• Wednesday, April 25, 2007

    Guildford: Santai Tepi Padang

    SEKARANG ni panas. Cakap betul, memang panas. Dah tu panas kat sini kering. Panasnya rasa menyucuk2 kulit ni. Kalau kat tempat kita lembab so panas dia lain macam pulak perit nya. Tapi mat salleh ni suka sangat bila panas ni. Ramai lah yg berjemur kan. Sebab tu la kulit diorang kalau tengok dekat2 buruk. Tak licin. Banyak no tahi lalatnya... bertabur tabur! Orang kita kalau buleh nak ngelak panas, siap pakai banana boat, fair & lovely dan macam2 lah kan. Diorang takde nya... terbongkang je. hehehe.
    Bergambar ngan org yg baru dapat gelaran "abah"... Nordin ngan baby sulungnya, Farhah Widad.
    Kalau datang je hari ahad dan cuaca cantik terang menderang, car boot pun pasti meriah. Iskk... bila nak abis cerita car boot ni??? Sori la... dah tak buleh nak bejalan ke mana2, so car boot je lah aktiviti nya. Tapi kalau di ikutkan bagus pergi car boot ni tau. Sebab dia buat kat padang besar, banyak penjual, so boleh berjalan hampir 2 jam, good exercise tu... Alasan, alasaaann... Kali ni kami pilih carboot kat Guildford, luas jugak. Sampai tak larat nak pusing habis. Kami skip skip ja kali ni.
    Suasana di carboot sale. Banyak org arab lah kali ni...
    Yang tak bessnya ke sini ialah kalau nak balik awal, memang lah perit. Kereta beratur jalan ngalahkan siput. Sluggish nak mampusss. So solution yg paling baik ialah, park kereta kat hujung padang dan lepak2 dulu kat situ. Biarkan semua orang blah barulah kita beransur. Masa ni smooth je jalan dan kalau bernasib baik boleh escape dari bayar parking sebab duit parking, dia collect masa nak keluar. Kalau dah lama sangat dok melepak, mamat yg jaga parking tu pun dah blah. Untuuunggg... duit parking tu bleh guna untuk beli barang carboot minggu depan pulak. huhuhuhu, kedekut sunguh! takde lah... bukan niat nak escape bayar parking pun, tapi memang bosan kalau dok dlm kereta yg terhegeh2 geraknya...
    Dok lepak... Harap-nya bila balik takde lah perut yg masih berkeroncong, zapin, dangdut dan sebagainya, especially yg bawak bekal tu lah ya... hehehe
    Tapikan, kami kali ni takde lah bawak bekal ke hapa sebab memang ingat nak balik je lepas ke carboot kali ni. Namun Mozak dan Din tetap jugak ajak join "picnic", jadinya terpaksalah kami pow nasi lemak diorang & roti sardin bakar. Heheheee... tengkiu-tengkiu. Selain dari tu bila dah ramai2 berkumpul, bess. Di tambah berseri dengan kehadiran 2 orang baru yang buat pertama kalinya mengenali carboot iaitu baby Farhah dan baby Fasha. Mak mak baby ni pulak sebenarnya belum abis pantang, tapi biasalah bila dah dok obersea ni, pantang2 tu tak berapa diikut sangat. Lina dulu masa bersalinkan Nabila pun apa kurang nya. 2 minggu bersalin dah kuar pergi funfair. Sapa yang ngajak? akuuuu jugak! hahaha... Isk dah melalut ni, apa cerita tadi? haaa... Nabila bukan main lagi mesra ngan Farah dan Fahmi. Pastu ngan anak India mana pun dia oke je nak join. Jom tengok aksi aksi dia...
    aksi rama-rama...
    aksi terbang...
    ni aksi apa tatau.. awat muka camtu???
    Lepas kereta semua dah lengang, dan perut pun dah kenyang, errrrkkk, kami pun beransurlah. Seperti yg di jangka... save 1 pound sebab mamat jaga parking tu dah ghaib... hehehe. Balik rumah terus tak kuar dah. Penat. Hp tertinggal dlm kereta. Esoknya tengok2 ada 11 miss calls, 3 messages... mintak maaplah pada mereka-mereka yg berkenaan ya... tak sengaja.
    Wokeh. Patik pohon permisi.

    Daaaaaaaaaaa.....

    **** ** ****
  • Sunday, April 22, 2007

    Church Street: Pasar Minggu


    Ayuh sik, ngikut kamik...

