dr rumah Bad, maklum lah payah dapat parking area situ. Bila sampai je teruslah aku ke School of Chemistry... Nostalgia sungguh!!! Kami masuk ikut main entrance dia. Aku pun seronok sangat explain kat Lina tentang Uni aku ni. Yg kelakarnya, Lina pulak yg berdebar2 nak masuk ke situ.

    Didepan pintu masuk School of Chemistry...
    Bila masuk je aku terus ke office dia... mmm... org baru, aku tak kenal. Aku main redah je dengan harapan dapatlah jumpa ngan lecturer2 aku dulu, itu pun kalau diorang masih idup! Ye la kan... kebanyakan lecturer aku dulu tua tu-i, satu dua je yg muda. Keluar dari office tu terus nampak hall of fame. Wahhh... ada gambar batch '98 laaa... yeahhh... terselit aku dicelah2 student2 mat salleh. Bangga siot!!! Yela kan... dulu masa aku study cuma ada 2 je Malaysian yg buat course Chemistry ni. Aku dan Rin. Pastu ada few pakistani dan yg lelain semua mat/minah salleh dan mat/minah gagak.

    Hall of fame, Lina sedang menunjukkan gambar batch '98. Kalau terror cari mana aku? hahaha...
    Puas bergambar kat Hall of Fame tu... kami mencari lecturer aku pulak. Aku dah agak tentu ramai yg dah takde, mungkin bersara atau tukar tempat kerja atau apa apa je lah. Kebetulan bila naik tingkat 2 je... terus nampak Profesor T.P. Kee... Laju je aku ketuk pintu bilik dia dan dia agak terkejut tengok aku. Sah sah lah dia tak ingat aku sapa kan? Dulu aku kurus cekeding je... la ni bagai di pam pam. Hahaha... lepas aku introduce diri aku, terus dia cam teruja dan begitu warm sekali dia welcome aku ke Leeds U semula. Aku kenalkan dia dengan anak dan isteri aku. Mesra betul Professor Kee ni dan berkali2 dia ucapkan all the bess. Dan dia pesan anytime aku ke Leeds singgah lah lagi ke uni ni sebab katanya "this will always be your home". Pastu kami cari lagi proffesor aku yg lain pulak. Kali ni jumpa pula ngan Profesor Seakin. Dia pun begitu teruja sekali jumpa aku. Katanya dia still remember aku ni. Dan dia ingatkan Lina tu Rin, yg buat course Chemistry sama ngan aku dulu. hahaha... Profesor Seakin ni dia ada menulis buku. So kalau nak lulus cemerlang beli je buku dia dan buat ulangkaji based on that. Memang terperinci lah, sama seperti yg dia ajar kat dalam lecture hall.
    Professor T.P Kee dan Professor Seakin. Nabila lelap sepanjang Uni tour ini...
    Ni gambar Professor Pilling. Aku suka kelas dia sebab dia selalu bagi aku markah tinggi, hehehe. Dia masih mengajar tapi tak sempat nak jumpa. Gambar yg lelain tu dah bersara atau mungkin dah jadi arwah pun... huhuhu.

