• Sunday, December 24, 2006

    Selamat Hari Raya AidilAdha


    HARI ni krismas! Kami mana la celebrate krismas-krismas ni. Tapi kat sini suasananya nampak meriah lah sebab rata rata diorang sambut krismas. Kat town & shopping complex semua buat promosi Krismas ni. Secara tak langsung tempias jualan murah ni kena jugalah pada rakyat Mesia dan mereka yg beragama Islam kat sini yg nak buat persiapan menyambut hari raya haji. So berpusu2 la orang kat semua tempat untuk buat last minute shopping. Suasananya sama la cam kat tempat kita masa nak sambut raya.


    Pokok krismas kat Whiteleys Shopping Centre.

    Sehari sebelum krismas ada sesetengah kedai bukak pukul 12 & tutup jam 3 petang. Semuanya untuk persiapan krismas dan persiapan untuk jualan murah pada 27.12.2006 ni. 3 jam je dibuka! Baik tak payah bukak langsung, kan??
    Awal2 pagi lagi selepas je breakfast kami terus pegi Asda. Mummy nak cari kacang nak buat kuah nasi impit katanya. Selalunya lah orang tak ramai, Mat Salleh mana nak bangun awal kan...? Tapi hari tu... nak masuk pun jem! Queue punya panjang. Diorang nak stock-up la tu, takut nanti banyak kedai tak bukak.
    Kami sempat jugak jalan2 kat Oxford street. Seperti dijangka, orang memang ramai. Kami tak beli apa pun... cuma survey dulu barang2 yg berkenan. Nanti lepas krismas kami cari balik barang2 tu, kot kot la ada further reduction. Beli sekarang rugiii.... Barang yg banyak kami survey baju Nabila la... especially winter coat untuk dia.

    Bergambar dgn salah satu decoration kat kedai yg terdapat di oxford street.

    Another one. Nama shopping mall dia Selfridges. semua barang branded dlm ni. Window shopping je la...

    Sepanjang Oxford Street ni memang banyak bench cam yg Lina dok sebelah ni. Kalau summer memang payah nak dapat duduk, tapi sebab sejuk tadak sorang pun tingin nak lepak. Jadi dapat la Lina melepas lelah dok kat situ. Nabila lena dlm stroller dia seperti biasa. Ingat tak pasal entry lepas aku ada cerita tentang Santa's Groto tu? Kali ni kebetulan kami lalu kat shopping complex Whiteleys (1 minute walk from our house je), kat situ ada la satu pokok krismas yg besar yg ada Santa's Groto kat dalam pokok tu. Orang pun dah tak ramai sebab dah nak petang. So kami pun Q dan dapat bergambar dengan Santa Claus. hohoho...


    Santa ni kena pi saloon la.. serabai habis!!!Tengok la muka Nabila yg freak out dok sebelah Santa tu.. hohoho!

    Nabila la ni dah pandai mengajuk. Bila kita sebut ho ho ho, dia pun sebut ho ho ho. So sebelum masuk jumpa Santa tu sibuklah Nabila dengan ho ho ho nya. Bila masuk2 dan nampak org tua ngan rambut serabai putih bernama Santa Claus tu, terus dia tersenyap... HO HO HO!!! Dalam Santa's Groto tu dia buat lah decoration yg simple2 je. Kebanyakan warna yg dipakai putih dan merah. Pastu banyak benda yg berkilat2 cam gold dust. Memula tu, Lina yg sepatutnya duduk kat kerusi ngan Nabila dan aku patut dok bawah sebelah Santa. Bila Lina nak dok je tetiba Nabila mengamuk menangis tak mau dok situ... so terpaksalah aku ngan Lina tukar tempat. Apa la Nabila ni... hehehe. Belakang wife aku tu sebenarnya ada seekor polar Bear. Pastu ada rusa kat kanan dan ada bunch of hadiah hadiah. Kami tak mau hadiah tapi pilih untuk bergambar ngan Santa. Lagi pun, Nabila's birthday kan just few weeks ago dan hadiah kat rumah pun dah banyak, tak termain.


    Ni pokok krismas kat flat kami. Ada lagi 2 bijik yg sama ngan yg ini.

