• Thursday, July 26, 2007

    Lagi Lagi Hyde Park

    HYDE PARK ni luas... luas sesangat. So memang banyak tempat yang boleh kita beristirehat dengan pemandangan yang berbeza2. Minggu lalu memang takde plan nak ke mana2. Dekat ngan rumah kitorang ni ada satu kawasan tu banyak kapal layar. Ingat nak ke situ lah mulanya, tapi hari Ahad tu takde pula org yang bekapal layar. Lagi pun payah nak dapat parking kat kawasan tu sebab banyak restriction. Tempat tu dekat ngan Wembley, so kalau Wembley ada apa2 event, kena keep vacant parking area dia tu. Pelik sungguh! Jadi kami divert lah ke hyde park.


    Muaaahhh... adik... kita kat Hyde Park ni...

    Adik... kat sini banyak itik...
    Kali ni kitorang pilih area kat sungai tempat ramai orang naik sampan atau berkayak. Tujuan utama kami nak berkelah makan tengahari je. Mummy dah masak awal2 jadi kami bawak lah bekal dan seperti biasa bentang tikar kat situ. Seperti biasa juga kami cari tempat teduh, bukan macam mat salleh yang suka berjemur kat tengah2 padang. Cakap pasal padang ni kan, aku ada satu cerita. Ada satu hamba Allah ni, dia penah lah datang london, so bila dia dengar ada member dia nak mai sini, dia pun ceritalah betapa hebatnya London ni. Sampaikan katanya kalau kita baring kat rumput di London ni pun TAK miang!!! wakakakaka... hebatnya London ni kan??? Nak tergelak aku dengar. Kot ya pun berpada2 la bang.... hahaha.

    Nampak tak mat saleh tengah baring? Memang tak miang kot? atau diorang pun cam lembu, tak mandi, tu yg tak miang tu... hehehe

    Haziq baring dengan tenangnya...
    Masa memula sampai kat padang tu Haziq diam aja, nyaman & tenang dia tido dlm car seat dia. Tapi bila angin tiup agak kuat, dia pun sejuk agaknya terus meragam. Isk isk isk... Nabila pulak cukup suka bila dapat pegi tepi sungai tu tengok swan dan itik serati. Pemandangan dia cantik juga. Dan hari ni memang ramai orang keluar ke Hyde Park ni sebab sebelum2 ni asyik hujan saja sampai banjir di sesetengah kawasan di England! Ada yang main bola tampar, bola sepak, atau baring2 dan aku pulak suka tengok org main roller blade. Diorang susun cup kat jalan pastu diorang roller blade silang2 kat situ macam gambar belah kanan ni. Skill betul lah.


    Oke mummy... nasi campur satu...

    Ayam goreng ni bessss... rasa cam KFSiiii....!

    Lepas kami bentang tikar je terus aku rasa lapar, time ni pun dah pukul 2 petang. Bukak bekal dan soroo lah kami kat padang tu. Hehehe... banyak org lalu lalang tengok aja kat lauk kami yang meriah tu (meriah ke?). Diorang sini rajin bawak anjing, risau jugak kot lah anjing diorang datang sebab ada bau dari lauk masakan melayu ni. Nasib lah anjing mat salleh ni biasa makan steak je, tak pun fish and chip, so diorang tak heran lah ngan lauk pauk kami ni, hahahaa... Lepas dah kenyang, aku layan Nabila main bola sekejap dan kami pun balik lah. Tak boleh nak lama2 sebab aku cuma park 2 jam saja. Lagi pulak petang tu kami ada jemputan untuk menghadiri majlis tahlil.


    Main bola jom...
    Oke Nabila... sepak....

    Uik, fault!!! Mana buleh pegang ngan tangan...???
    Rasa seronok kalau cuaca cam ni selalu. Lain kali kalau takde plan ke mana2 kami akan bawak bekal utk lunch kat Hyde Park lagi... Cari port yang lain pulak... Tengah tengah padang ke, atau kalau ada khemah pasang kat situ, lagi bess. Tapi diorang bagi ke pasang khemah ni ya? tak pun ke Green Park, dengarnya Green Park baru baru ni dapat title the most beautiful park in London... ke in England... tengoklah nanti. Pot luck ramai2 nak?

    JOM! .