    Masa kami agak terhad... jadi tak sempat nak cari lecturer yg lain. Dapat lah jugak aku tengok makmal Kimia aku dulu tapi tak amik gambar pulak, huhuhu. Kami pun bertolak ke tempat lain sebab aku nak ke Universiti Union untuk beli souvenir. Banyak betoi perubahan dengan kedai2 dan mini bar dia yg lebih moden. Souvenir dia tak banyak... sticker kereta pun takde... last last aku amik sebijik cap... dan sehelai baju untuk Nabila. Ada baju yg lina bekenan tapi takde saiz pulak... so tak beli lah. hahaha. Sempat juga kami pekena secawan hot chocolate kat Uni Bar sebelum melangkah pulang.
    Bergambar di depan Great Hall... selalu kalau Graduation dia buat kat sini la. Tapi aku punya kat belakang sport centre, sebab tak muat... huhuhu
    Nabila bebas di Leeds town dan di dalam Queens Arcade. Kita pulak yg tak menang tangan nak mengejarnya...
    Mmm... takkan melawat Uni je kan... kenalah tengok Leeds town jugak. Tapi sebenarnya town Leeds ni kami dah pegi masa 1st day sampai. Yg bessnya kat Leeds ni tempat shopping dia. Dia ada ruang jalan yg besar dan takde kenderaan yg dibenarkan masuk. So jalan kat situ rasa selamat. Nabila pun seronok dapat jalan sendiri. Teringat lah jugak dulu aku selalu gi kat International Swimming pool dia. Aku ajak housemate yg lain semua tak mau. Last-last aku sorang je buat Leeds Card dan dapat masuk ngan bayaran 50p je per session.
    Kat Leeds ni kalau datang jgn lupa bergambar dgn town hall dia. Sebab selain dari Parkinson Building kepunyaan Leeds U ni, ini juga merupakan landmark dia. Aku suka tengok tiang2 dia yg besar2 dan menjulang tinggi tu... menampakkan bangunan ni begitu gah sekali. Dulu depan town hall ni ada sebijik kereta proton pesona. Sapa owner dia pun aku tatau... la dah takde. Mungkin dia dah tukar Merz kot? huhuhu.

    Pemandangan Leeds Town Hall dari jauh.

    Dari dekat... belah kanan tu bergambar dengan "Azlan", kalau sapa tengok Narnia tentu tahu siapa Azlan tu... hahaha.
    So... itu lah dia kisah di Leeds. Memang sesuatu yg menyeronokkan bila dapat visit tempat kita belajar, apatah lagi dpt jumpa lecturer yg penah mengajar, memuji dan memarahi kita dulu kan?Nanti bila dah kembali ke Mesia... aku ingat nak melawat la sekolah tadika aku atau sekolah rendah aku dulu... tentu lebih banyak sentimental value kat situ. Huhuhu....
    Bergambar kenangan sebelum pulang. 2 lagi anak Bad, juga nama Nabila & Nabil Hakimi dah pegi sekolah, so takde lah dlm gambar ni...
    Sekali lagi kami kena berterima kasih pada Bad, Faezah & family. Dah la bagi tumpang bermalam, siap sediakan bekal setiap kali kami nak berjalan pulak tu. Sampaikan last day nak balik pun siap bekalkan nasi. Bila2 nanti jemputlah ke London pula ya...

    Salammm...
    **** ** ****
  • Friday, February 23, 2007

    Yorkshire ~ Sight Seeing Dalam Gelap

    YA... kembali kita menjelajah England ni. Hajat aku nak ke Leeds sampai juga akhirnya, tapi sebelum tu aku nak ucapkan special thanks to Bad & family yg sudi menerima kami menginap di rumah mereka selama 2 malam. Oke jom panaskan enjin... vrooom vrrooommm.. ke york kita!
    Berbekalkan GPS yg di pinjam dan di setkan oleh Bad, kami terus meluncur mengikut arah A64 ke York. Perjalanan amat mudah sekali sebab pegi hari Isnin, so tak [Nabil & Nabila] banyak keta.
    Kalau ikut GPS dari Leeds ke York cuma amik masa dlm 35 minit je... tapi... ceng ceng ceng... kami bertolak kul 11 pagi, kul 4 lebih baru sampai! Ayo... sebab apa agak nya??? hehehe... sebab kami ternampak sign board Designer Outlet, so terus melencong! Cittt! Yg kelakarnya... Bad dah setkan GPS tu dengan suara sekali... so bila kami melencong ke designer outlet tu, GPS tu tak abis2 lah re-route balik dah suh aku turn left, turn right, left, right sampai naik penin aku dengar, dia ingat aku sesat kot.. hahaha.

    Gambar ni diambil masa nak chiow dr Designer Outlet... angin kuat, melayang winter coat mummy, dah jadi macam The Matrix la pulak, hahaha.