    Lepas dah abis bergambar tu kami ingat nak ronda2... tapi cam dah tak larat. So kami pun balik je lah kerumah. Eh, kat mesia ada tak Costa? Costa ni macam starbuck & coffee bean camtu lah. Selalu kami pekena hot chocolate dulu sebelum balik. Isk... rindu pulak kat teh tarik mamak!!! hehehe.
    Memandangkan la ni musim orang pegi haji kan, tourist yg berkunjung ke England pun berkurang dari tahun lepas. Kalau pegi airport kat tempat arrival tu cam lengang je. In fact ada my guest yg datang bebaru ni bagi tau MAS flight pun quite vacant. Tu la... penangan Haji. Korang ada tak family yg pi haji tahun ni? Belah kitorang takde rasanya. Korang yg dah penah pegi mesti teringat2 experience masa berhari raya haji di Mekkah kan? Kami pun teringin juga. Satu hari nanti, ada kelapangan masa, tenaga dan wang... insyaAllah turn kami pula. Doakan2 kan lah ya...
    Last sekali for this entry, kami nak ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007. So apa new resolution korang????

    Bye. See ya!
    **** ** ****
  • Thursday, December 21, 2006

    Winter: Sejuk Tak Sudah

    *kisah & gambar dlm entry ni tadak kaitan

    Winter tahun ni makin menjadi jadi. Tahun lepas pun aku tak rasa sejuk camni. Boleh bayangkan lah kalau dari pagi bawa ke petang bawa ke malam asyik berkabus je. Kalau dah balik rumah duduk bawah duvet tu memang la tak mau bangun2 dah. La ni orang sibuk membeli hadiah2 krismas. Banyak shopping kompleks yg bukak sampai malam sampailah krismas ni. Tapi kami tak pi jenguk lagi... biaq pi la mat salleh tu borong semua barang dulu. Lepas krismas nanti hadiah2 yg lebih2 tu diorang lelong pulak. Time tu baru la kami sedia menyerang!!!

    Nabila dengan pose istimewanya...
    La ni bila malam London bermandikan lampu la. Cantik warna warni kaler nya. Kami cuma sempat tengok dr dlm kereta je. Nak keluar sejuk dan kesian kat Nabila. Tapi one of these days kami akan pegi jugak untuk bergambar. Pokok krismas pulak jangan cakap la.. merata2 ada. boleh katakan semua bangunan ada pokok krismas ni. Flat tempat kami tinggal ni je ada 3 ketul pokok krismas. Tapi kan takde satu pun pokok krismas diorang boleh lawan pokok krismas kat KLCC yg tinggi tu... huh!

    "Buku ni bess...," kata Nabila. Milly Bean jungle Queen tajuk nya... sampai aku naik hafal, hari2 baca kat dia.
    Cumanya yg beza, pokok krismas diorang kalau yg jenis besar2 tu ada pintu dan kita buleh masuk dlm dia. Diorang panggil Santa's Groto. Ada masa masa tertentu ada Santa Claus dlm tu. So kalau anak/budak kecil boleh la beratur masuk tangkap gambar ngan Santa Claus pastu dia bagi hadiah free - nasib la hadiah apa dapat. Sesetengah tempat nak masuk tu kena bayar... tak mahal, cuma dlm £3 je, setengahnya masuk free, nak beli gambo je kena bayar.
    Emm... Kat sini semua kedai2 dia ada website. Jadi boleh tengok kat internet je bila diorang start nak buat sale ni. Apa pun priority kami kali ni bukan nak membeli belah sangat. Buang karan je... ingat nak berjalan-jalan pulak. So far adalah satu 2 plan yg kami dah buat. Harap2 menjadilah plan2 kami tu. InsyaAllah.

    Daddy nak remote? dah dekat pukul 6, sitcom Friends nak start dah... jom tengok!
    Tahun depan 2007 merupakan tahun akhir aku kat sini. Jadinya sebelum balik nanti kalau boleh nak jugak tengok negara2 Eropah satu dua. Nampaknya kena pilih2 la... kalau nak cover semua mahal. Budget kena diambil kira jugakkan? Sebenarnya ada group melayu kat sini yg buat trip tour Europe dgn menaiki bas. Diorang bagi nama Kelana Konvoi. Sekali buat trip buleh cover 10 negara. Jumlah harinya pun mencecah 10-14 hari. Mana la aku buleh amik cuti lama2 camtu kan? Kalau summer tu buleh pilih nak tido dlm khemah atau kabin. Selalunya student la yg byk join. Ada member aku yg dah pegi berpuas hati. Aku rasa payahlah dengan usia Nabila yg baru setahun ni. So kami plan untuk pilih2 dan pegi sendiri. Cumanya kenalah rajin buat research sendiri tentang tempat2 yg nak dilawati.