    **** ** ****
  • Thursday, July 19, 2007

    Swindon & Lyndiard Park

    BANGUN2 pagi ahad tu... terus tanya mummy kot kot nak pi carboot... mummy cam malas2 saja, tanya pulak nak pi Swindon? Terussss mau, fuyyooooo!!! hahaha... pastu aku pon call Mozak dan kebetulan dia & family takde plan, jadi ada lah geng kami ke sana. Btw, thanks to mozak sbb invite us for dinner. Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi, hahaaa..
    Oke, kami dah sedia.... Swindon, here we come!!!!
    Pukul 10 lebih kurang kitorang pun bertolak. Adalah jugak kami ke sini sebelum2 ni, tapi tak pernah tulis dalam blog lagi. Tempat ni lebih kurang Bicester village lah, tempat membuang saki baki duit yang berlebihan, tapi masalahnya ada lebih ke? huhuhu... tapi yg bessnya tempat ni banyak concentrate on middle range punyer products. So most of the 1st class, expensive and exclusive branded items, unlikely to be found here. Jadi apa jenama yg ada... haaa... cam Mark & Spenser, GAP, clark, next dan seangkatan dgn nya, adalah.
    On da way nampak pulak kincir angin moden ni... Alamak, langit mendung lah!
    Actually pi tempat camni lagi bess, bukan apa, takde lah asyik telan air liur tengok rega yg mahal2 tu... nak tak nak mesti tergoda dan terbeli juga. Cumanya tempat ni jauh lah sikit. Tu yang jarang2 pergi berbanding ngan Bicester Village tu. Tapi kalau nak kemari senang, jalan dia straight sahaja masuk M4 kuar junction 16 pastu ada round-about ke, tak de round-about ke, go straight saja. Ada di sediakan kan sign boad designer outlet ke, outlet centre ke, aku tak ingat. Tak sesat punyer.
    Dah sampai... tapi ni bergambar time dah nak balik.
    Kami memang terus pecut ke situ tanpa berenti kat mana2 R&R pun. Kebetulan hari Ahad ada farmer market kat pedestrian lane dia sebelum masuk ke dalam Swindon Guilt-Free Shopping Outlet ni. Nak beli carrot dan sayur2 pun ada, bukan tu ja, sausage ba alif ba ya pun ba-nyak! hehehe... panasss panasss lagi... emmm... kalau terbau tak pe ka?? Mughallazah tuu! La ni memang musim jualan murah... Bila masuk ke shopping area & nampak belon, Nabila mula la meragam! Nak bo bo katanya. Nabila la ni banyak buat perkataan sendiri, bobo tu belon, ya yi tu flower, mamak tu dukung. Isk... tatau mana dia dapat perkataan2 tu. Kekadang tu kitorang pun kompiussss.... dia cakap bahsa mesia ke bahsa inggeris ke bahsa asing ke, ntah lah. Nasib dapat jugak dia belon, so senyap lah dia sekejap.
    Gambar ni terlebih cahaya! Ni kat sebelah farmers market tu...
    Bergambar kenangan depan Swindon Guilt-Free Designer Outlet.
    Kitorang banyak spend masa dalam GAP cari baju Nabila ngan Haziq ja. Sejak dah kawin dan ada anak ni kalau kuar tempat camni memang cari barang diorang je. Banyak baju yg agaknya old stock, so rega memang murah lah. Ada yang diskaun sampai 75%... so boleh lah. Tergelaknya baju Haziq cuma £1.99 ja... so amik la bebanyak buat pakai hari2... Kat sini pun ada playground... sempat jugak lah bawak Nabila main kat situ. Tapi tak sempat nak tangkap gambar sbb masa ni mummy sedang membeli tingkap (baca: window shopping) ngan haziq dan kamera pun kat dia. Lepas abis tu kitorang pun beransur lah.
    "Apa nak buat, hujan... kita makan dlm keta je lah daddy."
    Time ni masih awal lagi, so ada lah bawa bekal camtu jugak ngan mozak. So kami pergi ke Lyndiard park untuk berkelah. Alamakkk hujan lah pulak, so terpaksa makan dalam kereta ja. Bila dan makan separuh jalan hujan pun berenti. Boleh lah jugak bentang tikar dan dok lepak kat situ. Ada apa ntah hari tu, orang punya ramai dan kami tak dapat nak park kat tempat yg ada playground. Kalau tidak boleh jugak biarkan bebudak tu main kat situ. Apa nak buat, lepak tengah2 padang pun jadi lah.


    Haziq, dah boleh lepak luar lah. Hujan dah berhenti...
    Haziq tenang ja tido kat tengah padang... nyenyak!
    Tapi oke lah jugak, dapat lah Nabila main lari2, kejar2 ngan Farah dan Fahmi. Dah perut kenyang... kami pun ba alif lam ya kaf lah... haaa... apa dia ba alif lam ya kaf ? Tau tak??? Tak tau kalu, pi belajar tulisan jawi, hahaha...
    .
    Salam...
    .
    **** ** ****
  • Monday, July 16, 2007

    Mari Mewarna


    Baguslah kakak ni... adik dah tidur belum???
    Masa kecik2 ada lah jugak aku masuk pertandingan mewarna ni. Tapi tak penah menang pon. Selalunya majalah Al-Ain keluaran Al-Arqam masa tu. Itu pun kakak aku yg belikan. Nak beli sendiri mana ada duit. So selalunya aku teguk liur je lah tengok member2 langgan Majalah Bujal & Kuntum, huhuhu. Isk... sebenarnya bukan aku nak cerita kisah silam aku, aku nak cakap pasal komputer kitorang ni. Sejak kitorang beli komputer ni kan memang tak penah lah install apa apa sofware. So dalam kata lainnya... masih dara you! Barang baeeekkk ni, mau? hahaha... So hari ni aku nak share kisah main main kaler...
    .
    Ya adik adik... ini lah 2 keping gambar yg kita akan warna kan nanti, tengok betul2 ya...