    Wah... besar sungguh designer outlet yg ini. Nama dia Guilt-Free shopping mall... ya-ya je dia bagi nama guilt free... dia tak tau nak beli sebijik barang kat situ pun menggeletar ni nak bayar! Guilt free apanya??? hahaha. Dari luar tak lah nampak besar sgt, tapi bila masuk luas ya amat.. letih nak pusing. Memula tu ingat nak terus pusing abis... tapi skip2 juga. Ditambah pulak tengah2 kami syok tengok barang, Nabila pula okk-okk!!! huhuhu... Busyuuuuuuuukkkk! Adushhh, bag napkin dia dlm keta pulak tu. Tak pasal2 kena patah balik.. jauh siot!!!
    Bila Nabila dah 'wangi' semula, baru kami sambung lagi. Just tengok2, usik2 dan kemudian letak balik... sebab winter sales dah lama selesai, summer sale pulak lambat lagi. Jadinya barang2 takde la murah mana. Kalau ada pun diskaun, takde la dia slash harga gila gila... Tapi sempat la jugak kami sampaikan hajat member kami yg kat mesia yg nakkan sesuatu dr situ. hehehe. Puas hati katanya! Nanti kami poskan ya... (you know who u are!)
    Dah abis membeli-tingkap (window shopping) kami pun ke kereta semula. Masa ni perut lapo dan kami park keta jauh sikit for privacy lantas terus bukak bekal yg Faezah (wife Bad) bagi - buat susah2 je (ayat standard, huhuhu). Dah soroo dan tenaga pun sudah di re-charge kami terus ke destinasi yg sepatutnya. Tu la pasal kul 4 lebih baru sampai.
    Sampai2 je kat York tu kami pun carilah Castle Area. Ada pulak road block... jem sikit.. tambah lambat la lagi. Malangnya kedai2 kat sini semua tutup pukul 4 rupanya. Huhuhu... satu kedai souvenir pun dah tak bukak. Kat sini ada tembok yg korang boleh jalan untuk melihat bandar dia. Design dia lebih kurang cam tembok Besar China. Kalau larat untuk berjalan buleh keliling satu bandar york ni... tu la dia nya dipanggil dengan nama City Walk. Best gak berjalan atas tembok ni... dapat tengok pemandangan yg lebih menarik.


    Ni la tembok besar YORK! Nampak cam sama level ngan rumput tu je kan, tapi sebenarnya lebih tinggi lagi...
    Cuaca pulak memula terang pastu jap je tukar gelap dah... sebab tak tau bila nak mai lagi, kami jalan jugak sight seeing dlm gelap tu, tak kira!!! Mujur Nabila tak meragam. Sejuk jugak lah di york ni, tapi masih boleh tahan. Kami jalan menyeberangi sebatang sungai kat situ. Apa nama dia aku pun tak tau... gelap dah so tak nampak signboard dia. Sebenarnya aku dah penah sampai sini, tapi dulu, lama dah, naik bas ikut trip org bawak, so ingat2 lupa...


    Nabila di tengah bandar York... dah gelap dah masa ni... baru kul 5 lebih!

    Lepas je sungai tu terus nampak York Minster. Tangkap gambar ala kadar. Pelancong dr China pun ramai juga masa tu. Sepintas lalu je pastu terus ke area Castle. Sampai2 je memang dah tak nampak apa. Museum dia pun dah tutup. Tetaplah berposing jugak... lantaklah nampak ke tak. Bersemangat betoi. Tapi memang tak banyak yg nak ditengok di York ni... sebab kawasan Garden dia tak berbaloi nak pi sebab malam dah. Lagi pulak bukan time spring... bunga pun tadak. Banyak lorong2 kat sini sempit2... kiri kanan kedai semuanya. Tentu meriah kalau kami dtg awal. Tapi tak kisahlah.. kalau bukak pun kami cuma tengok2 je... bukan beli pon, bajet holiday la kata kan.