    Sila dapatkan doll ini dgn harga £1.99 sahaja di ASDA yg berhampiran. Cepat sementara stok masih ada!
    Mmm... aku pulak tak buleh nak kemana2 sampailah awal bulan 1 ni sebab ada VIP kat sini dan aku kena stand-by. Tak jadi masalah, dah biasa. Tapi aku ingat nak pegi ke Leeds la... tempat University aku dulu tu. Dengarnya logo Uni pun dah tukar. Kedai Pakistan (Kashmir namanya) yg jual ayam goreng kegemaran aku dulu pun dah takde. huhuhu. Pastu nak gi Spain, pastu nak gi Switzeland, pastu nak gi Amsterdam, pastu nak pegi Prague... pastu, pastu, pastu... issshhh semua nak pegi lah! Banyak betul rancangan kitorang ni. Tak terlaksana semuanya rasanya. Tak kisahlah, sebab ada yg lebih penting dan lebih mendapat perhatian kami la ni... sebab apa tu???
    Sebab bulan 6 2007 ni Nabila akan dapat adik... InsyaAllah.

    YahooooOOOOO!!!

    Doakan semuanya selamat & dipermudahkan ya.
    Thanks.

    Salammmm...
    **** ** ****
  • Friday, December 15, 2006

    Bersejuk di Hyde Park

    Entry ni sepatutnya sebelum Birthday Nabila, tapi aku bz memandangkan ada VIP nak dtg sini tak sempat aku nak mengupdate kisah ni. Pagi Ahad tu aku bangun2 je dah terasa sejuk yg amat walaupun heater rumah ni agak kuat aku pasang. Apa hal ni? Naik berkerikut badan aku ni.. eee sejuk siot!!! Ops, mana taknya... aku tido sebelah tingkap kaca rupenyer!!! Patut la sejukkk... kat luar tu dalam 9 degree... Tapi matahari tetap memancar. Dah janji pulak nak bawa orang pi carboot hari Ahad tu. So aku bangun dan gagahkan jugalah.
    Sejuk2 camni kebanyakan carboot memang tak bukak, tapi ada satu tu kat Farnborough cuma tutup time Christmas je. Jadinya menuju ke situ la kami. Tempatnya agak jauh dalam 1 jam perjalanan. Kami sampai dlm pukul 10.30 pagi tapi sebab sejuk sangat, Lina dah tak tahan. So belum pukul 12 tengahari kami pun amik keputusan untuk chiow. Pun begitu dapatlah jugak kami beli cottage kecik2 3 bijik untuk Acu Siti... nanti kami poskan, tungguuuu... Gambo belah kiri ni kat luar carboot Farnborough tu la tu... nampak cam tak sejuk je kan???

    Naik melengkung badan Daddy dukung Nabila ni...
    Masa on the way balik tu kami teringat pulak yg kami tak penah bergambar kat Hydepark time sejuk camni. Kamera pun dah memang ada so, apa lagas kami pun terus lah buat impromptu punya plan. Kat Hyde Park ni yg hampehnya parking tetaplah kena bayar walaupun hari Ahad. So park lah satu jam.

    Mummy pun naik melengkung dukung Nabila, hahaha. Suka aku tengok gambo ni, cantik kan pemandangan dia...
    Keluar2 keta je terus rasa angin menyerbu muka. Terus rasa kebas. Terus aku peluk Nabila kuat kuat sebab sejukkk... tapi dia sengeh sengeh la pulak... hehehe... Mummy pulak kena tolak stroller kosong. Yela... bukan larat nak dukung Nabila memanjang time winter camni... Sat lagi kena la letak dia dlm stroller tu.
    Dia pun dah berat di tambah dengan baju dia yg berlapis2 dan baju sejuk dia tu lagi.. uuuiiihhh berattt sungguh jadinya.
    Mat salleh dan anak2 diorang tetap seronok bermain roller blade. Sepanjang minggu asyik hujan je so bila terang benderang dengan matahari yg bersinar ni... diorang tak lepas peluang beriadah. Kami pun join sama. Aku pulak dari dulu asyik la cakap kat wife aku nak beli roller blade nak belajar main tapi sampai la ni tak juga juga belinya. hahaha. Kami jalan menyusuri sungai kat Hyde Park ni. Kat sini ada aktiviti berkayak, bersampan tapi time camni takde sorang pun sanggup nak beromantik dlm sungai tu...