    DAH lebih setahun kami tak ke sini. Ye lah, sejak Nabila lahir memang tak pernah pergi sekali pun. Padahal tempat ni tak lah jauh mana. Cumanya orang ramai dan bersempit2, tu yg malas nak bawak Nabila tu. Ntah camna tergerak lak hati nak pi minggu ni. So lepas habis je aku main badminton pagi sabtu tu, kitorang pun pergi lah. Kat kawasan ni parking free dia bermula hari Jumaat dari jam 6.30ptg, tapi cukup susah nak dpt parking area ni. Penuh saja. Lebih 1/2 jam jugak lah kami pusing2 dan akhirnya Alhamdulillah jumpa juga. Nabila pulak terus lena dlm stroller dia...


    Uik... ada org jual ubat ka?? Isk... bukan lah, tu org jual cekelat murah2... tiga kotak besar Ferrero Rocher cuma £10 je...

    Bila dah sampai agak tengahari ni orang pun dah surut sikit. Penjual ikan pun dah nak beransur dah. Tapi barang2 lain masih banyak lagi. Kat sini macam pasar malam kita lah, macam pekan rabu kalau kat kedah. Ala ala pasar tani pun ada jugak. Cam area TAR kalau kat kl tu. Kami pegi ni sebenarnya cuma nak cari plastik lutsinar alas meja je... Emmm, tapi kalau dah pegi tempat camni, ngan tak semena2 macam2 jugak yg terbeli. Tengok ini teringin, tengok itu nak pulak... aahhh... ambik sajalah!


    Ya, ya... cantiiikkkk memang cantikkkk, tapi toksah lah... tunggu slim dulu ya, hahaha...

    Winter dah abis pun masih jual winter coat? Mau??? ...belilah untuk pakai hujung tahun ni!

    Kalau dah standard dia macam pasar malam, boleh bayangkan lah barang2 yg ada kat sini. Semuanya takde lah yg berjenama. Banyak jugak barang imitation dan harga pun murah murah sama. Paling berbaloi kalau nak beli buah2an kat sini. Bayar sikit dapat banyak! tapi memandangkan diorang kat sini tak timbang pakai kilogram, masih pakai pound, dan currency diorang pun pound juga, so kalau beli tu kenalah bagi tau dia.. korang nak pound berat atau pound money, contohnya: Can i have these strawberries for 2 pounds in weight please... siap contoh tu, ada paham??? hahaha...


    Kalau nak tau, pisang adalah buah2an kegemaran org kat sini... tapi satu jenis je pisang dia, ciann....

    Ya... sila pilih. Ada Gugci, D&C, eL-V, Ferragano dan macam macam jenama lagi... hehehe.

    Nampaknya makin berkembang lah pasar di Church Street ni, sebabnya semakin banyak kedai sekarang ni. Cuma yang paling bess sekali aku dapat beli DVD tajuk dia The Message. Ni cerita pasal Nabi Muhammad SAW dari mula dia dapat wahyu di gua hira', peristiwa Hijrah, perang Badar & Uhud sampailah Islam menawan Mekah semula. Selain tu watak2 penting dalam sejarah Islam juga wujud dlm DVD ni macam Zaid, Bilal, Hamzah, Khalid al Walid, Hendon, Sumayyah dan banyak lagi lah. Dah lama sebenarnya aku cari DVD ni. Dapat jugak akhirnya ~ puas hati sungguh.


    Memilih skirt ~ mummy ngan makcik baju kotak2 tu punya taste yg samalah...

    Sedar sedar dah hampir 2 jam lebih juga kami kat sini. Perut pun dah berkeroncong. Cuma sempat beli ayam goreng kat Chicken Cottage (halal ya) yg ala-ala KFC! Pastu terus lah balik... Esok ahad, untuk kesekian kali nya kami nak ke car boot lagi, hehehe. Nak ikut???
    MOH!
    **** ** ****
  • Tuesday, April 17, 2007

    Primark Oxford Street: Murah-nyier...