    Tu lah dia the Clifford Tower, the castle's central. Dibuka dari pagi sampai kul 4 ptg sahaja!
    Try amik banyak juga gambar tapi banyak yg tak menjadi. Kawasan tu pun dah lengang. Org pun dah cam burung balik ke sarang. Kami je yg masih merewang kat situ... hehehe. Sebab dah takde apa dah nak ditengok kami pun terus ke keta semula. On the way balik tu jalan betul2 lengang. Tapi Alhamdulillah berkat GPS yg Bad kasi pinjam, driving menjadi begitu mudah bila ada suara yg navigate... pun begitu tetap lah aku kompius ngan satu dua direction dia tu. Biasalah aku, raja sesat. hahaha.


    Tengok, orang pun dah takde. Lorong tu tak lah segelap tu tapi malap... kami redah jugalah, what choice do we have? huhuhu...
    Nasihat kami, kalau sampai ke York ni tuju terus ke attraction dia dulu... kalau nampak signboard designer outlet tu, tutup mata. Bukan apa... shopping anytime leh shopping, plus tempat tu tutup kul 8 malam daaa... Malam tu Faezah order Chinese... walaupun dah kenyang... tetap mengunyah lagi. Hehehe... nyam nyam nyam... eh.. korang makan apa???
    Bye.
    **** ** ****
  • Friday, February 16, 2007

    Switzerland: Geneva ~ Day 4


    Nabila sungguh seronok dpt berjalan sendiri pada hari terakhir di Geneva...
    MACAM biasa bila last day kami akan spend kat bandar tempat menginap. In this kes Geneva itself la kan. Lepas check-out hotel dan tinggalkan beg kat situ, kami ke tourist booth dia amik map Geneva pulak. Patutnya ada old keretapi yg boleh bawak kita ke tempat2 menarik kat Geneva ni, tapi memandangkan train tu cuma beroperasi during summer so terpaksalah kami menapak je. Menapak pun oke sebenarnya sebab tak jauh mana pun route dia.
    Tu bukan keretapi tau... tu di panggil Tram. Kat mesia belum ada lagi, kat London pun takda. Ni lah dia sistem keretapi atas jalanraya, dia share ngan pengangkutan awam yg lain cam bas & teksi.

    Memulakan perjalanan, kami menyeberangi Pont du Mont-Blanc (jambatan Mont Blanc ~ gambar kiri) untuk menyaksikan the highest water fountain in the World. Dari jauh lagi dah nampak, tapi water fountain dia ni takde la cam kolam or decoration kat bawahnya. Cuma satu paip air besar yg dituju ke atas. Ia terletak betoi2 kat tepi tasik di Geneva ni. At all times ada org yg akan pantau arah angin. Kalau angin berubah je ke darat dia akan matikan water fountain tu. Bukan apa, sebab banyak bot yg berlabuh kat situ, takut tempias dan bot2 tu akan tenggelam, baru haru... Water fountain ni dr 1891 lagi dah jadi lambang Geneva ni, tapi tak lah setinggi ini. Cuma pada tahun 1951 diorang mula ada autonomous pumping station yg menyedut 500 liter air sesaat yg dipancutkan setinggi 140 meter pada kelajuan 200km/jam! Ha... amik kau! Tu la jadinya water fountain tertinggi di dunia tu...
    Jet d'Eau de Geneva... buruk beno aku tutup kepala ngan plastic bag, hujan daaaa...

    Kat Switzerland ni juga terkenal dengan jam. Antara yg famous jenama Tissot, Raymond Weil dan Swatch. Cookoo clock pun terkenal kat sini. Alah... jam dinding yg bila cukup jam je akan keluar burung dr tingkap dan bunyi koo koo, koo koo...haaa tau dak? hehehe... kat mesia pun ada tapi tak banyak kot. Kat tengah2 bandar dia pulak ada flower clock. Ianya terletak di tepi Jardin Anglias (English Garden) dan wujud sejak dr tahun 1955 lagi. Bila time spring lagi lah cantik, kalau dtg kemari jangan lupa bergambar disini.
    Jam tu menunjukkan kami berada disini pada 11.02am pada 6.2.2007.