    Pipi Nabila naik merah sebab sejuk... tangan dia lagi la sejuk. Tu la, degil lagi. Apasal tak mau pakai sarung tangan????
    Aku dan Lina gilir2 dukung Nabila... angin bertiup kencang tak berenti2... Seperti yg di hajatkan kami pun pose pose la tangkap gambo... hehehe... tapi yg hampeh nya, baru je beberapa keping kami tangkap, bateri kamera pulak kong! Terus padam. So kat dalam entry ni la semua picture yg sempat kami snap snap. Memandangkan dah takde maknanya nak bersejuk2 ni, kami pun patah balik ke kereta. Rugi sikit sebab parking 1 jam tapi cuma utilise setengah jam je, huhuhu. Tak pe lah.. lain kali kami charge bateri sampai kembung2 dulu... baru kami pi tempat ni lagi.

    Tu dia anak mat salleh yg laju je ulang alik ngan roller blade diorang... Tak kira sejuk ke tak, asal ada matahari je, jadiiii..... Eh, nampak tak bayang2 kamera man tu??? aku le tu, sapa lagi, hahaha.
    Mmm... la ni kan memang la malas benar nak keluar rumah. Cakap betui.. korang janganlah nak buat plan datang England ni time2 sejuk camni... alamatnya nanti korang dok rumah je. Sejuk nak keluar pun malas plus cepat ngantuk, maklumlah malam dia cepat beno. Maghribnya masuk sebelum pukul 4 petang, so dah start gelap la tu... Emm, apa lagi aku nak cerita ye? Wokeh lah.. aku berenti kat sini dulu... kalau ada kisah menarik nanti kami cerita lagi...

    Ok babai, jumpa lagi... kami nak balik lah.. sejuk niii...

    CHIOW!.
    **** ** ****
  • Saturday, December 09, 2006

    Anna Nabila: 1st Birthday

    Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
    Happy Birthday to you,
    Happy Birthday to you,
    Happy Birthday to
    Anna Nabila,
    Happy Birthday to yooUU...

    Nabila is already 1 year old! Yesss, she is! See, how time flies? Its just amazing to see how fast she has grown from just a baby who only cry when hungry or when she wet her nappy to a toddler with four cute little tooth started to appear. So yesterday on the 9.12.06 we have organised a party for her (her birthday was on Friday, 8.12.06). Actually its more like a "makan-makan" event plus a Raya gathering eventhough Syawal has passed by. 2 in 1 la lebih korang. So let see how the party was...

    ~Sebelum Birthday Party~

    This was actually a last minute decision. We do not know on wether to hold a party or just to celebrate among the 3 of us. However, after a long thought we decided to make a little something for Nabila to look back in years to come and so we began to work on our guest list. Plus some said the more the merrier, isnt it!? So thats how the decision was made. We are quite lucky because we found someone who was willing to cook some of the food (i have to emphasis on the word some - kang marah pulak chef Lina, hahaha) despite of our very short notice.


    Nabila & daddy membersihkan tingkap. Pastu Nabila lepak... pastu Nabila pun bersiap. Pastu Nabila pun tidooor....
    Well... while Lina was busy preparing food at the kitchen, the birthday girl and me were busy decorating and arranging the table & chairs at the living room. Funny because it has been many-many years i did not blow balloons. So you can imagine how breathless I was to inflate more than 20 balloons! Lucky Nabila was a much helper! hahaha. Around 12 Nabila felt tired and went to sleep. That left me alone at the living room, once a while i glance at kitchen peeping at Mummy who was fighting with time to prepare pudding, sambal dan mee goreng. Yummy.. you are an excellent chef.. betoi ni. Percayalaaaahhhh.... hehehe. At around 2 pm everything was ready and simultaneously Nabila woke-up and we were just waiting for our guests to come...