    La ni kandungan Lina dah masuk hampir 8 bulan dah. So memang kami tak berani pegi jalan jauh2. Hari tu ada terserempak dengan Din dan Kak Sham masa membeli barang2 dapur di Wing Yip, wah bessnya dengar cerita diorang yang baru balik dr Amsterdam tu. Kejap kejap tu jugak rasa nak buat plan ke sana. Aku dan Lina bersemangat ni, tambahan pulak diorang pun bermurah hati nak pinjam kan navigator kat kami. Bunga tulips sebanyak 32 hektar katanya! merah biru kuning hitam oren ungu... macam2, dah macam kaler pelangi! Siap jemput dtg rumah kalau nak tengok gambar. Tapi bila pikir2 balik... kami kansel saja niat tu. Tak berani nak amik risk, tambah pulak kalau nak tengok tulips tu kena pegi before mid May. Tengok lah, kalau ada rezeki tahun depan, bila baby dah besar sikit, boleh lah sambung niat tu. Kalau kena balik ujung tahun ni... cukuplah dengan tempat yg dah kami jelajahi. Alhamdulillah.
    Bila dan panas ni, no more jacket jacket... Badan pun rasa lebih ringan bila berjalan.

    So... hari Ahad tu lepas balik dari carboot (car boot lagi ~ takde tempat lain ke?) kami pun terus pecut ke Oxford Street. Bukan nak pegi semua kedai kat situ, cuma nak menuju ke Primark je. Kat sini banyak juai baju2 dan aksesori dengan rega yg murah murah. Tapi takde jenama. Kami sukalah tempat camni. Sebab walau pun takde jenama tapi bajunya kualiti juga. Tambahan pulak kat sini pakainya pun untuk beberapa bulan saja. Kemudian baju2 tu kena ditutup oleh jaket kerana sejuk. Kalau Nabila lagi lah pulak. Pakai 2-3 bulan dah tak muat. So rasa rugi je kalau beli yg mahal2 ni.

    Orang ramai yg berpusu2 ke Primark.

    Primark ni baru seminggu lebih kurang di buka kat Oxford Street ni. Masa mula2 tu dengarnya nak masuk ke situ pun kena beratur. Punya lah ramai orang siap bertolak2 lagi. Nasib kali ni kami pegi dah takde beratur2 masa nak masuk. Tapi orang tetap ramai dan rasa sesak lah dalam tu. Lina yg berhajat nak tengok seluar kat situ pun kansel sebab rimas banyak sgt orang. Last last kami terus ke children department. Macam2 baju budak kat sini. Kiut2 dan cantik2 lah. Nabila pulak sejak dah pandai berjalan dan berlari ni memang tak mahu dok dlm stroller dia lagi. Payah lah nak menjaga dia yg ke sana sini. Sibuk nak pilih2 baju sendiri pastu di taburkan semua ke lantai! Dah tu ngan bebudak dia ramah pulak. Tup tup aku tengok dia bermain2 ngan anak negro. Anak negro tu pun suka je melayan dia. Tapi jap je... sebab mak negro tu nak blah, hahaha... cian Nabila.
    Nabila ke hulu hilir. Mummy nak ukur saiz pun payah... isk!


    Nabila berborak ngan "kawan" yg dia jumpa tak sampai seminit!

    Lagi satu, Nabila punya lah suka bila sampai kat tempat cermin mata. Satu satu diambiknya, pastu tak mahu lepas. Tapi memang sejak 2 menjak ni dia suka sangat main ngan cermin mata aku. Sampaikan spek baru aku pun dah bengkok di buat nya. So demi keselamatan spek aku tu, teruslah aku dapat kan satu untuk Nabila, bukan main lagi dia bergaya, siap senget2 lagi, ngan spek dia yg complete ada batu berlian tu, hehehe...

    Emmmmmmmmmm.....

    Cakkkkkkkk!!!!!

    Yg tak bessnya masa kat primark ni, masa nak membayar. Aduhhh panjangnya Q dia. Last last sebab tak larat nak mengekor Nabila yg berlari2 kat situ aku terus bawak dia keluar dulu. Nabila dok dlm stroller minum air masak dan mummy Q sorang2. Walaupun ada 14 kaunter bayaran tapi dekat setengah jam jugak aku ngan Nabila dok lepak kat luar menunggu. Hish... memang sesak. Kami selalunya pergi primark kat area Kilburn. Tapi sejak yg kat Oxford Street ni dibuka, aku rasa yg kat Kilburn punya mesti lengang. Oke lah... sapa nak mai sini... jangan lupa datang ke primark ni.
    Masa aku tunggu kat luar tu aku nampak ada satu group melayu kita (dtg melancong kot) kuar dari primark ni. Sorang sorang bawak sampai 3-4 beg Primark. Uissshh borong sakan! hehehe... tak terlintas lak aku nak snap gambonya, kalau tak buleh publish kat sini. Isk jahat tul! So aku rasa, memang kedai ni value for money... Rekomended lah! Tapi kalau nak yg berjenama cam Ferragamo, DKNY, Dior, Celine... nanti ikut kami ke Bicester Village ya... bila tu?
    Tak tau lah!

    hahaha....