    Dekat dgn Jardin Anglias ni ada satu tugu 2 orang pompuan yg terletak di hujung Mont-Blanc Bridge. Gambo belah kanan ni la. Kedua dua pompuan ni memegang double edge sword, memakai baju kaler bronze dan merenung ke tasik dan juga kaki horison. Apa maknanya tugu ni? Ha... yg sorang tu melambangkan Geneva dan sorang lagi tu melambangkan Helvetia yakni Switzerland. Inilah dia simbolik kepada penyertaan Geneva ke dalam Switzerland pada 12.9.1814.
    Pastu kami jalan lagi menyusuri tasik tu terus ke Parc de la Grange. Park ni telah di jaga sejak tahun 1945. Kalau musim bunga, taman ni akan dipenuhi dengan 40,000 bunga rose! mesti cantik kan? Buat masa ni cuma hijau saja dan anak2 pokok dah mula menampakkan dirinya. Kami lepak kejap dok kat bench tengah taman tu. Sejuk2 camni pun ada org jogging pakai sehelai t-shirt ngan suar pendek je! Gilo apo? Nabila pulak lelap dlm stroller dia yg cam beg tido tu. Lama dia lena. Dekat 15-20 menet jugak lah kami lepak kat situ. Akhirnya kami teruskan sight seeing kami. Pokok2 kat tepi jalan semuanya dah takde daun. Yg peliknya pokok ni punya ranting pun gugur. So aku wonder whether masa summer pokok2 ni semua berdaun ke tak, sebab kat London takde pulak jumpa pokok camni time autumn or winter. Kagum. Tu la ciptaan Allah kan... macam2.
    Nampak tak pokok2 yg gondol yg ranting pun takde... magic kan??

    Aku pasti korang mesti penah dengar pasal persidangan Geneva kan? So dah terlanjur kat sini aku pun make sure kitorang dapat bergambar dengan bangunan United Nation. Rupanya ada 2-3 bangunan United Nation kat sini. Tapi yg main is the one with hundreds of flags tu. Bangunan dia pun amat jauh dr entrance dia. Semua tu for security reason la tu... Bergambar ala kadar sahaja lah. Masa nak ke bangunan WTO kami singgah jap ke Ariana ceramic museum. Malangnya dia tutup pulak hari Selasa. Pelik2 la diorang ni, ada yg tutup hari Isnin ada yg tutup Selasa... kalau cam kita tutup hari Ahad je kan?? Jadi kami bergambar dari perkarangan museum tu sahaja.


    Nun jauh ke belakang bangunan UN ni. Tak leh masuk sesuka hati... just bergambo dr luar je lah.
    Ni lah dia Ariana ceramic Museum. Kalau tengok dekat2 cantik bangunan dia...
    Bila dah sampai ke bangunan WTO tu tamat lah satu round mengikut train punya route. Kalau naik train dlm 1 jam dia cover semua tu. Sebab kami menapak so kami spend masa dr jam 11 pagi sampai kul 3.30 petang. Perut pun dah berkeroncong kami singgah makan kat kedai Thai. Order tomyam seafood, ikan talapia masak cili api, kangkung goreng tauchu. Tomyam dia sedappp tapi ikan tu too big for 2. Lepas perut dah tak berkeroncong lagi kami spend masa kat kedai2 souvenir pulak. Memandangkan Nabila seronok tengok Cookoo clock tu kami pun amik la sebijik. Jam 6 petang kami sampai semula kat hotel. Dari situ kami ambik teksi ke airport dan tamat lah percutian 4 hari 3 malam kami di Geneva.
    United Nations High Comissioner for Refugees. Kurang dr 3% UNHCR punya bajet dtg dr United Nations, selebihnya dr sumbangan org ramai. Sejak 1951 UNHCR telah membantu 50 ribu pelarian & memenangi 2 Nobel Prizes Keamanan.
    Ni pulak di hadapan bangunan World Trade Organisation.
    Dah nak balik baru terasa letihnya. Tapi puas hati dengan percutian yg ini. Semuanya berjalan lancar seperti yg dirancangkan. Ntah bila nak ke Switzeland lagi. As a conclusion, kalau korang nak dtg Switzerland ni, make sure korang ni jenis yg suka tengok pemandangan sebab itu lah dia punya main attraction. Kalau korang tahu cakap french lagi bagus... but most of them can speak english. Barang dia mahal2. So bawak la cash lebih sikit bagi yg suka membeli belah. Dan ingat, walaupun dia salah satu EU country, tapi dia tak pakai matawang Euro ya... dia pakai Swiss Franc atau singkatannya CHF. Wokeh... habis dah cerita kami di Geneva....