    Juadah pun dan sedia terhidang begitu jugak dengan party bag untuk budak-budak bawak balik.

    ~Semasa Birthday Party (2-6 pm)~
    Just before our guests arrive Nabila had a "blow-the-candle" rehearsal... hahaha.

    Fizan & family was our 1st guest, followed by Nordin & family then Mozak & family and then i started to lost count. Its good that we make it a stretch from 2-6 pm so that people could come staggered. If not.. i just cant imagine how to fit-in all of them in our BIG leaving room! Alhamdulillah, most of our guests turn up and we are glad to see all the happy faces sharing stories and gossips among each other. Oh yeah, after our one month of absent/holiday there are of course lots to catch-up! Hahaha...
    Para tetamu yg terpaksa lah pandai-pandai mencari port sendiri. Yg penting makan tau, jgn tak makan.
    Mummy tengah busy melayan tetamu... Semua muka tersenyum ceria. Apa la yg digossipkan tu ya????
    It was also fun to see all the kids managed to get along among themselves and running here and there. They have turned one of the rooms as their playground and we just dont know what was happening in there. Its oke as long as no one get hurt. Nabila was also very sporting when this time she cry less (almost none) and was able to go along with the crowd. May be she knew that it was her party and she has to behave like a good host! Takdelah nak memerap & bergayut all the time like when she was in Malaysia. Bravo!
    Lagi gambar tetamu kami yg hadir...
    Around 3 pm its time for Nabila to cut her Birthday cake. Well, about the cake... it was an instant ready-made cake! At first we thought we would want to book a special cake for Nabila, hence one day before the event we went to the "kedai cake" near our house. Guess what? The "kedai cake" is no longer there, suddenly it dissappeared! We just dont know when it was shut down! Huhuhu... since it was already a last minute event, we dont have much choice but to buy the ready-made one. Kira oke la Nabila ya... Since our guests came in batches, so only few children were present during the cake-cutting ceremony and Uncle Mozak voluntarily led the crowd singing the Happy Birthday theme song for Nabila... thanks.

    Oke Nabila... make a wish... satu dua tiga... happy birthday to youuuuuu....
    At around 4 pm, i guess, was the peak hour where the living room was full of our guests, thus some have to eat at the stairway. Kelakar pun ada. Around 5 pm mummy started to get worried, it seems like the food was not enough. Ayam goreng dah abis and the mee goreng was almost finish and same goes to nasi impit. But Alhamdulillah, everything went well as when our last guest arrived there were still food, enough to serve them. Kiranya main course takde bazir, just kuah kacang/lodeh and some pudding that we packed for some to tapow. At 6.30 pm the party ended and now left the 3 of us again to do the cleaning...

    ~Selepas Birthday Party~


    Birthday party Nabila dah selesai, jom kita makan pulak , nak???

    It was not so much difficult to clean the mess since most of the plates and glasses are disposable. The only thing was to get all the table and chairs back to their original position. But... that can be delay... not a problem kan??? The most important is to vacuum the house because nowadays Nabila's hobby is to pick up things, anything, from the floor and chew!

    Selamat Hari jadi Anna Nabila... Mummy & Daddy love you sooooo much...
    Well.. after the party ended then only daddy got a chance to take pictures with the birthday girl. Nabila, Mummy & Daddy mendoakan agar Nabila menjadi anak yg solehah, panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan dlm segala urusan. Semoga menjadi kebanggaan Mummy & Daddy serta keluarga kita, juga berjayalah di dunia dan akhirat. Amin.

    Nabila ngan hadiah hari jadinya... Pada yg jauh, yg dekat, yg tak lupa Hari Lahir Nabila, terima kasih ya...

    Emmm... vacuum, done! ...and Nabila has also taken her bath... so.. its time to open all the presents!!! That night it was so obvious that Nabila was tired and at no time she fell asleep. We hope that all our guests have had a happy time cause we certainly do. Oke lah... akhir sekali, thanks all. Jumpa lagi.