    **** ** ****
  • Friday, April 13, 2007

    Takkan Melayu Hilang di Car Boot!

    NAK tahu apakah kegembiraan kebanyakan melayu kat sini bila datang nya musim panas ni??? Ha... apa lagi kalau bukan car boot sales. Mulalah macam cendawan lepas hujan. Merata2 ada car boot sale, siap ada website dan boleh call lagi utk tanya direction atau info samada dah bukak atau blom. Pergi lah mana2 carboot pun... tak sah kalau tak jumpa melayu. Pun begitu... ada gak org kita yg tak suka ngan car boot ni. Especially yg really go for branded items and those yg really look for 1st hand products. Tak kisah lah, itu masing2 punya taste lah kan...
    So hari Ahad tu aku pun dah plan lah ngan Rosdi ngan Mozak untuk mencari carboot yg baru kat Walton. Dulu2 kat Walton ni memang ada car boot dan kami selalu pi, tapi la dia dah tukar tempat baru. Sebelum tu adalah kitorang tanya direction dengan si Faizal camna nak ke situ. So dengan confidentnya aku pun lead lah. Tup tup bila sampai kat Walton, masuk simpang kanan terus kawasan perumahan daaa... mana car boot nya? silap direction arrrr... biasalah aku raja sesat! hehehe... nasib lah Mozak ada navigator, so dia lah take over and lead pulak. Sampai2 je dah ramai jugak lah orang kat situ.
    Kali ni kami plan nak cari barang mainan Nabila je. Walau pun cuma cari kat car boot sale tapi kami memilih juga sebab walau pun banyak barang second hand tapi ada juga yg as good as new. Cari punya cari.. dapat lagi teddy bear untuk Nabila... murah je, cuma 30p (kira 30 sen je lah!). Pastu dapat jugak mainan keretapi dan mainan apple yg di jual ngan rega 50p sebijik. Bila balik rumah aku cuci bersih2 dulu, siap sembur ngan pencuci pembersih tingkap tu, hehehe, ganti bateri baru... dan terus it looks like new. Selain dr tu... buku cerita Nabila pun dapat lah dalam 9 ketul.
    Antara barang car boot yg kini jadi hak mutlak Anna Nabila! hahaha...

    Pastu masa on the way balik tu, sekali lagi aku lead sebab nak lepak2 jap kat tepi river thames. Tapi... macam dtg tadi, aku sudah silap jalan daaaa.... so jalan lah pusing2, Rosdi ngan Mozak ngekor je, aku gelak gelak dlm kereta. Hahaha...


    Tikar tak bawak, nasib ada paper, boleh gak bentang dan lepak2...

    Akhirnya jumpa juga direction yg betoi. Kami memang tak plan pun nak singgah in the first place, so takde lah bawak bekal ke apa. Kalau tak boleh gak berkelah kat situ. Tempat ni tepi jalan je tapi memang banyak orang lepak2 situ. Seronok tengok org berkayak & bot-bot yg bersidai kat tepi river bank ni. Mat saleh dok tengah panas baca buku, ada yg cycling dan memancing. Swan pun banyak.


    Swan yg mesra alam. Dia berenang dekat2 kitorang ingat kitorang nak bagi makan kot.

    Lagi gambar Swan... nampak tak bot2 yg bersidai kat river bank sebelah sana. Dapat sebijik bess kan?

    Kami just lepak2... tangkap gambar. Nabila memula tido lena dlm stroller dia. Pastu bila org dah nak gerak baru dia jaga. Dalam diam rupanya perut Rosdi dah berkeroncong, patutlah dia yg beria ia ajak balik. hahaha. So kami pun bertolak lah balik ke rumah.

    Nabila dah jaga... terus terpaku tengok Swan yg banyak tu...