    Babai Switzerland and Merci.
    **** ** ****
  • Tuesday, February 13, 2007

    Switzerland: Geneva ~ Day 3

    Tempat: Lausanne, Ouchy & Montreux

    Lepas breakfast kat hotel yg cuma ada beberapa jenis roti dan cereal tu kami terus saja ke railway station dia. Try to be adventure sikit, so main book je train tiket ke Montreux dengan transit di Lausanne. Sebenarnya kalau korang tak berapa berani, ada package bas tour to visit these places. Tapi korang kena spend lebih sikit. Kami cuma bayar dlm CHF98 for two untuk tiket pegi balik. Kalau amik tour package, sorang dah kena CHF153. Jimat banyak tu. Dalam kul 10.15 pagi train bertolak dr Geneva. Train ni amat cosy. Dengan kerusi yg empok dan agak luas.
    Belakang tu bank apa ntah kat Lausanne. Saja rakam kan gambar bangunan dia yg agak menarik.
    Tapi kami kelam kabut terus masuk cabin yg patutnya untuk silence traveller. Maknanya tak leh talipon, takleh buat bising. Patut la mamat swiss tu jeling semacam masa Nabila buat bising. Pastu dia membebel apa ntah dlm bahsa french bila ada mamat India tu tak habis2 talipon cari diomond supplier! hahaha... dah separuh jalan baru la aku perasan sign silence cabin tu... ops. Rasa bersalah lah pulak, pastu aku ajak Lina & angkat Nabila pindah ke kabin yg boleh buat bising... kosong, takde ramai orang & lebih selesa di sini. Pemandangan semasa dlm perjalanan ke Lausanne ni biasa je, cam kita naik KTM nak balik ke utara. Padang luas dan rumah satu satu tengah bendang.

    Pemandangan bandar Lausanne masa menyeberangi Pont Ch-Besserie, yg tajam2 tu la Cathedral diorang yg dibina dlm tahun 1150.
    Bila sampai je kat Lausanne, 1st thing yg aku buat serbu tourist booth dia dulu. Kat situ kitorang diberikan map Lausanne. Dalam map tu dah ada route yg boleh kitorang ikut dan what to expect at each checkpoint. Senang. Tapi pada yg ada sakit lutut atau org tua tua aku tak syorkan korang dtg kat bandar Lausanne ni. Jalan dia semua berbukit2 dan tinggi pulak tu. Mengah ooo nak menolak stroller Nabila. Bila dan sampai puncak, tup tup ada bukit lagi... turun bukit, naik balik. Adushhh... memula ingat nak spend cuma 2 hours kat sini, end up dr kul 11 pagi sampai 2ptg kami kat sini. Cam biasa main attraction diorang ialah cathedral. Ada juga istana lama (gambar kanan -dikenali dengan nama Chateau St-Maire, dibina dlm tahun 1397) yg dah ditutup untuk kunjungan org ramai. So bergambar dr luar je. Sebenarnya apa yg ada di Lausanne ni semua ada di Geneva, cuma satu sahaja... stadium Olympic - kat sini ada. Lepas dah penat mendaki dan turun bukit kat central Lausanne tu kami amik bas no 2 ke Ouchy.
    Kelam kabut nak beli tiket ni... ye la ada satu minah ni nak tolong tapi asyik la dia speaking French. Mana la aku paham. Stakat bonjour dan merci tu tau la aku kan... rupa2nya dia suh kitorang pi tukar coins sebab duit note dia tak terima. Bila dapat je tukar duit coins kat kedai runcit minah tu hilang pulak dah. Hampeh! Tapi takpe... rupa2nya kat mesin tiket tu ada bahasa english daaa... hehehe tu la pasal tak mau tengok awal2. So kami pun amik la bas no 2 tu ke Ouchy untuk tengok stadium Olympic tu. Bas station dia pun senang nak paham. setiap stop dia ada nama dan tertulis punya besar. Infact dlm bas pun ada cam screen yg bagitau what stop is next. Mudah.
    Kalau nak pegi museun tu kena naik bukit kat belakang water fountain ni. Lina dok lepak, aku naik sesorang...
    Turun2 je bas terus nampak punya banyak la kapal2 kat sini. Rupanya dia betoi2 kat tepi Lac (tasik) Leman (tak tau la kot nama tasik ni diambik dr nama org melayu kita, hehehe). Mesmerising la pemandangan dia. Tapi masa tu berkabus... so gunung2 Alps yg melatar belakangkan tasik tu kurang jelas. Mungkin masa kami pi tu hari bekerja so kosong la jugak kawasan ni. Ada la satu dua couple yg dok lepak, peluk2, romantik2 dan ada yg membaca mengadap tasik tu yg aku jadikan mangsa untuk capture gambar kami 3 beranak. Padan muka diorang, hahaha.