    Bye....
    **** ** ****
  • Friday, December 08, 2006

    Cuti-cuti Malaysia: Melawati

    Mmm... la ni aku dah upgrade blog ni, so nak masukkan gambar pun senang sikit. Tapi layout dia sama je... korang takkan rasa cuma aku je yg rasa perubahannya. Hahaha...
    Wokey lepas dah spend almost 2 weeks at Ipoh its time for us to spend our moment at Melawati. Our schedule as predicted were quite packed. Akin to our previous entry here we share our moment at Melawati and other venues that we managed to sneak out! Lets get started...
    Memandangkan masa kami buat akikah kat Ipoh tu ramai opis mate & rakan2 yg kat KL tak dpt datang, jd kami buatlah makan2 sikit kat Melawati. Tu dia antara yg awal mai... Sila lah.. jgn malu2.. ceduk lagi lauk tu... hahaha.
    Yg lelaki dok luar rumah, yg pompuan dok dlm rumah. Isk isk isk... tu kenai dak sapa? Thanks 4 coming ya...
    Ni Nabila ngan mak cu yani. Punya la Nabila ni payah tak mau kat orang. Kat Ipoh pun tak mau, kat Melawati ni pun sama. Tambah teruk lagi bila dia kena demam panas lagi la dia memerap... ngan mak cu dia ni je yg dia mau sikit...
    Nabila pose dlm keta sewa masa kami dok lepak2 dlm perjalanan ke johor untuk event november eleven two zero zero six! hehehe... congratulation & we pray all the good things for you (you know who you are).
    Alang alang dah ke Johor tu, kami pun amik kesempatan utk singgah bermalam di Melaka kat rumah kakak aku. Bila dah ke melaka tu apa lagi main attraction dia kalau tak A-Famosa kan... Nostalgia sungguh.
    Bergambar ngan kape terobang ni pulak... kape terobang zaman jepun ke hapa ni?? isk isk isk... camna la aku ni leh take for granted je benda2 history ni... huhuhu...
    Satu lagi kat melaka ni memang la terkenal ngan ikan bakar... malam tu kami pun pegila pekena ikan bakar tu. Aku tak le makan sangat sebab dah kenyang asyik makan je masa kat melaka ni dr pagi sampai ke malam... Lina pekena kijin...sedap ke mummy???? sluuurrrp... sedappp la tu....
    Nabila tetap la tak mau kat orang... lenguh la dukung Nabila ni... tu la pasal, camna la boleh tertinggal stroller dia tu!??? Masa kat sini kami sempat jugaklah pi rumah cikgu aku masa aku study kat MRSM Jasin dulu. Kamera bawak tapi lupa nak bergambar. Tengkiu cikgu ya menjamu kami makan tengahari. Macam2 cerita keluar... dengarnya student MRSM jasin la ni dah tak sehappening zaman kami dulu sebab semua budak kaki study je... kes gaduh pecah harta sekolah conteng dinding dah tak banyak dah... hahahaa. Bagus la tu.
    Sebelum kami balik ke sini sempatlah kami ke Zoo Negara. Aik awat uncle Dwen nampak boroi ni???? hahaha... tali pinggang panas tu tak berkesan kot...? Zoo ni belakang rumah parent metua aku je... Ni memang dah ada dlm plan. Apa apa pun aku memang la nak bawak Nabila ke sini. Alhamdulillah sempat juga pegi...
    Wah... seronok betul Nabila dpt gi Zoo sambil berposing ngan rusa yg banyak kat belakang tu. Takde la Nabila takut2... Masa rusa tu datang dekat Nabila pun ngan selamba nak pegang tanduknya...
    Ni lagi satu... Besar betul kura kura tu kan? Tu kura kura hidup tu... bukan replica oke! Senyum memanjang Nabila kat zoo ni...

    Bergambar pula kat Ape Center. Lepas tu kami pi soroo ala kadar kat Marry Brown dlm zoo tu. Pastu kami pun balik lah....

    Masa kami balik sebulan tu dapatlah kami makan macam2 juadah yg susah nak dpt kat sini. Lagi bess kebanyakan fast food pun dapat kami rasa. Pizza hut je sampai 3 kali! Akhirnya pada 18.11.06 kami pun berangkat lah pulang semula ke Kota London ni. Ramai yang menghantar sampai ke KLIA. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi...

    Tengkiu orang Melawati...
    Tengkiu semua...

    Salam.
    .
    **** ** ****