    Esoknya bank holiday di England ni, carboot pun ada lagi tapi kami cuma dok rumah saja. Hajat nak ke oxford street pun di kansel sebab Lina pun tak larat. Penat dah katanya. Hujung minggu ni tengok lah... mungkin ke carboot lagi kot... kalau dah musim panas je boleh katakan tetiap minggu nak pegi carboot. Car boot, car boot, car boot... sikit2 car boot. Apsal tak boring2 ni huh? hahahaha...

    Ntah lah...

    --------------------------------

    Mmm... senyap senyap dah setahun rupanya blog ni. Aku pun baru perasan. Kadang2 rasa macam malas saja nak menulis dan kadang2 bersemangat pulak. Sesekali bila browse balik entry2 lama, aku senyum2 sendiri. Bess jugak ada blog ni, especially bila tengok balik gambar2 Nabila dari mula dia lahir sampai dah laju berlari ni. Emmm, Sampai bila agaknya blog ini bertahan ya? Kita tengoklah nanti. Terima kasih kpd semua yg sudi dtg, tak kiralah yg ada meninggalkan komen atau pun tidak ke rumah kami di maya ini...
    Salam.

    **** ** ****
  • Monday, April 09, 2007

    Sepetang di Hyde Park

    LA ni kan, London dah mula panas. Bunga bunga pun dah mula nak naik. Spring makin datang dah... Mat-saleh2 semua dah mula berjemur di tengah padang. Hyde park dah penuh ngan org main bola, ramai berjogging. Siang pun makin panjang. Bess!

    Banyak aktiviti riadah boleh dibuat di sini...
    So hari sabtu tu memang kami tak pi memana. Cuma pegi balik rumah lama sebabnya walaupun dah dekat 4 bulan dok rumah baru ni, barang2 kat rumah lama masih ada lagi. Pegi kemas2 apa yg patut, malangnya masih kena pi lagi la nampaknya. Satu lagi trip habis lah angkut semua barang tu. Jadinya, lepas asar tu kitorang terus buat plan untuk lepak2 kat Hyde Park. Jalan kaki je, bukan jauh pun. Kalau dok rumah pun takde aktiviti sangat, asyik la dok tengok tv cerita yang sama di ulang2. Ni elok jugak untuk stamina Lina nanti. Infact gynea pun ada pesan kat dia do not stop walking despite of her complaint of her back pain. Gynea tu cakap, teruskan seperti selalu...
    Bentang tikar kat tempat redup ni jadik sejuk la pulak... patut lah mat salleh semua sun-bathing, huhuhu...

    Mummy dan Nabila posing di Hyde Park... squirel pun boleh jumpa kat sini...
    Bila sampai kat Hyde Park tu kami pun ke Round Pond kat situ. Orang dah ramai dah. Kat pond ni kalau musim sejuk banyak swan, tapi bila nak masuk spring ni swan tu lari pi mana ntah? Ada lah sekor dua je, yang banyaknya burung2 merpati saja. Mat saleh yg nak carik duit lebih pun dah mula kuarkan kerusi yg cam kusi malas tu untuk di sewa. Tapi kami tak perlulah sewa2 ni.. kami ada tikar sendiri. Malaysia mari lagi!!! Bentang sajalah. Kebetulan hari tu mummy ada berexperimentasi buat kueh cara berlauk, so bawak bekal dan berkelah lah kat situ.

    Mai la join...

    Nabila yg tak mau berganjak tengok burung merpati...
    Dengan tak disangka2 Rosdi & family pun berhajat nak ke Hyde Park tu. Apa lagi... terus lah diorang datang sama, join kami mengadap round pond tu. Nabila pun seronoklah ada kawan, Eisya dan Emir. Time tu dah petang sikit, dekat pukul 6 dah, matahari pun dah mula nak hilang. So cuaca yg panas kian bertukar sejuk kembali. Lepas dah borak2, tangkap2 gambar, kami pun beransur lah. Syok jugak bila dah panas camni... ada la aktiviti luar sikit.

    Eisya ngan Nabila... Emir tengok je.
    Seronok tengok aksi Nabila ngan Eisya ni... apa la yg diorang borak tu...

    Bess tau bila dah start panas ni. Kita leh tengok mood orang pun berubah, semua nampak lebih ceria. Baju yg dipakai pun dah banyak berkaler2. Lain macam suasana nya, bess lah sikit. Kalau time winter tu cam gloomy je, org dia pun cam a bit grumpy... boring!
    Mmm... nanti bila bunga dah banyak... buleh la lepak kat taman bunga pulak. Nak join???
    Jommm.

    **** ** ****