    Pokok2 yg dah togel di taman semasa menuju ke Quais d'Ouchy...
    Tempat ni di kenali sebagai Quais d'Ouchy. Dibina dlm tahun 1901, dan jalan tepi tasik ni menyambungkan the old port(1793) dengan Haldimand Tower (1823). Seperti yg korang leh nampak it provides a very beautiful flourished embankment.

    Pastu kami pun menyusurilah Lac Leman tu dan terus menuju ke musee Olympic dia. Tak jauh dlm 200 meter je. Tapi ianya terletak di atas bukit. Lina dah semput dan tak larat nak jalan. Nabila pulak tido dlm stroller dia. So aku naik sorang je. Pelik la diorang ni... museun diorang tutup hari Isnin. Ahad dia bukak pulak! huhuhu... so bergambar di luar saja lagi.
    Perut dah lapo, mana tidaknya dah pukul 3pm masih tak lunch lagi. Akhirnya kami pekena vegetarian burger dan Nabila pun terjaga time ni. Pas soroo, kami terus amik train ke Montreux pula. Kali ni pemandangan sangat cantik sebab sepanjang jalan keretapi ni menyusuri tasik Leman tu. Tenang dan sungguh romantic. Pada sesapa yg baru menikah sesuai la honeymoon kat sini, hahaha. Nabila tak mau dok diam.



    Bandar Montreux yg lebih segar warna2 pada bangunannya.
    Sampai je kat Montreux ni kedai pun dah macam nak tutup. Logikla kan, kami pun sampai lambat sangat. Yg berbezanya kat Montreux ni ialah barang dia lebih mahal. Konon nya taraf hidup org kat sini lebih tinggi berbanding dengan kat Geneva atau Lausanne. Bangunan dia pun walaupun design tak le moden tapi tetap bercat baru dan segar. Naik seri la kata orang. Kami just jalan2, slow2, rileks2 amik angin. Sejukkk memang sejukkk, tapi tahan jugak. Jumpa pulak dengan playground and Nabila asyik naik kuda kayu tu. Belakang kuda kayu tu ada replica org bertanduk berekor main band yg di buat dr rumput2 kering, huhuhu. Dah nak hampir gelap kami pun decided to go back.

    Nabila enjoy naik kuda kayu walaupun cuaca sejukkk masa tu...
    Sunset di Montreux... cantik jugak pemandangan dia kan?
    Kali ni train agak penuh. Kami terus ke Geneva dan train amik masa dlm 1 jam 15 menet. Aku ngantuk nak tido, tapi Nabila terus nak berjaga. Huhuhu. Sampai2 Geneva rasa masih kenyang lagi. Lina pun sama. Terus ke hotel... ngan tidak di duga, dinner makan maggi je. Memang Lina ada bawak kot2 emergency. Walau pun naik mual aku telan jugak, malas nak kuar beli makanan. Malam tu lena terus... dan esok ada satu hari lagi di Geneva ni... Oke. tido dulu.
    .
    Chiow.
    .
    **** ** ****