    Malangnya, aku ni memang computer illiterate... tau pakai je. Nak venture new things pun cam fobia je. Zaman aku kenal komputer dulu ada disc beso 2 tapak tangan. Dah tu 1 komputer share 4 orang. Aku intai2 ajelah celah2 member2 yg memang dah ada komputer kat rumah. Nak sentuh pun takut masa tu. Takut rosak! Sampai lah sekarang ni aku tak reti sangat bab komputer2 ni. So tak pernah lah aku beli apa apa software untuk pc ni. Jadilah komputer ni untuk kami baca paper, cek emel, download lagu2 melayu dan... emmm.. itu je lah kot. Nasib baik ada blog ni, ada la jugak kegunaan tetap benda alah ni. "Rugii... rugiii..." komen adik ipar aku satu waktu dulu. Heh!
    Memandangkan aku tak berapa bz cam bulan lepas, jadi aku punya sedikit masa lebih utk mengadap dpn komputer. Kalau dulu aku teringat pasal kami ada tripod, la ni aku teringat yg aku penah download sofware yg Minolta bagi sekali ngan camera kami ni. Walau pun tak canggih mana software tu tapi boleh main kaler kaler... hohoho... jadik lah! Jom... Kita mulakan ngan gambar Haziq... apa dah jadik agaknya? ceng ceng ceng... lihatlah!!!

    Ini lah hasilnya, oke tak kalau print empat2 pastu frame?

    Alah bukannya payah sangat. Aku just play around with brightness, hue & saturation. Selain dari tu adjust adjustlah sikit kepekatan warna merah biru dan hijau dalam gambar tu. Tapi satu benda ya, kalau gambar kita tu tone dia dah sedia banyak, maka akan lebih interesting untuk kita buat benda ni. Nak explain in a clearer way pun aku tak tau camna. Ada masa try lah... nampak simple tapi bukan senang ooo... hahahaaa... Meh tengok gambar Nabila pulak. Sedia??? Tadaaaa....



    Ni pun ingat nak print all 4 but then i want to arrange them in a straight line with some space in between... what do u think?
    Berpinar jugak mata main kaler2 ni, walaupun tak seberapa tapi tetap berbangga dengan hasil kerja sendiri, hahaha. Dah letih mewarna, sebagai selingan tu aku try cari VC Siti Nurhaliza, Diari Hati kat youtube.. tup tup... keluar Datin Diaries... siap dari episode 1 sampai episode 16 tu... isk isk isk... dah lama betoi tak tengok cerita melayu. Layannnn laaaah.... memula aku tengok sorang, pastu mummy pun layan samaaa. Nak tergelak kami tengok cerita tu. Cerita2 camni Bakau sukalah! Over over Datin2 tu ya... wakakaka. Nama pun glamer2... Datin Roy lah (boroi kah?), Datin Mary lah (teringat biskut mary)... Lawak betoi... dah tu hampir kesemua Dato datin ada skandal! Tak marah ke Datuk Datin kat mesia ngan cerita tu...? Nak marah apa, skandal-mendel diorang ni dah jadi stigma pada pandangan mata kasar masyarakat kan, walau pun cuma segelintir lah, tak semua. Kang berang pulak Datuk Datin yg manalah tahu kot2 terjumpa & terbaca blog daif kami ni, ya ampuuun, hahaha. Uik... dah tersimpang pulak topik kita. Oke lah... ibu ibu bapak bapak semua termasuk lah Datuk Datin, saya mohon permisi ya! Salam.
    Keh keh keh...
    .
    **** ** ****
  • Wednesday, July 11, 2007

    Daddy's Day Care

    Nabila bangun2 tidur hari Ahad tu terus cakap "Nak haipak, jom!". Uik, terkejut aku dia leh ingat pasal aku nak bawak dia ke Hyde Park tu. Mungkin sebab 1-2 hari sebelum tu lagi aku asyik tanya on whether she wants to go to Hyde Park or not, tu yang secara tak langsung terus ter-embed dlm ingatan dia. In other way, it shows that her mind is developing well... Alhamdulillah.

    Nabila muka sembab... baru bangun tido.
    So kami pun bersiap2 lah. Bawak tikar dan jugak air mineral Nabila yg ada rasa rasperry tu. Beli pisang dan biskut utk bawak sama. Hyde Park ni dekat je. Kawasan dia luas... kalau betoi2 jalan mau berpeluh juga. Tapi aku dah siap sedia chose nak pi mana. Kami susuri Hype park tu ikut tepi pagar dia sambil tengok orang jual lukisan. Lukisan2 ni pulak cuma ada pd hari Ahad sahaja. Emmm... dah lama betoi tak tengok lukisan2 kat sini, so kali ni aku pun enjoy sama. Lukisan2 ni walau pun cuma di jual kat pagar Hyde Park, jangan di under estimate. Rega nya mahal sampai ratus ratus tu. Lagi satu... kalau tak cukup cash, credit card di terima ya!!! hahaha... Lagi pulak bukan sembarang org boleh pamer dan jual lukisan kat tepi ni. Kena apply licence dan licence tu pulak kena display. Kalau tak, boleh kena tangkap masuk jail! Sapa nak tanggung? Ada berani?

    Cantik2 lukisan dia. Macam2, dari gambar bunga sampai gambar2 yg abstrak pun ada...

    Ada juga jam featuring London landmarks di buat dari gear terbuang, menarik jugak.
    Bila dah sampai ke gate yang sepatutnya, barulah aku masuk ke situ. Mula mula bergambar kat water fountain yang sepatutnya cantik tapi sayang tak begitu di jaga rapi. Kolam dia berlumut hijau, itu yg jadi nampak kureeng tu...
    Dah hampir 1/5 kolam tu penuh ngan lumut...
    Nabila jalan elok2, ada org roller blading kat belakang!!!
    Nabila masa ni belum dtg lagi mood dia, masih aku tengok cam ngantuk2. Puas dah bergambar kat situ, kami jalan pelan2 dan terus ke play ground. Wah... Nabila punya excited terus dia menjerit tengok swing dan papan gelongsor tu... hehehe. Nak tergelak aku! Ramai pak/mak arab bawak anak diorang main kat sini. So aku biar dan ikut je lah Nabila dari belakang. Tak tentu arah dia, tak tau mana satu nak mula.
    "...seronoknya kalau aku leh panjat cam diorang ni..."
    Ball!!! Nabila share the "giant sempoa" with a toddler... anak mat saleh mana tak tau!
    Teruja betoi dia tengok bebudak lain main panjat2... nak ikut panjat lah tu, tapi apa kan daya skill memanjat Nabila belum diasah lagi. Lama jugak lah kami spend masa kat sini. Sampai naik sakit pinggang aku bila Nabila mintak dukung letak dia kat papan gelongsor, berulang2 kali. Menjerit2 dia seronok.

    Naik kuda... kedegek kedegek kedegek... apa la kuda ni setempat jek???

    pastu naik swing...
    Dah abis tu kami pun pi la pulak kat padang dan bentang tikar. Ramai orang berpicnic kat situ. Memang satu pemandangan yg biasa bila summer ni. Tripod pun di buka dan aku snap lah gambar kami berdua.
    Tak sempat nak tengok depan, kamera dah klik!
    Tetiba je ada la pulak satu anak arab ni mai nak join main ngan Nabila. Adam namanya. Dia takde kawan kot, so dia bagilah bola kat Nabila dan pastu Nabila tak mau pas balik bola tu kat dia, hehehe... end up budak tu dok kat tikar dan berborak ngan aku. "she can have the ball, until when i want go home" katanya. Tapi kejap2 dia usik2 Nabila. Lama2 nak jugak Nabila main ngan dia. Terkekek2 Nabila bila di agah2nya. Pastu aku upah lah sebijik pisang kat budak tu, hahaha. Bila aku cakap aku nak tangkap gambar dia... terus dia pose cam kat bawah ni, keh keh keh...


    Hahaha... pose pemain bola ke hapa ni?

    Dah habis tu aku pun lipat tikar dan balik lah. Mmm... bess jugak rehat2 kat Hyde Park ni. Lagi bess kalau mummy dan Haziq ada sekali. Bawak bekal dan makan berkelah kat situ. Takpa banyak masa lagi, nanti mummy dah kuat kita pi.

    Nabila... sini la daddy jalan hari2 pi kerja...

    Rasanya Nabila pun berpuas hati, ye la bangun2 dia tak cakap "nak haipak" dah. La ni bila bangun je... dia akan cakap "Baby?? Baby Haziq!?" hehehe... W0okeh. Sebelum blah aku akhiri dengan serangkap pantun:
    Sedap sungguh makanan Malaysia,
    Dapat pulak ikan pekasam,
    Lain kali sambung cerita,
    Mintak diri, Chiow Kwai Lam.

    Ewah!

    **** ** ****